Selasa, Januari 03, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 41 3:172-200

Ayat 172
الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ
مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۚ jumlah mubtadad
لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌjumlah khobar
Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh),
sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud).
Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.
👉Tabsyir ( berita gembira tentang keadaan yg bakal diterima didunia lagi) kerana sifat sahabat
Setelah perang Uhud,abu Sufiyan dah balik sekerat jln. dan rasa menyesal hanya 70 orang tentera Islam yg shj yg mati.lalu patah balik untuk buat serangan semula.nabi saw dapat berita patah balik dr wahyu Allah.Sahabat2 tetap menyahut seruan nabi walaupun cedera dan sakit.Sahabat tetap bersedia dan ikut perintah Allah.
Sahabat mendapat pahala yg besar dan orang yg boleh dicontohi.
Luka الْقَرْحُ
Nusrah turun sebab kesanggupan pengorbanan sahabat.
Ditakutkan sahabat nabi oleh abu suffiyan,tapi orang islam tidak takut.
Sebaliknya keyakinan sahabat untuk mati syahid lebih kuat.
Hamraul asad,tempat tunggu tapi kafir Quraisy tak jadi dtg.Sahabat telah melakukan jual-beli sahaja dan dapat keuntungan.

Ayat 173
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ
إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ
فَاخْشَوْهُمْ
فَزَادَهُمْ إِيمَانًا
وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka:
"Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu,
oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya".
Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata:
"Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
👉Gambaran keadaan sahabat setelah diugut oleh golongan upahan (abulqais&rombongan)
Sahabat tidak tahu ini helah orang Quraisy.
Tetapi Allah yg ajar

Ayat 174
فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ
وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ
وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ

Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah,
mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun,
serta mereka pula menurut keredaan Allah.
Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
👉Allah nak bg pertolongan,allah anugerahkan keyakinan.
Nikmat perniagaan

Ayat 175
إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ الشَّيْطَانُ
يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ
فَلَا تَخَافُوهُمْ
وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan)
menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut pengikutnya (kaum kafir musyrik).
Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka,
tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.
👉Rancangan Abu Suffiyan itu dr bisikan syaitan
Golongan menentang Allah tiada pertolongan allah
Ayat 176
وَلَا يَحْزُنْكَ
الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ ۚ
إِنَّهُمْ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا ۗ
يُرِيدُ اللَّهُ أَلَّا يَجْعَلَ لَهُمْ حَظًّا فِي الْآخِرَةِ ۖ
وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran;
kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada agama Allah sedikitpun.
Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak,
dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat berat.
👉Tasliyah (pujukan atau penghibur hati )dan takhwif ukhrowi( penakutan tentang keadaan yg akan berlaku)diakhirat.
Islam menang sebab orang Islam yg berjuang dan kalah jika meninggalkan perjuangan.
Ini lah sebab mereka berpaling dr berjuang.
Golongan munafik menyusahkan hati orang beriman kerana menarik diri.
Yg sebenar Allah yg tak mahu mereka bersama dlm perjuangan.

Ayat 177
إِنَّ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْكُفْرَ بِالْإِيمَان
ِ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur (buakan makna ada iman tetapi tak ambil peluang untuk jihad dan infaq)
dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun,
dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Takhwif( penakutan tentang keadaan yg akan berlaku) ukhrowi.

Ayat 178
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ ۚ
إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا ۚ
وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir (tidak menyertai jihad dan infaq itu)menyangka
bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka;
kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia),
dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak)
👉Keadaan mereka yg sama benar.

Ayat 179
مَا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنْتُمْ عَلَيْه
ِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْب
ِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِنْ رُسُلِهِ مَنْ يَشَاءُ ۖ
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ
وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu).
sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman).
Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan
tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib).
Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya;
dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.
👉Hikmat ujian,untuk kebaikan orang yg beriman.
Orang beriman yg lemah dekat dgn sifat2 orang munafik
Hanya Huzaifah yg tahu nama2 orang munafik.
Nabi juga hanya tahu saya bhg shj dr orang2 yg munafik.
Mengenali munafik dgn jihad dan infaq
Apa salah jika Allah bg wahyu?
Allah jawab,memberitahu hal munafik adalah perkara ghaib yg Allah tak bg tau.
Dua sebab,mungkin dia akan bertaubat
Yg kedua,setelah nabi wafat,siapa yg diberikan wahyu tentang simunafik.
Syariat jihad ini akan digunapakai sampai bila2.
Setiap khalifah boleh tahu sifat2 munafik rakyatnya melalui jihad dan infaq.

Ayat 180
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ
سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka.
Bahkan ia adalah buruk bagi mereka.
Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak.
Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.
(mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"
👉pengulangan semula mengenai infaq.
Jenis2 harta yg wajib diingatkan.contoh zakat
Segala harta adalah milik Allah ,yg infaq adalah harta yg kekal.
Harta dijadikan ular.

Ayat 181
لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا
إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ
وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ ۘ
سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا
وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ
وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan:
Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya.
Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu
dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya,
dan Kami akan katakan kepada mereka:
"Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar
👉Syikayah  atau  Syakwa ialah rungutan tentang sikap degil manusia .
Hikmah infaq,harta sementara jadi harta kekal .
Bila Tak infaq mungkin akan menyebabkan akan diseksa diakhirat.
Golongan Yahudi kata kat Allah miskin dgn tujuan mempersendakan.ayat ini jawapan Allah.

Ayat 182.
ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُم
ْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri.
Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya."
👉Sebut hanya tangan,tapi semua anggota Allah

Ayat 183
الَّذِينَ قَالُوا
إِنَّ اللَّهَ عَهِدَ إِلَيْنَا
أَلَّا نُؤْمِنَ لِرَسُول
ٍ حَتَّىٰ يَأْتِيَنَا بِقُرْبَانٍ تَأْكُلُهُ النَّارُ ۗ
قُلْ قَدْ جَاءَكُمْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِي بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالَّذِي قُلْتُمْ فَلِمَ قَتَلْتُمُوهُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata:
"Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul
sehingga ia membawa kepada kami korban yang dimakan api.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata
dan dengan (korban) yang kamu membunuh mereka,
jika kamu orang-orang yang benar (dalam yang kamu dakwakan itu)?
👉Ini perkataan orang Yahudi,depa kaya ,Allah miskin.
Harta yg yahudi simpan tidak secara halal iaitu secara riba.
Manusia simpan harta yg tidak halal  akan menyebabkan  sifat kedekut dan tidak infaq.
Yahudi pendusta.

Ayat 184
فَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِك
َ جَاءُوا بِالْبَيِّنَاتِ
وَالزُّبُرِ وَالْكِتَابِ الْمُنِيرِ

Oleh itu, jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga;
mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata
dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang jelas.
👉Ayat Tasliyah pujukan atau penghibur hati .

Ayat 185
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ
وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ
فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّار
ِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya
dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya(tertipu)
👉Pengulangan jihad .
Yg akan berlaku adalah ketetapan Allah termasuk mati dlm jihad

Ayat 186
لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ
وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ
وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ
وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu.
Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu
dan orang-orang yang musyrik:banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati.
Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
👉kedua2,Jihad dan infaq
Ujian kecil shj yg berlaku.ujian besar seperti dihancurkan tiada akan berlaku.
Juga Tasliyah (pujukan atau penghibur hati )

Ayat 187
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَاب
َ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاس
ِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ
فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِم
ْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ
فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu):
"Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia,
dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka,
serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit.
Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
👉Zajrun kepada ahli kitab.
dunia yang sedikit. ِ ثَمَنًا قَلِيلًا

Ayat 188
لتَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ
بِمَا أَتَوْا
وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا
فَلَا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ ۖ
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan
apa yang mereka telah lakukan,
dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan
- jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa,
dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
👉Juga tak selamat nanti
Ayat 189
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉

Ayat 190
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

👉Bermula dgn Ayat 190 ini hingga 200 dan dibc sebelum solat tahajud.
Doa yg memberi kekuatan rohani.
Nikmat solat tahajud

Ayat 191
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّه
َ قِيَامًا
وَقُعُودًا
وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
ِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا
سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk
dan semasa mereka berbaring mengiring,
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit
dan bumi (sambil berkata):
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
👉Doa pertama
Lidah berzikir dpt satu pahala.
Hati berzikir dapat satu pahala yg lain pula.

Ayat 192
رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّار
َ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka
maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya,
dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
👉Doa kedua

Ayat 193
رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا
مُنَادِيًا
يُنَادِي لِلْإِيمَان
ِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا ۚ
رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا
ذُنُوبَنَا
وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا
وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar
seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya:
` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman.
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami,
dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami,
dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
👉Doa ketiga dan empat dihilangkan sebab dpt azab

Ayat 194
رَبَّنَا
وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ
وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami!
Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu,
dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
👉Doa ke5

Ayat 195
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُم
ْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَل
َ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ ۖ
بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ ۖ
فَالَّذِينَ هَاجَرُوا
وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ
وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي
وَقَاتَلُوا
وَقُتِلُوا
لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ
وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):
"Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu,
sama ada lelaki atau perempuan,
(kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain;
maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya),
dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya,
dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu,
dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka,
dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah.
Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)"
👉Tuhan terima

Ayat 196
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
👉Tentang Infaq juga.
Duduk didunia dgn buat sesuatu yg menguntungkan akhirat.
Orang kafir bebas mengumpulkan dunia .
Dunia sangat lah sedikit.
Jgn jadikan dunia tempat kumpul kmdn tinggalkan.

Ayat 197
مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

Ayat 198
لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّات
ٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَار
ُ خَالِدِينَ فِيهَا
نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۗ
وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ

Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka,
mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya,
sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah.
Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).
👉Tabsyir

Ayat 199
وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّه
ِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ
وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ
خَاشِعِينَ لِلَّه
ِ لَا يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ
ثَمَنًا قَلِيلًا ۗ
أُولَٰئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah
dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran)
dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit.
Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
👉Tabsyir untuk ahli kitab yg beriman.

Ayat 200
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اصْبِرُوا
وَصَابِرُوا
وَرَابِطُوا
وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
👉Kesimpulan surah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan