Ali Imran 73
قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ
يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ
وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
👉Ahli kitab tak bersedia nabi Muhamad sbg rasul.
Jadi Allah bg tau kenabian adalah kurniaan Allah .
Allah bebas memberi kurnia kepada siapa yg dikehendakinya
Surah Fatihah bg tau golongan sesat.
Munafikin termasuk nasaro.,sbhg sifat telah ada Islam.
Musyrikin termasuk yahudi.
Ali Imran 74
يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
👉Munafikin=Nasaro.sesat kerana jahil,separuh sudah bersama orang Islam cuma hatinya.
Surah ini byk mengenai munafikin.
Terbahagi dua
Bhg pertama ayat 1 -57
Ada 14perkara ummumunazzimah,cara hidup umat Islam sesama mereka.umum mengenai wanita.umum hidup dgn cara yg adil.
Sebelum ini layanan terhadap wanita sangat zalim.
Peraturan hidup ahli tauhid
Bhg ke2 ayat 58-175
Penjelasan mengenai 11undang2 cara mentadbir,sbhg kepada pemerintah dan sbhg kepada rakyat jelata.
Adilmdgn umat Islam dan juga bukan Islam.
Lelaki dan wanita sama shj.berpeluang memasuki syurga.
Ayat 1
يَا أَيُّهَا النَّاس
ُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَة
ٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ
وَاتَّقُوا اللَّهَ
الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِه
ِ وَالْأَرْحَامَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Wahai sekalian manusia!
Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam),
dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa),
dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai.
Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya,
serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
👉ayat ini ayat takhwif(penakutan tentang keadaan yg akan berlaku)
Surah ini turun dimadinah walaupun yaayuhnnas
Keadilan adalah untuk semua orang.
Surah yg ke6 turun dimadinah.
Nak bg hak asasi manusia يَا أَيُّهَا النَّاس1
Ayat 2
وَآتُوا الْيَتَامَىٰ أَمْوَالَهُمْ ۖ
وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَىٰ أَمْوَالِكُمْ ۚ
إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka,
dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk;
dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu;
kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar(didunia juga dpt bala yg besar).
👉Undang2 pertama ummunazzimah tentang jaga harta anak yatim.
Campur aduk harta boleh tapi syarat jgn berlaku zalim.
Dekat seperti dua jari dgn nabi orang yg jaga anak yatim.
Ayat 3
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ
فَانْكِحُوا
مَا طَابَ لَكُمْ
مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ
فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا
فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ
ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka),
maka berkahwinlah
dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain):(ma =wanita yg mempunyai sifat baik)
dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)(makanan,pakaian,kemesraan)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,
atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu (cara kahwin satu atau dgn hamba)adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
👉Orang Arab kahwin dgn anak yatim,diberi mahar yg sedikit atau nak ambil harta dia.
Kasih dlm hati ,dimaafkan.yg lain semua kena adil .
Bimbang خِفْتُمْ
Ayat 4
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ
فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ
عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا
فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا
Dan berikanlah(wahai lelaki) kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.
Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian
dari maskahwinnya
maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
👉Hukum ke3
Mahar adalah hadiah,bukan pulangan yg didapati.
Mahar adalah tanda kegembiraan,yg asal adalah hubungan antara lelaki dan perempuan.
Ambil balik bukan seperti makan muntah anjing
Ayat 5
وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ
أَمْوَالَكُمُ
الَّتِي جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ قِيَامًا
وَارْزُقُوهُمْ
فِيهَا وَاكْسُوهُم
ْ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَعْرُوفًا
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya
akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja
dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan),
dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
👉Kecacatan pada aqal dan anggota ,tidak mampu mengurus harta sendiri.
Ayat 6
وَابْتَلُوا الْيَتَامَى
ٰ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ
فَإِنْ آنَسْتُمْ مِنْهُمْ رُشْدًا
فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ ۖ
وَلَا تَأْكُلُوهَا إِسْرَافًا وَبِدَارًا
أَنْ يَكْبَرُوا ۚ
وَمَنْ كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ ۖ
وَمَنْ كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ ۚ
فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ
فَأَشْهِدُوا عَلَيْهِمْ ۚ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh)
sehingga mereka cukup umur (dewasa).
Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik
dan berkebolehan menjaga hartanya,
maka serahkanlah kepada mereka hartanya;
dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas
dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa.
Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya);
dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya.
Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya,
maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka.
Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).
👉Hukum yg ke4 serah harta balik hanya ketika matang dan setelah diuji.
Ayat 7
لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَان
ِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيب
ٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ
وَالْأَقْرَبُون
َ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ
نَصِيبًا مَفْرُوضًا
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat,
dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa
dan kerabat,
sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu;
iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
👉Hukum ke5,harta dari peninggalan orang yg telah mati.Allah yg telah tetapkan siapakah pewaris.tidak boleh zalim dan tidak boleh bg melainkan yg berhak.
Kena bahagi ikut syariat.
Yg kaya jika nak bagi selepas pembahagian harta pusaka.
Kufur jika tolak faraid
Kezaliman adalah tidak adil ,berdosa besar.
Ayat 8
وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُولُو الْقُرْبَىٰ
وَالْيَتَامَىٰ
وَالْمَسَاكِين
ُ فَارْزُقُوهُمْ مِنْهُ
وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَعْرُوفًا
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka),
dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu,
maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya,
dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
👉Hukum yg ke6
Beri adalah beri makan.
Adab zaman dulu,mati hari ni esuk terus dibahagi.
Jika melambatkan adalah dosa kerana itu hak yg wajib diberi.
Minit 57,bahagi pusaka.
Kebiasaannya dilambat2kan pembahagian.
Kejahilan dan cinta dunia
Ayat 9
وَلْيَخْش
َ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ
ذُرِّيَّةً ضِعَافًا
خَافُوا عَلَيْهِمْ
فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ
وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya),
yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka,
(tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka;
oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah,
dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
👉Ayat zajrun (teguran membina untuk nabi atau teguran keras untuk penentang da'wa)
Ayat 10
إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
👉Zajrun dan takhwif ukhrowi.
Hukum ke7
Bahagian2 hak pusaka
Ayat 11
يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ
لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۚ
فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ
وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ ۚ
وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُس
ُ مِمَّا تَرَكَ
إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ
فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ
وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ
فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ
فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ
مِنْ بَعْدِ وَصِيَّة
ٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ
آبَاؤُكُم
ْ وَأَبْنَاؤُكُمْ
لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۚ
فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu,
iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.
Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua,
maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja,
maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati),
tiap-tiap seorang dari keduanya:
satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.
Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak,
sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga.
Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik),
maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati,
dan sesudah dibayarkan hutangnya.
lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Ayat 12
وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُنَّ وَلَدٌ ۚ
فَإِنْ كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ
مِمَّا تَرَكْنَ ۚ
مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۚ
وَلَهُنَّ الرُّبُعُ
مِمَّا تَرَكْتُمْ
إِنْ لَمْ يَكُنْ لَكُمْ وَلَدٌ ۚ
فَإِنْ كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ
فَلَهُنَّ الثُّمُنُ
مِمَّا تَرَكْتُمْ ۚ
مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ
وَإِنْ كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلَالَةً
أَوِ امْرَأَةٌ
وَلَهُ أَخٌ
أَوْ أُخْتٌ
فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ ۚ
فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَٰلِك
َ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ ۚ
مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَىٰ بِهَا أَوْ دَيْنٍ
غَيْرَ مُضَارٍّ ۚ
وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu
jika mereka tidak mempunyai anak.
Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan
dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan,
jika kamu tidak mempunyai anak.
Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan,
sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu.
Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa,
dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam.
Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang,
maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati,
dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris).
(Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
👉Faraid suamiisteri
Ayat 13
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
👉Hudud=undang2 Allah.
Ayat 14
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
👉takhwif ukhrawi
Orang tidak percaya hukum faraid ini adil.
Ayat 15
وَاللَّاتِي يَأْتِينَ الْفَاحِشَةَ مِنْ نِسَائِكُمْ
فَاسْتَشْهِدُوا عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِنْكُمْ ۖ
فَإِنْ شَهِدُوا فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي الْبُيُوت
ِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّاهُنَّ الْمَوْت
ُ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu,
maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.
Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut,
maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah
hingga mereka sampai ajal matinya,
atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
👉Hukum ke8
Ayat 16
وَاللَّذَانِ يَأْتِيَانِهَا مِنْكُمْ فَآذُوهُمَا ۖ
فَإِنْ تَابَا
وَأَصْلَحَا
فَأَعْرِضُوا عَنْهُمَا ۗ
lإِنَّ اللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَحِيمًا
Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya;
kemudian jika mereka bertaubat
dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu),
maka biarkanlah mereka;
kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.
👉Amalan kaum nabi lut.
Ayat 17
إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوء
َ بِجَهَالَةٍ
ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ
فَأُولَٰئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat,
teguran membina untuk nabi atau teguran keras untuk penentang da'wa.
(dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya;
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
👉Undang2 taubat
Ayat 18
وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ
حَتَّىٰ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ
قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ
وَلَا الَّذِينَ BNيَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ ۚ
أُولَٰئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan,
hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia:
"Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat),
dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir.
Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Zajrun (teguran membina untuk nabi atau teguran keras untuk penentang da'wa) dan takhrif ukhrowi( penakutan tentang keadaan yg akan berlaku)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan