Muka 20
2.6.2.2 Walaupun ada persamaan diantara pendapat Bukhari dan Abu Hanifah dari segi terbatalnya wuduk dgn sebab sesaorang menyentuh zakar atau bersentuhan dengan perempuan namun mereka berdua berlainan pandangan tentang sesaorang yg ketawa terbahak2 atau keluar darah dengan banyak dari tubuhnya. Imam Abu Hanifah berpendapat wuduk sesaorang akan batal dengan sebabnya tetapi Imam Bukhari berpendapat tidak.
2.6.3 Pendek kata pendapat Imam Bukhari dalam perkara ini berbeza sama sekali dengan pendapat2 imam2 4 mazhab.Pendapat yg paling hampir dengan pendapat Bukahri dalam masalah ini ialah pendapat Daud Dzahiri.
2.6.3.1 Untuk menguatkan pendapatnya Imam Bukhari telah mengemukakan ayat Al-quran juga atsar para sahabat dan tabiin dibawah tajuk "Orang yg berpendapat tidak perlu berwuduk melainkan kerana keluar sesuatu daripada 2 saluaran keluar najis iaitu qubul dan dubur".
2.6.3.1 Dari situ para ulamak dapat mengetahui fiqh dan ijtihad Imam Bukhari dalam masalah ini.
2.6.4 Ijtihad dan fiqh Imam Bukhari dalam bab ini ada kelebihannya yg tersendiri terutamanya jika dilihat dari segi ia memberi kemudahan kepada pengidap penyakit2 tertentu seperti beser dan lain2. Ia juga memudahkan pesakit2 yg terpaksa memakai beg air kencing(urine bag) atau beg najis(stoma) dan sebagainya.
2.6.5 Perbahasan dalam bab ini juga menunjukan kepada kita tentang perkara yg membatalkan wuduk yg disepakati oleh semua ulama mazhab dan perkara2 yg tidak disepakati mereka. Yang disepakati ialah keluarnya sesuatu (najis dan sebagainya) yg biasa daripada 2 saluaran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara normal dan tidak di sepakati pula ialah yg selain dari itu.
Muka 20
Tiada ulasan:
Catat Ulasan