Ahad, Oktober 15, 2017

Tafsir asas al quran sesi 55.

(4) salah faham(sebab ke4)yg telah berlaku kepada orang2 atau golongan ttt .
Contoh ayat2 berkaitan denganya diturunkan.
Al baqarah 158
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ ۖ
فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا ۚ
وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا
فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah;
maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah,
maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya.
Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan,
maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
👉 maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya.
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا
Kenapa berdosa pula sedang ia perkara wajib?
Sekurang2nya harus tidaklah berdosa.
Ini khusus untuk orang yg pernah menyembah berhala disitu,yg merupakan amalan jahiliyah.
Kena tahu sebab nuzul baru mudah faham ayat ini .
Jika tak tahu boleh salah faham.

Ayat ini turun berkaitan dgn segolongan sahabat yg berasa berdosa kalau bersai antara safa dan marwah.ini kerana mereka menganggapnya  sebagai amalan jahiliyah.maka untuk menghilangkan salahfaham mereka menganggapnya sebagai amalan jahiliyah.maka untuk menghilangkan salahfaham mereka itulah allah menurunkan ayat 158 didlm surah al baqarah tersebut.

5.sebab turun ayat terttt(bukan semua)
(Begitu juga Tak semua hadis ada latar belakang yg khusus).
Iaitu bentuk Soalan2 yg dikemukakan kepada nabi saw
a)soalan yg berkaitan dgn peristiwa yg telah berlalu
Orang tanya nabi perkara yg telah lepas
Al kahfi,83
وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ ۖ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":
👉Zulkarnain beribu tahun sebelum nabi saw.
Raja yg zalim firaun dan namrud.
Raja yg beriman Zulkarnain dan nabi sulaiman.

b)soalan peristiwa yg sedang berlaku atau peristiwa semasa.
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ ۖ قُلْ مَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
-Sura Al-Baqarah, Ayah 215
Nak belanja kemana?
Yg tidak sia2
Soal Nafkah
Ibnu sabil (orang yg musafir)dlm bab zakat-masyarakat malaysia kurang kesedaran berbanding diluar negara.
Zakat pun sebut
Fait pun sebut
Ghanimah sebut
Belanja sebut
Bukan anak yatim shj.
Rumah tumpangan percuma patut ada disetiap negeri atau daerah.
Turki dah ada.pelancung dan pelajar pun termasuk ibnu sabil

c)soalan peristiwa yg akan berlaku.
Tentang Qiamat
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
-Sura An-Nazi'at, Ayah 42

FAEDAH2 MENGETAHUI SEBAB2 TURUN AYAT2 ALQURAN.

Kefahaman yg tepat dan lengkap tentang ayat2 ttt didlm quran sangat bergantung kepada pengetahuan tentang sebab2 turunnya.Oleh itu perlu sekali ia dikuasai.
Silap terlajak jika anggap pengetahuan tentang sebab2 turun ayat al quran itu  sebagai pengetahuan sejarah semata2.
(Pendapat ibnu taimiyah,
Faedah Tahu sebab, akan tau musabab.
Ulamak salaf dikalangan Sahabat dan ulamak  tabiin pun tak boleh faham jika tak tau asbabul nuzul.
Ini menunjukan pentingnya tahu asbabul nuzul sebagai persiapan untuk menafsirkan alquran)

Para ulamak telah menyebutkan banyak faedahnya mengetahui sebab2 turun ayat2 alquran yg ttt.dibawah ini dikemukakan beberapa yg penting sahaja daripadanya.
1)dapat mengetahui maksud sebenar bg ayat2 berkenaan .Kata al waahidi,"tafsiran sebenar sesetengah ayat tidak mungkin diketahui tanpa terlebih dahulu mengetahui kisah atau sebab kenapa ia diturunkan .
Ibnu daqiqil'id berkata ,pengetahuan tentang sebab turun sesuatu ayat merupakan saluran yg kuat untuk memahami makna quran .
Syeikhul Ibnu Taimiyah berkata "pengetahuan tentang sebab sesuatu ayat membantu anda memahami nya.Ini kerana pengetahuan tentang sebab sesuatu akan membawa kepada pengetahuan tentang musababnya..
Asuyuti didlm Lubaab an Nuqqulnya pula berkata,"makna sekian byk ayat2 alquran pernah tidak dapat difahami dgn pasti oleh sekumpulan 'ulama'salaf.Setelah mereka mengetahui sebab2 turunnya,barulah hilang kekeliruan mereka.

Dibawah ini dikemukakan beberapa contoh yg membenarkan kata2 para ulama yg membenarkan kata2 ulama yg dinukilkan tadi sebab betapa pentingnya mengetahui sebab2 turun ayat  dan betapa ia dapat membantu anda memahami  maksud sebenarnya.

a)firman allah
Al baqarah,173
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah mengalir, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Seolah2 Menghadkan apa yg haram dimakan.
Tapi jika tengok Sebab turun, orang kafir menghalalkan apa yg allah haramkan.
Imam syafie faham lain .
Hujjah imam malik lebih kuat.
Yg haram itu jelas darah ,bangkai ,daging babi.
Sebab nuzul bukan disepakati.

Hadis ,binatang bertaring dilarang.bg imam lain
Imam malik tak mahu pakai,paling tinggi makruh.
Sebab lain seperti beracun.
Bg imam malik ,yg haram binatang yg menjadi mangsa kepada binatang yg bertaring.
Kijang asalnya boleh makan tapi sebab diterkam oleh binatang buas ,jadi tak boleh dimakan sebab tak dan sembelih.
Kecuali anjing yg dilepas dan telah dibaca bismillah tak sempat disembelih ,boleh makan.

Al maidah,3

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ
وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ
وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Ini sesuai dgn kefahaman imam malik dan lebih kuat.
Ayat ini nak had ,cuma nak bantah orang kafir yg halalkan yg haram.ada kaitan dgn sikap orang kafir.
Bukan nak royat yg ini halal dan yg ini haram.

Orang yg berbekam dan yg dibekam,sudah batal posa.
Imam syafie kata tidak sebab ada asbab bul wurud,dari segi hakikat puasa,sebab kedua2nya sedang mengumpat orang.

Tanpa tau asbul nuzul sukar difahami.
Al baqarah,104
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوا ۗ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Raaina lebih baik unzurna tapi allah larang.
Hadis riwayat ibnu abbas.
Raaina adalah makian terhadap nabi saw.

Sebab turun ayat ni ialah sebab orang orang yg menaki nabi secara berdepan tanpa nabi sedar ia telah memaki nabi sebab perkataan itu ada dua makna atas sebutan yg sama

Contoh.
Bahasa urdu
Babi=kakak ipar
Bakri=kambing betina
Bahasa inggeris
Babyque=babi que
Bahasa arab
Mat (mati)
Ejaمات لادن
Matalaadinnalahu
Mati tiada ugama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan