Jumaat, April 07, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 119 30:1-27

Surah janji dan dapat kemenangan.
Kemenangan kepada tentera Rom(orang yg ada kitab).
Kemenangan yg cepat dan luarbiasa.
Surah Rom surah yg byk beri kesan pada hati mereka.
Akan mengalahkan parsi(sembah api) dlm masa kurang 10tahun.
Tahun kemenangan bg Rom ada tahun yg sama nabi dan sahabat menang dlm perang Badar.bermakna berlaku surah ni tahun 5sebelum hijrah campur 2tahun selepas hijrah,bermakna 7tahun shj Rom telah dikalahkan oleh parsi yg tidak ada dlm fikiran mereka.
Dalam surah ini Allah sebut kuasa dan kuqrat dia dalam
Ayat 17-19.
Dan 11 dalil aqli bermula Ayat 20-54.
Rom dikalahkan oleh parsi dlm tahun 615m.
Rom mengalahkan parsi pula dlm tahun 622myakni jarak 7th.merupakan tahun ke2h tahun kemenangan orang Islam dlm perang Badar.

Ayat 1
الم
Alif, Laam, Miim.

Ayat 2
غُلِبَتِ الرُّومُ

Orang-orang Rom telah dikalahkan .
👉Merupakan satu ujian besar.
Pemerhati tidak mudah Rom  mudah dikalahkan.orang Rom orang Nasara yg bermakna orang ada kitab.jadi parsi akan mengalahkan Rom satu berita gembira untuk orang kafir mekah kerana orang Rom ada kitab macam orang nabi saw

Ayat 3
فِي أَدْنَى الْأَرْضِ
وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ
سَيَغْلِبُونَ
Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
👉DiSyam.tanah jajahan Rom.
Rom akan menang balik.

Ayat 4
فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ
لِلَّهِ الْأَمْرُ
مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ
وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ

Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun.
Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan,
sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira
👉Bilangan ganjil بِضْعِbukan 5.l kunjungan 10th kebawah.
Abu bakar bertarung kerana yakin dgn Quran.
Rom mengalahkan parsi.

Ayat 5
بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ
يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dengan kemenangan yang diberi Allah.
Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
👉

Ayat 6
وَعْدَ اللَّهِ ۖ
لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Demikian dijanjikan Allah.
Allah tidak pernah mengubah janjiNya,
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
👉

Ayat 7
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja,
dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
👉Rom bila kalah perlu masa untuk pulih balik.
Tak tahu menahu bermaksud tidak boleh menjadikan dunia untuk akhirat.

Ayat 8
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ ۗ
مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا
إِلَّا بِالْحَقِّ
وَأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja,
dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui),
bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar,
dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)?
Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
👉

Ayat 9
أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَيَنْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً
وَأَثَارُوا الْأَرْضَ
وَعَمَرُوهَا
أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا
وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ
وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi,
serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka?
Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri,
dan orang-orang itu telah meneroka bumi
serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka,
dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan).
Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
👉Takhwif duniawi

Ayat 10
ثُمَّ
كَانَ عَاقِبَةَ الَّذِينَ أَسَاءُوا
السُّوأَىٰ
أَنْ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ
وَكَانُوا بِهَا يَسْتَهْزِئُونَ

Sesudah dibinasakan di dunia
maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak),
disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah
dan sentiasa mempersendakannya.
👉 mendapat azab yg buruk السُّوأَىٰmempersenakan ayat2 Allah.
Terjemahan ke2 Akibat orang yg telah melakukan amalan buruk atau syirik

Ayat 11
اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ
ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Allah memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat),
kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).
👉

Ayat 12
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ
يُبْلِسُ الْمُجْرِمُونَ

Dan semasa berlakunya hari kiamat,
orang-orang yang berdosa akan dia membisu serta berputus asa.
👉Takhwif ukhrowi.
Tiada pergerakan yg mampu dibuat.

Ayat 13
وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ مِنْ شُرَكَائِهِمْ شُفَعَاءُ
وَكَانُوا بِشُرَكَائِهِمْ كَافِرِينَ

Dan makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada satupun daripadanya pemberi syafaat melepaskan mereka (dari azab Allah),
padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.
👉Ayat yg menafikan kemampuan يُبْلِسُ

Ayat 14
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ
يَوْمَئِذٍ يَتَفَرَّقُونَ

Dan semasa berlakunya kiamat,
mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraan).
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 15
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ

Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.
👉Tabsyir
Orang yg beriman sebab menerima aqidah tauhid.

Ayat 16
وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ
فَأُولَٰئِكَ فِي الْعَذَابِ مُحْضَرُونَ

Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran)
serta mendustakan pertemuan hari akhirat,
maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.
👉

Ayat 17
فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ
وَحِينَ تُصْبِحُونَ

(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam
dan semasa kamu berada pada waktu subuh.
👉Waktu malam, maghrib dan isya'

Ayat 18
وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَعَشِيًّا
وَحِينَ تُظْهِرُونَ

Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi,
dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang
dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.
👉

Ayat 19
يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ
وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ
وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ
وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ

Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati,
dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup,
serta menghidupkan bumi sesudah matinya;
dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
👉

Ayat 20
وَمِنْ آيَاتِهِ
أَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ
ثُمَّ إِذَا أَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula),
bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah;
setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu,
kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
👉Semua dr qudrat yg sama.

Ayat 21
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ
مِنْ أَنْفُسِكُم
ْ أَزْوَاجًا
لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ
مَوَدَّةً
وَرَحْمَةً ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya,
dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
👉

Ayat 22
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ
وَأَلْوَانِكُمْ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِلْعَالِمِينَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi,
dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
👉Berbeza bahasa dan warna kulit.adalah tanda qudrat.

Ayat 23
وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ
وَالنَّهَارِ
وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya
ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari,
dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu).
Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).
👉

Ayat 24
وَمِنْ آيَاتِهِ
يُرِيكُمُ الْبَرْقَ
خَوْفًا
وَطَمَعًا
وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ
بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya,
Ia memperlihatkan kilat kepada kamu,
untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan);
dan Ia menurunkan hujan dari langit,
lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.
👉

Ayat 25
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ تَقُومَ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ بِأَمْرِهِ ۚ
ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً
مِنَ الْأَرْضِ
إِذَا أَنْتُمْ تَخْرُجُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya,
ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya;
akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi,
kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).
👉Dalil aqli lagi.

Ayat 26
وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
كُلٌّ لَهُ قَانِتُونَ

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya,
masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

Ayat 27
وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ
وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ ۚ
وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ
فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati),
sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya.
Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi,
dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan