Ayat 128
وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ
قَدِ اسْتَكْثَرْتُمْ مِنَ الْإِنْسِ ۖ
وَقَالَ أَوْلِيَاؤُهُمْ مِنَ الْإِنْسِ
رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ
وَبَلَغْنَا أَجَلَنَا الَّذِي أَجَّلْتَ لَنَا ۚ
قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ
خَالِدِينَ فِيهَا
إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۗ
إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ
Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua,
(lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia".
Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia:
"Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan),
dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami".
(Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya,
kecuali apa yang dikehendaki Allah".
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
👉Hubungan dgn jin,
Nabi halangan sahabat dr menyertai nabi bertemu jin
Takhwif ukhrowi.
Ayat 129
وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا
بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain,
disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu).
👉manusia yg tidak berhajat kepada wahyu.
Orang zalim kecil dizalimi oleh orang zalim besar.
Golongan zalim tiada bantuan dr Allah.
Lebih2 zalim syirik.
Zalim besar melemahkan zalim kecil.
Kezaliman sesama orang kafir.
Zalim besar dan kecil dari segi perbuatan.
Ayat 130
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ
أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ
يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي
وَيُنْذِرُونَكُمْ
لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا ۚ
قَالُوا شَهِدْنَا عَلَىٰ أَنْفُسِنَا ۖ
وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
وَشَهِدُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ
أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
Wahai sekalian jin dan manusia!
Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri,
yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu),
dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?
Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)".
Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri:
(bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 131
ذَٰلِك
َأَنْ لَمْ يَكُنْ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ
وَأَهْلُهَا غَافِلُونَ
Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah),
kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim
sedang penduduknya leka lalai(tidak tahu menahu tentang Quran)
👉Hikmah Allah hantar rasul bersama wahyu.
Nabi telah mati tapi wahyu tetap ada.
Ayat 132
وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِمَّا عَمِلُوا ۚ
وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan;
dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan.
👉Ahli syurga dan ahli neraka,amalan akan berbeza2.
Ayat 133
وَرَبُّكَ الْغَنِيُّ
ذُو الرَّحْمَةِ ۚ
إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ
وَيَسْتَخْلِفْ مِنْ بَعْدِكُمْ مَا يَشَاءُ
كَمَا أَنْشَأَكُمْ مِنْ ذُرِّيَّةِ قَوْمٍ آخَرِينَ
Dan Tuhanmu Maha Kaya,
lagi Melimpah-limpah rahmatNya.
Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu
dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya,
sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain.
👉
Ayat 134
إِنَّ مَا تُوعَدُونَ لَآتٍ ۖ
وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ
Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang,
dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu).
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 135
قُلْ يَا قَوْم
ِاعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ
إِنِّي عَامِلٌ ۖ
فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
مَنْ تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ ۗ
إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai kaumku (yang masih kafir),
buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui
siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
👉Keputusan terakhir.
Ayat 136
وَجَعَلُوا لِلَّهِ مِمَّا ذَرَأَ مِنَ الْحَرْثِ
وَالْأَنْعَامِ نَصِيبًا
فَقَالُوا هَٰذَا لِلَّهِ بِزَعْمِهِمْ
وَهَٰذَا لِشُرَكَائِنَا ۖ
فَمَا كَانَ لِشُرَكَائِهِمْ
فَلَا يَصِلُ إِلَى اللَّهِ ۖ
وَمَا كَانَ لِلَّهِ فَهُوَ يَصِلُ إِلَىٰ شُرَكَائِهِمْ ۗ
سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ
Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman .
dan binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh Allah itu,
sebahagian bagi Allah (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka),
lalu mereka berkata: Ini untuk Allah - menurut anggapan mereka -
dan ini untuk berhala-berhala kami."
Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka,
maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka tidak membelanjakannya pada jalan Allah),
dan apa yang telah ditentukan untuk Allah, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakannya pada jalan itu).
Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan itu.
👉hasil fahaman yg syirik aqidah.
Ayat 137
وَكَذَٰلِكَ زَيَّنَ لِكَثِيرٍ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
قَتْلَ أَوْلَادِهِمْ
شُرَكَاؤُهُمْ
لِيُرْدُوهُمْ
وَلِيَلْبِسُوا عَلَيْهِمْ دِينَهُمْ ۖ
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا فَعَلُوهُ ۖ
فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
Dan demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah,
menghasut kebanyakan dari mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka,
untuk membinasakan mereka,
dan untuk mengelirukan mereka nengenai ugama mereka.
Dan kalau Allah kehendaki, nescaya mereka tidak melakukannya.
Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu.
👉Pengorbanan dari bisikan jin yg dijadikan sekutu bg allah.
Bisikan ini bercampur aduk antara wahyu dan nafsu.
Bisikan membunuh ayah nabi.
Ayat 138
وَقَالُوا هَٰذِهِ أَنْعَامٌ وَحَرْثٌ حِجْرٌ لَا يَطْعَمُهَا
إِلَّا مَنْ نَشَاءُ بِزَعْمِهِمْ
وَأَنْعَامٌ حُرِّمَتْ ظُهُورُهَا
وَأَنْعَامٌ لَا يَذْكُرُونَ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا
افْتِرَاءً عَلَيْهِ ۚ
سَيَجْزِيهِمْ بِمَا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Dan mereka berkata lagi: "Ini adalah binatang-binatang ternak dan tanaman-tanaman yang dilarang, yang tidak boleh seorang pun memakannya
kecuali sesiapa yang kami kehendaki", - menurut anggapan mereka;
dan (sejenis lagi) binatang-binatang ternak yang dilarang menunggangnya;
dan (sejenis lagi) bintang-bintang ternak yang tidak mereka sebutkan nama Allah ketika menyembelihnya; (semuanya itu mereka lakukan dengan) berdusta terhadap Allah.
Allah akan membalas mereka disebabkan apa yang mereka telah ada-adakan itu.
👉Sama seperti ayat sebelumnya.
Ayat 139
وَقَالُوا مَا فِي بُطُونِ هَٰذِهِ الْأَنْعَامِ خَالِصَةٌ لِذُكُورِنَا
وَمُحَرَّمٌ عَلَىٰ أَزْوَاجِنَا ۖ
وَإِنْ يَكُنْ مَيْتَةً
فَهُمْ فِيهِ شُرَكَاءُ ۚ
سَيَجْزِيهِمْ وَصْفَهُمْ ۚ
إِنَّهُ حَكِيمٌ عَلِيمٌ
Dan mereka berkata lagi: "Apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak itu (jika ia lahirkan hidup) adalah halal bagi lelaki-lelaki kami
dan haram bagi perempuan-perempuan kami".
Dan jika ia (dilahirkan) mati,
maka mereka (lelaki perempuan) bersekutu padanya (bersama-sama memakannya).
Allah akan membalas mereka tentang apa yang mereka tetapkan (mengenai halal dan haram) itu.
Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
👉Yg ke4
Cara2 agama orang mekah.
Ayat 140.
قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ قَتَلُوا أَوْلَادَهُم
ْ سَفَهًا
بِغَيْرِ عِلْمٍ
وَحَرَّمُوا مَا رَزَقَهُمُ اللَّه
ُ افْتِرَاءً عَلَى اللَّهِ ۚ
قَدْ ضَلُّوا
وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ
Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan,
lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya),
dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah.
Sesungguhnya sesatlah mereka,
dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.
👉Natijah huru Hara atas fahaman syirik.
Ayat 141
وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوشَاتٍ
وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ
وَالنَّخْلَ
وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ
وَالزَّيْتُونَ
وَالرُّمَّانَ
مُتَشَابِهًا
وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ
كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ
وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ
وَلَا تُسْرِفُوا ۚ
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya
dan yang tidak menjalar;
dan pohon-pohon tamar (kurma)
dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya;
dan buah zaiton
dan delima,
yang bersamaan (warnanya atau daunnya)
dan tidak bersamaan (rasanya).
Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah,
dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya;
dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan);
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.
👉Segala nikmat yg Allah cipta untuk semua manusia.
Tunaikan hak2nya وَآتُوا حَقَّهُ
Membazir الْمُسْرِفِينَ
Ayat 142
وَمِنَ الْأَنْعَامِ حَمُولَةً وَفَرْشًا ۚ
كُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ
وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ
إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan,
dan ada yang untuk disembelih.
Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu,
dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
👉nikmat binatang ternak.
Yg tadi tidak boleh membazir dan disini diberitahu terus terang membazir saudara syaitan.
Ayat 143.
ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ ۖ
مِنَ الضَّأْنِ اثْنَيْنِ
وَمِنَ الْمَعْزِ اثْنَيْنِ ۗ
قُلْ آلذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ أَمِ الْأُنْثَيَيْنِ
أَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ أَرْحَامُ الْأُنْثَيَيْنِ ۖ
نَبِّئُونِي بِعِلْمٍ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
(Binatang ternak itu) delapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina).
Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya,
atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya?
Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya),
jika betul kamu orang-orang yang benar".
👉Allah bg tau jumlah binatang ternak.
Ajaran bisikan syaitan diada2kan cara tersendiri yg halal dan haram.
Amalan orang mekah
Ayat 144
وَمِنَ الْإِبِلِ اثْنَيْنِ
وَمِنَ الْبَقَرِ اثْنَيْنِ ۗ
قُلْ آلذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ أَمِ الْأُنْثَيَيْنِ
أَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ أَرْحَامُ الْأُنْثَيَيْنِ ۖ
أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ وَصَّاكُمُ اللَّهُ بِهَٰذَا ۚ
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
لِيُضِلَّ النَّاسَ بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan dari unta dua ekor (sepasang jantan betina),
dan dari lembu dua ekor (sepasang jantan betina).
Tanyalah (wahai Muhammad): "Adakah yang diharamkan Allah itu dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya?
Ataupun kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu) dengan yang demikian ini?"
Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
👉Binatang yg dicipta untuk kenderaan.
Ayat 145
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ
مُحَرَّمًا
عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ
إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً
أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا
أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ
فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ
فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ
وَلَا عَادٍ
فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku,
sesuatu yang diharamkan
bagi orang yang hendak memakannya
melainkan kalau benda itu bangkai,
atau darah yang mengalir,
atau daging babi -
kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah".
Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas,
maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Perkara2 yg halal.tapi yg direka2 itu suatu kezaliman.
Binatang fasik فِسْقًاkeluar dr ketaatan yg disembelih dgn tujuan lain bukan kerana Allah.
Yg ingin makan طَاعِمٍ
Ayat 146
وَعَلَى الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا كُلَّ ذِي ظُفُرٍ ۖ
وَمِنَ الْبَقَرِ وَالْغَنَمِ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ شُحُومَهُمَا
إِلَّا مَا حَمَلَتْ ظُهُورُهُمَا
أَوِ الْحَوَايَا
أَوْ مَا اخْتَلَطَ بِعَظْمٍ ۚ
ذَٰلِكَ جَزَيْنَاهُمْ بِبَغْيِهِمْ ۖ
وَإِنَّا لَصَادِقُونَ
Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku,
dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya,
kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya
atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya,
atau yang bercampur dengan tulang.
Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka;
dan sesungguhnya Kamilah yang benar.
👉Ada undang2 yg yahudi reka.
Ayat 147
فَإِنْ كَذَّبُوك
َ فَقُلْ رَبُّكُمْ ذُو رَحْمَةٍ وَاسِعَةٍ
وَلَا يُرَدُّ بَأْسُهُ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad)
maka katakanlah: "Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah,
dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa".
👉Rahmat Allah sangat luas,memberi kemudahan kepada hambanya.
Ayat 148
سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا
لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكْنَا
وَلَا آبَاؤُنَا
وَلَا حَرَّمْنَا مِنْ شَيْءٍ ۚ
كَذَٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
حَتَّىٰ ذَاقُوا بَأْسَنَا ۗ
قُلْ هَلْ عِنْدَكُمْ مِنْ عِلْمٍ فَتُخْرِجُوهُ لَنَا ۖ
إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ
وَإِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ
Orang-orang musyrik akan mengatakan:
"Kalau Allah menghendaki tentulah kami
dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),
dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul)
sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami?
Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata,
dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
👉Syikayah
Syirik tu pun taqdir Allah.kata mereka.
Guna kata taqdir hanya helah.
Ikhtiar memang dr taqdir Allah.tapi ikhtiar yg halal dpt reda Allah dan ikhtiar yg haram dapat murka Allah.
Ayat 149
قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ ۖ
فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad: "Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata.
Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya".
👉beritahu bahawa pemilik allah
Ayat 150
قُلْ هَلُمَّ شُهَدَاءَكُمُ الَّذِينَ يَشْهَدُونَ
أَنَّ اللَّهَ حَرَّمَ هَٰذَا ۖ
فَإِنْ شَهِدُوا
فَلَا تَشْهَدْ مَعَهُمْ ۚ
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ
وَهُمْ بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ
Katakanlah: "Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan
bahawa Allah mengharamkan (benda-benda yang kamu haramkan) ini".
Kemudian jika mereka (tergamak) menjadi saksi (secara dusta),
maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka;
dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,
dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
👉Dalil naqli.
Ayat 151
قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ ۖ
أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۖ
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ
مِنْ إِمْلَاقٍ ۖ
نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ
وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ
الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ
إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ
ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ
لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa(sungguh2)
dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu
kerana kepapaan,
(sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka;
dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi;
dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya)
melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak).
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
👉Penjelasan agama Allah taala ,apa telah Allah halalkan dan haramkan.dan orang mekah telah tahu.
Ayat 152
وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ
إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۖ
وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ ۖ
لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۖ
وَإِذَا قُلْتُمْ
فَاعْدِلُوا
وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ ۖ
وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُوا ۚ
ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ
لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya),
sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri);
dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". -
Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "
dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan)
maka hendaklah kamu berlaku adil,
sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu);
dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan.
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".
👉Yg ke6,hampiri harta anak yatim.
Yg ke7,sempurnakan sukatan dan timbangan.
Yg ke 8,kena adil dlm keputusan dan kena sempurnakan janji.
Ayat 153
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ
وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ
فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ
ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus,
maka hendaklah kamu menurutnya;
dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam),
kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
👉Kholasoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan