Rabu, Mac 30, 2022

Tafsir nota 0011(0215)

Tafsir nota 0011(0215)

Oleh itu jika kamu tergelincir juga (dengan melakukan ma' shiat) setelah datang kepadamu keterangan-keterangan yang jelas, maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. [209].
Tiada yang mereka (orang-orang yang ingkar itu) nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan,³⁴⁷ dan diselesaikan terus perkara (yang diperselisihkan di dunia ini juga)! Padahal hanya kepada Allah dikembalikan segala perkara.³⁴⁸ [210].
________

tujuh kali di dalam al-Qur'an. Dan pada setiap tempat itu kenyataan tersebut diperkuatkan dengan perkataan (sesungguhnya). Oleh kerana Syaitan itu musuh ketat manusia, maka Allah selalu berpesan supaya manusia tidak menurut jejak langkalmya. Mereka sebaliknya diperintah supaya menjadikan Syaitan itu sebagai musuh juga. Allah berfirman:
Fatir 35:6
إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّاۚ إِنَّمَا يَدْعُوا۟ حِزْبَهُۥ لِيَكُونُوا۟ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ 
Bermaksud: Sesungguhnya Syaitan adalah musuh kpdmu, makajadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (Faathir:6).

³⁴⁷Demikianlah cabaran dan tuntutan orang-orang kafir terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Mereka tidak mahu beriman selagi tidak dapat Tuhan dan malaikat sendiri turun kepada mereka, seperti dinyatakan oleh Allah menerusi firmanNya ini: 
Al-Furqan 25:21
وَقَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَآءَنَا لَوْلَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ أَوْ نَرَىٰ رَبَّنَاۗ لَقَدِ ٱسْتَكْبَرُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ وَعَتَوْ عُتُوًّا كَبِيرًا 
Bermaksud: Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau (mengapa) kita (tidak) dapat melihat Tuhan kita?" Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas (dalam melakukan) kezaliman. (al-Furqaan:21).

³⁴⁷  Orang-orang kafir mencabar Nabi Muhammad s.a.w. dengan berkata: "Kalau benar da'waanmu, kenapa Tuhan dan para malaikatNya sendiri tidak datang kepada kami dan menyuruh kami supaya beriman? Kenapa tidak diselesaikan di dunia ini saja segala perselisihan yang telah berlaku di antara mereka dan orang-orang Islam? Kenapa tidak dihukum terus mereka di dunia ini dan orang-orang Islam pula terus diberikan ganjaran di Sini?" Ayat ke-210 ini sebenarnya menjawab cabaran mereka itu, bahawa taqdir Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat ujian dan cubaan. Kunci sebenar kejayaan manusia dalam menghadapi ujian dan cubaan semasa hidup mereka di dunia ialah percaya kepada perkara ghaib (إيمان بالغيب). Jika Allah, para malaikat dan perkara-perkara ghaib yang Iain dapat disaksikan dengan mata kepala di dunia ini, maka tiada erti lagi ujian itu. Keadaan seperti itu hanya akan berlaku pada hari pembalasan setelah tamatnya riwayat kehidupan di dunia. Hanya pada hari itulah segala perkara dikembalikan kepada Allah.

215

Imam Tirmidzi akan mengemukakan 13 orang perawi mutakallam fih متكلم فيه.[1]

Imam Tirmidzi akan mengemukakan 13 orang perawi mutakallam fih متكلم فيه.
[1] Muhammad bin 'Amar
[2]'Abdur Rahman bin Harmalah.
[3] Syarik,⁸⁹ 
[4] Abu Bakar bin Ayyaasy,⁹⁰
[5] ar-Rabi' bin Shabih⁹¹ dan juga 
[6] al-Mubaarak bin Fadhalah.⁹²
[7] Suhail bin Abi Saleh,⁹⁴ 
[8] Muhammad bin Ishaq,⁹⁵ 
[9] Hammaad bin Salamah,⁹⁶
[10] Muhammad bin 'Ajlaan⁹⁷
[11] Ibnu Abi Laila.⁹⁹
[12] Mujaalid bin Sa' id, ¹⁰¹ 
[13] 'Abdullah bin Lahi'ah ¹⁰²

Selasa, Mac 29, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 026(0060-64)p9ss

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 026(0060-64)p9ss

Perkara Ke-Sembilan:

Meriwayatkan Hadits Berdasarkan Ma'nanya Dan Meringkaskan Hadits Adalah Diharuskan Jika la Tidak Mengubah Ma'na Hadits.

Para 'ulama' bersepakat (ittifaq) tentang keharusan meringkaskan dan juga meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya. la terbukti telah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah S.a.W, sendiri. Mereka menceritakan sesuatu peristiwa dengan berbagai-bagai cara dan dengan menggunakan lafaz-lafaz yang berlainan.

Hujah yang paling kuat tentang keharusan meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya ialah keharusan menterjemahkannya ke dakam bahasa-bahasa bukan 'Arab. Jelas sekali bahawa terjemahan juga merupakan riwayat berdasarkan ma'na. Oleh kerana riwayat berdasarkan ma'na harus dan dibenarkan, maka harus jugalah meringkaskannya. Meringkaskan hadits juga merupakan salah satu bentuk meriwayatkannya berdasarkan ma'na. Walaupun begitu, menjaga lafaz hadits yang asal dan meriwayatkan hadits menurut lafaz asalnya tetap lebih afdhal dan dianggap cara periwayatan hadits yang paling tinggi dan istimewa.
 
Di zaman mutaqaddimin, dari kalangan sahabat dan Tabi'in, kedua-dua cara tersebut telah digunakan secara berleluasa. Namun di zaman-zaman kemudian, riwayat hadits menurut lafaz asalnya telah diberikan perhatian yang lebih berbanding zaman sebelumnya. Imam Tirmidzi mengemukakan lapan riwayat berhubung dengan perkara
ini.

Perhatian:
Perkara ke-sembilan ini sebenarnya tidak lebih daripada selingan sahaja. Imam Tirmidzi mula-mula sekali berbicara tentang perawi-perawi dha'if. Kemudian berbicara tentang para perawi masyhur yang dipertikaikan (mutakallam fih). Setelah itu beliau akan membicarakan pula tentang enam belas orang perawi-perawi utama dan tsiqah. Dan akhir sekali beliau memperkatakan tentang tiga orang perawi mukhtalaf fih.
فأما......الناس
Bermaksud: Adapun orang yang (dapat) mengemukakan sanad dengan betul dan ingat akan apa yang diriwayatkannya, maka menurut ahli ilmu (hadits), tidak mengapa ia mengubah lafaz hadits yang diriwayatkannya jika tidak berubah dan lari ma'nanya.¹⁰⁵

(1) Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Waatsilah bin al-Asqa, bahawa beliau berkata: ”Apabila kami meriwayatkan hadits kepadamu berdasarkan  ma'nanya, maka itu sudah pun cukup (memadai) untukmu.¹⁰⁶

Minit 33
(2)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Muhammad bin Sirin, katanya: "Aku mendengar hadits daripada 10 orang (muhadditsin), lafaznya berbeza, tetapi ma'nanya sama.”

(3)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada İbnu 'Aun, katanya: "İbrahim an-Nakha'i, Hasan al-Bashri dan 'Aamir asy-Sya'bi selalu meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya. İbnu Sirin dan Rajaa' bin Haiwah pula menyampaikan hadits dengan lafaz asalnya.”
-ingat nama2 ini

(4)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada 'Aashim al-Ahwal, katanya: "Aku berkata kepada Abu 'Utsman an-Nahdi, "Engkau meriwayatkan sesuatu hadits kepada kami, lalü kemudiannya engkau meriwayatkannya tidak seperti (lafaz) yang telah engkau riwayatkan kepada kami sebelum itu?” Kata 'Aashim:
"Kamu pakailah yang pertama kali kamu dengar.”

(5)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Hasan al-Bashri, katanya: "Apabila kamu telah menepati ma'na hadits, maka itü sudah pun mencukupi.¹⁰⁷

(6)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Mujahid, katanya: 'Kamu boleh meringkaskan hadits jika kamu mahu, tetapi janganlah kamu menambahnya.¹⁰⁸
Minit 36

(7)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Zaid bin Hubaab daripada seorang lelaki, katanya: "Pernah Sufyan ats-Tsauri keluar kepada kami, lalü beliau berkata: "Jika aku berkata kepadamu bahawa aku meriwayatkan kepadamu segala apa yang aku dengar, maka janganlah kamu percaya (membenarkan daku), ia hanya makna (hadits sahaja).

(8)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada al-Hasan bin Huraits katanya: "Aku mendengar Wakii' berkata: "Jika riwayat berdasarkan ma'na tidak dibenarkan, maka binasalah manusia.¹⁰⁹


____________________

¹⁰⁵Adapun jika riwayat berdasarkan ma'na mengubah ma'na sebenar hadits, maka itu tidak diharuskan oleh sesiapa pun. Contohnya hadits berikut: إذا قرأ الأمام فأنصتوا Bermaksud: "Apabila ia (imam) membaca, maka kamu hendaklah diam.” (Hadits riwayat Abu Daud, anNasaa'i dan Ibnu Majah). Ia diriwayatkan orang sesetengah orang berdasarkan ma'na yang difahaminya begini:إذا قرأ الإمام ولا الضالين فأنصتوا Bermaksud: ”Apabila ia imam membaca  ولا الضالين , maka kamu hendaklah diam.” Riwayat ini memberi erti perintah supaya diam itu adalah setelah imam selesai membaca bukan ketika imam mula membaca Surah al-Fatihah. Padahal maksud sebenarnya ialah apabila imam sedang membaca Surah al-Fatihah, bukan setelah membacanya.

¹⁰⁶Imam Timidzi mengemukakan kata-kata Waatsilah bin al-Asqaî dengan terlalu ringkas di sini. Ia telah dikemukakan oleh al-Baihaqi dengan lengkap. Di bawah ini dikemukakan riwayat Baihaqi berkenaan sebagaimana dipetik oleh As-Suyuthi dan dimasukkannya ke dalam kitabnya yang bernama Tadrib ar-Raawi:
وروى....المعنى
Bermaksud : Baihaqi  meriwayatkan daripada Makhul, katanys:Aku dan Abu al- Azhar masuk menemui Waatsilah bin al-Asqa'. Kata kami kepadanya: Wahai Aba al-Asqa' ceritalah  sesuatu hadits  yang telah engkau  dengar daripada Nabi saw iaitu hadits yang engkau tidak  terkeliru, tidak tambah dan tidak lupa. Maka kata beliau kepada kami, Adakah  kamu  ada membaca (menghafal ) al-Quran?.Kami menjawab : Ada, tetapi tidaklah kami ingat sangat . Kadang-kadang kami ada tambah wau atau alif dan kadang-kadang  pula terkurang. Kata Waatsilah, Nah ! Ini al-quran  yang tertulis dihadapan mu pun kamu tidak ingat dengan  baik, kamu kata , kadang-kadang ada terlebih  dan kadang- kadang ada terkurang. Bagaimanakah dengan hadits-hadits yang kami hanya dengar dari Nabi saw . Mungkin kami mendengarnya hanya sekali sahaja. Memadailah kepada mu, apabila kami meriwayatkan  hadits kepadamu berdasarkan maknanya (Tadrib ar-Raawi j.1 m/s 534- 535)
Riwayat maukuf Waatsilah bin al-Aqsa' yang dikemukakan oleh Tirmidzi itu dikemukakan  juga oleh Bukhari didalam Tarikhnya. Bukhari menyebutkan bahawa Abu Nu'aim an- Nakha'i meriwayatkannya daripada al- 'Alaa' bin Katsir daripada Makhul daripada Waatsilah secara marfu'.  Kata beliau, hadits itu tidak sahih. Al- 'Alaa' bin Katsir  adalah perawi ' munkarul hadits' (perawi dha'if yang riwayatnya menyalahi riwayat perawi- perawi tsiqaat)

¹⁰⁷ la bermaksud bahawa tidak perlulah kamu ingat lafaz hadits, yang pentingnya ialah kamu dapat menyampaikan ma'nanya dengan tepat.

¹⁰⁸    Menurut kebanyakan muhadditsin, hadits boleh diringkaskan dengan syarat orang yang hendak meringkaskannya itü adalah orang alim. Kerana orang alim hanya akan membuang mana-mana bahagian yang tidak merosakkan ma'na hadits. Seolah-olahnya hadits yang dibuang adalah hadits lain dan yang diambil pula adalah hadits lain.

¹⁰⁹ Maksudnya ialah mustahil manusia dapat mengingat semua hadits yang didengarnya daripada nabi s.a.w. tepat dan betul-betul seperti lafaz yang telah disebut oleh Untuk s.a.w. Jika riwayat berdasarkan ma'na tidak dibenarkan, tentulah binasa manusia kerana hadits-hadits Nabi s.a.w. yang sepatutnya menjadi panduan mereka tidak akan sampai kepada mereka semuanya.

Didalam al-Mu'jam al-Kabir at-Thabaraani terdapat satu
hadits marfu', begini adanya:
Minit 59
حدثنا....بأس
Bermaksud: At-Thabaraani dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ya'qub bin 'Abdillah bin Sulaiman bin Ukaimah al-Laitsi daripada ayahnya daripada datuknya, katanya: "Pernah kami mengunjungi Nabi s.a.w. Kami katakan kepadanya: "Kami tebus engkau dengan bapa-bapa dan ibu-ibu kami wahai Rasulallah. Sesungguhnya kami mendengar hadits daripadamu, tetapi kami tidak mampu menyampaikannya sebagaimana yang kami dengar. Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila kamu tidak menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal dan kamu menepati ma'nanya, maka tidak mengapa." 
(At-Thabaraan al-Mu'jamu al-Kabir j.7 m/s 100).

Pernah hadits ini disebutkan di hadapan Hasan al-Bashri, maka beliau berkata: لو لا هذا ما حدثنا (jika tidak kerananya, niscaya kami tidak meriwayatkan hadits).
Setelah mengemukakan hadits at-Thabaraani ini al-Haitsami berkata, "Saya tidak melihat orang yang menyebutkan tentang Ya'qub dan juga  ayahnya ." 
(al-Haitsami—Majma' Zawa'id j.2 m/s 439-440). Maksud beliau ialah mereka perawi majhul. Ibnu al-Jauzi menyenaraikan hadits ini sebagai hadits maudhu'. Alasan beliau ialah di dalam isnadnya ada seorang perawi bernama al-WaIid bin Salamah, ia dituduh berdusta dan mereka hadits.  Selain itu sanadnya juga mudhtharib. Kerana itu, hadits ini paling tinggi pun hanyalah hadits yang  sangat dha'if. Ibnu Mandah dan Ibnu Qaani' pula mengemukakannya melalui satu saluran sanad yang lain. Tetapi di dalam sanadnya juga terdapat perawi pendusta dan pereka hadits'. Namanya ialah 'Umar  bin Ibrahim al-Hasyimi. Demikian disebutkan oleh Hafiz Ibnu Hajar didalam  al- Ishabah j.10 m/s 71-72.
- beberapa hadits ini tidak sahih bahkan ada yang kata maudhuk.
1jam 06 minit
- Zubair bin Awwankurang meriwayat sebab takut




Imam Tirmidzi mengemukakan 16 contoh perawi hebat


Imam Tirmidzi mengemukakan 16 contoh perawi hebat
[1] Abu Zur'ah bin 'Amar bin Jarir.
[2] Salim bin Abi al-Ja'ad al-Ghathafaani al-Asyja'i
[3] 'Abdul Malik bin 'Umair
[4] Qataadah bin Di'aamah
[5] Az-Zuhri,Muhammad bin Muslim bin 'Ubaidillah bin 'Abdillah bin Syihaab.
[6] Yahya bin Abi Katsir at-Tha'i
[7] Ayyub as-Sakhtiyani
[8] Mis'ar bin Kidaam al-HilaIi
[9] Abu Bisthaam Syu'bah bin al-Hajaaj al-'Ataki al-Azdi al-Wasithi al-Bashri.
[10] 'Abdur Rahman bin 'Amar.
[11] Abu Ismail Hammaad bin Zaid
[12] Sufyan bin Sa'id ats-Tsauri.
[13] Malik bin Anas.
[14] Yahya bin Said al-Qatthaan
[15]Abu Sufyan Wakii' bin al-Jarraah al-Ruasi al-Kufi,
[16] 'Abdur Rahman bin Mahdi

Tafsir nota 0011(0214)

Tafsir nota 0011(0214)

Al-Baqarah 2:206
وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتْهُ ٱلْعِزَّةُ بِٱلْإِثْمِۚ فَحَسْبُهُۥ جَهَنَّمُۚ وَلَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ 

Al-Baqarah 2:207
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشْرِى نَفْسَهُ ٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ رَءُوفٌۢ بِٱلْعِبَادِ 

Al-Baqarah 2:208
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ 
Al-Baqarah 2:209
فَإِن زَلَلْتُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْكُمُ ٱلْبَيِّنَٰتُ فَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 

Al-Baqarah 2:210
هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن يَأْتِيَهُمُ ٱللَّهُ فِى ظُلَلٍ مِّنَ ٱلْغَمَامِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَقُضِىَ ٱلْأَمْرُۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرْجَعُ ٱلْأُمُورُ 
Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbullah kesombongannya untuk (terus) melakukan dosa (yang dilakukannya).³⁴⁴ Oleh itü padanlah baginya (balasan) neraka jahannam, dan demi sesungguhnya, ia (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. [206].
Dan ada di antara manusia orang yang sanggup mengorbankan dirinya (dengan mentaati Allah) kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas kasihan akan hamba-hambaNya. [207].
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam semua sekali;³⁴⁵ dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan (dengan menderhakai Tuhan ar-Rahman); sesungguhnya Syaitan itü adalah musuhmu yang amat nyata.³⁴⁶ [208].


______________
³⁴⁴ Ia memandang orang-orang İslam yang menasihatinya begitu sebagai orang-orang yang hina, lekeh dan tidak setaraf dengannya. Bagaimana ia akan menerima nasihat mereka?! Jiwa mereka yang sombong itü digambarkan oleh Allah melalui firmanNya ini:
Al-An'am 6:53
وَكَذَٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لِّيَقُولُوٓا۟ أَهَٰٓؤُلَآءِ مَنَّ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنۢ بَيْنِنَآۗ أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَعْلَمَ بِٱلشَّٰكِرِينَ 
Bermaksud: Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya-raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalü mereka (orang-orang yang kaya itu) berkata (terhadap orang-orang fakir miskin yang beriman). Inikah orangnya yang telah dikurniakan ni'mat oleh Allah kepada mereka  di antara orang-kita?”(Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?"

³⁴⁵ dengan mematuhi segala hükum dan ajarannya. Jangan pula kamu hanya mengambil daripadanya mana yang dirasakan sesuai dengan kepentingan dan hawa nafsümu. Kerana dengan begitu bererti kamu telah menurut jejak langkah Syaitan yang merupakan musuhmu yang amat nyata. 

³⁴⁴  Untuk mengingatkan manusia bahawa Syaitan itü adalah musuhnya yang amat nyata, Allah telah menyebutkan perkataan  عَدُوٌّ مُّبِينٌ (musuh yang amat nyata) sebanyak

Isnin, Mac 28, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 031 p11s

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 031 p11s

Perkara Ke-Sebelas:
Periwayatan hadits secara tahdits dan ikhbar sama saja darjatnya.

Membaca Di Hadapan Orang Alim Sama Seperti Mendengar Daripadanya.
(Tidak ada perbedaaan di antara حدثنا dan أخبرنا)

Tradisi meriwayatkan hadits dan menerimanya telah berlangsung dengan begitu ringkas sekali di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Para sahabat yang
mendengar sesuatu hadits meriwayatkannya kepada sahabat lain yang tidak mendengarnya dan juga kepada para Tābi`īn yang menjadi murid-murid mereka. 

Para sahabat bukan sahaja meriwayatkan apa yang didengarnya daripada Nabi s.a.w. Mereka juga turut meriwayatkan kepada orang-orang lain apa sahaja yang disaksikan oleh mereka telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ( أفعال الرسول  ) atau diperakui (تقريرات الرسول) Baginda.
Pada umumnya apa yang diriwayatkan oleh mereka itu tidak bertulis. Para sahabat dan Tabi`īn kebanyakannya semata-mata bergantung kepada apa yang diingat dan 
dihafal oleh mereka daripada hadits-hadits Nabi s.a.w. Zaman pembukuan hadits secara agak meluas belum lagi bermula pada masa itu.

Di zaman Tābi`i at-Tābi`īn barulah bermula penulisan dan pembukuan kitab-kitab hadits secara meluas. Imam Malik sebagai contohnya menulis kitabnya al-Muwattha’ 
dan meriwayatkan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. dan atsār para sahabat yang dikumpulnya di dalam kitab tersebut kepada murid-muridnya.
Bersama hadits-hadits Rasulullah s.a.w. dan atsar-atsar para sahabat serta atsar-atsar para Tābi`īn itu disertakan juga sanadnya.

Apabila selesai kandungan sebuah kitab hadits disampaikan oleh seseorang penulis kitab hadits kepada murid-muridnya, ia akan mengijazahkan (membenarkan) kepada mereka untuk menyebarkannya kepada orang-orang lain dengan sanad yang tercatat di dalam kitab berkenaan.
Pada ketika sistem penyampaian hadits dengan cara itu mula-mula diperkenalkan, ada juga `ulama’ yang tidak membenarkannya. Bagaimanapun kebanyakan tokoh- tokoh muĥadditsīn membenarkannya. Mereka bukan sahaja membenarkannya malah menyebarluaskan lagi sistem itu.

Antara alasan mereka membenarkannya ialah terdapatnya beberapa peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. menghantar sahabat-sahabatnya kepada qabilah-qabilah tertentu
untuk menyampaikan ajaran-ajaran agama Islam kepada mereka.

Setelah ajaran-ajaran utama agama Islam disampaikan kepada mereka oleh para sahabat, mereka menghantar wakil kepada Rasulullah s.a.w. di Madinah untuk
mempastikan kebenaran apa yang disampaikan oleh para sahabat itu kepada mereka.

Mereka memperdengarkan semua ajaran yang telah disampaikan oleh sahabat-sahabat yang diutuskan kepada mereka. Setelah mendengar semuanya, Nabi s.a.w. 
memperakui dan mengesahkannya.

Peristiwa-peristiwa seperti itulah yang dijadikan dalil oleh golongan `ulama’ yang membenarkan cara penyampaian hadits yang baru diperkenalkan pada masa itu. 
Perinciannya dapat dilihat di dalam Shaĥīĥ Bukhāri pada  باب ما  جاء في  العلم    sebagai contohnya.

Imam at-Thaĥāwi telah menulis satu risalah khusus mengenai topik ini, namanya ialah التسوية  بين حدثنا وأخبرنا  
(Tidak ada perbedaaan di antara حدثنا dan أخبرنا). Walaupun
 risalah itu tidak dicetak hingga kini, tetapi Ibnu `Abdil Barr telah mengemukakan inti patinya di dalam kitab beliau     جامع  بيان  العلم وفضله  .


As-Suyūthi di dalam Tadrīb ar-Rāwi mengemukakan tiga pandangan `ulama’mengenai perkara ini:
(1) Imam Malik, para `ulama’ Madinah, `ulama’ Kufah dan lain-lain berpendapat kedua-dua cara penyampaian hadits menggunakan dua lafaz tersebut (حدثنا dan أخبرنا )
itu sama sahaja. Kedua-duanya boleh digunakan tanpa melebihkan salah satu daripadanya.
(2) Muĥadditsīn dari negeri-negeri sebelah timur pada umumnya melebihkan cara pertama iaitu penggunaan lafaz حدثنا .Hafizh Ibnu Hajar berpendapat, cara pertama 
dianggap lebih apabila guru dan murid setaraf atau murid lebih afdhal daripada gurunya. Dalam keadaan guru lebih afdhal dari murid pula cara kedua (penggunaan lafaz أخبرنا) dianggap lebih afdhal.
(3) Imam Abu Hanifah, Ibnu Abi Dzi`b dan lain-lain pula berpendapat cara kedua (penggunaan lafaz أخبرنا) lebih afdhal. Alasan mereka ialah kalau guru yang membaca 
dan kebetulan berlaku kesilapan, maka pada kebiasaannya murid tidak akan menegurnya. Berbeza keadaannya kalau murid yang membaca dan berlaku kesilapan dalam pembacaannya, guru tanpa berasa keberatan akan menegurnya dengan mudah.


Dalam sistem pengajian hadits hari ini, khususnya di benua kecil India, muridlah biasanya membaca di hadapan guru. Guru jarang sekali membaca. 
Terdapat tiga lafaz (sighah) selalunya digunakan dalam penyampaian hadits, iaitu: حدثنا ,أخبرنا dan أنبأنا .Adakah ketiga-tiganya sama sahaja atau ada perbezaan di 
antaranya? Imam Tirmidzi akan mengemukakan tujuh riwayat nanti. Keterangan tentang ada atau tidak perbezaan di antara tiga lafaz tersebut akan diterangkan nanti di 
celah-celahnya. 

قَالَ أَبُو عِيسَ وَالٌقِرَاءِة على الْعَالم إِذا كَانِ يَحْفَظُ مَا يُقْرَأ صِحِيّحٌ عِنْدَ أَهْلِ الحَدِيْثِ مِثْلُ السَّمَاعِ
Bermaksud: Kata Abu `Isa, “Membaca di hadapan orang alim (muhaddits) jika ia hafal apa yang dibaca di hadapannya atau ia memegang kitabnya ketika dibaca di 
hadapannya jika ia tidak hafal, sahih (sah) di sisi Ahlul Hadits seperti mendengar daripadanya.¹⁰⁸

١- حَدَّثَنَا ......
٢-حَدَّثَنَا......
قدموا على....
٣-حَدَّثَنَا.....
Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi:
1- “Ĥusain bin Mahdi al-Bashri meriwayatkan kepada kami, katanya, `Abdur Razzāq meriwayatkan kepada kami, katanya, Ibnu Juraij meriwayatkan kepada kami, katanya, 
“Aku membaca di hadapan `Athā’ bin Abi Rabāĥ, lalu aku berkata kepadanya, “Bagaimana harus saya ucapkan (apabila hendak menyampaikannya kepada orang
lain)?” Jawab `Athā’, “Katakan  حدثناه  dia telah menyampaikan hadits ini kepada kami.”¹⁰⁹

2- Suwaid bin Nashr meriwayatkan kepada kami, katanya, `Ali bin al-Husain bin Wāqid meriwayatkan kepada kami daripada Abi `Ishmah daripada Yazid an-Naĥwi 
daripada `Ikrimah,¹¹⁰ katanya, “Sesungguhnya ada sekumpulan orang Thā’if datang menemui Ibnu `Abbaas dengan membawa salah satu kitab beliau.¹¹¹ Maka (kerana
kelemahan penglihatannya) beliau membaca kitabnya itu di hadapan mereka dengan tidak teratur. Lalu beliau (Ibnu `Abbaas) berkata, “Sebenarnya saya telah terperangkap dalam (/ telah diuji dengan) musibah ini (kelemahan penglihatan). Oleh itu, biar kamulah yang membacanya di hadapanku, kerana pengesahanku sama juga 
dengan aku membaca di hadapanmu.”¹¹²

3- Suwaid bin Nashr meriwayatkan kepada kami, katanya, `Ali bin al-Husain binWāqid meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya daripada Manshūr bin al-Mu`tamir, kata beliau, “Apabila seseorang memberikan kitabnya kepada seseorang yang lain dan dia berkata, “Engkau riwayatkanlah apa yang ada di dalamnya daripadaku.” Maka bolehlah orang yang diberikan kitab itu kepadanya 
meriwayatkannya.”¹¹³
٤- وسمعت....
٥-حَدِّثَنَا.......
فَهُوَ مَا ....
٦- سمعت....
٧- قال......
Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi:
4- Dan aku mendengar Muhammad bin Isma`il berkata, aku bertanya Abu `Aashim an-Nabīl tentang satu hadits, maka beliau berkata, “Bacalah di hadapanku.” Aku pula 
(lebih) suka kalau dia sendiri yang membaca. Ketika itu beliau berkata, “Adakah engkau tidak membenarkan (mengharuskan murid) membaca (di hadapan guru)? 
Sedangkan Sufyan ats-Tsauri dan Malik bin Anas membenarkannya.”¹¹⁴

Perbezaan Di Antara Istilah أخبرنا Dan حدثنا.
5- Ahmad bin Ĥusain meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sulaiman al-Ju`fi al-Mishri meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Wahab berkata: “Apa (hadits) yang aku kata: حدثنا( ketika menyampaikannya), bererti apa yang aku dengar bersama orang-orang lain. Apa (hadits) yang aku kata: حدثني( ketika menyampaikannya), bererti apa yang aku dengar seorang diri. Apa (hadits) yang aku 
kata: أخبرنا( ketika menyampaikannya), bererti apa yang dibaca di hadapan orang alim (muĥaddits) dan aku ada bersama. Dan apa (hadits) yang aku kata: أخبرني) ketika 
menyampaikannya), bererti apa yang aku (sendiri) baca di hadapan orang alim (guru muĥaddits) dalam keadaan aku seorang diri.

6- Aku mendengar Aba Musa Muhammad bin al-Mutsanna berkata, aku mendengar Yahya bin Sa`id al-Qatthān berkata: “حدثنا dan أخبرنا itu sama (sahaja)."¹¹⁵

7- Kata Abu `Isa, pernah aku berada di samping Abi Mush`ab al-Madīni, lalu dibaca di hadapannya beberapa haditsnya. Maka aku bertanya: “Bagaimana kami akan kata (apabila hendak meriwayatkannya kepada orang lain)?” Jawab beliau: “Katalah حدثناAbu Mush`ab.”¹¹⁶


_______________
¹⁰⁸ Imam at-Tirmidzi juga berpendapat kedua-dua cara meriwayatkan hadits itu sah dan sama sahaja, sama ada dengan guru membaca di hadapan murid atau murid membaca di hadapan guru. Cuma dalam keadaan guru tidak hafal riwayatnya, apabila riwayatnya dibaca atau 
diperdengarkan kepadanya, mestilah kitab yang mengumpulkan riwayat-riwayat itu ada di hadapannya.

¹⁰⁹ Riwayat ini menunjukkan bagi `Athā’ kedua-dua lafaz penyampaian hadits ( األداء صيغة) itu sama sahaja. Anda boleh saja memakai lafaz حدثنا atau أخبرنا ketika meriwayatkan hadits guru anda. Padahal kalau mengikut pandangan golongan `ulama’ yang mengatakan ada perbezaan di antara dua istilah tersebut, sepatutnya `Athā’ menyuruh Ibnu Juraij menggunakan lafaz أخبرنا, kerana Ibnu Juraij yang membacanya di hadapan beliau. Ini kerana lafaz حدثنا dipakai ketika meriwayatkan hadits yang diterima daripada guru dengan guru membacanya di hadapan murid, dan أخبرنا pula dipakai ketika meriwayatkan hadits yang diterima daripada guru dengan murid membaca di hadapannya.

¹¹⁰ Atsar Ibnu `Abbaas yang dikemukakan oleh Tirmidzi daripada `Ikrimah ini tidak sahih. Di dalam isnadnya ada Abu `Ishmah al-Marwazi iaitu Nūĥ bin Abi Maryam. Dia meriwayatkan hadits daripada az-Zuhri dan orang-orang seperingkat dengannya. Bukhari berkata tentangnya, “Munkarul ĥadits.” Nūĥ bin Abi Maryam ini digelari dengan al-Jāmi` (pengumpul). Kata Ibnu Hibbaan, “Dia mengumpulkan segala benda kecuali kebenaran.” Nūĥ 
bin Abi Maryam terkenal sebagai pendusta dan pereka hadits. (Lihat Mizān al-I`tidāl j.4 m/s 279, Tahdzīb at-Tahdzīb j.10 m/s 486).

¹¹¹ Riwayat ini menunjukkan Ibnu `Abbaas telah pun menulis dan mencatat hadits-hadits Nabi s.a.w. sehingga menjadi sebuah buku. Buku yang ditulis beliau itu telah pun tersebar semasa beliau masih hidup lagi. Orang-orang Thā’if kiranya telah mendapat salinan buku hadits yang
ditulis oleh Ibnu `Abbaas itu. Untuk mendapat kepastian dan pengesahan daripada Ibnu `Abbaas sendiri, di samping mahukan sanad yang lebih tinggi, mereka pergi bertemu Ibnu `Abbaas. 

Riwayat ini menunjukkan Ibnu `Abbaas pada mulanya cuba membaca sendiri buku yang dibawa oleh mereka kepadanya. Tetapi kerana kelemahan penglihatan, beliau menyuruh mereka saja membacanya. Dalam keadaan itu bacaan merekalah yang dianggap lebih baik oleh Ibnu `Abbaas. Selain dari itu, Ibnu `Abbaas juga berpendapat sama sahaja kedua-kedua cara penerimaan hadits tersebut. Kerana itulah beliau berkata, “Pengesahanku terhadap apa 
yang kamu baca di hadapanku sama juga dengan aku membaca di hadapanmu.”

¹¹² Riwayat ini juga menunjukkan di kalangan sahabat telah pun ada orang mempunyai kitab tersendiri yang mengumpulkan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Sama ada yang diterimanya secara langsung daripada Rasulullah atau yang diterimanya dengan perantaraan sahabat-sahabat lain. Buku-buku mereka itu bahkan telah tersebar dengan agak meluas di kalangan generasi Tabi`in.

¹¹³ Pemberian kitab hadits kepada seseorang di samping mengijazahkan kepadanya untuk meriwayatkan hadits-hadits yang terkandung di dalamnya daripada pemberi menurut istilah di panggil الرواية بالمناولة المقرونة باإلجازة  .  Ia adalah salah satu cara penerimaan hadits yang
dibenarkan dan mu`tabar dengan kesepakatan para `ulama’ hadits. Perbincangan yang lebih terperinci tentangnya akan dikemukakan di bawah perkara ke-12 nanti.


¹¹⁴ Muhammad bin Isma`il yang tersebut di dalam sanad ini ialah Imam Bukhari. Imam Bukhari bukan sekadar bertanya tentang hadits berkenaan malah beliau juga berhasrat agar Abu `Aashim an-Nabil menyampaikannya kepada beliau. Kata-kata Abu `Aashim kepada Imam Bukhari pula menunjukkan bagi Sufyan ats-Tsauri dan Malik, dua tokoh tersohor di zaman sebelum zaman Imam Bukhari, kedua-dua cara penerimaan dan penyampaian hadits 
tersebut sama sahaja.

¹¹⁵ Salah satu daripadanya boleh saja digunakan ketika menyampaikan hadits, sama ada hadits itu diterima dengan guru membacanya atau murid membacanya.
Imam Sufyan bin `Uyainah bahkan membenarkan lafaz حدثنا ,أخبرنا ,أنبأنا dan سمعت digunakan ketika menyampaikan hadits, sama ada hadits itu diterima dengan guru membacanya atau murid membacanya. Salah satu daripadanya boleh saja digunakan di tempat yang lain.
Imam bukhari berdalil dengan hadits Ibnu `Umar yang meriwayatkan tentang teka-teki Nabi s.a.w. dalam satu majlis yang dihadhirinya, ayahnya (`Umar) dan lain-lain sahabat. Nabi s.a.w. telah bertanya para hadhirin di dalam majlis itu dengan katanya: “Di antara sekian 
banyak pokok, ada satu pokok yang tidak luruh daun-daunnya, ia menyerupai orang Islam.” Lalu baginda bersabda:   فحدثوني ما هي ( tolong kamu ceritakan pokok apakah itu?). 
Demikianlah tersebut dalam salah satu saluran riwayat. Dalam satu saluran riwayat yang lain tersebut baginda bersabda: أخبروني( beritahulah kepadaku). Sementara dalam satu saluran riwayat yang lain pula baginda bersabda: أنبئوني( beritahulah kepadaku). Dengan itu dapatlah difahami bahawa lafaz taĥdīts (حدثنا ,)ikhbār (أخبرنا )dan imbā’ (أنا أنب )itu sama sahaja. Masing-masing daripadanya boleh digunakan dan boleh ditukar-tukar tempat antara satu sama lain. 

¹¹⁶ Abu Mush`ab juga antara tokoh hadits yang mengharuskan lafaz حدثنا digunakan di tempat أخبرنا dan lafaz أخبرنا pula digunakan di tempat حدثنا ketika menyampaikan hadits. Padahal menurut orang-orang yang membezakan kedua istilah tersebut dan mengkhususkannya, penggunaan seperti itu tidak dibenarkan.



Tafsir nota baca 0011(0210-0213)s

Tafsir nota baca 0011(0210-0213)s

Al-Baqarah 2:199
ثُمَّ أَفِيضُوا۟ مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ ٱلنَّاسُ وَٱسْتَغْفِرُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Al-Baqarah 2:200
فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَٰسِكَكُمْ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَذِكْرِكُمْ ءَابَآءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًاۗ فَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا وَمَا لَهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنْ خَلَٰقٍ 
Al-Baqarah 2:201
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 
Al-Baqarah 2:202
أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّمَّا كَسَبُوا۟ۚ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ 
Al-Baqarah 2:203
وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِىٓ أَيَّامٍ مَّعْدُودَٰتٍۚ فَمَن تَعَجَّلَ فِى يَوْمَيْنِ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِۚ لِمَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ 

Al-Baqarah 2:204
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُۥ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَيُشْهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِى قَلْبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلْخِصَامِ 
Al-Baqarah 2:205
وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِى ٱلْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ ٱلْحَرْثَ وَٱلنَّسْلَۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلْفَسَادَ 
Kemudian bertolaklah kamu dari tempat  bertolak orangramai³³⁶ dan mohonlah ampunan kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.[199]

Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka hendaklah  menyebut-nyebut mengingati Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut nenek moyang kamu, bahkan dengan sebutan  yang  lebih dari itu. Di antara manusia terdapat orang-orang (berdoa dengan berkata), “Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami (kebaikan) di dunia." Sedangkan di akhirat ia tidak mendapat sebarang habuan.³³⁷ [200].

Dan di antara mereka terdapat pula orang-orang yang (berdoa dengan) berkata:"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,³³⁸ dan peliharalah kami dari azab neraka." [201].

Mereka itulah yang akan mendapat habuan yang baik dari amalan yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya. [202].

Dan berzikirlah kepada Allah (dengan takbir dan lain-lain semasa mengerjakan haji) pada beberapa hari yang tertentu bilangannya.³³⁹ Kemudian sesiapa yang mahu segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua (iaitu hari ke-12 Dzulhijjah), maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang lambat (meninggalkan Mina hingga hari ke-13 Dzulhijjah), maka ia juga tidaklah berdosa;(ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa³⁴¹ dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dikumpulkan kepadanya. [203].

Di antara manusia terdapat orang yang tutur katanya dalam kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya),³⁴² dan ia mempersaksikan Allah atas (kebenaran) isi hatinya,³⁴³ sedangkan dialah musuh yang paling ketat. [204].

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanamantanaman serta keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. [205]

_____________
³³⁶ Secara terang tidak disebutkan  disini nama  tempat  yang diperintahkan  supaya  orang-orang yang mengerjakan haji  itu bertolak turun. Ia hanya dikatakan tempat  bertolak turunnya orangramai sahaja. Sebab nya ialah  sebelum itu  telah pun  menyebut namanya dengan terang  dan jelas. Tempat itu ialah Arafah. Allah telahpun  berfirman sebelum itu: فَإِذَآ أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَٰتٍ (Kemudian apabila kamu bertolak turun dari Arafah).

³³⁷Maka janganlah kamu jadi seperti mereka, sebaliknya jadilah seperti orang-orang yang tersebut di dalam ayat ke-201 selepas ini.

³³⁸ Berdoa kepada Allah agar dikurniakanNya kebaikan di dunia dan di akhirat adalah amalan para nabi, para rasul dan juga orang-orang saleh. Nabi s.a.w. selalu berdoa dengan doa ini. Allah menceritakan di dalam Al-Qur'an bahawa Nabi Musa a.s. juga salah seorang nabi yang telah berdoa kepadaNya supaya dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat. Berikut ialah firman Allah berkenaan:
Al-A'raf 7:156
وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: "Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu." Allah berfirman: "AzabKu akan Ku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi segala sesuatu; maka akan Aku tetapkannya untuk orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami." (al- A'raaf:156).

Oleh itu hendaklah kamu jadi seperti mereka. Kamu juga hendaknya berdoa begitu.

Antara kebaikan di dunia yang disebutkan di dalam Al-Qur'an ialah kehidupan dan tempat tinggal yang baik untuk orang-orang yang menegakkan ugama Allah. Allah berfirman:
An-Nahl 16:41
وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ فِى ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا۟ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۖ وَلَأَجْرُ ٱلْءَاخِرَةِ أَكْبَرُۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat tinggal yang baik kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) di akhirat kelak adalah lebih besar, kalaulah mereka mengetahui. (an-Nahl:41).

Antara kebaikan di dunia yang disebutkan di dalam Al-Qur'an lagi ialah perihal  bertukarnya kejahatan- kejahatan  dan dosa-dosa besar yang pernah  dilakukan  oleh sesaorang manusia menjadi kebaikan-kebaikan , sekiranya ia benar-benar bertaubat daripada dosa-dosanya, beriman dan beramal soleh, Allah berfirman:
Al-Furqan 25:68
وَٱلَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا 
Al-Furqan 25:69
يُضَٰعَفْ لَهُ ٱلْعَذَابُ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِۦ مُهَانًا
Al-Furqan 25:70
إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَٰلِحًا فَأُو۟لَٰٓئِكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمْ حَسَنَٰتٍۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا 
Bermaksud : Dan orang-orang yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama   Allah  dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya , kecuali  dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syara'), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian itu, niscaya ia akan mendapat balasan dosanya; (68)
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, (69)
Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70) 

³³⁹ laitu pada hari-hari Tasyriq (hari ke-11, ke-12 dan ke-13) semasa berada di Mina. 

³⁴⁰ Berada di Mina selama tiga hari itu hanya sunat dan lebih baik sahaja. la bukanlah suatu yang wajib. Seseorang boleh meninggalkan Mina pada hari ke-12 lagi. la tidak mesti berada di situ hingga hari ke-13.
Cepat dan lambatnya meninggalkan Mina itu bukanlah kerana sesuatu tujuan yang tidak baik, sebaliknya kerana menurut perintah Allah dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Allah berfirman: 
Al-Layl 92:17 وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلْأَتْقَى 
Al-Layl 92:18 ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ 
Al-Layl 92:19 وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَىٰٓ 
Al-Layl 92:20 إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ ٱلْأَعْلَىٰ 
Al-Layl 92:21 وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ 
Bermaksud: Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu sungguh bertaqwa, (17) yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, (18) padahal tidak ada padanya budi seseorang pun yang patut dibalas, (19) (tiada apa-apa) selain daripada mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; (20) Demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkan.


³⁴¹Tetapi engkau hanya akan tertarik hati dengan tutur katanya dalam kehîdupan dunia ini sahaja. Adapun di akhirat hakikatnya akan terdedah. Segala isi hati manusia
akan terdedah nyata di sana. Allah di dalam ayat yang lain menceritakan betapa tutur kata manusia seperti itu menyebabkan pendengarnya tertarik hati. Firman Allah:
Al-Munafiqun 63:4
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْۖ وَإِن يَقُولُوا۟ تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْۖ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌۖ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْۚ هُمُ ٱلْعَدُوُّ فَٱحْذَرْهُمْۚ قَٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۖ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ 
Bermaksud: Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki), Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh-rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya, maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah Inembinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka sampai dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?!      

Berhubung dengan keadaan mereka di akhirat pula Allah berfirman:
At-Tariq 86:9 يَوْمَ تُبْلَى ٱلسَّرَآئِرُ 
At-Tariq 86:10فَمَا لَهُۥ مِن قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ 
Bermaksud: Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (berupa i'tiqad, niat dan lain-lain), (9) 
Maka (pada sa'at itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada pula penolong (yang dapat memberikan pertolongan). (10). 

³⁴³ Merekalah orang-orang munafiq. Allah memperihalkan keadaan mereka di tempat lain begini:
Al-Munafiqun 63:1
إِذَا جَآءَكَ ٱلْمُنَٰفِقُونَ قَالُوا۟ نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُۥ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ لَكَٰذِبُونَ 
Bermaksud: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kamí mengakui bahawa sesungguhnya engkau benar-benar Rasul Allah". Dan Allah seniemangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, dan Allah bersaksi bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu memang pendusta. (al-Munaafiqun: 1)


Ahad, Mac 27, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 027(0064-0075)p10s

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 027(0064-0075)p10s

Perkara Ke-Sepuluh:           
                    
Perawi-Perawi Tsiqaat Yang Tinggi Kedudukannya Dan Perbezaan Darjat di antara Mereka.

Mula-mula sekali Imam Tirmidzi membicarakan tentang perawi-perawi dha'if. Kemudian tentang perawi-perawi yang dipertikaikan dan sekarang pula tentang perawi-perawi tsiqaat yang tinggi kedudukannya, perawi-perawi yang betul-betul ingat hadits-hadits dan masak dengannya.

Perawi-perawi hebat itu pun tidak sama darjatnya, ada tinggi rendahnya. Mereka semuanya hebat, tetapi sebahagiannya ada yang lebih hebat daripada yang Iain-lain. Penentu kepada perbedaan kedudukan dan darjat mereka adalah dua perkara berikut:

(1) Ingatan dan keteguhan ilmu (الفظ والإتقان), iaitu ingat hadits-hadits yang didengar dan diterima daripada guru serta menyimpannya dengan baik dan kemas. 
(2) Cermat dan teliti (التثبت) ketika mendengar hadits dan menyampaikan hadits. Semakin baik keadaan perawi dalam dua perkara tersebut, semakin tinggilah pula kedudukan dan darjatnya.
Tetapi itu bukanlah bererti perawi-perawi yang tinggi kedudukannya itu tidak pernah tersalah dan tidak mungkin tersalah. Tidak ada siapa pun yang terpelihara daripada tersalah dan terlupa. Biar bagaimana cermat sekalipun tokoh-tokoh hadits itu dan biar bagaimana kuat sekalipun ingatan mereka, namun mereka juga manusia. Sebagai manusia mereka tidak terlepas daripada tersalah dan tersilap. Mereka juga boleh terlupa. 
Kata Ibnu Ma'in, "Aku tidak hairan kenapa seseorang muhaddits tersalah meriwayatkan hadits. Yang aku hairan ialah bagaimana orang yang meriwayatkan hadits itu meriwayatkannya dengan tepat dan betul." Kata Ibnu al-Mubarak, "Siapa terpelihara daripada waham?" Saiyyidina 'Aaishah telah mengaitkan beberapa orang sahabat dengan waham dalam periwayatan mereka. Ada 'ulama' yang bahkan telah menulis secara khusus berkenaan dengan kritikan Saiyyidatna 'Aaishah terhadap beberapa orang sahabat.
Oleh kerana itu tidak dapat tidak, mestilah diterima ada berlaku sedikit kesilapan dan kesalahan dalam riwayat sesetengah perawi yang hebat dan cermat bagaimana sekalipun. Kesilapan kecil yang berlaku kepada mereka seharusnya dima'atkan,  memandangkan begitu banyak riwayat mereka yang tidak salah.

Imam Tirmidzi mengemukakan 16 contoh perawi hebat seperti itu. Kata beliau:
قال أبو عيسى......حفظهم
Bermaksud: Kata Abu 'Isa, "Ahli Ilmu (perawi-perawi hadits) hanya berbeza (kedudukan mereka) dengan sebab ingatan, itqaan dan tatsabbut ketika mendengar

حدثنا.....حرفا
Bermaksud: Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada 'Umaarah bin al-Qa'qaa', katanya: "Ibrahim an-Nakha'i pernah berkata kepadaku, "Kalau engkau hendak meriwayatkan hadits kepadaku, maka riwayatkanlah kepadaku hadits daripada [1]Abi Zuìah bin 'Amar bin Jarir.¹¹¹ Kerana dia pernah meriwayatkan kepadaku satu hadits. Beberapa tahun kemudian, aku bertanya dia tentang hadits itu, dia tidak  mengurangkan satu haraf pun daripadanya.¹¹²
حدثنا....يكتب
Manshur, katanya: "Aku bertanya Ibrahim, "Kenapa [2] Salim bin Abi al-Ja'ad¹¹³ lebih sempurna haditsnya daripada haditsmu?" Jawab beliau, "Kerana dia menulis.¹¹⁴

حدثنا.....حرف
Bermaksud: Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Sufyan, katanya: Kata [3] 'Abdul Malik bin 'Umair:¹¹⁵  Sesungguhnya aku meriwayatkan hadits dengan tidak meninggalkan satu harafpun daripadanya.¹¹⁶
 
 حدثنا......قلبى
Bermaksud: Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ma'mar, kata[4] Qataadah:¹¹⁷  Tidak ada sama sekali apa yang didengar oleh kedua telingaku, melainkan ia diingat oleh hatiku."

حدثنا ....... الزهرى
Bermaksud: Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada 'Amar bin Dinar, kata beliau: "Tidak pernah ku lihat siapa pun yang lebih hebat daripada [5] az-Zuhri dalam mengemukakan hadits marfu'
حدثنا.....كثير
Bermaksud: Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ayyub asSakhtiani, katanya: "Aku tidak tahu ada orang lain yang lebih alim daripada [6] Yahya bin Abi Katsir¹¹⁹ tentang hadits orang-orang Madinah selepas az-Zuhri
حدثنا محمد....سيرين
Bermaksud: Imam Timidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Hammaad bin Zaid, kata beliau: "Ibnu 'Aun selalu meriwayatkan hadits (daripada Muhammad bin Sirin). Bila saya meriwayatkan kepadanya hadits Ibnu Sirin daripada [7] Ayyub as-Sakhtiyani¹²⁰ yang berbeza daripada apa yang diriwayatkannya,  beliau akan meninggalkan hadits yang didengarnya sendiri daripada Ibnu Sirin. Maka aku berkata kepadanya: "Bukankah engkau sendiri meriwayatkan hadits ini daripada Ibnu Sirin?''¹²¹ Maka jawab Ibnu 'Aun: "Ayyub lebih mengetahui tentang hadits-hadits Ibnu Sirin daripada kami ¹²²
حدثنا......الناس
Bermaksud: (Kata Imam Tirmidzi) Abu Bakar meriwayatkan kepada kami daripada 'Ali bin 'Abdillah, katanya: Aku bertanya Yahya bin Salid, "Siapakah yang lebih mantap, Hisyam ad-Dastawa'i atau Mis'ar?" Jawab Yahya, "Tidak pernah aku melihat orang seperti [8] Mis'ar.¹²³ Mis'ar adalah orang yang paling mantap (dalam menerima dan meriwayatkan hadits)."
١-
٢-
٣-
٤-
٥-
٦-
Bermaksud: 
1- Imam Aku mendengar Tirmidzi dengan sanadnya daripada Abu al- Walid' katanya: Aku mendengar Hammaad  bin Zaid meriwayatkan "Tidak daripada [9] Syu'bah¹²⁴Abu al-
menyalahiku Pada sesuatu hadits, melainkan aku meninggalkan hadits itu.¹²⁵

2- Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu al-Walid Iagi, katanya: Hammaad bin Salamah pernah berkata kepadaku, "Jika engkau mahukan hadits (yang kemas), maka pastikan engkau menerimanya daripada Syu'bah."

3- (Kata Tirmidzi) 'Abd bin Humaid meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Daud meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu'bah berkata, "Tidak ada orang yang aku riwayatkan daripadanya satu hadits melainkan aku pergi kepadanya lebih dari satu kali. Orang yang aku riwayatkan daripadanya sepuluh hadits, aku pergi kepadanya lebih dari sepuluh kali. Orang yang aku riwayatkan daripadanya lima puluh hadits, aku pergi kepadanya lebih dari lima puluh kali. Dan orang yang aku riwayatkan daripadanya seratus hadits, aku pergi kepadanya lebih dari seratus kali, kecuali Hayyaan (bin Iyaas) al-Baariqi (al-Kufi), kerana aku mendengar hadits-hadits ini daripadanya, kemudian aku pergi kepadanya, tetapi aku dapati dia telah meninggal."

4- Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu Mahdi, katanya: Aku mendengar Sufyan berkata, "Syu'bah Amirul Mu'minin dalam bidang hadits."

5- Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Yahya bin Sa' id, katanya: "Tidak ada siapa pun lebih aku suka daripada Syu'bah. Bagiku, tidak ada siapa pun menyamainya. Tetapi kalau Sufyan menyalahinya, aku akan berpegang dengan riwayat Sufyan.

6- (Kata Tirmidzi) 'Ali (bin al-Madini) berkata, "Pernah aku bertanya Yahya,"Siapakah yang lebih ingat hadits-hadits panjang, sufyan atau Syu'bah?" Jawab Yahya, "Syu'bah lebih lancar (dan lebih ingat apabila meriwayatkan hadits-hadits
yang panjang)." Yahya juga berkata, "Syu'bah paling alim tentang rijal "fulan daripada fulan", Sufyan pula ahli dalam bidang fiqh (dan masalah-masalah agama).¹²⁷
حدثنا....زيد
Bermaksud: (Kata Tirmidzi) 'Amar bin 'Ali meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku mendengar 'Abdur Rahman bin Mahdi berkata, "Imam-imam dalam hadits ada empat orang. Sufyan  ats-Tsauri, Malik bin Anas, [10] al-Auzaa'i¹²⁸ dan [11]
Hammaad bin Zaid.¹²⁹
حدثنا.....حدثنى
Bermaksud: Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Wakii', katanya: KataSyu'bah, [12] "Sufyan (ats-Tsauri)¹³⁰ lebih hafal daripadaku. Tidak ada Sufyan
meriwayatkan kepadaku apa pun daripada seseorang syeikh, lalu aku bertanya syeikh melainkan aku dapati ia sebagaimana yang diriwayatkan Oleh Sufyan kepadaku."

سمعت.....الحديث
Bermaksud: (Kata Tirmizi) Aku mendengar Ishaq bin Musa al-Anshaari berkata, aku mendengar Ma'an bin ' Isa al-Qazzaaz berkata, [13] "Malik bin Anas¹³¹ bersikap keras berhubung dengan hadits Rasulullah s.a.w. Berhubung dengan dan seumpamanya pun beliau keras.¹³²
(Kata Tirmizi) Ibrahim bin 'Abdillah bin Quraim al-Anshaari, qadhi' Madinah, meriwayatkan kepadaku, katanya: "Pernah Malik bin Anas lalu di hadapan Abi Haazim (Salamah bin Dinar al-Madani) ketika Abu Haazim sedang (menyampaikan hadits sambil) duduk, tetapi Malik terus beredar dari situ. Beliau (Malik) ditanya orang, "Kenapa engkau tidak duduk (mendengar hadits-hadits yang
disampaikannya)?" Jawabnya, "Aku tidak mendapati tempat untuk duduk dan aku tidak suka menerima hadits Rasulullah s.a.w. dalam keadaan berdiri."
Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Yahya bin Saqid al-Qatthaan, kata beliau, "(Riwayat) Malik daripada Saiid bin Musaiyyab lebih aku sukai daripada (riwayat) Sufran daripada Ibrahim an-Nakha'i." Kata Yahya (lagi), "Tidak ada siapa pun di kalangan muhadditsin, orang yang lebih sahih haditsnya daripada Malik bin Anas. Malik adalah seorang imam dalam bidang hadits.
سمعت....القطان
Bermaksud: Imam Tirmidzi berkata: Aku mendengar Ahmad bin Hasan berkata: Aku mendengar Ahmad bin Hambal berkata: "Tidak pernah mataku melihat orang seperti [14] Yahya bin Sa' id al-Qatthaan.¹³⁴
قال أحمد.....إمام
Bermaksud: Kata Ahmad bin Hasan, Ahmad bin Hambal pernah ditanya tentang Wakii' dan 'Abdur Rahman bin Mahdi, maka jawab Ahmad: [15] (Kedudukan) Wakii'¹³⁵ sangat besar di hatiku, dan [16] 'Abdur Rahman bin Mahdi adalah imam.
سمعت.....مهدى
Bermaksud: (Kata Tirmidzi) Aku mendengar Muhammad bin 'Amar bin Nabhaan bin Shafwaan ats-Tsaqafi al-Bashri berkata, aku mendengar 'Ali bin al-Madini berkata: ''Kalau aku hendak bersumpah di antara rukun (Hajarul aswad) dan Maqam (Ibrahim), niscaya dapat bersumpah bahawasanya aku tidak pernah melihat sesiapa pun yang lebih alim daripada 'Abdur Rahman bin Mahdi.
قال أبو عيسى.....فيه
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Timidzi, "(Kesimpulannya), Perbincangan berhubung dengan darjat dan kedudukan Ahli Ilmu Hadits dan riwayat mengenainya ada banyak. Kami hanya menerangkan sedikit sahaja daripadanya secara ringkas untuk dijadikan dalil bagi adanya perbezaan kedudukan dan kelebihan di kalangan Ahli Ilmu Hadits dalam hafalan dan keteguhan ilmunya. Ahli ilmu yang memperkatakan tentangnya pula diketahui kenapa dia memperkatakannya.¹³⁶

____________
¹¹⁰ Mana-mana daripada mereka yang lebih kuat ingatan, lebih kemas catitan dan lebih teliti  dalam periwayatan, ia dianggap lebih baik daripada yang kurang daripadanya.

¹¹¹ Abi Zur'ah bin 'Amar bin Jarir bin 'Abdillah al-Bajali al-Kufi. Beliau adalah perawi tsiqah dari kalangan Tabi'in yang terpilih. Datuknya Jarir bin 'Abdillah al-Bajali adalah sahabat Nabim s.a.w. Selain meriwayatkan hadits daripada datuknya, Abu Zur'ah juga meriwayatkan hadits daripada Abu Hurairah r.a.  Riwayat beliau terdapat di dalam ke-enam-enam kitab utama hadits. Abu Zur'ah ar-Razi adalah seorang muhaddits yang muncul lama selepas Abu Zur'ah bin 'Amar ini. Abu Zur'ah ar-Razi seorang muhaddits yang sezaman dengan Imam Bukhari dan Muslim. Riwayatnya banyak terdapat di dalam Sunan Tirmidzi. 


¹¹²  [1] Abu Zuriah bin 'Amar bin Jarir. Ini adalah contoh pertama tokoh hadits yang dikemukakan Imam Tirmidzi.

¹¹³  [2] Salim bin Abi al-Ja'ad al-Ghathafaani al-Asyja'i. Beliau tinggal di Kufah. Salah seorang perawi tsiqah yang terpilih. Tokoh-tokoh hadits meriwayatkan hadits daripadanya. Beliau meninggal dunia pada tahun ke-97 Hijrah. Ini adalah contoh ke-dua tokoh hadits yang dikemukakan Imam Tirmidzi.

¹¹⁴ Oleh kerana dia mencatat hadits-hadits dengan baik di samping menghafalnya, dan meriwayatkan hadits berpandukan catatannya itu, maka tidak berlaku kesilapan pada riwayatnya. Adapun aku, maka aku semata-mata bergantung kepada ingatanku dan meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya. Kerana itulah berlaku sedikit sebanyak perbezaan pada riwayatku. Jawapan Ibrahim an-Nakha'i ini menunjukkan riwayat berdasarkan lafaz asal hadits itu lebih utama.

¹¹⁵   [3] 'Abdul Malik bin 'Umair adalah contoh ke-tiga tokoh hadits yang dikemukakan oleh Imam Tirmidzi. Beliau seorang perawi tsiqah dan fasih. Ramai sekali muhadditsin meriwayatkan hadits daripadanya. Setelah tua ingatannya banyak terjejas. Beliau dikatakan telah meninggal dunia ketika berumur 130 tahun.

¹¹⁶ Maksudnya ialah beliau ingat betul hadits-hadits yang diriwayatkannya dan meriwayatkannya dengan lafaz asal yang diterimanya daripada guru.

¹¹⁷[4] Qataadah bin Di'aamah adalah contoh ke-empat tokoh hadits yang dikemukakan oleh Imam Timidzi. Kuniahnya adalah Abul Khatthaab. Beliau dari qabilah Sadus dan tinggal di Bashrah. Qataadah buta semenjak lahir, tetapi beliau dikurniakan ingatan dan kepintaran yang luar biasa. Sa'id bin al-Musaiyyab pernah berkata, "Tidak ada seorang pun murid daripada 'Iraq yang datang kepadaku lebih banyak ingat hadits daripada Qataadah." Qataadah bersama Sa'id selama lapan hari sahaja. Setelah tiga hari Sa'id berkata kepadanya, '*Cukuplah, pergilah kamu. Kamu telah betul-betul memerah apa yang ada padaku." Mathar al-Warraaq berkata: "Qataadah menghafal hadits yang didengarnya dengan bersungguh-sungguh. Beliau apabila mendengar hadits akan resah gelisah selagi tidak ingat hadits yang didengarnya." Pernah dalam satu majlis penyampaian hadits, Qataadah berkata: "Aku tidak pernah terlupa apa-apa." Kemudian setelah selesai majlis itu, Qataadah berkata kepada khadamnya:
"Bawakan kepadaku seliparku." Maka si khadam berkata, "Bukankah tuan telah memakai selipar tuan?" Begitulah manusia, biar bagaimana kuat sekalipun ingatannya, ia tetap terlupa juga. Qataadah terlupa yang dia telah pun memakai selipar!¹¹⁸ [5] Az-Zuhri adalah contoh ke-lima tokoh hadits yang dikemukakan oleh Imam Tirmidzi. Nama sebenar az-Zuhri dan susur galur beliau adalah seperti berikut: Muhammad bin Muslim bin 'Ubaidillah bin 'Abdillah bin Syihaab. Beliau dikenali sebagai az-Zuhri kerana mempunyai pertalian dengan Bani Zuhrah yang merupakan salah satu cabang kaum Quraisy. Az-Zuhri dikenali dengan dua kuniah (nama panggilan), Ibnu Syihaab dan Abu Bakar. Beliau adalah salah seorang hafiz hadits dan imam mujtahid. Kehebatannya dalam bidang hadits diakui semua pihak. Meninggal dunia pada tahun 125 Hijrah. Oleh kerana az-Zuhri agak mesra dengan para khulafa' di zamannya, sesetengah orang menuduh beliau sebagai 'ulama' dunia atau 'ulama' pengampu dan upahan. Sedangkan gurunya 'Amar bin Dinar berkata, "Zuhri adalah seorang yang paling tidak mempedulikan wang ringgit. Dinar dan dirham pada pandangannya tidak lebih daripada tahi kambing saja." Bolehkah orang alim seperti ini dikatakan 'ulama' dunia atau 'ulama' upahan?
Perkataan    أَنَصَّ  yang disebut oleh 'Amar bin Dinar adalah isim tafdhil daripada  نَصَّ.  Ayat     نَصَّ الحَدِيْثِ  bererti memarfu'kan hadits iaitu mengemukakan hadits dengan sanad sampai kepada Nabi s.a.w. Az-Zuhri ingat sanad-sanad hadits marfu' dengan baik. 'Setiap hari sebelum tidur beliau akan mengulangi membaca hadits-hadits riwayatnya lengkap dengan sanad berdasarkan ingatannya. Riwayat-riwayat mursal beliau bagaimanapun dianggap dha'if.

¹¹⁶[6] Yahya bin Abi Katsir at-Tha'i adalah contoh ke-enam tokoh hadits yang oleh Imam Tirmidzi. Beliau meninggal dunia pada tahun 129 Hijrah. Kata Syu'bah, "Yahya lebih banyak ingat hadits daripada az-Zuhri." Yahya bin sa'id al-Qatthaan bagaimanapUn menganggap hadits.hadits mursalnya sebagai dha'if. Beliau mengatakan, ia seperti angin(tidak boleh dipegang). Imam Ahmad Juga tidak suka dengan hadits-hadits mursalnya, kerana beliau meriwayatkan daripada perawi-perawi dha'if.

¹²⁰[7] Ayyub as-Sakhtiyani adalah contoh ke-tujuh tokoh hadits yang dikemukakan oleh Imam Tirmidzi. Beliau ialah Ayyub bin Abi Tamimah al-Bashri as-Sakhtiyani. Nama sebenar ayahnya ialah Kaisaan. Sakhtiyan ialah kulit binatang yang kecil seperti amab dan Iain-Iain. Mungkin beliau dari keluarga yang kerjanya berniaga kulit binatang yang kecil, sehingga beliau dikaitkan (dinisbahkan) dengannya dan dikatakan as-Sakhtiyani. Sakhtiyan bukan bahasa 'Arab, entah dari bahasa apa asalnya! Beliau adalah salah seorang tokoh  ulama' dan hafiz hadits yang hebat. Syu'bah berkata, "Ayyub as-Sakhtiyani meriwayatkan kepada kami, beliau adalah penghulu fuqaha'." Abu Khusyainah berkata, "Aku bertanya Muhammad bin Sirih, siapakah yang meriwayatkan hadits sekian-sekian kepadamu?" Jawab beliau, "Orang yang sangat kuat, sangat kuat meriwayatkannya kepadaku, iaitu Ayyub." Hisyam bin  'Urwah dinukilkan berkata, "Tidak pernah datang kepada kami orang Iraq yang lebih mulia daripada Ayyub dan Mis'ar bin Kidaam." Ibnu Abi Mulaikah berkata, "Ayyub, tidak ada di sebelah timur orang sepertinya." Kata Ibnu Ma'in, "Ayyub tsiqah, dia lebih mantap daripada Ibnu 'Aun. Apabila Ayyub dan Ibnu 'Aun berbeda pendapat tentang hadits, maka Ayyub lebih teguh dan mantap daripada Ibnu 'Aun." Imam Malik adalah salah seorang tokoh hadits yang meriwayatkan hadits daripada Ayyub, kata beliau tentang Ayyub. Tidak aku riwayatkan hadits kepadamu daripada sesiapa pun melainkan Ayyub lebih utama Syu'bah juga dinukilkan ada berkata begitu tentang Ayyub. Ibnu al-Mubarak berkata, "Tidak pernah aku melihat orang yang lebih mulia daripada Ayyub." Ayyub tidak menulis hadits yang diterimanya. beliau sebaliknya menghafalnya. Beliau meninggal dunia pada tahun  171 Hijrah.

¹²¹Jadi kenapa engkau meninggalkan apa yang diterima olehmu secara langsung daripada Muhammad bin Sirin?
Maksud beliau ialah di kalangan murid-murid Ibnu Sirin. Ayyublah yang paling hebat dalam mengingati hadits-haditsnya.

¹²³ Mis'ar bin Kidaam al-HilaIi ar-Ruasi al-Kufi. Sufran bin  Uyainah berkata, "Mis'ar adalah lombong kebenaran." Apabila berlaku perselisihan diantara Syu'bah dan ats-Tsauri, Sufyan bin 'Uyainah akan berkata, "Mari kita pergi kepada batu uji" Maksud beliau ialah mari kita pergi kepada Mis'ar. Kata Syu'bah, "Kami selalu menyebut Mis'ar sebagai mushaf." Kerana,Mis'ar ingat hadits-hadits seperti ingat al-Qur'an. Mis-ar adalah seorang yang mempunyai sifat seorang yang redha dan berpuas hati dengan apa yang dikurniakan oleh Allah, meskipun sedikit. Beliau tidak suka dikenali dan sangat mengelak diri daripada jadi masyhur. Mis'ar adalah salah seorang imam dan tokoh hadits, Beliau meninggal dunia pada tahun 153 Hijrah.

 ¹²⁴   Abu Bisthaam Syu'bah bin al-Hajaaj al-'Ataki al-Azdi al-Wasithi al-Bashri. Syu'bah adalah imam dalam bidang ilmu hadits. Beliau terbilang sebagai salah seorang tokoh Ilmu Jarh dan Ta'dil. Syu'bah merupakan pelopor dalam memperluaskan perbincangan tentang Jarh dan Ta'dil serta kaedah-kaedah sanad yang bersambung-sambung (متصل) dan sanad yang terputus (منقطع). Beliau sangat arif tentang 'ilal hadits. Muhadditsin yang datang selepasnya mengikuti jejaknya dalam Jaril dan Ta'dil dan lain-lain. Shaleh bin Muhammad berkata, "Syu'bahlah orang yang mula-mula sekali membincangkan tentang perawi-perawi hadits.

Beliau diikuti Yahya bin sasid al-Qatthaan. Yahya pula diikuti oleh Ibnu Ma'in dan Imam Ahmad menganggap syu'bah seperti sekumpulan pakar-pakar hadits. Syuibah meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.


¹²⁵  Sebabnya ialah Syu'bah lebih ingat hadits-hadits daripada Hammaad. Hammaad sedar ingatan syu'bah lebih patut dipercayai daripada ingatannya sendiri.
Kerana bagi Yahya bin id al-Qatthaan, Sufyan lebih kuat dan teguh daripada Syu'bah.

¹²⁶ Kerana bagi Yahya bin Sa'id al Qatthaan, Sufyan lebih kuat dan teguh daripada Syu'bah


¹²⁷  Kerana Sufyan mujtahid dalam bidang fiqh, sedangkan Syu'bah pula bukan mujtahid dalam bidang itu.


¹²⁸  'Abdur Rahman bin 'Amar. Al-Auzaa'i adalah nisbah bagi keturunannya. Negeri tempat tinggalnya ialah Syam. 'Abdur Rahman bin 'Amar al-Auzaa'i terbilang salah seorang tokoh muhadditsin dan imam mujtahidin. Imam Malik berkata, "Al-Auzaa'i adalah seorang yang layak dijadikan ikutan." Imam Malik lebih mengutamakannya daripada Sufyan ats-Tsauri. Kata Ibnu Ma' in, "Al-Auzaa'i adalah perawi yang lebih teguh daripada Ibnu 'Uyainah." Ibnu Mahdi pula berkata, "Di Syam tidak ada orang yang lebih hebat daripada al-Auzaa'i dalam pengetahuan tentang Sunnah."

¹²⁹   Abu Ismail Hammaad bin Zaid adalah penduduk Bashrah. Imam Ahmad mengiranya sebagai salah seorang imam umat Islam. Beliau seorang yang buta, tetapi ingat dengan baik semua hadits yang diriwayatkannya.
Beliau ialah Sufyan bin Sa'id ats-Tsauri. Seorang muhaddits dan imam mujtahid di Kufah. Syu'bah lain-lain imam hadits menganggap beliau sebagai Amirul Mu'minin di bidang hadits. Sufyan ats-Tsauri hidup semian dengan Imam Abu Hanifah. Sembilan puluh peratus pendapatnya dalam bidang fiqh sama dengan pendapat Imam Abu Hanifah.

¹³⁰ Beliau ialah [12] Sufyan bin Sa'id ats-Tsauri. Seorang muhaddits dan imam mujtahid di Kufah. Syu'bah lain-lain imam hadits menganggap beliau sebagai Amirul Mu'minin di bidang hadits. Sufyan ats-Tsauri hidup sezaman dengan Imam Abu Hanifah. Sembilan puluh peratus pendapatnya dalam bidang fiqh sama dengan pendapat Imam Abu Hanifah.


¹³¹ Beliau terkenal sebagai salah seorang imam empat mazhab. Gelaran yang diberikan kepada Malik bin Anas ialah Imam Daril Hijrah, sebagai orang yang paling alim di Madinah. Malik bin Anas adalah seorang mujtahid besar dan seorang muhaddits yang kukuh. Beliau meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah.

¹³²  Maksudnya ialah beliau tidak boleh bertolak ansur dengan kesilapan-kesilapan Yang berlaku pada periwayatan hadits. Kesilapan pada huruf-hurufpun tidak dapat diterima beliau.


¹³³ Kerana ia kelihatan tidak sopan, dan kerana dalam keadaan berdiri seseorang tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada hadits yang disampaikan. Imam Malik sangat menghormati dan memuliakan hadits-hadits Nabi s.a.w. Beliau bukan sahaja bersopan ketika menerima hadits. Ketika menyampaikan hadits-hadits juga beliau menjaga kesopanan. Pernah semasa menyampaikan hadits Imam Malik disengat sebanyak enam belas kali oleh jengking. Walaupun warna wajah beliau berubah-ubah, namun beliau tidak bergerak dan berganjak dari tempatnya. Setelah selesai penyampain hadits, barulah beliau berkata, "Aku tidak bergerak dan berganjak semata-mata kerana menghormati hadits-hadits Nabi s.a.w." Pendek kata, Imam Malik memang terkenal dengan kesopanan dan adabnya ketika menerima dan menyampaikan hadits.

¹³⁴ Dikatakan al-Qatthaan kepada orang yang menjual atau berniaga kapas. Itulah pekerjaan Yahya dan pekerjaan bapanya Sa' id. Yahya bin Sa'id terkenal sebagai Imam Jarh dan Ta'dil. Beliau dianggap sebagai khalifah Syu'bah dalam bidang ini. Imam Ahmad, 'Ali bin al-Madini, Yahya bin Ma' in dan lain-lain mempelajari ilmu ini daripada beliau. Yahya bin Sasid al-Qatthaan meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah.


¹³⁵ Beliau ialah Abu Sufyan Wakii' bin al-Jarraah al-Ruasi al-Kufi, Wakii' terkenal sebagai salah seorang tokoh muhaddits. Beliau meninggal dunia pada tahun 196 Hijrah.

¹³⁶Apakah semata-mata untuk mentadilkan seseorang perawi dan mentsiqahkannya atau lebih lagi dari itu, dia juga hendak menyatakan kelebihan dan keutamannya?





Kecacatan('Ilal)hadis sesi 020(0075)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 020(0075)


سمعت.....مهدى
Bermaksud: (Kata Tirmidzi) Aku mendengar Muhammad bin 'Amar bin Nabhaan bin Shafwaan ats-Tsaqafi al-Bashri berkata, aku mendengar 'Ali bin al-Madini berkata: ''Kalau aku hendak bersumpah di antara rukun (Hajarul aswad) dan Maqam (Ibrahim), niscaya dapat bersumpah bahawasanya aku tidak pernah melihat sesiapa pun yang lebih alim daripada 'Abdur Rahman bin Mahdi.
قال أبو عيسى.....فيه
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Timidzi, "(Kesimpulannya), Perbincangan berhubung dengan darjat dan kedudukan Ahli Ilmu Hadits dan riwayat mengenainya ada banyak. Kami hanya menerangkan sedikit sahaja daripadanya secara ringkas untuk dijadikan dalil bagi adanya perbezaan kedudukan dan kelebihan di kalangan Ahli Ilmu Hadits dalam hafalan dan keteguhan ilmunya. Ahli ilmu yang memperkatakan tentangnya pula diketahui kenapa dia memperkatakannya.¹³⁶


Perkara Ke-Sebelas:

Membaca Di Hadapan Orang Alim Sama Seperti Mendengar Daripadanya

(Tidak ada perbedaaan di antara  حدثنا  dan أخبرنا)
Tradisi meriwayatkan hadits dan menerimanya telah berlangsung dengan begitu ringkas sekali di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Para sahabat yang

____________
¹³⁵ Beliau ialah Abu Sufyan Wakii' bin al-Jarraah al-Ruasi al-Kufi, Wakii' terkenal sebagai salah seorang tokoh muhaddits. Beliau meninggal dunia pada tahun 196 Hijrah.
Apakah semata-mata untuk mentadilkan seseorang perawi dan mentsiqahkannya atau lebih lagi dari itu, dia juga hendak menyatakan kelebihan dan keutamannya?
75

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 020(0074)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 020(0074)

disampaikannya)?" Jawabnya, "Aku tidak mendapati tempat untuk duduk dan aku tidak suka menerima hadits Rasulullah s.a.w. dalam keadaan berdiri."
Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Yahya bin Saqid al-Qatthaan, kata beliau, "(Riwayat) Malik daripada Saiid bin Musaiyyab lebih aku sukai daripada (riwayat) Sufran daripada Ibrahim an-Nakha'i." Kata Yahya (lagi), "Tidak ada siapa pun di kalangan muhadditsin, orang yang lebih sahih haditsnya daripada Malik bin Anas. Malik adalah seorang imam dalam bidang hadits.
سمعت....القطان
Bermaksud: Imam Tirmidzi berkata: Aku mendengar Ahmad bin Hasan berkata: Aku mendengar Ahmad bin Hambal berkata: "Tidak pernah mataku melihat orang seperti [14] Yahya bin Sa' id al-Qatthaan.¹³⁴
قال أحمد.....إمام
Bermaksud: Kata Ahmad bin Hasan, Ahmad bin Hambal pernah ditanya tentang Wakii' dan 'Abdur Rahman bin Mahdi, maka jawab Ahmad: [15] (Kedudukan) Wakii'¹³⁵ sangat besar di hatiku, dan [16] 'Abdur Rahman bin Mahdi adalah imam.

____________
¹³³ Kerana ia kelihatan tidak sopan, dan kerana dalam keadaan berdiri seseorang tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada hadits yang disampaikan. Imam Malik sangat menghormati dan memuliakan hadits-hadits Nabi s.a.w. Beliau bukan sahaja bersopan ketika menerima hadits. Ketika menyampaikan hadits-hadits juga beliau menjaga kesopanan. Pernah semasa menyampaikan hadits Imam Malik disengat sebanyak enam belas kali oleh jengking. Walaupun warna wajah beliau berubah-ubah, namun beliau tidak bergerak dan berganjak dari tempatnya. Setelah selesai penyampain hadits, barulah beliau berkata, "Aku tidak bergerak dan berganjak semata-mata kerana menghormati hadits-hadits Nabi s.a.w." Pendek kata, Imam Malik memang terkenal dengan kesopanan dan adabnya ketika menerima dan menyampaikan hadits.

¹³⁴ Dikatakan al-Qatthaan kepada orang yang menjual atau berniaga kapas. Itulah pekerjaan Yahya dan pekerjaan bapanya Sa' id. Yahya bin Sa'id terkenal sebagai Imam Jarh dan Ta'dil. Beliau dianggap sebagai khalifah Syu'bah dalam bidang ini. Imam Ahmad, 'Ali bin al-Madini, Yahya bin Ma' in dan lain-lain mempelajari ilmu ini daripada beliau. Yahya bin Sasid al-Qatthaan meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah.
74