Rabu, November 30, 2016

Tafsir asas quran sesi 36.

{Sambungan} USUL KE 14
Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran.

BAHAGIAN-BAHAGIAN AYAT QASAM
Perkataan sumpah sebenarnya adalah أقسم atau أحلف yang muta’addi dengan ب kepada perkataan مقسم به.
Selepasnyalah baru dibawakan مقسم عليه yang juga dipanggil jawab sumpah atau جواب القسم .
Semua yang tersebut ini dapat anda lihat pada firman Allah berikut, yang bermaksud:
“Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati..” (An-Nahl:38).

Jadi secara kasarnya dapatlah dikatakan bahawa ayat qasam itu terbahagi kepada tiga:
(1) Perkataan fi’il yang muta’addi dengan ب kepaa ‘muqsam bihi’ untuk menunjukkan erti qasam.
(2) Perkataan yang dijadikan ‘muqsam bihi’.
(3) ‘Muqsam ‘alaih’ atau jawab qasam. Ia merupakan sesuatu yang dilakukan sumpah kerananya.
Di dalam ayat di atas sebagai contohnya, perkataan أقسموا yang muta’addi dengan ب kepada perkataan Allah itu adalah fi’il qasam. ب adalah haraf qasam.
Perkataan Allah pula merupakan ‘muqsam bihi’ dan ayat لا يبعث الله من يموت adalah
‘Muqsam ‘alaih’ atau jawab qasam.
Firman Allah ini mengumpulkan dengan jelas semua bahagian ayat qasam.
Oleh kerana qasam (sumpah) selalu digunakan oleh orang-orang ‘Arab dalam bahasa percakapan mereka, diringkaskanlah ayatnya dengan membuangkan perkataan fi’il dan dikekalkan ب sahaja sebagai gantinya.
Jika ‘muqsam bihi’nya isim zahir, ditukarlah ب dengan و sebagai haraf qasam.
Keadaan ini dapat dilihat umpamanya pada firman Allah berikut, yang bermaksud:
“Demi bintang semasa ia menjunam”. (An-Najm:1).
Dari segi disebut fi’il qasam dan muqsam bihi atau tidak disebut pula qasam terbahagi kepada dua bahagian.
(1) Qasam zahir
(2) Qasam mudhmar.
Qasam zahir ialah ayat qasam yang disebut dengan terang di dalamnya fi’il qasam dan muqsam bihi.
Kadang-kadang fi’il qasam dibuang, tetapi haraf jar و,ب atau ت yang merupakan haraf qasam bersama-sama ‘muqsam bihi’nya tetap disebutkan.
Qasam mudhmar pula ialah ayat qasam yang tidak disebut dengan terang di dalamnya fi’il qasam dan muqsam bihi.
Bagaimanapun jawab qasamnya dimulai dengan ل مؤكدة (Laam yang merupakan kata penguat) yang menunjukkan ada sesuatu fi’il qasam dengan ‘muqsam bihi’nya yang dibuang. Antara contohnya ialah firman Allah berikut: Bermaksud:
“Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati.
Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang patut diutamakan.” (Aali ‘Imraan:186).
Fi’il qasam bersama haraf qasam dan muqsam bihinya atau haraf qasam sahaja dengan muqsam bihi, iaitu والله seharusnya ditaqdirkan (diandaikan ada) di sini.

ANTARA QASAM DAN SYARAT
Qasam dan syarat mungkin terkumpul pada sesuatu tempat.
Kedua-duanya memerlukan jawab.
Dalam keadaan ini apa yang patut dilihat ialah mana satu daripada dua perkara itu disebutkan dahulu.
Kalau qasam disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab qasam. Jawab syarat tidak diperlukan lagi.
Kalau syarat pula yang disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab syarat.
Jawab qasam tidak diperlukan lagi.
Jawab kepada salah satu daripadanya dikira sudah memadai dan mencukupi untuk kedua-duanya.
Pada umumnya qasamlah yang disebutkan lebih dahulu daripada syarat.
Contohnya: Bermaksud:
“Dia (bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti (daripada menyeru dan menasihati daku), niscaya engkau akan ku rejam dan (ingatlah! Lebih baik) engkau tinggalkanlah daku buat selama-lamanya.” (Maryam:46).
Oleh kerana di dalam ayat ini qasam disebutkan dahulu daripada syarat,
maka لأرجمنك menjadi jawab qasam, bukan jawab atau jaza’ bagi syarat.
Taqdir ibaratnya ialah: والله إن لم تنته لأرجمنك .
Laam yang masuk pada haraf syarat إن itu tidak sama dengan Laam yang masuk pada أرجمنك.
Ia masuk pada haraf syarat إن untuk memberitahu bahawa jawab yang akan datang selepasnya adalah jawab qasam, bukan jawab atau jaza’ bagi syarat.
Kerana itu ia dipanggil اللام الموطنة للقسم المحذوف atau Laam yang meratakan jalan untuk qasam yang dibuang.
Laam ini biasanya memasuki  إن شرطية  .
Kadang-kadang ia juga memasuki haraf-haraf syarat yang lain selain إن, seperti ما dan من. Sesetengah ahli ilmu Nahu menamakan Laam ini dengan nama Laam syarat. Kerana ia memasuki haraf syarat.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa اللام الموطنةini tidak semestinya tersebut sebelum haraf syarat.
Kadang-kadang dalam keadaan qasam muqaddar atau qasam mudhmar pun, ia tidak disebutkan.
Contohnya dapat anda lihat pada firman Allah berikut:
Bermaksud:
”Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah  satu dari tiga tuhan.Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir dari antara mereka ditimpa seksaan yang pedih. (al-Maa’idah:73).
Lihat khususnya bahagian yang bergaris dibawahnya.
Taqdir ibaratnya ialah والله إن لم ينتهوا hingga ke akhir ayat.
Kebanyakan ulama Nahu dan ahli tafsir menerima qasam muqadaar (sumpah yang ditaqdirkan) pada sekian banyak ayat al-Qur’an, apabila ada padanya tanda-tanda sumpah. Tanda-tanda sumpah itu antara lainnya ialah:
(1) Adanya Laam sebelum إن yang dianggap mereka sebagai اللام الموطنة للقسم المحذوف. Namun satu perkara perlu sekali diingati bahawa setiap kali dijumpai لءن , tidak semestinya ditaqdirkan qasam (sumpah) yang dibuang. Adakalanya Lam itu semata-semata memberi makna ta’qid tanpa mengandungi makna qasam pun. Ta’kid itu sendiri sebenarnya merupakan salah satu gaya bahasa arab yang tersendiri.
(2) Ada Laam ta’kid pada fi’il jawab.
(3) Apabila ada Laam qasam.  

BEBERAPA PERKATAAN FI’IL YANG BERTINDAK SEPERTI FI’IL QASAM Di dalam al-Qur’an terdapat beberapa prkataan fi’il yang bertindak seperti fi’il qasam. Ia juga menghendaki jawab seperti fi’il qasam.
Di bawah ini dikemukakan fi’il-fi’il  yang dimaksudkan itu:
(1)تأذن.
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu, bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada mereka (kaum Yahudi) itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan kepada mereka azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran ereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-A’raaf:167).
Di dalam al-Kasysyaaf az-Zamakhsyari menyebutkan, bahawa تأذن adalah satu fi’il yang bertindak seperti fi’il qasam.
Kerana itulah jawabnya ليبعثن  datang seperti jawab qasam.
(2) عاهد .
contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Padahal sesungguhnya mereka telah pun mengikat janji (bersumpah) dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan mundur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya). (al-Ahzaab:15).

Di dalam at-Tibyaan Fi I’raab al-Qur’an tersebut,لا يولون adalah jawab qasam. Kerana perkataan عاهدوا dipakai dengan erti أقسموا (mereka bersumpah).
(3) تمّت.
Contohnya di dalam al-Quran ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)”. (Huud:119).

Di dalam Tafsir al-Bahru al-Muhith tersebut, bahawa jumlah تمتitu mengandungi ma’na qasam (sumpah).
Maka sesuailah Laam pada لأملأن selepasnya sebagai Laam jawab qasam.
(4) قضينا
contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.” (al-Israa’:4).

Di dalam Tafsir al-Kasysyaaf az-Zamakhsyari menyebutkan, bahawa harus juga dikatakan قضينا sebagai fi’il yang bertindak seperti fi’il qasam.
Dan لتفسدن adalah jawabnya.
Seolah-olah dkatakan, وأقسمنا لتفسدن (Kami telah bersumpah, bahawa sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan).
(5) وعد.
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud:“Allah menjanjikan orang-orang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, …(an-Nuur:55).
Az-Zamakhsyari  di dalam ak-Kasysyaaf berkata, fi’il qasam di dalam ayat ini dibuang.

Taqdirnya وعدهم الله وأقسم ليستخلفنهم.
Kata beliau, harus juga dikatakan, وعدالله iaitu janji Allah itu oleh kerana satu yang pasti akan berlaku seperti qasam juga halnya.
Maka ia disambut seperti disambut ayat qasam.
Seolah-olah dikata begini:أقسم الله ليستخلفنهم.
(6)كتب.
Contohnya di dalam al-Qur’an firman Allah berikut:
Bermaksud: Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (al-Mujadilah:21).
(7) يعلم .
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut
: Bermaksud: “Mereka berkata: “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepada kamu”. (Yaasin:16). Kata az-Zamakhsyari, ربنايعلم dalam kekuatannya sama sepeti ayat qasam.
(8) يشهد .
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Apabila datang orang-orang munafik kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah rasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (al-Munafiqun:1).

Di dalam al-Kasysyaaf Zamakhsyari berkata, perkataan تشهد dan يشهد di dalam firman Allah ini sama seperti sumpah.
Kerana di tempat yang boleh digunakan sumpah sebagai penguat, disitu syahadah (penyaksian) bertindak sebagai sumpah.
(9) أخذ الميثاق .
contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah dibrikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarkannya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (kalamullah dan janjiNya) itu. (Aalii ‘Imraan: 187)
Abu al-Baqaa’ al-‘Ukhburi (m.616H) di dalam at-Tibyaan Fi Fraabi al-Qur’an menulis, “Oleh kerana أخذالميثاق menepati makna sumpah, fi’il jawabnya disertai Laam dan Nun ta’kid (Laamdan Nun yang digunakan sebagai kata penguat).
(10) أم لكمأيمان.
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut
: Bermaksud: “Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?” (al-Qalam:39).
Az-Zamakhsyari dan Abu Hayyaan al-Andalusi mengatakan,
أم لكم أيمان علينا
itu bererti
أم أقسمنا لكم
(adakah Kami telah bersumpah untuk kamu

Jumlah
إن لكم لما تحكمون adalah jawab qasam

. مقسم به (Muqsam Bihi)
Di Dalam Al-Qur’an مقسم ب
atau perkataan yang digunakan buat bersumpah di dalam al-Qur’an itu ada banyak.
Tetapi secara kasar ia dapat dibahagikan kepada beberapa perkara berikut:
(1) Pada 8 tempat Allah telah menjadikan perkataan رب sebagai muqsam bihi.
maksudNya ialah menarik perhatian manusia kepada sifat rububiyyahNya.
(2) pada 17 tempat, ilmuNya dijadikan sebagai muqsam bihi.
(3) KemuliaanNya dijadikan sebagai muqsam bihi pada 1 tempat.
(4) Kitab suci al-Qur’an dengan lafaz al-Qur’an sendiri dijadikan sebagai muqsam bihi pada 3 tempat.
(5) pada 3 temat yang lain pula al-Qur’an dengan lafaz al-Kitab dijadikan sebagai muqsam bihi.
(6) Diri Rasulullah s.a.w dijadikan sebagai muqsam bihi pada 2tempat.
(7) pena atau القلم pada 1 tempat.
(8) Para malaikat pada tempat.
(9) Pada 13 tempat, kejadian-kejadianNya yang hebat di alam semesta dijadikan sebagai muqsam bihi.
(10) Hari kiamat dijadikan sebagai muqsam bihi pada beberapa tempat.

🍄
Sambungan usul ke 14-Mengetahui Kesinambungan Diantara Dalil dan Madlul Pada sumpah2 yg ada al quran.

BAHAGIAN2 AYAT QASAM.
Perkataan sumpah sebenarnya adalah أقسم(uqsimu)atau أحلف(ahliful)yg muta'addi (kepada)dgn بkepada perkataanمقسمبه(muqsambihi-perkara yg dibuat sumpah dgn nya)
Selepasnya baru dibawakanمقسم عليهyg juga dipanggil jawab sumpah atau جواب القسم(jawabul qasam).

Sebelum ini ,telah diberikan 6 perkara  mesti diketahui bila disebut tentang sumpah iaitu
1)أداة القسم
iaitu perkataan yg digunakan khusus untuk menunjukan erti sumpah .contoh demi
(2)مقسم به
iaitu perkataan yg digunakan Allah buat bersumpah.
Perkataan apa?contoh
Wal  asr, Asr(masa itu perkataan sumpah)
wal asr,itu perkataan muqsambihi

(3)مقسم عليه
iaitu perkara yg di sumpah kerananya atau perkara yg diangkat sumpah atau allah bersumpah kerana apa?

(4)القسم غرضghoradul qasam
tujuan sumpah atau kerananya

(5)kesinambungan dan kesesuaian diantara perkataan yg digunakan  buat bersumpah dan perkara yg diangkat sumpah kerananya(المناسبه).akan bincang lagi selepas ini

(6)بين القسم به والمقسم عليه
keadaan orang yg dikhitab
(dihadap cakap أحوال)

keadaan2 orang yg dihadap cakap ,orang yg macam mn?orang Islam,kafir,makhluk lain ,jin  atau siapa yg dia tuju?
Jin apa beza dgn manusia.
siapa yg dia tuju dlm sumpah itu.
Hakikat Dalil atau sumpah ,muqsambihi
Seperti Masa, kuda ,siang, malam ,negeri adalah
dalil kepada muqsam alaihi
Ada  kaitan

dgn ayat sumpah
المخاطبين بجماة القسم

Perkataan أقسمdan أحلف,ini perkataan mutaadi(bermula) kepada muqsambihi( maknanya perkataan yg dibuat bersumpah dgn nya)
أقسمdan أحلف
Ini maksudnya aku bersumpah.
أقسم با لله
Aku bersumpah dgn nama Allah,mesti ada bi.allah tu muqsambihi.ini kaedah asal yg perlu difahami.selepas itu baru ada muqsamalaihi(yg diangkat sumpah kerananya).Jika Allah bersumpah,kenapa?iaitu sebab bersumpah.Atau dipanggil juga jawab sumpahBiasanya dlm Ayat qasam tiada semua .

Semua yg tersebut ini (contoh ayat qasam) dapat anda lihat pada firman Allah berikut
[Biasanya ayat qasam tiada semua,ada beberapa yg dibuang
Ada
Fiil
Adatul qasam
Muqsambihi (perkataan yg digunakan Allah buat bersumpah)
Muqasamalaihi (perkara yg di sumpah kerananya)]

surah nahl Ayat 38

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِم
ْ ۙ لَا يَبْعَثُ اللَّهُ مَنْ يَمُوتُ ۚ
بَلَىٰ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): "Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati". (Itu tidak benar), bahkan janji Allah membangkitkan
orang-orang yang telah mati) tetap benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

    أَقْسَمُوا
mereka bersumpah
Ini fi'il qasam
بِاللَّهِ
dengan nama        
Ini adatul qasam

Allah
Muqsambihi
ْ ۙ لَا يَبْعَثُ
ْ ۙ لَا يَبْعَثُ اللَّهُ مَنْ يَمُوتُ
Allah tidak akan membangkitkan semula
Ini muqsamaalaih atau dipanggil juga jawab qasam

Jadi secara kasarnya dapatlah dikatakan bhw ayat qasam  itu terbahagi 3:
(1)Perkataan fi'il ,yg muta'addi dgn ب.
kepada muqsambihi bihi (disini Allah -jadi billah)untuk menunjukan erti qasam.
mana fi'il? َأَقْسَمُوا

(2)Perkataan yg dijadikan muqsambihi bihi

(3)Muqsam alaihi atau jawab qasam.

Ia merupakan sesuatu yg dilakukan sumpah kerananya.

Didlm Ayat diatas sebagai contohnya,
perkataan أقسمواyg muta'addi
dgn بkepada perkataan Allah itu adalah fi'il qasam.بadalah Haraf qasam .
Perkataan Allah pula merupakan muqsambihi bihi dan ayat
ۙ لَا يَبْعَثُ اللَّهُ مَنْ يَمُوت
adalah muqsamalaihi atau jawab qasam .

Firman Allah ini mengumpulkan dgn jelas semua bhg ayat qasam.

Oleh kerana qasam (sumpah)selalu digunakan oleh orang2 Arab dlm bhs percakapan mereka,diringkaskanlah ayatnya dgn membuangkan perkataan fi'il dan dikekalkan بsahaja sebagai gantinya.
Jika muqsam bihi nya(yg dibuat bersumpah dgn nya) isim zahir (nama yg jelas seperti allah ,bukan isim domir ganti nama dia ,saya dll),ditukarlah ب dgn و dlm  (keadaan  tiada fiil qasam)sebagai Haraf qasam .
Keadaan ini dapat dilihat umpamanya pada firman Allah berikut

Surah Najm Ayat 1
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ
Demi bintang semasa ia menjunam, -
[Tempat kita belajar nahu-matanajrumiah,telah belajar di muka pertama lagi dlm kitab nahu]
Wauini adalah ba qasam ,
Annajimi,isim zahir
Yg ni fi'il qasamnya tiada.yg ada huruf qasam.
Wau qasam ganti kepada ba,selepasnya berbaris dibawah.

Dari segi disebut fi'il qasam dan muqsam bihi atau tidak disebut pula qasam terbahagi kepada 2 bahagian
(1)qasam zahir
(2)qasam mudmar.

Qasam zahir ialah qasam yg disebut dgn terang didlmnya ada fi'il qasam dan ada qasam muqsambihi.
Contoh yg tadi وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِم
Qasam mudmar ialah qasam yg tiada fiil qasam dan tiada qasam muqsambihi.
(Asalnya uqsimu bi Najmi)
Kadang2 fi'il qasam  dibuang ,tetapi haraf jar ب,وatauتmerupakan Haraf qasam bersama2 muqsam bihi nya tetap disebutkan.
Contoh وَالنَّجْمِ
Qasam mudmar pula ialah ayat qasam yg tidak disebut dgn terang didlmnya fi'il qasam dan muqsam bihi.
Tak sebut,tapi kita kena andaikan ada.
Bagaimana jawab qasamnya dimulai dgn la مؤكدة  (Laam yg merupakan kata penguat )yg menunjukan ada sesuatu fi'il qasam dgn muqsam bihi nya yg dibuang.
Antara contohnya firman Allah berikut:

Surah Ali Imran ayat 186
لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

Ayat ini adalah ayat qasam mudmar iaitu bila fi'il qasam tiada iaitu seharusnya wallah ditakdirkan(diandaikan ada) atau(Fi'il qasam bersama Haraf dan muqsam bihi nya atau Haraf qasam shj dgn muqsam bihi,iaitu والله seharusnya ditakdirkan (diandaikan ada )disini.)
Ini tentang nahu
sebab yg
لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْini jawab qasam.
sahaja yg ada.
Yg lain tiada,cuma diandaikan ada.
Apa pun terjemahan ada demi ini ,bagus.

ANTARA QASAM DAN SYARAT
Qasam dan syarat mungkin terkumpul pada suatu tempat .
Kedua2nya memerlukan jawab.
Jika kedua2 terhimpun ,ini jawab siapa?
Dlm keadaan ini apa patut dilihat ialah mana satu daripada 2 perkara itu disebutkan dahulu.
Kalau qasam disebut dahulu,maka jawab yg dikemukakan kemudian adalah jawab qasam.Jawab syarat tidak diperlukan lagi .
Kalau syarat pula disebut dahulu,maka jawab yg dikemukakan kemudian adalah jawab syarat.Jawab qasam tidak diperlukan lagi.
Jawab kepada salah satu daripadanya dikira sudah memadai dan mencukupi untuk kedua2nya.
Pada umumnya qasamlah yg disebut lebih dahulu drp syarat.contohnya:(ada berbagai contoh seperti syair2 jahiliyah tetapi ini contoh ayat Quran)
Jawabnya hanya ada satu shj.
Surah Maryam ayat 46
قَالَ أَرَاغِبٌ أَنْتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْرَاهِيمُ ۖ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا

(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".

Oleh kerana didlm Ayat ini qasam disebutkan dahulu iaitu( ل) drp syarat (pertanyaan atau iin)ni bersambung ,
maka لَأَرْجُمَنَّكَmenjadi jawab qasam,bukan jawab atau ja'za bg syarat .
Takdir ibaratnya ialah
والله إن لَمْ تَنْتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ
Demi Allah kalau engkau tidak berhenti ,nescaya aku rejam engkau.

Laam yg masuk pada Haraf syarat إن itu tidak sama dgn Laam yg masuk pada أرجمنك.
Ia masuk pada Haraf syarat إنuntuk memberitahu bahawa jawab yg akan dtg selepasnya adalah jawab qasam ,
bukan jawab atau jaza' bg syarat .
Kerana itu dipanggil
اللام الموطنة للقسم المحذوف
(Alla muati'nah lilqasamilmahzuf)
atau Laam yg meratakan  jalan untuk qasam yg dibuang(mahzufah)
Laam ini biasanya memasuki إن شرطيه.
Kadang2 ia juga memasuki haraf2 syarat yg lain selain إن,seperti ما dan من.
Sesetengah  ahli ilmu nahu menamakan Laam ini dgn nama Laam syarat.
Walau bagaimanapun ,perlu diingat bahawaا(allamuwatinah)للا الموطنهini tidak semestinya tersebut sebelum Haraf syarat .
Kadang2 dlm keadaan qasam muqaddar  atau qasam mudmar pun ,ia tidak disebutkan .ini yg payah melainkan orang yg ahli dapat kesan.

{Abe maulana selalu sebut,orang bukan Islam boleh ke terima ,kenapa Quran pilih bhs Arab untuk bhs Arab,payah pulak tu?ini susah?
Akhirnya terjawab.kenapa bhs Arab itu payah dan jadi bhs Quran.
Ini Quran,kitab suci atau mukjizat,yg terakhir.dan manusia dicabar untuk buat satu ayat yg sepertinya.
Setiap hurufnya telah ada makna.
Sebab itulah tuhe pilih bhs Arab.
Abe maulana selalu menimbulkan soalan2yg pelik.dan akhirnya Maulana boleh jawab.minta tunjuk keluasan Allah.}

contoh dapat anda lihat pada firman Allah yg berikut:
Surah Maidah Ayat 73
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ ۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Lihat khususnya bahagian yg bergaris dibawahnya.Taqdir ibaratnya ialah
والله إن لم ينتهوا
hingga akhir ayat.

Tapi telah dibuang

لَيَمَسَّنَّ
Ini jawab qasam
Laam qasam tiada.

Kebanyakan ulama nahu dan ahli tafsir menerima qasam muqaddar(sumpah yg ditakdirkan )pada sekian byk ayat al Quran ,apabila ada padanya tanda2 sumpah itu antara lainnya ialah:

(1)Adanya Laam sebelum إن yg dianggap mereka sebagai اللا مNamun satu الموطنه القسم المحذوف
perkara perlu sekali diingati bahawa setiap tidak semestinya,ل ءنkali dijumpai ditakdirkan qasam sumpah yg dibuang.
Ada kalanya Laam itu semata2 memberi makna qasam pun.Ta'kid itu sendiri sebenarnya merupakan salah satu gaya bahasa Arab yg tersendiri.
(2)ada Laam ta'kid pada fi'il jawab, contoh لَيَمَسَّنَّ
(3)apabila ada Laam qasam.

BEBERAPA PERKATAAN FI'IL YANG BERTINDAK SEPERTI FI'IL QASAM.

Didlm Al-Quran terdapat beberapa perkataan fi'il  yg lain bertindak seperti fi'il qasam .ia juga mengkehendaki jawab seperti fi'il qasam
Dibawah ini dikemukakan fi'il qasam yg dimaksudkan itu:
Contoh didlm Al-Quran ialah
(1)تأذن
Firman Allah berikut
Bermaksud
Surah al araf Ayat 167
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ يَسُومُهُمْ سُوءَ الْعَذَابِ ۗ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ الْعِقَابِ ۖ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

تَأَذَّنَ
Bukan aqsamarobuka.
Tetapi ada jawab dia. لَيَبْعَثَنَّ

Didlm al kasyayaaf az Zamakhshari menyebutkan ,bahawa تأذنadalah satu fi'il yg bertindak seperti fi'il qasam .Kerana itulah jawabnya ليبعثن dtg seperti jawab qasam.
Contohnya didalam
(2)عاهد
Al-Quran ialah firman Allah berikut:
Bermaksud
Surah al ahzab Ayat 15
وَلَقَدْ كَانُوا عَاهَدُوا اللَّهَ مِنْ قَبْلُ لَا يُوَلُّونَ الْأَدْبَارَ ۚ وَكَانَ عَهْدُ اللَّهِ مَسْئُولًا

Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).

Didlm at tibyan fi I'raab al Quran tersebut ,لايولنadalah jawap qasam.
Kerana perkataanعاهدواdipakai dgn erti أقسموا(mereka bersumpah).
Zohir bukan qasam tetapi dipakai dgn makna qasam

Contohnya didlm Al-Quran
(3)تمت
ialah firman Allah berikut :
Surah Huud Ayat 119
إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمْ ۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

Didalam Tafsir al bahru al muhith (Abu hayat al andalusi orang Sepanyol)tersebut,bahawa jumlah تمتitu mengandungi ma'na qasam (sumpah).
Maka sesuai lah Laam pada لأملأنselepasnya sebagai Laam jawab qasam.atau muqsam alaihi.

Contoh nya didlm al quran
(4)قضينا
Ialah firman Allah berikut
Surah isra Ayat 4
وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

Didlm tafsir al kasyayaaf az Zamakhshari  menyebutkan bahawa harus juga dikatakan قضيناsebagai fi'il yg bertindak seperti fi'il qasam.Dan لتفسدنadalah jawabnya.
Seolah2 dikatakan,وأقسمنا لتفسدن(kami telah bersumpah bahawa sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan)

Contoh nya didlm Al-Quran ialah
(5)وعد
Firman Allah berikut
Surah an-Nur Ayat 55
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Azzamakhsyari didlm al kasyayaaf berkata fi'il qasam didlm Ayat ini dibuang .Taqdirnya
وعد الله وأقسم ليستخلفنهم.
Kata beliau ,harus juga  dikatakan ,وعبدالله iaitu janji Allah itu oleh kerana satu yg pasti akan berlaku seperti qasam juga halnya.
Maka ia disambut seperti disambut Ayat qasam .
Seolah2 dikata beginiأقسما الله ليتسخلفنهم

Kalu tak boleh kuasa,yg dibuat tidak betul

Contohnya didlm Al-Quran
كتب(6)
Firman Allah
Surah al mujadilah :21
كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang) ". Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.

Contoh didlm al Quran
(7)يعلم
ialah firman Allah berikut
Surah Yassin Ayat 16
قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّا إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ

Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,

Kata az Zamakhshari ,ربنا يعلمdlm kekuatannya sama seperti Ayat qasam
إِنَّا إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ

Sumpah bila ada orang tak percaya.

Contoh nya dlm Quran
(8)يشهد
ialah firman Allah berikut
Surah Munafikun Ayat 1
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Didlm al kasyayaaf Zamakhshari berkata ,perkataan تشهد dan يشهدdidlm firman Allah ini sama seperti sumpah.
Kerana ditmpt yg boleh digunakan sumpah sebagai  penguat ,disitu syahadah(penyaksian)bertindak sebagai sumpah
نَشْهَدُ
إِنَّك
َbaris bwh,adalah jawab syarat.
Jika annaka terus salah.
وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ

Contoh didlm Al-Quran
(9)أخذ الميثاق
dlm firman Allah
Surah Ali Imran ayat 187
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ
Tuhan mengambil perjanjian setia(ini  juga memberi makna qasam atau dipakai seperti fi'il qasam)sebab ada jawab qasam
Ini Jawab qasam.   لَتُبَيِّنُنَّهُ

Abu al baqaa' al ukhburi (mati 616h)didlm at tibyan fiaabi quran ikrab menulis  
لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ
Laam dan nun diguna sebagai penguat
Dilihat dr sudut ikrab

(10)أملكم أيمان
أَمْ لَكُمْ أَيْمَانٌ
Amlakumaimanun
Sama seperti qasam juga
Contohnya didlm al Quran ialah firman Allah berikut:
Surah Qalam Ayat 39
أَمْ لَكُمْ أَيْمَانٌ عَلَيْنَا بَالِغَةٌ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۙ إِنَّ لَكُمْ لَمَا تَحْكُمُونَ

Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?

Azzamakhsyari dan Abu Hayyan al Andalusi mengatakan
أَمْ لَكُمْ أَيْمَانٌ عَلَيْنَا

itu bererti
أم قسمنا لكم
(adakah kami telah bersumpah untuk kamu)

Jumlah 
ِ ۙ إِنَّ لَكُمْ لَمَا تَحْكُمُونَ
adalah jawab qasam.
Kenapa ءbaris bwh,sebab jawab qasam.

YANG KEDUA.MUQSAM BIHI
مقسم به(muqsam bihi didlm quran)
مقسم بهatau perkataan yg digunakan
Sesuatu yg diguna buat bersumpah didlm al Quran itu ada byk.

Tetapi secara kasar ia dapat dibahagikan kepada beberapa perkara berikut:
(1)Pada 8tempat Allah telah menjadikan perkataan ربsebagai muqsam bihi
Maksudnya ialah menarik perhatian manusia kepada sifat rububiyah nya.
(2)pada 17 tempat ,ilmunya dijadikan sebagai muqsam bihi.m menunjukan ilmunya sangat hebat.
(3)Kemuliaan Nya dijadikan sebagai muqsam bihi pada 1tempat.
(4) Kitab suci al Quran dgn lafaz Al-Quran sendiri dijadikan sebagai muqsam bihi pada 3tempat.
(5)pada 3 tempat yg lain pula Al-Quran dgn lafaz al kitab dijadikan sbg muqsam bihi
(6)Diri Rasullah saw dijadikan sebagai muqsam bihi pada 2 tempat.
(7)pena atau القلم pada 1tempat.
(8)Para malaikat pada 2tempat.
(9)pada tempat 13 kejadian2nya yg hebat dalam semesta dijadikan sebagai muqsam bihi.
Contoh,Demi matahari,Demi mlm.
(10)hari Qiamat dijadikan sebagai muqsam bihi pada beberapa tempat.

Surah Alhaqqah, sumpah Allah yg tuntas.
Ayat38
فَلَا أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ
Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya,
Matahari,bulan,

Ayat 39
وَمَا لَا تُبْصِرُونَ
Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -
(malaikat)

Ayat40
إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ

Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.

Ada 8 tempat Diri Allah nya sbg muqsambihi(buat bersumpah)
Tempat lain makhlukNya manusia dijadikan muqsambihi.
Kepada allah boleh tetapi kepada manusia ,Sesiapa yg bersumpah dgn selain Allah,adalah kesyirikan.

Dia sebagai muqsambihi,dimn?
Kenapa bersumpah dgn fenomena alam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan