Rabu, September 21, 2016

Tafsir asas alquran sesi 29.

USUL KE 12
MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN
KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

v) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga/ yang dibicarakan tentangnya) kepada khithaab (orang yang dihadap cakap). Antara contoh penggunaannya di dalam al-Quran ialah: Bermaksud:
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam. (2)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3)
Yang Menguasai pemerintahan di hari Pembalasan (hari akhirat). (4)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5)
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Iyyaahu” (Dia sahaja), bukan “Iyyaaka” (Engkau sahaja).

vi) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga / yang dibicarakan tentangnya) kepada takallum (orang yang bercakap),
Antara contoh penggunaannya didalam al-Quran ialah;
Bermaksud:
Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia (dari) Bani Israil dan Kami telah angkat di antara mereka 12 orang pemimpin …. (al-Maa’idah: 12)
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki (Dia telah angkat) dalam bentuk ghaibah juga.

h) Istilah `tashrif al-Aayaat’ ini sebenarnya berpunca daripada beberapa firman Allah di dalam al-Quran.
Antara lainnya ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya), tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut.
Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur (Al-A’raaf: 58)
Di dalam ayat di atas `tashrif al-Aayaat’ bererti menerangkan tanda-tanda kekuasaan, kemurahan dan sebagainya dengan berbagai cara.
Tashrif’ pada asalnya mempunyai beberapa erti. Antaranya memalingkan, pemalingan, memusing-musingkan, pemusingan, memutar-mutarkan, menukar, penukaran, mengubah, pengubahan, mengedarkan, mengisarkan dan lain-lain.
Tashrif al-Aayaat yang dimaksudkan di sini ialah Allah menerangkan tentang sesuatu perkara dengan berbagai-bagai cara.
Kisah nabi Musa a.s. tersebut beberapa kali di dalam al-Quran. Tetapi cara dan gaya penceritaannya tidak sama.
Apa yang diceritakan juga tidak seratus peratus sama.
Tentu ada yang berbeza. Demikian juga dengan kisah Nabi Adam a.s. dan Iblis. Ia bukan sekali tersebut di dalam al-Quran.
Namun ada saja perbezaan firman Allah pengisahan ceritanya setiap kali ia dikemukakan. Perbezaan dalam pengisahan sesuatu cerita dan lain-lain itulah yang dikatakan`tashrif al-Aayaat .
Ia sama sekali tidak boleh dipandang ringan. Sepintas lalu ia kelihatan semacam pengulangan saja. Padahal sebenarnya bukan. Alangkah banyaknya tersirat rahsia dan hikmat di sebalik `tashrif’ al-Aayaat’ dalam firman firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran al-Karim.
Apa yang perlu difahami oleh para pelajar dan penuntut ilmu al-Quran ialah mesti ada sudut-sudut tertentu yang hendak ditekankan oleh Allah setiap kali kisah Adam dan Iblis misalnya diceritakan

Kisah Adam adakalanya  diceritakan sebagai `ibrah dan pengajaran kepada anak cucunya, bahawa manusia yang bertaubat kepada Tuhan dan menyesali perbuatan salahnya, biar bagaimana besar sekalipun kesalahannya, tetap akan mendapat keampunan Allah. Manusia yang terlanjur melanggar perintah Allah kerana sesuatu kelemahan semula jadinya seperti terlupa yang telah berlaku kepada Adam tidak dimurkai Allah.  Allah sebaliknya telah mengajar Adam bagaimana cara bertaubat kepadaNya.  Manusia yang berdosa, tetapi benar-benar bertaubat kepada Allah juga masih berpeluang menjadi kekasih Allah dan mungkin dianugerahi dengan berbagai darjat ketinggian dan pangkat kebesaran di sisiNya.
Adakalanya kisah Adam diceritakan Allah untuk menyatakan kemuliaan manusia.  Asal kejadian manusia meskipun hanya daripada tanah, namun Allah telah mengurniakan kepadanya darjat yang tinggi disebabkan keluhuran jiwa dan akhlaqnya.  Apabila Allah hendak menyatakan kemuliaan manusia dan kelebihan Adam,  Dia akan menyebutkan tentang ilmu Adam dan dialogNya dengan para malaikat.  Akan disebut juga tentang bagaimana Adam dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan kepadanya dan malaikat pula tidak dapat. 

Ketika Allah hendak menyatakan kebesaran dan kelayakan manusia, Dia akan menyebutkan juga manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Kisah Adam dan Iblis atau di sesetengah tempat disebutkan Syaitan, adakalanya diceritakan di dalam al-Quran untuk mengingatkan manusia kepada musuh turun-temurunnya. 
Betapa jahat dan liciknya  Syaitan dapat dilihat kepada peristiwa tipu dayanya yang telah membuatkan Adam dan Hawwa’ terkeluar dari syurga. 
Dalam keadaan ini kejahatan dan tipu daya Syaitan didedahkan sepenuhnya.  Dengan merenung sedikit sahaja, anda akan sedar bahawa tidak ada pengulangan yang sia-sia didalam al-Quran.
Apa yang ada hanyalah `Tashrif al-Aayaat’ yang mengandungi pelbagai maksud dan tujuan yang cukup bermakna kepada manusia. 
Kisah yang dikemukakan, meskipun sama pada pandangan kasar, namun maksud dan tujuannya berbeza. 
Demikianlah Allah menerangkan dengan berbagai cara sesuatu kisah supaya manusia mendapat sebanyak mungkin pengajaran dan panduan daripadanya. Sebagaimana al-Quran menyatakan bagaimana Allah memutar-mutar dan memusing-musingkan sesuatu kisah untuk dihidangkan kepada manusia, ia juga menyatakan bahawa Allah memutar-mutar, mengisar, memalingkan dan memusing-musingkan angin.

Bermaksud: Dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkanNya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal (al-Jaatsiyah:5).

Apa pula hikmatnya Allah mengisar dan memutar-mutar angin?  Bukankah angin itu sama jua pada zahirnya??  Ya, pada zahirnya memang sama, tetapi hikmat dan rahsia perjalanan angin adalah berbeza.  Kadang-kadang ia membawa datang awan.  Kadang-kadang pula membawanya pergi.  Kadang-kadang ada bersamanya guruh dan kilat.  Kadang-kadang ia hanya membawa hujan.  Kadang-kadang pula ia tidak berhujan, berguruh dan berkilat.  Ia hanya meneduhkan sahaja.  Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan di bumi sememangnya memerlukan sinar matahari.  Anginlah yang membawa awan pergi sehingga semuanya dapat menikmati sinar matahari dan mendapat habuan masing-masing daripadanya. 

Ada ketikanya pula sinar matahari tidak diperlukan.  Sinar matahari yang berlebihan mungkin memudharatkan. Anginlah juga yang menarik awan untuk meneduhi hidupan bumi.

Tashrif al-Aayaat sama dengan tashrif ar-Riyaah.  Banyak maksud dan tujuannya. Meskipun pada zahirnya kelihatan semacam sama!.
Peringatan: Tashrif al-Aayaat paling banyak terdapat dalam penyampaian kisah-kisah. 
Dalam penyampaian ayat-ayat hukum tidaklah begitu banyak.  Ia paling sedikit digunakan dalam bab `aqidah.

🍓🍓🍓

Usul 12
Mencari dan mengesan struktur mikro ayat2 al Quran

Iltifak ,(sebelum ni sudah bincang)pertukaran penggunaan kata ganti nama.

5)pertukaran drp ghaibah (orang ke tiga/yg dibicarakan tentangnya) kepada khithaab(orang yg dihadap cakap).Antara contoh penggunaannya didlm Al-Quran ialah:
Bermaksud:
Fatihah 1-5
(2)segala puji bg Allah,tuhan yg Memelihara dan Mentadbir sekalian alam.
(3)Yg Maha Pemurah ,lagi Maha Mengasihani
(4)Yg Menguasai  pemerintahan di hari pembalasan(hari akhirat)
(5)Engkaulah shj (ya Allah)yg kami sembah dan kepada Engkaulah shj kami memohon pertolongan

Sedangkan qias (maksud mengikut penggunaan bhs biasa) mengkehendaki "iyyaaahu"(dia shj)bukan "iyyaaka"(engkau shj)
Tapi dah tuhe guna lagu tu ,itulah yg paling baik.
Lari dr kaedah biasa iltifak

Orang pertama

Orang kedua
Khittab orang yg dilawan bercakap

Orang ketiga

Contoh nya dlm surah Al-Fatihah

Ihsan ,menyembah Allah seolah2 nampak.jadi dok depan jika kau tak nampak dia,tuhe nampak mu.
Sembah tuhe makna dok depe,jadi bila nak minta maka jadilah kau.
Dr tak tahu dan tak kenal jadi kenal dan duduk depe kata kau lah
Manusia mempunyai naluri nak pada tuhe sbgmn sifat takut.juga seperti naluri kasih sayang dan naluri beragama dlm diri manusia.
Tuhe bg tau
Tuhan memelihara ,ini sifat rububiyah
Ar-Rahman ini nama Allah
Maliki Yaumiddin inilah asma wasifat
Dan sifat uluhiyyah itu pula  adalah yg layak disembah dipuji ,tuhe berhak menerima penyembahan .
Sifat 20 pun ada juga,cuma cara persembahan itu baru begitu cara (tauhid 3)uluhiyyah dan rububiyah dan asma wasifat.
Zohir ,sifat 20 pun tiada,tapi hakikat dia tuhe maha kuasa,ada dlm Quran jgn menyalahkan satu sama lain
Tauhid 3 memang byk.bukan ajaran Ibnu Taimiyah tapi ajaran quran.contoh sifat rububiyah dan uluhiyahmdlm Quran seperti dlm
1. surah Fatihah.

Juga dlm surah
2. Maryam Ayat 65
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ ۚ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"

Pah nak kata trinity ko dlm surah ni? رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ini sifat rububiyah
Tauhid asmawasifat هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّاtak ada yg setanding dgn nya

3.Surah annas
Ayat 1
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

👉Ini tuhe yg ada sifat rubibiyah
Ada tuhe lain yg jaga manusia?

Ayat 2
مَلِكِ النَّاسِ
"Yang Menguasai sekalian manusia,

👉Ini satu dari nama Allah,inilah asmawasifat.
Raja yg sebenar dan tak mati ,satu shj inilah tauhid

Ayat 3
إِلَٰهِ النَّاسِ
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

👉Ini sifat uluhiyah,tuhan yg menjaga ,mengurus,menjaga kita.
Ada yg kata tauhid 3 tiada dan yg satu lagi pun marah.
Kaedah sj yg berbeza.
-Kalu tahu satu dan menghormati sama lain akan jadi perbalahan.
Sedang keduanya betul.
Imam Ghazali sendiri yg bw assyairah pun bersifat terbuka boleh kritik assyairah

Iltifak dr ghaibah(orang yg ke tiga) kepada khittab(orang yg kedua)

Surah At tin
Ayat 1
وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ
Demi buah Tiin dan Zaitun,

Ayat 2
وَطُورِ سِينِينَ
Dan Gunung Tursina,

Ayat 3
وَهَٰذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ
Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -

Ayat 4
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Ayat 5
ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

Ayat 6
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Ayat 7
فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ
(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

Ayat 8
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Yg naknya kaedah ,bila jumpa Ayat boleh masuk dlm kaedah mn?
Contoh pertukaran ghaibah kepada khittab ada dlm surah ini.dimana?ada kala dlm ayat yg sama ada kala Ayat yg dok dekat2.

فَمَا يُكَذِّبُكَ,ka ni orang panggil khitab
Khitab tu dr mn ,dr ka.ka tu sapa?
Ini tuhe hadap kepada orang ketiga.
Dia ialah manusia الْإِنْسَانَ
Bg Allah semua dok depe dia.
Hanya bg manusia kedudukan dua atau tiga
Asal manusia tiada kmdn ada,jika tiada balasan orang belum lagi mendapat balasan ,maka perlulah hari pembalasan.itulah tanda Allah tu adil.
Faedah iltifaat sangat byk.

Surah An-Naba
Ayat 21-30
Ayat 21
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًا
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -

Ayat 22
لِلطَّاغِينَ مَآبًا
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

Ayat 23
لَابِثِينَ فِيهَا أَحْقَابًا
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

Ayat 24
لَا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -

Ayat 25
إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -

Ayat 26
جَزَاءً وِفَاقًا
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

Ayat 27
إِنَّهُمْ كَانُوا لَا يَرْجُونَ حِسَابًا
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal

Ayat 28
وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا كِذَّابًا
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

Ayat 29
وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ كِتَابًا
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

Ayat 30
فَذُوقُوا فَلَنْ نَزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".

Ayat 21-29ayat ghaibah
(Neraka jahanam tempat ore jahat,minum air panas dan nanah)semua mereka dan tukar kepada kamu(khithaab)Ayat 30.

Surah abasa 1-4
Ayat 1
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ
Dia memasamkan muka dan berpaling,

Ayat 2
أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ
Kerana dia didatangi orang buta.

Ayat 3
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

Mu يُدْرِيكَini adalah dr dia pada Ayat 1&2,ini iltifak ,
Di sini iltifak adalah nabi Muhamad.
Walaupun buta,mesti dilayan.
Ketua2 Quraisy yg tak berubah.
Biasanya manusia mudah mengikut pemimpin.
Jadi dgn perubahan pemimpin akan memberi kesan yg besar lalu diberi perhatian oleh nabi dan masam pada  sahabatnya yg buta.
Cara teguran adalah DIA.
ini diketahui dgn adanya iltifak. وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰyg halus dan lembut
Kemenangan boleh dicapai walaupun pengikutnya cacat.
Ini teguran dgn kasihsayang dr ayah.
Janganlah mengimpikan pemimpin yg sangat2 sempurna

Ayat 4
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَىٰ
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

6)pertukaran drp ghaibah(orang ketiga/yg dibicarakan tentangnya) kepada takallum(orang yg bercakap),
Antara contoh penggunaannya didlm al Quran ialah  bermaksud:
Al maidah,12
وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا ۖ وَقَالَ اللَّهُ إِنِّي مَعَكُمْ ۖ لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلَاةَ وَآتَيْتُمُ الزَّكَاةَ وَآمَنْتُمْ بِرُسُلِي وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ فَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul"

Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia (dari)Bani Israil dan Kami(tadi kata Allah ) telah angkat diantara mereka 12 orang pemimpin
Sedangkan qias (bahasa biasa)mengkehendaki (Dia telah angkat)dalam bentuk ghaibah juga.
Kenapa tukar?
Nak nyatakan perlantikan itu resmi.
Contoh raja,beta bila resmi
Rasmi biasanya ramai.ini bermakna kekuatan.
Tuhe lah tidak ramai,tapinya perlantikan adalah sah dan kuat .ini keadaan atau kedudukan.

Al baqarah 21-23
Ayat 21
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Ayat 22
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Ayat 23
وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Iltifak dr ghaibah kpd takallum
21)Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu
22) bumi ini untuk kamu

23) apa yang Kami (nak menunjukkan ramai atau makna resmi)turunkan

Surah isra Ayat 1
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dia yg memperjln أَسْرَىٰ
Hambanya بِعَبْدِهِ
Kami بَارَكْنَا
Kami آيَاتِنَا
Tunjuk pada nabi لِنُرِيَهُuntuk orang yg nak jadi pemimpin,kena ada pengalaman,dan Allah angkat bg tunjukkan.
Ghaibah kepada takallum dan dr takallum kepada ghaibah.
Ini kaedah untuk memahami sesuatu ayat.

h)istilah'tashrif al aayaat' ini sebenarnya berpunca daripada beberapa firman Allah dlm Al-Quran

Antara lainnya ialah firman allah berikut:
Bermaksud:
Al-Araf:58
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا ۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ

Dan negeri yg baik (tanahnya)tanam-tanaman nya tumbuh (subur)dgn izin Allah dan negeri yg tidak baik (tanahnya),tidak tumbuh tanaman-tanamannya melainkan dgn keadaan bantut.Demikianlah Kami(🍃tanda2 keluasan) menerangkan tanda2(kemurahandan kekuasaan)Kami dgn berbagai cara bg orang2 yg (mahu)bersyukur.

Didlm Ayat diatas 'tashrif al-aayaat'bererti menerangkan tanda2 kekuasaan ,kemurahan dan sebagainya dgn berbagai cara.
'Tashrif pada asalnya mempunyai beberapa erti.Antaranya memalingkan,pemalingan,memusing-musingkan,memutar2kan,menukarkan,penukaran,mengubah,pengubahan,mengedarkan,mengisarkan dan lain2.
Tashrif al-aayaat yg dimaksudkan disini ialah
Allah menerangkan tentang sesuatu perkara dgn berbagai2 cara.
Kisah nabi Musa as tersebut beberapa kali didlm Al-Quran.Tetapi cara dan gaya penceritaannya tidak sama.Apa yg diceritakan juga tidak seratus peratus sama.Tentu ada yg berbeza.

Demikian juga dgn kisah nabi Adam as dan iblis..Ia bukan sekali tersebut didlm al Quran.Namun ada sj perbezaan firman Allah pengisahan ceritanya setiap kali ia dikemukakan.
Perbezaan dlm pengisahan sesuatu cerita dan lain2 itulah yg dikatakan 'tashrif al aayaat'.
Ia sama sekali tidak boleh dipandang ringan.Sepintas lalu ia kelihatan semacam pengulangan sj.Padahal sebenarnya bukan.
Alangkah byknya tersirat rahsia dan hikmat disebalik 'tashrif al-aayaat'dlm firman2 Allah SWT didlm Al-Quran al Karim.
Apa yg perlu difahami oleh para pelajar dan penuntut ilmu al Quran ialah mesti ada sudut2 tertentu yg hdk  ditekankan oleh allah setiap kali kisah Adam dan iblis misalnya diceritakan.

Perlu bimbingan untuk memahami pada tashrif al-Aayaat.

Kisah Adam ada kalanya diceritakan sebagai ibrah dan pengajaran kepada anak cucunya,bahawa manusia yg bertaubat kepada Tuhan dan menyesali perbuatan salahnya,biar bgmn besar sekali pun kesalahannya,tetap akan mendapat keampunan Allah.

Manusia yg terlanjur melanggar perintah Allah kerana sesuatu kelemahan semula jadinya seperti terlupa yg telah berlaku kepada Adam tidak dimurkai allah.
allah sebaliknya telah mengajar Adam  bgmn cara bertaubat kepadaNya.Manusia yg berdosa,tetapi benar2 bertaubat kepada Allah juga masih berpeluang mrnjadi kekasih Allah dan mungkin dianugerahi dgn berbagai darjat ketinggian dan pangkat kebesaran disisiNya.
🌲Bukti Allah terima taubat.
Ada kalanya kisah Adam diceritakan Allah untuk menyatakan kemuliaan manusia.Asal kejadiannya manusia meskipun hanya drp tanah,namun Allah telah mengurniakan kepadanya  darjat yg tinggi disebabkan keluhuran jiwa dan akhlaknya.
Apabila Allah hendak menyatakan kemuliaan manusia dan kelebihan Adam,Dia akan menyebutkan tentang ilmu Adam dan dialogNya dgn para malaikat.Akan disebut juga tentang bgmn Adam dapat membantu jawab kesemua soalan yg dikemukakan kepadanya dan malaikat pula tidak dapat .
Ketika Allah hdk menyatakan kebesaran dan kelayakan manusia,Dia akan menyebut juga manusia sebagai khalifah dimuka bumi.
🌿Bukan semua kisah Adam disebut tentang khalifah
Kisah Adam dan iblis atau di sesetengah tempat disebut syaitan,adakalanya diceritakan didlm al Quran untuk mengingatkan manusia kepada musuh turun temurun nya.Betapa jahat dan liciknya syaitan dapat dilihat kepada peristiwa tipu dayanya yg telah membuat Adam dan Hawa terkeluar dr syurga.Dalam keadaan ini kejahatan dan tipu daya syaitan didedahkan sepenuhnya.
🍀ingatan pentingnya berhati2 dari tipu daya syaitan.

Dengan merenung sedikit shj,anda akan sedar bhw tidak ada pengulangan yg sia2 didlm al Quran.Apa yg ada hanyalah 'Tashrif Al Aayaat'yg mengandungi pelbagai maksud dan tujuan yg cukup bermakna kepada manusia.
Kisah yg dikemukakan ,meskipun sama pada pandangan kasar,namun maksud dan tujuan berbeza.
Demikianlah Allah menerangkan dgn berbagai cara sesuatu kisah supaya manusia mendapat sebyk mungkin pengajaran dan panduan drpnya.
Sebagaimana al Quran menyatakan bgmn Allah memutar2:dan memusing2kan sesuatu kisah untuk dihidangkan kepada manusia,ia juga menyatakan bhw Allah memutar2,mengisar,memalingkan dan memusing2kan angin.
Apakah faedahnya memusingkan sesuatu kisah?faedahnya seperti Allah memusingkan angin.pusing angin ada nikmatnya.
Walaupun asalnya cerita Adam dan iblis tapi byk pengajarannya.

Bermaksud:
Al Jaatsiyah,5
وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ رِزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yg diturunkan Allah dr langit lalu dihidupkan Nya dgn air hujan itu buku sesudah matinya,dan pada perkisaran  angin terdapat tanda2 (keluasan Allah)bg kaum yg berakal.

Apa pula nikmatnya Allah mengisar dan memutar2 angin?Bukankah angin itu sama jua pd zahirnya?Ya,pada zahirnya memang sama,tetapi hikmat dan rahsia perjalanan angin adalah berbeza.Kadang2 ia membawa dtg awan.Kadang2 ada bersamanya guruh dan kilat.Kadang2 ia hanya membawa hujan.Kadang2 pula ia tidak berhujan,berguruh dan berkilat.Ia hanya meneduhkan shj.
Manusia ,binatang dan tumbuh2an dibumi sememangnya memerlukan sinar matahari.
Anginlah yg membawa awan pergi sehingga semuanya dpt menikmati sinar matahari dan mendapat habuan masing2 daripadanya.Ada ketikanya pula sinar matahari tidak diperlukan.Sinar matahari yg berlebihan mungkin memudaratkan .Anginlah juga yg menarik awan untuk meneduhi hidupan bumi.n nampak sama tapi maksud dan hasil berbeza.

Tashrif al-Aayaat sama dgn tashrif Ar riyaah.Byk maksud dan tujuannya.Meskipun pada zahirnya kelihatan semacam sama.

Peringatan
Tashrif al-Aayaat paling byk terdpt dlm penyampaian kisah2.Dalam penyampaian ayat2 hukum tidaklah begitu byk .Ia paling sedikit digunakan dlm bab aqidah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan