Jumaat, Januari 06, 2017

004.Surah An nisa :Nilai perhubungan suamiisteri

Nilai perhubungan suamiisteri

Ummu munazzimah=Peraturan hidup bermasyarakat.
Ayat 21
وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ
وَقَدْ أَفْضَىٰ بَعْضُكُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ
وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain,
dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?

👉Tiada pergaulan sebebas suami isteri,yg sangat2 istimewa , hatta lebih dekat dari hubungan seorang ibu ayah dgn anak.adik beradiknya.
Persetubuhan yg halal lebih dari berharga dari dunia dan seisinya.Jangan dipandang remeh perkara ini.

Dan perhubungan ini dibolehkan  dgn sebab mahar yg telah diwajibkan oleh Allah.
Tanpa mahar tiadalah perkahwinan.
Mahar walaupun tidak banyak atau memang sedikit adalah sangat tidak patut diambil balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan