Ahad, Oktober 16, 2016

Tafsir asas al quran sesi 32

USUL KE 12
MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

(j) `Aud’ ala al-Bad’i bererti kembali kepada asal atau kembali mengulangi perkataan atau ayat atau maknanya yang telah tersebut di permulaan Surah.
Ia merupakan salah satu gaya bahasa al-Quran yang unik. Walaupun disebutkan di celah-celahnya sekian banyak perkara lain sesuai dengan keadaan-keadaan yang menghendakinya, namun apa yang tersebut di permulaan Surah tetap tidak terlepas dari ingatan.
Gaya bahasa seperti ini boleh dikatakan ada di dalam setiap surah dan ia dapat dikesan dengan memberikan sedikit sahaja pengamatan dan renungan.
Tetapi di dalam surah-surah yang pendek, kewujudannya lebih banyak dan lebih ketara.
Antara contoh `Aud `ala al-Bad’i ialah firman Allah di permulaan Surah al-Qashash ini: Bermaksud:
Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang (berlaku zalim) di muka bumi. Dia menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan (al-Qashash:4)

Kemudian di akhir Surah, Allah menyebutkan pula apa yang terkandung di dalam ayat 4 ini dengan ibarat yang sedikit berbeza, tetapi mafhum dan kandungannya tetap sama.
Lihat firman Allah di akhir Surah al-Qashash yang dimaksudkan:
Bermaksud: Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan untuk orang-orang yang tidak berbuat sewenang-wenang (berlaku zalim) di muka bumi dan tidak pula melakukan kerosakan. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (al-Qashash: 83).

(k) Iijaaz ialah penggunaan bahasa ringkas tetapi penuh erti. Semakin direnung semakin banyak pula hasil yang akan diperolehi daripadanya.
Ketika menyatakan kebatilan kepercayaan orang-orang Kristian tentang `Isa dan ibunya Maryam – suatu kepercayaan yang jelas bercanggah dengan `aqidah tauhid – lihat bagaimana al-Quran menghujah mereka dengan hujah yang sangat ringkas, tetapi amat kuat. Allah berfirman tentang `Isa yang dipercayai sebagai salah satu dari tiga tuhan dan ibunya Maryam pula dipercayai sebagai isteri Tuhan, begini saja: …… (mereka berdua memakan makanan).
Suatu hujah yang amat ringkas. Bukan satu ayat yang lengkap pun. Tetapi ia cukup bermakna dalam menolak kepercayaan mereka yang salah itu. Bagaimana mereka boleh dipercayai sebagai tuhan dalam keadaan mereka memerlukan kepada makanan. Sedangkan tuhan yang sebenar tidak memerlukan apa-apa pun. Kalau seseorang itu memerlukan kepada makanan bererti ia memerlukan kepada segala-gala yang ada di bumi dan segala-gala yang ada dilangit. Manusia memerlukan matahari untuk memasakkan bijirin di sawah dan ladang. Bijirin tidak akan masak kalau matahari tidak terbit menyinarinya. Matahari pula tidak akan wujud tanpa wujudnya galaksi dengan segala sistemnya. Kalau sinar matahari sahaja ada, sedangkan air tiada, gandum dan padi tetap tidak masak juga. Untuk mendapat air manusia memerlukan awan, sungai, tasik dan lain-lain. Awan pula tidak akan datang sendiri tanpa diedarkan oleh angin. Pokok padi dan gandum pula memerlukan tanah yang sesuai untuknya. Setelah ada gandum atau padi dan beras, ia tidak boleh terus dimakan oleh manusia. Mereka perlu memasaknya terlebih dahulu. Untuk memasaknya diperlukan pula api. Dari mana pula datangnya api? Dari neraka Jahannam! Pendek kata manusia perlukan semua itu untuk menyediakan makanannya. Jadi manusia yang memerlukan kepada segala yang ada di sekelilingnya untuk menyiapkan makanannya untuk dua kali sehari itu bagaimana akan menjadi tuhan yang mencipta dan memiliki sekalian alam ini? Bagaimana dalam satu masa seseorang boleh menjadi tuhan pencipta, sedangkan ia juga memerlukan kepada makhluk yang dicipta? Suatu yang tidak masuk `aqal! Oleh itu firman Allah: “Mereka berdua memakan makanan” merobohkan terus binaan `aqidah orang-orang Kristian yang batil itu. Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk merobohkannya.

Sepotong firman Allah itu sudah cukup untuknya. Supaya lebih jelas, lihat firman Allah berkenaan di dalam ayat yang lengkap berserta ayat-ayat yang merupakan siyaaq dan sibaaqnya di bawah ini:
Bermaksud: Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah. Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. (72)
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (73)
Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun lagi Maha Mengasihani. (74) Tiadalah Al-Masih Ibni Mariam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul dan ibunya seorang perempuan yang sangat benar, mereka berdua memakan makanan (seperti kamu juga).
Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu). (75) Katakanlah (wahai Muhammad); Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudharat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (76)
(al-Maa’idah: 72-76).

🍅
Usul ke 12 Mencari dan mengesan struktur mikro di dalam ayat2 al Quran.
Kaedah2 mengesan struktur mikro ayat2 al Quran.

(j)'Aud'dun ala al Bad'i
bererti kembali kepada asal atau
kembali mengulangi perkataan atau ayat
atau maknanya yg telah tersebut dipermukaan surah.
Ia merupakan salah satu gaya bahasa al Quran yg unik.Walaupun disebutkan dicelah2nya sekian byk perkara lain sesuai dgn keadaan2  yg mengkehendakinya,namun apa yg tersebut dipermulaan surah tetap tidak terlepas dari ingatan.Tak hilang punca.tak pergi jauh.
Gaya bahasa seperti ini boleh dikatakan ada didlm setiap surah dan ia dapat dikesan dgn memberikan sedikit shj pengamatan dan renungan.
Tetapi didlm surah2 yg pendek ,kewujudannya lebih byk dan lebih ketara.surah pendek lebih susah.y g kecil lebih rumit.
Antara contoh 'Aud'dun 'ala-Bad'i ialah firman Allah dipermulaan
Surah Al-Qashah ini:
Ayat 4
إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ ۚ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.

Kemudian diakhir surah,allah menyebutkan pula apa yg terkandung didlm Ayat  4 ini dgn ibarat yg sedikit berbeza,tetapi mafhum dan kandungannya tetap sama.Lihat firman Allah di akhir surah al-Qashash yg dimaksudkan:

Ayat 83
تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا ۚ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Cuba perhatikan ayat ke4
Dan kmdn diulang pada hujung surah.

Ada yg ayat yg pertama kmdn diulang pada ayat yg akhir.
Ayat 4 عَلَا فِي الْأَرْضِ
Ayat 83 عُلُوًّا فِي الْأَرْض
Perkara yg sama

Ayat 4 إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
Ayat 83 وَلَا فَسَادًا
Sebaliknya

Ayat 83 Ayat hujung kembali ke Ayat 4.
Sebagai peringatan.
Ini ciri2 kitab Allah.

Surah al anfal
Ayat 4
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga)

Ayat 74
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

Perhatikan وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Perhatikan أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

Fatihah makki
al-Baqarah madani
Ali Imran madani
An Nisa madani
Al Maidah madani
Al anam makki
Al araf makki
Al anfal madani
At taubah madani
Yunus makki
Hud makki
Yusuf makki

Orang mukmin yg sebenar....
Orang yg dtp kedudukan yg tinggi dan rezeki yg mulia.
Ada juga rezeki yg tidak mulia.rezeki yg tak mulia juga boleh mengenyangkan.
Jika hidup dibawah penjajahan ,boleh rezeki juga tapi jadi hamba ,ini bukan rezeki yg mulia.

Disebut juga orang yg nak dapat titel mukmin apa yg mesti dilakukan.

Surah insan atau dahar
Ayat 1
هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

Ayat 2
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

Ayat 3
إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا
Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

Ayat 29
إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌ ۖ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

Kata kunci adalah السَّبِيلَ
Ayat 29 فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًاdia boleh pilih.
Bermula manusia tidak mampu menyebut.
Manusia dijadikan air mani yg bercampur.
Manusia kmdn boleh memilih ,ada kebebasan memilih.manusia ada ikhtiar.
Ada kejadian yg tidak boleh memilih.hanya baik shj atau buruk shj.
Quran adalah peringatan untuk panduan memilih.
Dgn naluri kejadian manusia,boleh memilih.
Jadi kenapa tak pilih jln keredaan Tuhan?
Jln kufur atau jln taat.

Surah Rum,tentang janji Allah.
Ayat 1
الم
Alif, Laam, Miim.

Ayat 2
غُلِبَتِ الرُّومُ
Orang-orang Rom telah dikalahkan -

Ayat 3
فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ
Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -

Ayat 4
فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -

Ayat 5
بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ
Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 6
وَعْدَ اللَّهِ ۖ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Ayat 7
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Ayat 6
Janji allah adalah benar
Tahun ke8hijrah jatuhkan Mekah ke tangan orang islam
Sejarah akan berulang.
Sebab2 untuk dpt kemenangan telah ada ditangan para sahabat
Rom juga jatuh
Sesiapa saja,boleh jadi bangsa yg menang jika ikut cara Allah bg tahu.
Janji Allah bila2 shj.benar.bukti kejatuhan dan kemenangan Rom.

Surah Yusuf
Ayat 3
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَٰذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

Ayat 111
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

Tuhan cerita nabi Yusuf,dlm surah lain ada kisah lain2 nabi.
Cerita dlm Quran bukan cerita yg direka2.
Cerita nabi Yusuf ,bukan cerita rekaan.cerita yg benar untuk pengajaran.
Yg berlaku kpd Rasullah juga sama
Adik-beradik yg dengki dan buang dlm telaga buruk.
Adik-beradik kmdn jadi susah.p minta dgn nabi Yusuf.
Pemimpin yg bijaksana boleh merancang.
Nabi Yusuf bersifat dgn orang baik.memaafkan adik-beradiknya.
Nabi muhamad pun sama,cuma jln ceritanya lain sikit.dibenci oleh saudara mara.
Siapa yg masuk ke
Baitullah atau
Kerumah Abu sufian akan selamat.
Semasa pembukaan Mekah

Tiada balas dendam ,pergilah kamu bebas,guna bhs nabi Yusuf.jiwa yg sangat mulia.

Adik-beradik nabi Yusuf juga !cinta maaf.
Iktibar,jgn menganiayai orang lain dan jgn balas dendam dan jadi pemaaf.contoh tauladan.

Susun akal badi

(k)Iijaaz ialah penggunaan bahasa ringkas tetapi penuh erti.Semakin direnung semakin byk pula yg akan diperolehi drpnya

Ketika menyatakan kebatilan kepercayaan orang2 Kristian tentang Isa dan ibunya Mariam -suatu kepercayaan yg jelas bercanggah dgn aqidah tauhid -lihat bgmn al-Quran menggunakan mereka dgn hujjah yg sangat ringkas,tetapi amat kuat.Allah berfirman tentang Isa yg dipercayai  sebagai salah satu dari tiga tuhan dan ibunya Maryam pula dipercayai sebagai isteri Tuhan,begini sj....(mereka berdua memakan makanan)Suatu hujjah yg amat ringkas.Bukan satu yg lengkap pun.Tetapi ia cukup bermakna dlm menolak kepercayaan mereka yg salah itu.Bagaimana mereka boleh dipercayai sebagai Tuhan dlm keadaan mereka memerlukan kepada makanan.Sedangkan Tuhan yg sebenar tidak memerlukan apa2 pun.Kalau seseorang itu memerlukan kepada makanan bererti ia memerlukan kepada segala-gala yg ada dibumi  dan segala-gala yg ada dilangit.Manusia memerlukan matahari  untuk memasakkan bijirin dibawah dan dilarang.Bijirin tidak akan masak kalau matahari tidak  terbit menyinarinya.Matahari pula tidak akan wujud tanpa wujudnya galaksi dgn segala sistem nya.Kalau sinar matahari shj ada,sedang air tiada,gandum dan padi tetap tidak masak juga.Untuk mendapat air manusia memerlukan awan ,sungai,tasik dan lain2.Awan pula tidak akan dtg sendiri tanpa diedarkan oleh angin.Pokok padi  dan gandum pula tidak dtg sendiri tanpa diedarkan oleh angin.Pokok padi dan gandum pula memerlukan tanah yg sesuai untuknya.
Setelah ada gandum atau padi dan beras ,ia tidak boleh terus  dimakan oleh manusia.Mereka perlu memasaknya terlebih dahulu.Untukmemasaknya diperlukan  pula api.Dari mn pula dtgnya api?Dari api neraka Jahanam! Pendek kata manusia perlukan semua itu untuk menyediakan makananya.

Apa makna Tuhan?Tuhan(aqidah assyairah)
1.satu zat yg tak perlu apa2 pun
2.semua yg ada dalam ini perlukanya

Jadi manusia yg memerlukan kepada segala yg ada disekelilingnya untuk menyiapkan makananya untuk dua kali sehari  itu bgmn akan menjadi Tuhan yg mencipta dan memiliki sekalian alam ini?Bagaimana dlm satu masa seseorang boleh menjadi Tuhan pencipta sedangkan ia juga memerlukan kepada makhluk yg dicipta?Suatu yg tak masuk aqal .Oleh itu firman Allah ;"Mereka memakan makanan " merobohkan terus binaan aqidah orang2 Kristian yg batil koitu.Anda tidak perlu menghabiskan byk masa untuk merobohkannya.Sepotong firman Allah itu sudah cukup untuknya.Supaya lebih jelas ,lihat firman  Allah berkenaan didlm Ayat2 yg merupakan siyaaq dan sibaaqnya dibawah:
Surah al Maidah
Ayat 72
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۖ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۖ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

Ayat 73
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ ۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat 74
أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 75
مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ ۖ كَانَا يَأْكُلَانِ الطَّعَامَ ۗ انْظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الْآيَاتِ ثُمَّ انْظُرْ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).

Ayat 76
قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا ۚ وَاللَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

Ayat sebelum dan selepasnya,ringkas shj,nabi Isa dan Mariam adalah makhluk bukan tuhan.

Surah al baqarah
Ayat 219
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Yg dikehendaki
                                                           يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ
Tentang arak adalah tentang minum arak.bukan warna atau harga arak.begitu juga judi,tentang permainan judi.
Yg dibuang.ini lah yg diringkaskan
Yg diharamkan adalah makan

At taubah
Ayat 38
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Yg dikehendaki أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?
Semua nikmat ke?
Kenapa ada yg bunuh diri?
Dlm dunia ni ada juga nikmat dan keenakan dunia.
Nikmat dunia jika dibanding dgn akhirat tiada apa yg didunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan