Selasa, Januari 24, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 55 6:91-127

Ayat 91
وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ
إِذْ قَالُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَىٰ بَشَرٍ مِنْ شَيْءٍ ۗ
قُلْ مَنْ أَنْزَلَ الْكِتَابَ
الَّذِي جَاءَ بِهِ مُوسَى
ٰ نُورًا وَهُدًى لِلنَّاسِ ۖ
تَجْعَلُونَهُ قَرَاطِيسَ
تُبْدُونَهَا
وَتُخْفُونَ كَثِيرًا ۖ
وَعُلِّمْتُمْ
مَا لَمْ تَعْلَمُوا أَنْتُمْ وَلَا آبَاؤُكُمْ ۖ
قُلِ اللَّهُ ۖ
ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ

Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya
ketika mereka berkata:"Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia".
Bertanyalah (kepada kaum Yahudi yang ingkar itu): "Siapakah yang menurunkan Kitab (Taurat) yang dibawa oleh Nabi Musa
sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia,
yang kamu jadikan dia lembaran-lembaran kertas,
sambil kamu perlihatkan (kepada orang ramai sebahagian kecil daripadanya)
dan kamu sembunyikan kebanyakannya;
sedang kamu pula diajarkan (dengan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya),
yang tidak diketahui oleh kamu (sebelum itu) dan tidak juga oleh datuk nenek kamu?"
Katakanlah (kepada mereka): "Allah jualah (yang menurunkannya)",
kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya.
👉Syikayah.rungutan degilnya orang Yahudi.orang Mekah dgn Yahudi Madinah ada hubungan yg dekat.
Karut خَوْضِهِمْ

Ayat 92
وَهَٰذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ
مُبَارَكٌ مُصَدِّق
ُ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَىٰ
وَمَنْ حَوْلَهَا ۚ
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۖ
وَهُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan,
yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya),
lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya,
dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah)
serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya;
dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran,
dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.
👉Nak sabitkan kitab.

Ayat 93
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ
وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ
وَمَنْ قَالَ سَأُنْزِلُ مِثْلَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۗ
وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ
وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ
أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ ۖ
الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُون
ِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ
وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah,
atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah".
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa),
sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya,
disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar,
dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".
👉Zajrun,teguran atas kezaliman yg berlaku.
Ada beberapa orang mekah mengaku menerima wahyu.
Takhwif ukhrowi.alam keluar roh dari badan.

Ayat 94
وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَادَىٰ
كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ
وَتَرَكْتُمْ مَا خَوَّلْنَاكُمْ
وَرَاءَ ظُهُورِكُمْ ۖ
وَمَا نَرَىٰ مَعَكُمْ شُفَعَاءَكُمُ
الَّذِينَ زَعَمْتُمْ
أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَاءُ ۚ
لَقَدْ تَقَطَّعَ بَيْنَكُمْ
وَضَلَّ عَنْكُمْ مَا كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya;
dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu;
dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu.
Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka),
dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap(khayalan ) dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).
👉Berlaku diakhirat nanti.

Ayat 95
إِنَّ اللَّهَ فَالِقُ الْحَبِّ وَالنَّوَىٰ ۖ
يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّت
ِوَمُخْرِجُ الْمَيِّتِ مِنَ الْحَيِّ ۚ
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ ۖ
فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ

Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan).
Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati,
dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup.
Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah.
Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?
👉Dalil aqli yg ke12

Ayat 96

فَالِقُ الْإِصْبَاحِ
وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا
وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ۚ
ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar),
dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat,
dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya).
Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
👉Menzahirkan فَالِقُ
Dari kitab muwatok ,ada doa yg ada kalimah
فَالِقُ الْإِصْبَاحِ
وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا
وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ۚ
Allah akan bg apa yg dia minta.

Ayat 97.
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا
فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۗ
قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ
لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang
bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut.
Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.
👉

Ayat 98
وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ
فَمُسْتَقَرٌّ
وَمُسْتَوْدَعٌ ۗ
قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَفْقَهُونَ

Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam),
maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi),
dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur).
Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).
👉

Ayat 99
وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَخْرَجْنَا بِهِ
نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ
فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا
نُخْرِجُ مِنْهُ
حَبًّا مُتَرَاكِبًا
وَمِنَ النَّخْل
ِ مِنْ طَلْعِهَا
قِنْوَانٌ
دَانِيَةٌ
وَجَنَّاتٍ
مِنْ أَعْنَابٍ
وَالزَّيْتُونَ
وَالرُّمَّانَ
مُشْتَبِهًا
وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۗ
انْظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِه
ِإِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكُمْ
لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit
lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu
segala jenis tumbuh-tumbuhan,
kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau,
Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus;
dan dari pohon-pohon tamar (kurma),
dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik;
dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur
dan zaiton
serta buah delima,
yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.
Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
👉

Ayat 100
وَجَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ الْجِن
َّ وَخَلَقَهُمْ ۖ
وَخَرَقُوا لَهُ
بَنِينَ وَبَنَاتٍ
بِغَيْرِ عِلْمٍ ۚ
سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يَصِفُونَ

Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah,
padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu;
dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan,
dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan.
Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Ia dari apa yang mereka sifatkan!
👉Zajrun

Ayat 101
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ وَلَدٌ
وَلَمْ تَكُنْ لَهُ صَاحِبَةٌ ۖ
وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ ۖ
وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak
sedang Ia tidak mempunyai isteri?
Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu,
dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.
👉Dalil aqli yg ke 13

Ayat 102
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ ۖ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
فَاعْبُدُوهُ ۚ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
yang menciptakan tiap-tiap sesuatu,
maka beribadatlah kamu kepadaNya.
Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.
👉

Ayat 103
لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ
وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ
وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata),
dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
👉
Minit 34

Ayat 104
قَدْ جَاءَكُمْ بَصَائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ
فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ عَمِيَ فَعَلَيْهَا ۚ
وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفِيظٍ

(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu;
oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri,
dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri.
Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi(amal2) kamu".
👉

Ayat 105
وَكَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ
وَلِيَقُولُوا دَرَسْتَ
وَلِنُبَيِّنَهُ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka)
dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: "Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) ",
dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.
👉Sombong ,tidak boleh terima dan dengar.
Penjelasan orangbyg nak tahu apa yg dtg dr allah.

Ayat 106
اتَّبِعْ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.
👉Tugas nabi.menyampaikan dan ikut wahyu.
Perkara Wahyu yg paling penting لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Ayat 107
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكُوا ۗ
وَمَا جَعَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا ۖ
وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيلٍ

Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya;
dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka,
dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata).
👉Semua berdasarkan taqdir.
Setiap anak ada benih tauhid.
akal yg boleh beza yg hak dan batil.
Ada kitab .
Ada nabi yg bc Quran.
Bukan jaga amal tapi sampaikan.

Ayat 108
وَلَا تَسُبُّوا
الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
فَيَسُبُّوا اللَّهَ
عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ
كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ
ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ
فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan janganlah kamu cerca benda-benda
yang mereka sembah yang lain dari Allah,
kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka,
kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka,
lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
👉ini juga tanggungjawab nabi.
Zahir زَيَّنَّا

Ayat 109
وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ
جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ
لَئِنْ جَاءَتْهُمْ آيَة
ٌلَيُؤْمِنُنَّ بِهَا ۚ
قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِنْدَ اللَّهِ ۖ
وَمَا يُشْعِرُكُمْ
أَنَّهَا إِذَا جَاءَتْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah,
dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh,
bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya,
dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman.
👉Zajrun berserta Syikayah

Ayat 110
وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ
وَأَبْصَارَهُم
ْكَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ
وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Dan kami palingkan hati mereka
dan pemandangan mereka
sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya,
dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung.
👉Allah bg tau,sifat degil akan menutup semua pintu2 hidayah.

Ayat 111

وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةَ
وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَىٰ
وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلًا
مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا
إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka,
dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka,
dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad),
nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah;
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar).
👉Sifat degil sangat teruk.
Cerita ka'bur dgn burung.

Ayat 112
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا
شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِن
ِّيُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ
زُخْرُفَ الْقَوْلِ
غُرُورًا ۚ
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ
فَذَرْهُم
ْوَمَا يَفْتَرُونَ

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh
dari Syaitan-syaitan manusia dan jin,
setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain
kata-kata dusta yang indah-indah susunannya
untuk memperdaya pendengarnya.
Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya.
Oleh itu, biarkanlah mereka
dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
👉Macamana degil boleh berlaku.

Ayat 113
وَلِتَصْغَىٰ إِلَيْهِ
أَفْئِدَةُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ
وَلِيَرْضَوْهُ
وَلِيَقْتَرِفُوا مَا هُمْ مُقْتَرِفُونَ

Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu,
dan supaya disetujui oleh mereka,
dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.
👉Akhirat cuma ada dlm Quran.jika tak bc Quran tiada akhirat.
Benteng hijab yg sukar diubati.

Ayat 114
أَفَغَيْرَ اللَّهِ أَبْتَغِي حَكَمًا
وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلًا ۚ
وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ
أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ ۖ
فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?"
Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya.
Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.
👉

Ayat 115
وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ
لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil(dlm SyariatNya)
tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya;
dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
👉Tuan Quran Maha mendengar dan mengetahui.

Ayat 116
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْض
ِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ
وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi,
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata,
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
👉Zajrun. (teguran membina  untuk nabi atau teguran keras untuk penentang da'wa.)

Ayat 117
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ مَنْ يَضِلُّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya,
dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
👉

Ayat 118
فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ

Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.
👉Bhg ke2surah,menolak syirik amali.

Ayat 119
وَمَا لَكُمْ أَلَّا تَأْكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ
وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُم
ْ إِلَّا مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ ۗ
وَإِنَّ كَثِيرًا لَيُضِلُّونَ بِأَهْوَائِهِمْ
بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِالْمُعْتَدِينَ

Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu,
kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya?
Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka
dengan tidak berdasarkan pengetahuan.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.
👉

Ayat 120
وَذَرُوا ظَاهِرَ الْإِثْمِ وَبَاطِنَهُ ۚ
إِنَّ الَّذِينَ يَكْسِبُونَ الْإِثْمَ سَيُجْزَوْن
َ بِمَا كَانُوا يَقْتَرِفُونَ

Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi.
Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.
👉

Ayat 121
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ ۗ
وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰ أَوْلِيَائِهِم
ْ لِيُجَادِلُوكُمْ ۖ
وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ
إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ

Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya,
kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa);
dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya,
supaya mereka membantah (menghasut) kamu;
dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu),
sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.
👉Terbalik pula.

Ayat 122
أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا
فَأَحْيَيْنَاهُ
وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا
يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ
كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ
لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا ۚ
كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk),
dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah)
ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya)
sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur),
yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?
Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).
👉Tabsyir berserta Takhwif.

Ayat 123
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ
أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا
لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ
وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنْفُسِهِمْ
وَمَا يَشْعُرُونَ

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat
supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu,
padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk),
sedang mereka tidak menyedarinya.
👉Allah bg tau penyebab sesat juga adalah dari orang atasan.
Jgn ikut orang besar dan kebanyakan orang tetapi ikut wahyu.

Ayat 124
وَإِذَا جَاءَتْهُمْ آيَةٌ
قَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ
حَتَّىٰ نُؤْتَىٰ مِثْلَ مَا أُوتِيَ رُسُلُ اللَّهِ ۘ
اللَّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُ ۗ
سَيُصِيبُ الَّذِينَ أَجْرَمُوا
صَغَارٌ عِنْدَ اللَّهِ
وَعَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا كَانُوا يَمْكُرُونَ

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: "Kami tidak akan beriman
sehingga kami juga diberi (wahyu) sama seperti yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah".
Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) Ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) yang diberikanNya itu.
Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah,
dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan.
👉Syikayah
Berbagai jenis kesombongan.
Kesombongan tukar jadi hina صَغَارٌ

Ayat 125
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ
وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ
يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا
كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ
كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ
عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya,
seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
Demikianlah Allah menimpakan azab
kepada orang-orang yang tidak beriman.
👉Tabsyir.
Yg atas terpengaruh dgn kesombongan
Yg bwh terpengaruh dgn orang atas.
Zajrun.

Ayat 126
وَهَٰذَا صِرَاطُ رَبِّكَ مُسْتَقِيمًا ۗ
قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ
لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ

Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus.
Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu,
bagi kaum yang mahu beringat - insaf.
👉Tabsyir lagi

Ayat 127
لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ
عِنْدَ رَبِّهِمْ ۖ
وَهُوَ وَلِيُّهُمْ
بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka,
dan Dia lah Penolong mereka,
disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.
👉Natijah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan