Isnin, Oktober 31, 2016

Tafsir asas quran sesi 33.

Tafsir al quran peringkat asas
Ringkasan 20 usul tafsir Al-Quran (yg perlu dikuasai untuk memahami al Quran dgn betul dan selamat)

Usul ke 12-Mencari dan mengesan struktur mikro didlm ayat2 Quran .
Kaedah2 mengesan struktur mikro ayat2 al Quran.

(k)Ijaaz ialah penggunaan bahasa ringkas tetapi penuh erti.Semakin direnung semakin banyak pula hasil yg akan diperolehi daripadanya.

Contoh Ijaaz
Al baqarah Ayat 135
وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ تَهْتَدُوا ۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".

Ijaaz adalah Salah satu dari 3 ilmu balaghah.iaitu maani.
1.maani
2.bayan
3.badik
Tanpa ilmu balaghah (seni bahasa)tidak akan sempurna tafsir quran.

Kadang kala nak faham Ijaaz kena guna akal atau kena guna kaedah bhs.dari Kitab2 tafsir .

Contoh pada ayat ini.
Dan mereka berkata jadilah kamu  Yahudi atau Nasara.وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ
Nescaya kamu dapat petunjuk.
Adakah ini pilihan, untuk jadi yahudi atau Nasrani?begitukah?
Tidak,
Orang yahudi  ,suruh jadi yahudi shj.
Orang Nasrani suruh jadi Nasrani shj.
Disini ada ijaaz atau ringkasan.
Seperti bhs kita cakap.
Saya pergi ke rumahnya semlm .kita makan kek,gulai,ikan goreng.ini ringkas ,inilah ijaaz.tak perlu ulang saya makan gulai,saya makan kek.
Mereka tu orang Yahudi dan Nasrani.

Surah Baqarah Ayat 185
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Disini ijaaz وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ
sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
Nak kira yg asal,dia kena qada puasa tapi tak jelas.qada sebyk yg ditinggalkan shj.
Sesiapa yg sakit ,adakah bererti hanya semata2 sakitkah?
Maksudnya ,sakit lalu dia tak posa.
Begitu juga musafir.
Ijaaz bil hafzi.
Sesiapa yg sakit tetapi tidak berpuasa.jika tetap berpuasa walaupun sakit tak payah qada.
Itu yg dibuang itu
🍓Minit 17

Al baqarah Ayat 228
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ ۚ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا ۚ وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dimana Ijaaz? Letak diوَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوف
isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami)
Bg yg pandai bhs Arab,huruf yg digunakan adalah lam.
Lam ,lilmanfaat وَلَهُنَّ ,lahu=dia berhak
Ala memberi makna madoroh atau kena atau menanggung kerugian عَلَيْهِنَّ,kena bg pada orang lain tanggungjawabnya.
walahum mislu lazzi ala Rijal.begitu takdirnya
Ini hak sepatutnya yg dia dapat.atau sesuatu yg kita berhak.atau memang layak mendapatkanya.
Hak kerajaan terhadap rakyat.
Perempuan berhak mendapat sbgmn tanggungjawab yg mereka tanggung untuk diberi pada suami.

Li Alaihi mi atu ringgit
Maknanya ,dia ada berhutang dgn saya se ratus ringgit.
Itu perbezaan lam dgn ala.lam makna li Alaihi.saya berhak mendapat drp dia atau dia kena bg kepada saya seratus ringgit.
Jika kita kata lahu alai ya mi atu ringgit.dia berhak mendapat daripada saya seratus ringgit.ya itu  Saya kena bayar kepada dia seratus ringgit.k Ita tahu macam mn ?kita tengok lahu atau lam.
Lam hak dia dan
alaihi kena bg(tanggungjawab)

Juga Ada tibat,yg tersendiri dlm bhs arab.a antara dua huruf ,lam dgn ala.dia memberi makna yg tersendiri.dia tak sebut dia ada hak hak terhadap suami hanya seperti mana dia juga bertanggungjawab terhadap suami.kalu macam tu panjang.tak sebut langsung tanggungjawab sebut lahu shj,atau alaihin na  sudah memberi makna begitu. وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفdgn cara yg maaruf
Yg biasa mengikut keadaan kebiasaan masyarakat setempat.disini ada ijaaz.

Lagi contoh ijaaz
Surah Yassin ,Ayat 52
قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

Ijaaznya di وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا
هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ
Siapa yg kata mereka kah.tidak bukan mereka tapi Malaikat yg berkata, tapi tidak disebut kerana telah diringkaskan(atau Ijaaz)

Surah an Nur Ayat 30-31
Ayat 30
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Ayat 31
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Ayat30 قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِم
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.
                              وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
Tunduk Dr semua benda ko?
Mesti ada yg dibuang atau Ijaaz.
Jaga dari yg diharamkan.kalu tidak haram tidak salah.
Dari harromallah.jdi kena ada tanda iaitu Ada min untuk isyarat ,tidak salah jika tiada min tetapi dibw min lil tabb in,iaitu sebhg drpnya.
yg dilarang bukan semua yg dilarang.kalu tunduk semua nak makan ikan macam mn.
Dlm Sunnah nabi suruh cukur bulu ari2, adakah tidak boleh melihat.
Min itu sebhg.
jadi sbhg shj penglihatan yg dilarang.min adalah perkara yg diharam oleh Allah.
juga menjaga kemaluan mereka tetapi tidak termasuk suami isteri.

Surah al Kahfi Ayat 79-80
Ayat 79
أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

Ayat 80
وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا

Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

Ijaaznya Disini
Perahu yg eluk ditebuk,nabi Musa tegur,lalu Khidir jwb raya akan ambil SEMUA PERAHU YG ELUK.,jika tak eluk dia tak ambil.buktinya sebelum tu diberitahu tujuan saya mencacatkanya
Ayat 79
وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
Kullu sapiihatin semua perahu ,yg eluk shj أَعِيبَهَا tujuan hendak mencacatkannya,i ni isyarat tak eluk

Ayat 80
Budak itu akan jadi kafir وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانbudak yg akan jadi kafir
Dua ibubapanya mukmin,takut dia menyusahkan ibu bapa ,macam boleh tahu ?tengok
1.pertama طُغْيَانًا وَكُفْرًا perbuatan yang zalim dan kufur.
2.Dua orang bapa. فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنini bab tarlid,bab menangkan satu dgn satu lagi.
Disinilah ijaaznya.
Ini makna dua bapa أَبَوَاهُperkataa tasniayah.tapi adakah bapa keduanya.tak.ini kaedah tarhlid
Memahami kaedah ini br boleh faham dgn baik.iaitu bab menangkan.

Surah al ikhlas
Ayat 3
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

🌽Ini perkataan muzakar.

Ayat 4
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

🌽 Allah kan tidak jantan dan tidak betina,ini guna secara tarhlid.dimenangkan lelaki daripada perempuan.a tas dasar dimenangkan.
contoh Allah itu lelaki sebab lelaki lebih kuat dari lelaki لَهُ
Contoh dlm bhs Melayu ,saudaranya dtg maksudnya adik-beradik walaupun adikberadik itu perempuan.b hs Melayu pun ada juga guna tetapi tidak banyak
Ini Struktur yg kecil2 atau yg halus2 dlm Quran.annazmujali.yg kecil2.contoh masuk satu bilik ada pisau,sudu,dapur,pinggan maka kesimpulan  ini lah dapur.

(l)Tafsil ba'da al-ijmal ialah perincian tentang sesuatu setelah ia disebut secara umum dan borong .Asas bg kaedah ini terdapat didlm al Quran sendiri.
Byk Ayat Quran disebut secara umum.

Allah berfirman.

Surah Huud Ayat 1
الر ۚ كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

Alif, Laam, Raa'. Al-Quran ialah sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Sebenarnya ayat Quran juga.
Juga telah disebut secara kasar.tapi memerlukan perincian untuk faham.

Antara contohnya ialah firman Allah berikut:
Surah an Nisa Ayat 153
يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِنَ السَّمَاءِ ۚ فَقَدْ سَأَلُوا مُوسَىٰ أَكْبَرَ مِنْ ذَٰلِكَ فَقَالُوا أَرِنَا اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ۚ ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ فَعَفَوْنَا عَنْ ذَٰلِكَ ۚ وَآتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَانًا مُبِينًا

Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)".

🍓Minit 56

Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).

Secara borong Allah menceritakan terlebih dahulu mereka telah meminta kepada nabi Musa  lebih besar dari itu.
👉Ini ijmal ,tak jelas. lebih besar.

kemudian Allah menceritakan pula secara terperinci apa yg diminta mereka kepada Musa ,iaitu perlihatkanlah Allah kepada kami dgn nyata .
👉Ini Tafsil selepas ijmal.iaitu perlihatkan allah

Apa yg diceritakan oleh Allah secara terperinci setelah menceritakan tentangnya secara borong itu dinamakan tasfshil ba'da al-ijmaal'.

Lagi contoh ayat yg ada ijmal
Surah al Maidah Ayat 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ أُحِلَّتْ لَكُمْ بَهِيمَةُ الْأَنْعَامِ إِلَّا مَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ غَيْرَ مُحِلِّي الصَّيْدِ وَأَنْتُمْ حُرُمٌ ۗ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ

Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.

Penuhilah atau sempurnakanlah janji2 atau zahir atau janji aqad أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
Janji kita dgn allah
Halalkan apa yg Allah halalkan بَهِيمَةُ الْأَنْعَامِkambing ,kerbau,lembu dan  haramkan yg Allah haramkan.ini perjanjian dgn allah
Orang kafir tidak ikut.

Lagi Tafsil selepas ijmal
Surah al Maidah Ayat 3
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Apa perjanjian Allah dgn kita berkait dgn binatang?
Ia itu,Ada yg halal dan ada yg haram.
Semasa ihram tidak boleh berburu
Tidak boleh makan bangkai.dlm keadaan pakai ihram tidak boleh berburu.w walaupun asalnya boleh dimakan.
Binatang yg mati tercekik,terhempap,yg ditanduk walaupun asalnya halal tapi haram.
Akhir ayat,jika terdesak dan tidak bermaksud melakukan dosa ,boleh  makan.sekadar melepas kelaparan contohnya.

Surah al-Baqarah Ayat 219
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Yg dikehendaki adalah,
Orang akan tanya tentang arak dan judi قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِير
ٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ

Dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. وَإِثْمُهُمَا أَكْبَر
ُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Dosa sebesar mn?
Manfaatnya apa?
Dosa lebih besar dr manfaatnya.
Jadi sebalik apa yg diharamkan ada mudaratnya ,jadi ini akan terjaga dari kemudharatan

Surah al mukminin ayat 1-11
Ayat 1
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Ayat 2
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Ayat 3
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

Ayat 4
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

Ayat 5
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

Ayat 6
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela

Ayat 7
فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Ayat 8
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

Ayat 9
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

Ayat 10
أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

Ayat 11
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Paling jelas tafsil ijmal,yg mn?

Ayat 1
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Ini ijmal.
Seterusnya dlm Ayat seterusnya dijelaskan
Ayat 2
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Kunci dialah الْمُؤْمِنُونَalif lam hakikat.
Yg lain mukmin juga tapi tak sebenar.m ukmin yg sebenar berbeza dgn mukmin sebenar.yg inilah yg beruntung.
Yg macam ni lah yg berjaya.yg diperincikan.
Kalu tidak tiada jaminan.

Surah abasa Ayat 17-22
Ayat 17
قُتِلَ الْإِنْسَانُ مَا أَكْفَرَهُ
Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

Ayat 18
مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ
(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

Ayat 19
مِنْ نُطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ
Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

Ayat 20
ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ
Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);

Ayat 21
ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ
Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;

Ayat 22
ثُمَّ إِذَا شَاءَ أَنْشَرَهُ
Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

Ayat 18
مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ
(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -
Ayat 19
مِنْ نُطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ
Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

Kenapa manusia itu sangat sombong?
Sedangkan Allah yg menciptakannya.
Mula2 tak jelas,dia diciptakan  dr apa tetapi kmdn diberi perincian.d r setitis mani,dia dapat tahu perbezaan baik dan buruk kmdn dia mati dan akan dibangkitkan dan diberi balasannya.

Surah al Fatihah.t tafsir ba dal ijmal.
Ayat 6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Ayat 7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Ayat ijmal الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَtu apa?
Jln yg lurus tu macam mn?
Jln raya ke?
Ialah jln orang2 yg engkau kurniakan nikmat.

Lagi contoh ijmal
Surah al baqarah Ayat 6-7
Ayat 6
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

Ayat 7
خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Surah assyuara Ayat 132-134
Ayat 132
وَاتَّقُوا الَّذِي أَمَدَّكُمْ بِمَا تَعْلَمُونَ

"Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.

Ayat 133
أَمَدَّكُمْ بِأَنْعَامٍ وَبَنِينَ

"Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),

Ayat 134
وَجَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

"Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).

Borong atau Ijmal بِمَا تَعْلَمُونَ
Ayat 132 dan kemudian Ayat seterusnya diberitahu secara terperinci,nikmat itu adalah binatang ternakan,kebun2 ,sumber mata air.
Diulang sebut secara terperinci.

Surah al Kahfi Ayat 11-25
Ayat 11
فَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.

Ayat 25
وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

Tidurkan byk tahun,tapi tak je
las.
Ijmalnya di سِنِينَ عَدَدbeberapa tahun
Ayat 25 ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ disebut secara terinci.at tafsil badda ijmal.

Surah al haqqah Ayat 4-8
Ayat 4
كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌ بِالْقَارِعَةِ
Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.

Ayat 5
فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا بِالطَّاغِيَةِ
Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.

Ayat 6
وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -

Ayat 7
سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَىٰ كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.

Ayat 8

فَهَلْ تَرَىٰ لَهُمْ مِنْ بَاقِيَةٍ
Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?

Ayat 4,Hari Qiamat al haqqah  itu pasti dan benar.
Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan. secara ijmal
Dan hukum yg diberitahu dlm Ayat seterusnya secara terperinci terhadap setiap kaum.

Surah at taubah ayat 34-35
Ayat 34
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۗ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat 35
يَوْمَ يُحْمَىٰ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ ۖ هَٰذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

Ijmal dihujung Ayat 34 beberapa golongan yg akan kena azab yg pedih.tak jelas dan dijelas pada ayat yg seterusnya.

Iaitu orang Rohban yg makan harta manusia dgn cara batil.ini tafsil baddalijmal

Bila sebut secara umum,manusia biasanya akan tertarik pada terperinci.jadi mereka akan bersungguh2.ini cara Allah berbicara dgn manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan