Rabu, Mei 31, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 159 46:1-16

Allah Maha bijaksana.
Syubhat terakhir.
Surah ahkaf ini,syubhat yg terakhir dan ke6
Seru selain allah sebab nak berkat adalah syirik.
Seru  orang mati untuk ambil berkat.
Jadi seru sifat allah tapi nak ambil sifat allah.
Berkat adalah sifat zatinya.
Hanya yg allah kata berkat maka berkat.seperti ditanah haram makbul doa.jadi ambillah peluang dgn berdoa ditempat berkat bila kesana.
Syirik berkat sebab diletakan pada makhluknya.
Anggap ada makhluk allah memiliki sifat allah.
Ambil berkat quran dgn cara mempelajarinya atau ambil berkat dgn amal sunnah atau dgn syariat allah.
Kitab berkat.
Manusia jahil dan degil itu adalah masalah besar

Maksud penting surah ini.
Ayat 28

فَلَوْلَا نَصَرَهُمُ الَّذِينَ
اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ قُرْبَانًا آلِهَةً ۖ
بَلْ ضَلُّوا عَنْهُمْ ۚ
وَذَٰلِكَ إِفْكُهُمْ وَمَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Maka sepatutnya mereka dibela oleh segala yang mereka sembah yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah)? (Tetapi tidak),
bahkan segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka.
Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan.
👉Ayat ni nak bg tau kat orang Mekah,yg mn orang mekah faham roh wali,nabi ,malaikat dan jin akan tolong mereka.
Berkat قُرْبَانًا(menghampiri diri kami)
Roh wali ,nabi ,malaikat dan jin.
Seru allah ,berkat.
Seru nabi,kufur.
Berbohong dan kata itu agama.
Bohong إِفْكُْdan mereka sandarkan pada allah.
Sebab jika Islam mesti wahyu.
Itu ajaran yg mereka reka.
Ada2kan يَفْتَرُونَ

Ayat 1
حم
Haa, Miim.

Ayat 2
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

Diturunkan Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Quran adalah dr allah yg nak ajar tentang allah dan segala yg berkenaan allah kepada hamba allah.

Ayat 3
مَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا
إِلَّا بِالْحَقِّ
وَأَجَلٍ مُسَمًّى ۚ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ

(Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya
melainkan dengan ada gunanya yang benar.
dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan);
dan orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.
👉Dalil aqli yg pertama dan seterusnya
Zajrun وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ
Berpaling مُعْرِضُونَ

Ayat 4
قُلْ
أَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
أَرُونِي
مَاذَا خَلَقُوا مِنَ الْأَرْضِ
أَمْ لَهُمْ شِرْكٌ فِي السَّمَاوَاتِ ۖ
ائْتُونِي بِكِتَابٍ مِنْ قَبْلِ هَٰذَا
أَوْ أَثَارَةٍ مِنْ عِلْمٍ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik yang menentangmu):
"Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk - makhluk yang kamu seru dan sembah yang lain dari Allah?
Tunjukkanlah kepadaku
apakah yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini?
Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kamu kepadaku sebuah Kitab (dari Allah) yang lain dari Al-Quran ini,
atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang yang telah lalu)
kalau betul kamu orang-orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu)!"
👉Soal mereka atau tanya orang yg berfahaman salah itu,apa pandangan mereka?
2 terjemahan
1.tanya ,tahkid أَرُونِي,ada buat apa?
2.tanya lagi,ada ko kitab lain? ائْتُونِي
Peninggalan bahan ilmiyah أَثَارَةٍ
Allah nak ajak biar begini ,ini adalah ajaran allah ,jangan ikut membabibuta.
Belajar aqidah sehingga habis dari quran supaya lebih yakin.

Ayat 5
وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ
مَنْ لَا يَسْتَجِيبُ لَهُ
إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
وَهُمْ عَنْ دُعَائِهِمْ غَافِلُونَ

Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah,
yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia)
hinggalah ke hari kiamat,
sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka.
👉tidak tahu menahu غَافِلُونَ
Ayat ini yg menafikan sifat dengar oleh orang mati.

Ayat 6
وَإِذَا حُشِرَ النَّاسُ
كَانُوا لَهُمْ أَعْدَاءً
وَكَانُوا بِعِبَادَتِهِمْ كَافِرِينَ

Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalnya pada hari akhirat),
menjadilah segala yang disembah itu musuh kepada orang-orang yang menyembahnya,
dan segala yang disembah itu juga tidak mengakui serta mendustakan penyembahan mereka kepadanya.
👉Yg diseru pun akan hidup .
Yg menyeru pun akan hidup.
Seruan2 atau apa2 ibadah kepada selain dari allah semuanya akan menyebabkan jin yg datang.

Ayat 7
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا
بَيِّنَاتٍ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلْحَقِّ
لَمَّا جَاءَهُمْ
هَٰذَا سِحْرٌ مُبِينٌ

Dan apabila dibacakan kepada mereka (yang kafir) ayat-ayat Quran kami yang jelas nyata,
berkatalah mereka terhadap kebenaran (Al-Quran)
bila sahaja disampaikan kepada mereka:
"Ini ialah sihir yang nyata!".
👉Syikayah(rugutan kedegilan)
Lafaz bisikan syaitan هَٰذَا سِحْرٌ مُبِينٌ

Ayat 8
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ
قُلْ إِنِ افْتَرَيْتُهُ
فَلَا تَمْلِكُونَ لِي مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۖ
هُوَ أَعْلَمُ بِمَا تُفِيضُونَ فِيهِ ۖ
كَفَىٰ بِهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ۖ
وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

(Bukan setakat itu sahaja mereka katakan) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Muhammad telah merekakan Al-Quran itu."
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalau aku merekakan Al-Quran itu
(maka tentulah aku tidak terlepas dari azab kesalahan itu)
kerana kamu (dan juga yang lain dari kamu) tidak berkuasa memberikan daku sebarang perlindungan dari (azab) Allah.
Allah lebih mengetahui akan (tuduhan-tuduhan yang tidak berasas) yang kamu perkatakan itu;
cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
👉Syikayah ke2.
Orang mekah sentiasa merosakan nabi saw.
Mereka cabar nabi bg tau atas keengkaran mereka.

Ayat 9
قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ
وَمَا أَدْرِي مَا يُفْعَلُ بِي وَلَا بِكُمْ ۖ
إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ
وَمَا أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُبِينٌ

Katakanlah lagi: "Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu),
dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu.
Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku,
dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata"
👉

Ayat 10
قُلْ أَرَأَيْتُمْ
إِنْ كَانَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
وَكَفَرْتُمْ بِهِ
وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ
عَلَىٰ مِثْلِهِ
فَآمَنَ وَاسْتَكْبَرْتُمْ ۖ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu
jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah
dan kamu mengingkarinya,
pada hal ada seorang saksi dari Bani Israil
memberi keterangan mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al-Quran ini,
lalu ia percayakan (Al-Quran ini dari Allah),
sedang kamu dengan sombong angkuh mengingkarinya? (Tidakkah dengan yang demikian kamu bersifat zalim)?
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim (yang degil dalam kekufurannya)".
👉Zajrun

Ayat 11
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
لِلَّذِينَ آمَنُوا
لَوْ كَانَ خَيْرًا
مَا سَبَقُونَا إِلَيْهِ ۚ
وَإِذْ لَمْ يَهْتَدُوا بِهِ
فَسَيَقُولُونَ هَٰذَا إِفْكٌ قَدِيمٌ

Dan (kerana sombong angkuhnya orang-orang kafir itu) mereka berkata
tentang kepercayaan orang-orang yang beriman:
"Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang baik
tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya (kerana kamilah yang sepatutnya menerima segala kebaikan)!"
Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, (mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata: "Al-Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama
👉Syikayah
Ukuran atau neraca kebaikan itu diri mereka sendiri dan allah jawab  وَإِذْ لَمْ يَهْتَدُوا بِهِ

Ayat 12
وَمِنْ قَبْلِهِ كِتَابُ مُوسَىٰ
إِمَامًا وَرَحْمَةً ۚ
وَهَٰذَا
كِتَابٌ مُصَدِّقٌ
لِسَانًا عَرَبِيًّا
لِيُنْذِرَ
الَّذِينَ ظَلَمُوا
وَبُشْرَىٰ لِلْمُحْسِنِينَ

(Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa
yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya);
dan Al-Quran pula sebuah Kitab -
yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu),
- diturunkan dalam bahasa Arab
untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim,
dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.
👉Dalil naqli taurat dan dalil wahyi
Golongan hati baik لِلْمُحْسِنِينَ
Tidak sombong dan degil.

Ayat 13
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ
ثُمَّ اسْتَقَامُوا
فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu),
maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka,
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
👉Tabsyir
Asas kebaikan رَبُّنَا اللَّهُ
Sehingga mati ثُمَّ اسْتَقَامُوا

Ayat 14
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ
خَالِدِينَ فِيهَا
جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Merekalah ahli Syurga, tetap kekalah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
👉pemegang geran syurga

Ayat 15
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ
حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا
وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ
وَحَمْلُهُ
وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ
حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ
وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً
قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي
أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ
الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ
وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ
وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا
تَرْضَاهُ
وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ
وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah
dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun,
berdoalah ia dengan berkata:
"Wahai Tuhanku,
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,
dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
👉Tabsyir berserta taghrib.
Kenang jasa allah tidak syirik
Jasa manusia adalah jasa ibubapa dia.
Anak yg beriman akan berdoa.
Nikmat tauhid ,hati yg boleh mengesakan allah dan nikmat ibadah yg mengesakan allah.
Amal soleh yg diredai atau diterima.
Hubungan kekeluargaan Anak yg boleh bg manfaat didunia dan diakhirat.
Ini orang yg reti agama sungguh2

Ayat 16
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ نَتَقَبَّلُ عَنْهُمْ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا
وَنَتَجَاوَزُ عَنْ سَيِّئَاتِهِمْ
فِي أَصْحَابِ الْجَنَّةِ ۖ
وَعْدَ الصِّدْقِ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ

Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya;
(mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.
👉Amalan diterima ,yg akan dapat pahala.
Ampunkan dgn
Susah
Masuk majlis
Infaq harta
Minta maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan