Khamis, Januari 26, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 57 6:154-165

Ayat 154
ثُمَّ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ
تَمَامًا عَلَى الَّذِي أَحْسَنَ وَتَفْصِيلًا
لِكُلِّ شَيْءٍ
وَهُدًى
وَرَحْمَةً
لَعَلَّهُمْ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ

Kemudian (ketahuilah pula bahawa) Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat
untuk menyempurnakan (kemuliaan dan nikmat Kami) kepada orang yang telah berbuat baik (menjalankan ajaran Kitab itu iaitu Nabi Musa),
dan untuk menerangkan tiap-tiap sesuatu,
serta menjadi petunjuk
dan rahmat,
supaya mereka beriman kepada pertemuan dengan Tuhan mereka (pada hari akhirat kelak).
👉Dalil naqli

Ayat 155
وَهَٰذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ
فَاتَّبِعُوهُ
وَاتَّقُوا
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya).
Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya;
dan bertaqwalah (kepada Allah),
mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

👉Dalil wahyi (ialah sejenis titah khas yg ditujukan kepada nabi besar  Muhamad saw(dengan lafaz yg ditujukan kepadanya),supaya baginda mengajak dan menyampaikan kepada manusia tuntutan mentauhidkan Allah SWT ,baik didlm ibadat mahupun adat)

Ayat 156
أَنْ تَقُولُوا إِنَّمَا أُنْزِلَ الْكِتَابُ عَلَىٰ طَائِفَتَيْنِ مِنْ قَبْلِنَا
وَإِنْ كُنَّا عَنْ دِرَاسَتِهِمْ لَغَافِلِينَ

Supaya kamu tidak mengatakan: "Bahawa Kitab (ugama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami,
dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka".
👉Takut2 orang mekah atau umat manusia  selepasnya atau akhir zaman, berdalih tiada kitab.

Ayat 157
أَوْ تَقُولُوا
لَوْ أَنَّا أُنْزِلَ عَلَيْنَا الْكِتَاب
ُ لَكُنَّا أَهْدَىٰ مِنْهُمْ ۚ
فَقَدْ جَاءَكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ
وَهُدًى وَرَحْمَةٌ ۚ
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَذَّبَ بِآيَاتِ اللَّهِ
وَصَدَفَ عَنْهَا ۗ
سَنَجْزِي الَّذِينَ يَصْدِفُونَ عَنْ آيَاتِنَا سُوءَ الْعَذَابِ
بِمَا كَانُوا يَصْدِفُونَ

Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka". (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu,
dan petunjuk hidayah serta rahmatNya (yang melimpah-limpah).
Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya?
Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya,
disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya).
👉Zajrun (teguran membina  untuk nabi atau teguran keras untuk penentang da'wa.)
Takhwif ukhrowi.

Ayat 158
هَلْ يَنْظُرُونَ
إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ
أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ
أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ ۗ
يَوْمَ يَأْتِي بَعْض
ُآيَاتِ رَبِّكَ
لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا
لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ
أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ۗ
قُلِ انْتَظِرُوا إِنَّا مُنْتَظِرُونَ

Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu
melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka),
atau kedatangan (azab) Tuhanmu,
atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat).
Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu,
tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu,
atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.
Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya),
dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".
👉Takhwif duniawi.
Amal yg iman tidak diterima,maka semua amal baik tidak diterima.

Ayat 159
إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ
وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ
إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ
ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu),
dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah.
Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
👉Zajrun dan takhwif ukhrowi

Ayat 160
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ
فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ
وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ
إِلَّا مِثْلَهَا
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat),
maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya;
dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas
melainkan (kejahatan) yang sama dengannya;
sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
👉Tabsyir(   berita gembira tentang keadaan yg akan berlaku) bersertakan Takhwif

Ayat 161
قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
دِينًا قِيَمًا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۚ
وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus(melalui wahyu)
(kepada) ugama yang tetap teguh,
iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas,
dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
👉Penutup surah,allah suruh nabi buat pengumuman.

Ayat 162
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي
وَنُسُكِي
وَمَحْيَايَ
وَمَمَاتِي
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku
dan ibadatku(ibadat2 harta )
hidupku
dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
👉Kholasoh agama.

Ayat 163
لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ
وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ
وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Tiada sekutu bagiNya,
dan dengan yang demikian sahaja,(aqidah tauhid) aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
👉Iklan ke2
Ayat 164
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ ۚ
وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ
ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah,
padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu?
Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya;
dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
👉Iklan yg ke3,nafi yg lain.
Takhwif ukhrowi.

Ayat 165
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْض
ِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ
لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ
إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ
وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi
dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat(darjat yg tidak ikhtiar,contoh susah senang)
kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya(rezeki dan kebolehan) kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
👉Tahgrib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan