Ayat 45
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ
إِنَّ الصَّلَاةَ
تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ
وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ
لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran,
dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;
dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
👉Ayat 41,bandingan yg rosak
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan
Dalil wahyu
Aqidah tauhid dr wahyu Allah akan jadi lebih teguh.
Solat yg dituntut.
Ayat 46
وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ
إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ ۖ
وَقُولُوا آمَنَّا بِالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَأُنْزِلَ إِلَيْكُمْ
وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمْ وَاحِدٌ
وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik,
kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu;
dan Tuhan kami,
juga Tuhan kamu, adalah Satu;
dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."
👉Hujjah kami adalah wahyu .
Kenapa ada percanggahan?
Ayat 47
وَكَذَٰلِكَ أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ ۚ
فَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۖ
وَمِنْ هَٰؤُلَاءِ مَنْ يُؤْمِنُ بِهِ ۚ
وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الْكَافِرُونَ
Dan (sebagaimana Kami telah menurunkan Kitab-kitab ugama kepada Rasul-rasul yang telah lalu)
demikianlah Kami turunkan pula kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Al-Quran ini.
Maka orang-orang yang Kami berikan Kitab (Taurat dan Injil) ada yang beriman kepada Al-Quran,
dan juga sebahagian dari orang-orang (Makkah) beriman kepadanya;
dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang berdegil dalam kekufurannya.
👉
Ayat 48
وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ
وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ ۖ
إِذًا
لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ
Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini,
dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu;
(kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).
👉Jumlah muktaridoh.
Mukjizat khalidoh(sentiasa ada)
Ayat 49
بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ
وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ
(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu;
dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.
👉
Ayat 50
وَقَالُوا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِنْ رَبِّهِ ۖ
قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِنْدَ اللَّهِ
وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُبِينٌ
Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah,
dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata
👉Syikayah
Ayat 51
أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ
أَنَّا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ
يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
(Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka?
Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.
👉Mukjizat yg menarik minat orang Arab mekah.
Ayat 52
قُلْ كَفَىٰ بِاللَّهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ
يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ
وَكَفَرُوا بِاللَّهِ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah Allah menjadi saksi (yang mengetahui perkara yang berbangkit) antaraku dengan kamu;
Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi.
Dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah dan tidak percaya kepada Allah,
mereka itulah orang-orang yang rugi.
👉Dalil ke2bg Syikayah.
Ayat 53
وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ ۚ
وَلَوْلَا أَجَلٌ مُسَمًّى لَجَاءَهُمُ الْعَذَابُ
وَلَيَأْتِيَنَّهُمْ بَغْتَةً
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab (yang dijanjikan);
dan kalau tidaklah kerana adanya tempoh yang telah ditetapkan,
tentulah azab itu akan datang menimpa mereka;
dan azab itu tetap akan datang menimpa mereka secara mengejut,
sedang mereka tidak menyedarinya.
👉
Ayat 54
يَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ
وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ
Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu,
padahal sesungguhnya neraka Jahannam tetap akan meliputi orang-orang yang kafir -
👉
Ayat 55
يَوْمَ يَغْشَاهُمُ الْعَذَابُ مِنْ فَوْقِهِمْ
وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ
وَيَقُولُ ذُوقُوا
مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Pada hari azab itu menyelubungi mereka dari sebelah atas mereka
dan dari bawah kaki mereka;
dan (malaikat yang melakukannya) akan berkata kepada mereka:
"Rasalah kamu (balasan) apa yang kamu telah kerjakan".
👉
Ayat 56
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُوا
إِنَّ أَرْضِي وَاسِعَةٌ
فَإِيَّايَ فَاعْبُدُونِ
Wahai hamba-hambaKu yang beriman!
Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat);
oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.
👉
Ayat 57
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ
ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
👉
Ayat 58
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
لَنُبَوِّئَنَّهُمْ مِنَ الْجَنَّةِ غُرَفًا
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
نِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya.
Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh -
👉Tabsyir
Ayat 59
الَّذِينَ صَبَرُوا
وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
(Iaitu) mereka yang sabar,
dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.
👉Sabar yg sedang berlaku sekarang dan akan dtg serahkan pada allah
Ayat 60
وَكَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا
اللَّهُ يَرْزُقُهَا
وَإِيَّاكُمْ ۚ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama,
Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya
dan kepada kamu;
dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Allah yg tanggung rezeki setiap makhluk.
Ayat 61
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ
لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۖ
فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi,
dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?
" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah
dan mematuhi perintahNya)?
👉
Ayat 62
اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ
إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉
Ayat 63
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ
مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ
مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ
قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ
لَا يَعْقِلُونَ
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:
"Siapakah yang menurunkan hujan dari langit,
lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?"
Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian),
bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
👉Dalil itroki yg pertama.
Ayat 64
وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ
وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ
لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya,
jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan;
dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya;
kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
👉Orang Arab mekah sudah nak faham wahyu sebab Hijab dunia.
Orang cinta akhirat mudah nak faham wahyu.
Ayat 65
فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ
دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ
لَهُ الدِّينَ
فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ
إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut),
mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya.
Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat,
mereka berlaku syirik kepadaNya.
👉Zajrun.
Ayat 66
لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ
وَلِيَتَمَتَّعُوا ۖ
فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
(Akibat syirik itu) menjadilah mereka orang-orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya,
dan (menjadi) orang-orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia;
kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan.
👉
Ayat 67
أَوَلَمْ يَرَوْا
أَنَّا جَعَلْنَا حَرَمًا آمِنًا
وَيُتَخَطَّفُ النَّاسُ مِنْ حَوْلِهِمْ ۚ
أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ
وَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَكْفُرُونَ
Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan
bahawa Kami telah menjadikan (Makkah, negeri mereka) tanah suci yang dihormati, lagi aman;
sedang orang-orang ramai yang tinggal (dalam daerah-daerah) di sekeliling mereka sentiasa diculik (untuk ditawan atau dibunuh) ?
Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah,
dan kufur ingkar akan nikmat-nikmat Allah?
👉Zajrun ke2
Ayat 68
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
أَوْ كَذَّبَ بِالْحَقِّ لَمَّا جَاءَهُ ۚ
أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْكَافِرِينَ
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya.
Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
👉
Ayat 69
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا
لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ
وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan);
dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
👉Jihad makna permulaan susah payah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan