Khamis, September 29, 2016

Tafsir asas quran sesi 30

Kaedah2 mengesan struktur mikro Ayat2 Quran
Tashrif al-Aayyat

h)istilah'tashrif al aayaat' ini sebenarnya berpunca daripada beberapa firman Allah dlm Al-Quran

Antara lainnya ialah firman allah berikut:
Bermaksud:
Al-Araf:58
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا ۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ

Dan negeri yg baik (tanahnya)tanam-tanaman nya tumbuh (subur)dgn izin Allah dan negeri yg tidak baik (tanahnya),tidak tumbuh tanaman-tanamannya melainkan dgn keadaan bantut.Demikianlah Kami(🍃tanda2 keluasan) menerangkan tanda2(kemurahandan kekuasaan)Kami dgn berbagai cara bg orang2 yg (mahu)bersyukur.

Didlm Ayat diatas 'tashrif al-aayaat'bererti menerangkan tanda2 kekuasaan ,kemurahan dan sebagainya dgn berbagai cara.

'Tashrif pada asalnya mempunyai beberapa erti.Antaranya memalingkan,pemalingan,memusing-musingkan,memutar2kan,menukarkan,penukaran,mengubah,pengubahan,mengedarkan,mengisarkan dan lain2.

Tashrif al-aayaat yg dimaksudkan disini ialah
Allah menerangkan tentang sesuatu perkara dgn berbagai2 cara.
Kisah nabi Musa as tersebut beberapa kali didlm Al-Quran.Tetapi cara dan gaya penceritaannya tidak sama.Apa yg diceritakan juga tidak seratus peratus sama.Tentu ada yg berbeza.

Demikian juga dgn kisah nabi Adam as dan iblis..Ia bukan sekali tersebut didlm al Quran.Namun ada sj perbezaan firman Allah pengisahan ceritanya setiap kali ia dikemukakan.
Perbezaan dlm pengisahan sesuatu cerita dan lain2 itulah yg dikatakan 'tashrif al aayaat'.
Ia sama sekali tidak boleh dipandang ringan.Sepintas lalu ia kelihatan semacam pengulangan sj.Padahal sebenarnya bukan.
Alangkah byknya tersirat rahsia dan hikmat disebalik 'tashrif al-aayaat'dlm firman2 Allah SWT didlm Al-Quran al Karim.
Apa yg perlu difahami oleh para pelajar dan penuntut ilmu al Quran ialah mesti ada sudut2 tertentu yg hdk  ditekankan oleh allah setiap kali kisah Adam dan iblis misalnya diceritakan.

Perlu bimbingan untuk memahami pada tashrif al-Aayaat.

Kisah Adam ada kalanya diceritakan sebagai ibrah dan pengajaran kepada anak cucunya,bahawa manusia yg bertaubat kepada Tuhan dan menyesali perbuatan salahnya,biar bgmn besar sekali pun kesalahannya,tetap akan mendapat keampunan Allah.

Manusia yg terlanjur melanggar perintah Allah kerana sesuatu kelemahan semula jadinya seperti terlupa yg telah berlaku kepada Adam tidak dimurkai allah.
allah sebaliknya telah mengajar Adam  bgmn cara bertaubat kepadaNya.Manusia yg berdosa,tetapi benar2 bertaubat kepada Allah juga masih berpeluang menjadi kekasih Allah dan mungkin dianugerahi dgn berbagai darjat ketinggian dan pangkat kebesaran disisiNya.
🌲Bukti Allah terima taubat.
Ada kalanya kisah Adam diceritakan Allah untuk menyatakan kemuliaan manusia.Asal kejadiannya manusia meskipun hanya drp tanah,namun Allah telah mengurniakan kepadanya  darjat yg tinggi disebabkan keluhuran jiwa (sehingga lebih dari yg lain,malaikat sudah semula jadi,adapun syaitan dan jin juga tak sama dgn manusia yg perlu bersusah payah untuk buat jambatan atau sebgnya,jin boleh lihat disebalik dinding tanpa susah payah dan akan nyata sifat tuhe -kalu tidak ada manusia)dan akhlaknya.
Apabila Allah hendak menyatakan kemuliaan manusia dan kelebihan Adam (bukan semua tempat ada cerita ini),Dia akan menyebutkan tentang ilmu Adam dan dialogNya dgn para malaikat.Akan disebut juga tentang bgmn Adam dapat membantu jawab kesemua soalan yg dikemukakan kepadanya dan malaikat pula tidak dapat .
Ketika Allah hdk menyatakan kebesaran dan kelayakan manusia,Dia akan menyebut juga manusia sebagai khalifah dimuka bumi.
🌿Bukan semua kisah Adam disebut tentang khalifah
Kisah Adam dan iblis atau di sesetengah tempat disebut syaitan,adakalanya diceritakan didlm al Quran untuk mengingatkan manusia kepada musuh turun temurun nya.Betapa jahat dan liciknya syaitan dapat dilihat kepada peristiwa tipu dayanya yg telah membuat Adam dan Hawa terkeluar dr syurga.Dalam keadaan ini kejahatan dan tipu daya syaitan didedahkan sepenuhnya.
Untuk jadi pedoman dan panduan.
🍀ingatan pentingnya berhati2 dari tipu daya syaitan.

Dengan merenung sedikit shj,anda akan sedar bhw tidak ada pengulangan yg sia2 didlm al Quran.Apa yg ada hanyalah 'Tashrif Al Aayaat'yg mengandungi pelbagai maksud dan tujuan yg cukup bermakna kepada manusia.
Kisah yg dikemukakan ,meskipun sama pada pandangan kasar,namun maksud dan tujuan berbeza.
Demikianlah Allah menerangkan dgn berbagai cara sesuatu kisah supaya manusia mendapat sebyk mungkin pengajaran dan panduan drpnya.
Sebagaimana al Quran menyatakan bgmn Allah memutar2kan dan memusing2kan sesuatu kisah untuk dihidangkan kepada manusia,ia juga menyatakan bhw Allah memutar2,mengisar,memalingkan dan memusing2kan angin.
Apakah faedahnya memusingkan sesuatu kisah?faedahnya seperti Allah memusingkan angin.pusing angin ada nikmatnya.
Walaupun asalnya cerita Adam dan iblis tapi byk pengajarannya.

Bermaksud:
Al Jaatsiyah,5
وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ رِزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yg diturunkan Allah dr langit lalu dihidupkan Nya dgn air hujan itu buku sesudah matinya,dan pada perkisaran  angin terdapat tanda2 (keluasan Allah)bg kaum yg berakal.

Apa pula nikmatnya Allah mengisar dan memutar2 angin?Bukankah angin itu sama jua pd zahirnya?Ya,pada zahirnya memang sama,tetapi hikmat dan rahsia perjalanan angin adalah berbeza.Kadang2 ia membawa dtg awan.Kadang2 ada bersamanya guruh dan kilat.Kadang2 ia hanya membawa hujan.Kadang2 pula ia tidak berhujan,berguruh dan berkilat.Ia hanya meneduhkan shj.
Manusia ,binatang dan tumbuh2an dibumi sememangnya memerlukan sinar matahari.
Anginlah yg membawa awan pergi sehingga semuanya dpt menikmati sinar matahari dan mendapat habuan masing2 daripadanya.Ada ketikanya pula sinar matahari tidak diperlukan.Sinar matahari yg berlebihan mungkin memudaratkan .Anginlah juga yg menarik awan untuk meneduhi hidupan bumi.n nampak sama tapi maksud dan hasil berbeza.

Tashrif al-Aayaat sama dgn tashrif Ar riyaah.Byk maksud dan tujuannya.Meskipun pada zahirnya kelihatan semacam sama.a da maksud yg bermacam2.

Peringatan
Tashrif al-Aayaat paling byk terdpt dlm penyampaian kisah2.Dalam penyampaian ayat2 hukum tidaklah begitu byk .Ia paling sedikit digunakan dlm bab aqidah.

Mana contoh dlm bab
Fekah
Aqidah

Baca
Kisah adam,hawa dan iblis dan bgmn tashriful aayat dlm kisah ini.
Surah al baqarah 30-38
Ayat 30
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Ayat 31
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

Ayat 32
قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Ayat 33
قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

Ayat 34
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Ayat 35
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

Ayat 36
فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

Ayat 37
فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Ayat 38
قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

Pengajaran sepintas lalu
Nak buat khalifah.apa keistimewaan?Ilmu
Suruh malaikat tidak boleh.
Perkara ini ditempat lain tiada.
Yg sentiasa disebut,tentang permusuhan sentiasa disebut.ini perkara yg sangat penting.adam digelincirkan.dan Adam telah bertaubat.dan Allah telah menerima taubat Adam.kalu Adam tak buat salah macam mana nak terserlah sifat  tuhe.Tuhan bukan musuh manusia.tuhe sangat sayang pada manusia.bagaimanapun dosa akan meninggalkan kesan.manusia diusir ke dunia setelah bersalah.tapi tuhe tidak membiarkan manusia tanpa panduan.selain tu dianugerah kasih sayang dan manusia mendapat bebagai2 nikmat pula hidup didunia.

Surah al araf,11-25
Ayat 11
وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Ayat 12
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Ayat 13
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Ayat 14
قَالَ أَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

Ayat 15
قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ

Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".

Ayat 16
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

Ayat 17
ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

Ayat 18
قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَدْحُورًا ۖ لَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنْكُمْ أَجْمَعِينَ

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

Ayat 19
وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".

Ayat 20
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".

Ayat 21
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

Ayat 22
فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ۚ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ ۖ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ

Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"

Ayat 23
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Ayat 24
قَالَ اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".

Ayat 25
قَالَ فِيهَا تَحْيَوْنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنْهَا تُخْرَجُونَ

Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".

Cuba perhati,byk benda baru dari Ayat surah al-Baqarah.contoh sebelum ni tidak disebut kejadian dr apa.
Minit 45🐂👑👑
Pesanan kepada anak Adam yg tiada dlm surha baqarah.
Iblis berdengki dgn Adam.
Bila Adam langgar,hilang nikmat makan tanpa bersusah payah dan kemudahan  sudah tiada.itulah akibat tidak taat perintah Allah ,Allah tidak akan beri lagi jaminan tanpa tidak susah.kalu nak selamat kena ikut perintah tuhe ,tuhe akan lindungi walaupun hidup didunia.
Adam dan Hawa berdoa رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَini doa yg tuhe ajar.inilah penawar.buat dosa jgn terus buat dosa ,kena berhenti dan minta ampun.tapi sudah tidak boleh hidup di syurga.
dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".
Kita tak tau yg disebalik peristiwa yg berlaku.
Pada dasar  benda yg sama,tapi pengajarannya berbeza.

Surah toha Ayat 115-123
Ayat 115
وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

Ayat 116
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.

Ayat 117
فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ

Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.

Ayat 118
إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَىٰ

"Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.

Ayat 119
وَأَنَّكَ لَا تَظْمَأُ فِيهَا وَلَا تَضْحَىٰ

"Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari".

Ayat 120
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَىٰ

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"

Ayat 121
فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ

Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).

Ayat 122
ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَىٰ

Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

Ayat 123
قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ

Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

Kenapa Adam terpedaya?
Sebab ada sifat lupa.
Ada kelebihan dgn kejadian dia tapi ada kelemahan dia.dan sifat lupa ini akan ada pada Nanak cucu Adam selamanya.
نسيmaknanya lupa
Semua bidang jika sampai kemuncak akan jumpa tuhe.
Kepada orang yg alim akan jumpa tanda2 kebesaran Tuhan.
Bahasa Sami ,keturunan nabi Noh
Bahasa aria
Bahasa Arab ,insan
Malaikat yg disuruh sujud kepada Adam
Diberi,syaitan adalah musuh Adam dan isterinya.
Merana يَشْقَىٰjika langgar perintah tuhe
Lapar dan pakaian dijamin tak payah fikir.tak dahaga dan tiada kena panas.
Kulit manusia lembut.
Syaitan membisikkan bisikan jahat kepada Adam shj.bukan Hawa.(ilaihi)
Bila suami terpedaya,isteri ikut. شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَىٰ pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya
Boleh kembali semula ke syurga dgn bersihkan diri dr dosa.
Nabi Adam langgar perintah tuhe ,maka tersasul atau terkeluar dr landasan.
Kemudian tuhe pilih dia dan pimpin dia.dan ikut panduan dia tak akan sesat.
Sesiapa yg berpaling dr petunjuk ku dia akan sempit atau jiwanya menderita.

Ada yg telah disebut dan diulang .ada yg tak pernah disebut.iaitu lupa.kelemahan ini perlu diatasi dgn cara yg ttt
Ikut petunjuk
Itulah tashriful aayaat.
Byk disebut dlm kisah2
Tashriful Ayat dlm ayat hukum ada juga.
Annisa,43
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Ini hukum bila tiada air,iaitu tayamun.

Almaidah,6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Dua ayat ini yg serupa pada Ayat ini
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ
jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah.

Ada beberapa tempat dlm ayat ini tashrifulaayaat tak serupa,tuhe tukar2.
Tak boleh solat dlm keadaan tak sedar atau mabuk
Dlm keadaan berjunub tidak boleh masuk masjid.
Saling melengkapkan
Ayat 43 حَتَّىٰ تَغْتَسِلُواannisa  mandi
Ayat 6لِيُطَهِّرَكُمalmaidah bersuci betul2seluruh tubuh

Jika tiada air hendaklah bertayamun.
Ini satu bentuk kembali kepada tuhe.dgn berwuduk iaitu bersuci
مِنْهُmakna sebahagian bukan semua sekali
Nabi suruh gertak dulu debu.supaya tak susah .hakikatnya nak suruh suci dan sempurnakan nikmat tuhe.contoh tak leh buang air.jika tiada pasangan berbeza ada pasangan .kemudian mandi  satu lagi nikmat tuhe iaitu bersyukur.
Mandi untuk menyatakan kesukaan.

Surah al naml Ayat 61
,juzuk 20,tashriful aayaat dlm bab aqidah.

أَمَّنْ جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا ۗ أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِadakah sebarang tuhan selain Allah
Nak beritahu tiada sekutu baginya.bukti lasyarikalah.mengetuk fikiran kita.ada tuhe selain Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan