Muka 18
2.5.2.5 Satu pengajaran besar dari sikap Islam dalam menangani persoalan anjing ini peringkat demi peringkat, jika dilihat dari perspektif Imam Bukhari ialah jati diri sesuatu bangsa atau umat itu begitu sekali perlu dijaga sehingga sesuatu yg mengancamnya mesti dihapuskan. Kerana sesuatu bangsa atau umat itu barulah bererti kewujudannya apabila ia mempunyai identiti sendiri atau umat yg beridentiti tidak akan meniru bangsa lain dan mengagumi secara membabibuta. Jika kerana bimbangkan jangkitan virus selsema burung yg boleh mengancam nyawa manusia, beburung dihapuskan maka begitulah juga sesuatu yg mengancam jiwa sesuatu umat, wajar dihapuskan. Itulah sebenarnya yg dimaksudkan Rasullah saw. Dalam kes ini tidak timbul langsung soal suci atau najisnya anjing.
2.5.2.6 Keistimewaan anjing semakin terserlah dizaman moden ini apabila telah terbukti dapat digunakan untuk pelbagai maksud yg tidak dapat dilakukan oleh manusia sendiri. Dizaman ini anjing digunakan untuk mengesan penjenayah, dadah, orang2 yg terperangkap dibawah runtuhan bangunan dan lain2.Dikawasan2 bersalji seperti diEskimo pula anjing2 digunakan untuk menarik kereta luncur salji. Anjing diakui semua pihak sebagai sejenis binatang yg boleh diajar dan dilatih untuk pelbagai maksud dan kenyataan ini ditegaskan oleh Allah sendiri didalam al-quran. Dalam keadaan sesaorang itu menganggap anjing adalah najis bahkan najis mughazallah, bagaimana dia akan dapat mengambil manfaat daripadanya dengan selesa? Bagaimana pula dia akan maju dalam ilmu dan seni melatih anjing untuk pelbagai maksud dan tujuan? Tetapi kalau kita mengikut pendapat Bukhari maka kita akan tidak akan ketinggalan dibelakang bangsa2 lain didunia ini dalam mendapatkan ilmu dan seni istimewa ini.
2.6 Imam Bukhari telah membuat satu bab bertajuk "Orang yg berpendapat tidak perlu berwuduk melainkan kerana keluar sesuatu daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur" dengan tujuan menyatakan pendapat dan ijtihadnya berhubung dengan apa yg keluar dari tubuh yg membatalkan wuduk disamping menolak pendapat orang2 lain dalam masalah ini.
Muka 18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan