Isnin, Mei 29, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 158 45:27-37

Ayat 27
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ
يَوْمَئِذٍ يَخْسَرُ الْمُبْطِلُونَ

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi;
dan ketika berlakunya hari kiamat,
pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
👉Dalil aqli yg ke4
Takhwif ukhrowi sebahagian
Aqidah yg batal الْمُبْطِلُونَ

Ayat 28
وَتَرَىٰ كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً ۚ
كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَىٰ إِلَىٰ كِتَابِهَا
الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ
مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan);
tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka):
"Pada hari ini kamu akan dibalas
menurut apa yang kamu telah kerjakan!
👉Berlutut   جَاثِيَةًatau tersembang muka untuk menerima hukuman.
2tafsiran كِتَابِهَا
1.buku amal
2.kitab zaman masing

Ayat 29
هَٰذَا كِتَابُنَا يَنْطِقُ عَلَيْكُمْ بِالْحَقِّ ۚ
إِنَّا كُنَّا نَسْتَنْسِخُ
مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

"Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar,
kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis
segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!"
👉2tafsir.
1.kitab2 yg diturunkan.
2.kitab amal yg menceritakan perbuatan setiap  sendiri

Ayat 30
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ

Adapun orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya;
yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
👉Tabsyir.
Syurga adalah kesan rahmat,tempat bertemu hamba dgn allah yg berjaya.

Ayat 31
وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا
أَفَلَمْ تَكُنْ آيَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ
فَاسْتَكْبَرْتُمْ
وَكُنْتُمْ قَوْمًا مُجْرِمِينَ

Adapun orang-orang yang kafir,
(maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka):
"Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu,
lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya),
serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?
👉Takhwif ukhrowi
Degil aqidah sangat tidak difahami.
Disuruh percaya begini ,dipercayai begitu.
Kerana adat mereka begitu مُجْرِمِينَmenderhakai dr segi aqidah.
Aqidah sesuatu yg tidak nampak,perkara dalaman.
Nabi tidak tahu orang munafik
Nabi tidak tahu isteriya munafik.
Nabi yg tahu isterinya kafir tidak boleh duduk bersama lagi.
Sombong nak belajar
Sombong nak terima.

Ayat 32
وَإِذَا قِيلَ
إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ
وَالسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا
قُلْتُمْ مَا نَدْرِي مَا السَّاعَةُ
إِنْ نَظُنُّ إِلَّا ظَنًّا
وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ

"Dan apabila dikatakan (kepada kamu):
` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar,
dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ',
kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu;
kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua,
dan kami tidak sekali-kali meyakininya '."
👉 Perkara ke2.Engkar qiamat.

Ayat 33
وَبَدَا لَهُمْ سَيِّئَاتُ
مَا عَمِلُوا
وَحَاقَ بِهِمْ
مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan
yang mereka telah lakukan,
serta mereka diliputi
oleh azab yang mereka ejek-ejek itu!
👉Zahir diakhirat ,kesan dosa seperti jadi api atau ular.

Ayat 34
وَقِيلَ
الْيَوْمَ نَنْسَاكُمْ
كَمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا
وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ
وَمَا لَكُمْ مِنْ نَاصِرِينَ

Dan dikatakan (kepada mereka):
"Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa)
sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini;
dan tempat kamu ialah neraka,
dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
👉Natijah ke4

Ayat 35
ذَٰلِكُمْ
بِأَنَّكُمُ اتَّخَذْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا
وَغَرَّتْكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ
فَالْيَوْمَ
لَا يُخْرَجُونَ مِنْهَا
وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ

"(Balasan buruk) yang demikian ini ialah
kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan,
dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia".
Maka pada hari itu
mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka,
dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).
👉Sebab manusia masuk neraka.
Persenda alquran =dibiarkan diri tidak faham isinya.
Perdaya وَغَرَّتْكُمُbg nampak untung perkara yg rugi atau barang yg tiada untung pun.
Kena tipu setelah kembali keakhirat.

Ayat 36
فَلِلَّهِ الْحَمْدُ
رَبِّ السَّمَاوَاتِ
وَرَبِّ الْأَرْضِ
رَبِّ الْعَالَمِينَ

(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit,
dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam.
👉

Ayat 37
وَلَهُ الْكِبْرِيَاءُ
فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan
di langit dan di bumi;
dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Kedua2 sifat milik allah الْحَمْدُdan الْكِبْرِيَاءُ
Mesti rasa sehina2nya ketika beribadat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan