Jumaat, Januari 06, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 43 4:19-48

Ayat 19
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا ۖ
وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ
لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ
إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ
فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ
فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا
وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, فَتِيلًا dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka)
kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya,
kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.
Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya),
kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,
sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
👉Resam jahiliyah,
Isteri diwarisi kepada wali.
isteri dikahwini untuk dpt harta.
Larangan Khuluk paksa .
Kecuali wanita yg berzina.

Ayat 20
وَإِنْ أَرَدْتُمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ
مَكَانَ زَوْجٍ
وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا
فَلَا تَأْخُذُوا
مِنْهُ شَيْئًا ۚ
أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَانًا
وَإِثْمًا مُبِينًا

Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan)
sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak,
maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu.
Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?
👉Undang2 ke 10

Ayat 21
وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ
وَقَدْ أَفْضَىٰ بَعْضُكُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ
وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain,
dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?
👉Tiada pergaulan sebebas suami isteri,yg sangat istimewa hatta seorang ayah dgn anak.
Persetubuhan yg halal lebih dari harga dunia dan seisinya.
Tetapi ini boleh dgn sebab mahar yg telah diberikan.
Mahar memang sedikit dan tidak patut diambil balik.

Ayat 22
وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ
مِنَ النِّسَاءِ
إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۚ
إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا
وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji,
dan dibenci (oleh Allah),
serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan).
👉Undang2 perempuan yg boleh dan tidak boleh(disebut dlm quran)
Zaman jahiliyah,ibu tiri boleh dijadikan pusaka.

Ayat 23
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُم
ْ وَبَنَاتُكُمْ
وَأَخَوَاتُكُمْ
وَعَمَّاتُكُمْ
وَخَالَاتُكُم
ْ وَبَنَاتُ الْأَخِ
وَبَنَاتُ الْأُخْتِ
وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ
وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَة
ِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
وَرَبَائِبُكُمُ
اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ
مِنْ نِسَائِكُمُ
اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ
وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُم
ُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ
وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ
إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
ibu-ibu kamu,
dan anak-anak kamu,
dan saudara-saudara kamu,
dan saudara-saudara bapa kamu,
dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki,
dan anak-anak saudara kamu yang perempuan,
dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu,
dan saudara-saudara susuan kamu,
dan ibu-ibu isteri kamu,
dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri;
tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka),
maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Ayat 24
وَالْمُحْصَنَاتُ
مِنَ النِّسَاءِ
إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۖ
كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ
وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ
ذَٰلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ
مُحْصِنِين
َ غَيْرَ مُسَافِحِينَ ۚ
فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ
فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
فَرِيضَةً ۚ
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang,
kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu.
Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu,
untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.
Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu),
maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah).
Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri),
sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Larangan berkahwin dgn isteri orang.

Ayat 25
وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ مِنْكُمْ طَوْلًا
أَنْ يَنْكِحَ الْمُحْصَنَاتِ
الْمُؤْمِنَاتِ فَمِن
ْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ
فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ۚ
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُمْ ۚ
بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ
فَانْكِحُوهُنَّ
بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ
وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوف
ِ مُحْصَنَات
ٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ
وَلَا مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ ۚ
فَإِذَا أُحْصِنَّ
فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَة
ٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ ۚ
ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ الْعَنَتَ مِنْكُمْ ۚ
وَأَنْ تَصْبِرُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۗ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman,
maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki.
Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu;
kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula).
Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut.
Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur,
dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan.
Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina),
maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka.
(Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu;
dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Undang2 ke13,haram mut'ah.
Kahwin meminjam kemaluan,sewa.

Ayat 26
يُرِيدُ اللَّهُ لِيُبَيِّنَ لَكُم
ْ وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُم
ْ وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya),
dan juga untuk menerima taubat kamu.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Penjelasan undang2 hidup berkeluarga dan berumahtangga.

Ayat 27
وَاللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَنْ تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا

Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya.
👉Undang2

Ayat 28
يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ ۚ
وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفًا

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu,
kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

Ayat 29
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً
عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ
وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,
dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
👉Hukum ke14,Hukum pemilikan harta.

Ayat 30
وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِك
َ عُدْوَانًا
وَظُلْمًا
فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَارًا ۚ
وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا

Dan sesiapa berbuat demikian dengan
menceroboh
dan aniaya,
maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka,
dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).
👉Hukuman orang yg langgar undang2
Dah ada salah عُدْوَانًا

Ayat 31
إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِر
َ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya,
Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu,
dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).
👉Ada 300 lebih dosa besar selain dari 7 yg terbesar.
Syirik
Derhaka
Bunuh
Azzawajir alkabarir.
Yg asas ada dlm Quran dan sunnah ada diberitahu.

Ayat 32
وَلَا تَتَمَنَّوْا
مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ
لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا ۖ
وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ
وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Dan janganlah kamu terlalu(iri hati)
mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda,
ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,
dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu)
dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉Permulaan penyelewengan  sebab tak jaga faraid.

Ayat 33
وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَالِيَ
مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ ۚ
وَالَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَانُكُمْ فَآتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدًا

Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati),
kami telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat yang dekat.
Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya.
Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
👉Zaman Arab jahiliyah ada qabilah  yg berhubung sangat rapat sehingga  diberi juga pusaka dan ini telah dilarang bila wahyu diturunkan bg yg tiada nasab.

Ayat 34
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء
ِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْض
ٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ
وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ
فَعِظُوهُنَّ
وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ
وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ
فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,
oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,
dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya),
dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)
hendaklah kamu menasihati mereka,
dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur,
dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
Kemudian jika mereka taat kepada kamu,
maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
👉Undang2 ke15
Manusia ada lebih ada yg kurang.
Lelaki pemimpin
Tidur bersama suami isteri adalah sunnah.
Asing dlm rumah yg sama atau berlainan bilik.
Yg soleh yg pertama sudah cukup.

Ayat 35
وَإِنْ خِفْتُم
ْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا
فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ
وَحَكَمًا مِنْ أَهْلِهَا
إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحًا
يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan
di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki
dan seorang dari keluarga perempuan.
Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan,
nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.
👉peraturan hidup berkeluarga.
Wakil خِفْتُمbiasanya orang yg tolong kira.
Penceraian adalah sesuatu yg berat.

Ayat 36
وَاعْبُدُوا اللَّه
َ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
وَبِذِي الْقُرْبَىٰ
وَالْيَتَامَىٰ
وَالْمَسَاكِينِ
وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ
وَالْجَارِ الْجُنُب
ِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْب
ِ وَابْنِ السَّبِيلِ
وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa,
dan kaum kerabat,
dan anak-anak yatim,
dan orang-orang miskin,
dan jiran tetangga yang dekat,
dan jiran tetangga yang jauh,
dan rakan sejawat,
dan orang musafir yang terlantar,
dan juga hamba yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang (hati)sombong takbur dan (lidah yg)membangga-banggakan diri;
👉Ayat amal 3 serangkai yg boleh menolak bala bencana.
Perkara asas adalah tauhid
Jag syirik
,jgn zalim
dan buat baik kepada hamba Allah.

Ayat 37
الَّذِينَ يَبْخَلُونَ
وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ
وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ
وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ
عَذَابًا مُهِينًا

Iaitu orang-orang yang bakhil
dan menyuruh manusia supaya bakhil
serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya.
Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;
👉Boleh juga kedekut bukan shj harta tapi ilmu.

Ayat 38
وَالَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَاءَ النَّاس
ِ وَلَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ ۗ
وَمَنْ يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِينًا
فَسَاءَ قَرِينًا

Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak),
dan mereka tidak pula beriman kepada Allah
dan tidak juga beriman kepada hari akhirat.
Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.
👉Contoh infaq harta tapi tidak betul.

Ayat 39
وَمَاذَا عَلَيْهِم
ْ لَوْ آمَنُوا بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَنْفَقُوا
مِمَّا رَزَقَهُمُ اللَّهُ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ بِهِمْ عَلِيمًا

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka
jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka?
Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.
👉 zajrun  (teguran membina  untuk nabi atau teguran keras untuk penentang da'wa )dan takhwif (penakutan tentang keadaan yg akan berlaku)

Ayat 40
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ
وَإِنْ تَكُ حَسَنَة
ً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu).
Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan,
nescaya akan menggandakannya
dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
👉Takhwif ukhrowi lagi

Ayat 41
فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ
وَجِئْنَا بِكَ
عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا

Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak),
apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka),
dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?
👉Suasana akhirat
Masing2 umat ada nabi masing2

Ayat 42
يَوْمَئِذٍ يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا
وَعَصَوُا الرَّسُول
َ لَوْ تُسَوَّىٰ بِهِمُ الْأَرْض
ُ وَلَا يَكْتُمُونَ اللَّهَ حَدِيثًا

Pada hari itu orang-orang yang kafir
dan menderhaka kepada Rasulullah,
suka jika mereka disama ratakan dengan tanah (ditelan bumi),
dan (ketika itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan Allah.
👉segala yg dibuat akan dpt balasan

Ayat 43
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى
ٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُون
َ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ
حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ
أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ
أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِط
ِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاء
َ فَلَمْ تَجِدُوا مَاء
ً فَتَيَمَّمُوا
صَعِيدًا طَيِّبًا
فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ
وَأَيْدِيكُمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk,
hingga kamu sedar
dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.
Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci.
Dan jika kamu sakit,
atau sedang dalam musafir,
atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air,
atau kamu bersentuh dengan perempuan,
kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk),
maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu
dan kedua tangan kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
👉Ayat2 Ummumuslihah.
Ummunazzimah tanpa ummumuslihah.
Allah maha tahu ,arak adalah sesuatu yg ketagih dan memerlukan berperingkat2.

Ayat 44
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَاب
ِ يَشْتَرُونَ الضَّلَالَةَ
وَيُرِيدُونَ أَنْ تَضِلُّوا السَّبِيلَ

Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan),
dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.
👉Zajrun kepada ahlil kitab.
Suatu kehairanan.

Ayat 45
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِأَعْدَائِكُمْ ۚ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ نَصِيرًا

Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu).
Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).
👉Ini teguran

Ayat 46
مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِه
ِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا
وَعَصَيْنَا
وَاسْمَعْ
غَيْرَ مُسْمَعٍ
وَرَاعِنَا
لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ
وَطَعْنًا فِي الدِّينِ ۚ
وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا
وَاسْمَع
ْ وَانْظُرْنَا
لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ
وَأَقْوَمَ
وَلَٰكِنْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ
بِكُفْرِهِمْ
فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat),
dari tempat dan maksudnya yang sebenar,
dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati):
"Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk",
serta (mereka mengatakan): "Raaeina";
(Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata:
"Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul.
Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka.
Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).
👉Huraian orang yg diberi kitab.
Siapa kah dia ,orang yg diberi kitab َ أُوتُوا نَصِيبًا?
Mereka ialah yahudiمِنَ الَّذِينَ هَادُوا
Apakah makna ِ يَشْتَرُونَ الضَّلَالَةَmenukarkan dgn mengambil kesesatan?
Iaitu يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهyg menjadi huraiannya

Huraian bg وَيُرِيدُونَ أَنْ تَضِلُّوا السَّبِيلَ.
Adalah وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا

Ayat 47
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَاب
َ آمِنُوا
بِمَا نَزَّلْنَا
مُصَدِّقًا لِمَا مَعَكُمْ
مِنْ قَبْلِ أَنْ نَطْمِسَ وُجُوهًا
فَنَرُدَّهَا عَلَىٰ أَدْبَارِهَا
أَوْ نَلْعَنَهُمْ
كَمَا لَعَنَّا أَصْحَابَ السَّبْتِ ۚ
وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ مَفْعُولًا

Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran),
yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata - tidak bermulut, berhidung dan bermata),
lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya,
atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka - Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu.
Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.
👉Tahgrib kepada tauhid beserta takhwif  ukhrowi

Ayat 48
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِه
ِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ
لِمَنْ يَشَاءُ ۚ
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ
فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).
Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),
maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
👉Syirik dosa yg sangat besa

Ayat 49
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنْفُسَهُمْ ۚ
بَلِ اللَّهُ يُزَكِّي مَنْ يَشَاء
ُ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri?
(Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya);
dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.
👉Zajrun.
Urat dicelah dikurma فَتِيلًا

Yahudi anggap diri bersih.
Sahabat nabi merasa diri munafik.
Allah menyucikan dgn ajar tentang perkara syirik,maksiat.

Ayat 50
انْظُرْ كَيْفَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۖ
وَكَفَىٰ بِهِ إِثْمًا مُبِينًا

Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan