Muka 19
2.6.1 Para ulamak berbeza pendapat tentang perkara2 yg membatalkan wuduk disebabkan perbezaan pendapat mereka dalam penentuan MANATH bagi perkara2 yg membatalkan wuduk itu.
2.6.1.1 Imam Abu Hanifah, Sufyan As-Tsauri, Ahmad dan lain2 berpendapat. MANATH ialah keluarnya najis daripada tubuh sesaorang tidak kira samada keluarnya itu daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur atau daripada lain2 bahagian tubuh. Kerana itulah mereka berpendapat terbatal wuduk dengan keluarnya darah dari hidung atau mana2 bahagian tubuh yg lain. Wuduk juga terbatal menurut mereka dengan sebab muntah dll.
2.6.1.2 Imam Syafie dan orang2 yg sehaluan denganya berpendapat MANATH nya ialah keluarnya sesuatu dari saluran itu najis biasa atau batu, darah, ulat dan sebagainya.
2.6.1.3 Imam Malik berpendapat MANATHnya ialah keluarnya sesuatu(najis dan sebagainya) yg biasa daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara normal. Oleh itu disisi Imam Malik air kencing yg keluar tidak secara normal kerana beser dan sebagainya tidak membatalkan wuduk. Demikian juga batu yg keluar daripada salah satu saluran tersebut tidak membatalkan wuduk disisi Imam Malik.
2.6.2 Pendapat Imam Bukhari dalam masalah ini sama seperti pendapat Imam Malik iaitu MANATH nya ialah keluarnya sesuatu (najis dan sebagainya) yg biasa daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara normal.
2.6.2.1 Tetapi beliau berbeza pendapat dengan Malik dalam perkara2 lain yg membatalkan wuduk seperti dalam masalah menyentuh zakar dan masalah bersentuh dgn perempuan dlm keadaan bernafsu. Justeru Malik berpendapat wuduk tidak terbatal dengan sebab menyentuh zakar atau dgn sebab bersentuhan perempuan walaupun dalam keadaan bernafsu.
Muka 19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan