USUL KE16
MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA2 YG BERSESUAIAN DENGANNYA.
(c)Lihat pula seterusnya firman allah dibawah ini
وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 115.
Mengetahui tentang sebab turun ayat dan apa2 yg bersesuaian dgnnya
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 144
👉Nampak bertentangan
Tanpa melihat kepada sebab turun ayat ini,sesaorang yg membacanya mungkin sekali akan menyimpulkan bahawa menghadap qiblat adalah sesuatu yg tidak diperlukan untuk sembahyang.Ia boleh saja mengadap kearah yg dikehendakinya,asalkan ia berniat mengadap kearah yg dikehendakinya ,asalkan ia berniat mengadap allah.Kerana allah ada disetiap arah yg dihadapinya.Sedangkan didlm ayat yg 144 allah memerintahkan hamba2nya biar dimana pun mereka berada agar mengadap kearah masjidilharam sebagai qiblat apabila bersembahyang .Sekali pandang dua ayat yg dikemukakan itu kelihatan bertentangan dan anda akan berada dlm kesukaran untuk memilih mana satu daripada keduanya yg harus dijadikan panduan.Tetapi jika anda mengetahui sebab turun ayat 115 yg dikemukakan itu,anda akan mendapati tidak ada sebarang pertentangan diantara keduanya.Keduaduanya harus digunakan untuk keadaan yg berbeza sebenarnya.
Abdullah bin Umar ra meriwayatkan "Ketika dlm perjalanan dari mekah ke madinah nabi saw sering bersembahyang dlm keadaan berkenderaan tanpa mempedulikan sama ada baginda menghadap kearah kaabah(qiblat)atau pun tidak "
Kata beliau "berhubung dengannya turun
ayat ini ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ(maka kemana pun kamu menghadap disitulqh wajah allah)(hadith rieayat muslim)
Hadith ini menunjukan sebab turun ayat 115 didlm surah al baqarah itu berkaitan dengan solat sunat diatas kenderaan ketika dlm perjalanan (musafir)shj.Ia boleh terus dikerjakan sama ada dlm keadaan sesaorang itu mengadap qiblat atau pun tidak.Hukum ini tidak umum untuk semua keadaan.
Abdullah bin Abbas pula berkata ketika menerangkan turun ayat yg sama"Bila qiblat orang2 islam dialihkan dari Baitul maqdis ke Kaabah,maka orang2 Yahudi mengkritik dengan mengatakan "Apakah sebab perubahan ini?"
Maka turunlah ayat 115 yg mana kesimpulan maksudnya ialah "semua pihak atau arah itu dibuat oleh allah dan allah ada dipihak mana sekalipun.
Oleh itu,jika Dia memerintahkan sesaorang mengarahkan manusia agar mengadap kepihak mana sekali pun.baik ketimur atau kebarat ketika solat,menjadi wajiblah kepadanya menurut perintah itu.
Walaupun terdapat beberapa riwayat tentang sebab turun ayat berkenaan didalam kitab2 tafsir ,namun riwayat ibnu umar diatas adalah yg paling sahih berhubung dgn sebab turunya.
(d)Akhir sekali lihatlah firman allah dibawah ini sebagai contohnya:
لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوْا وَآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 93
Dengan melihat kepada zahir ayat ini mungkin boleh dikatakan bahawa tidak ada apapun yg haram dimakan atau diminum oleh orang islam asalkan dia beriman,takut kepada tuhan dan mengerjakan amal soleh.Dia boleh memakan apa sj yg dikehendakinya.
Olehkerana ayat itu disebut selepas pengharaman arak ,mungkin ada orang yg menyimpulkan bahawa ayat ini membenarkan orang yg beriman dan beramal soleh meminum arak.
Apa yg penulis sebutkan ini bukan andaian dan kemungkinan semata mata ,bahkan telah ada dikalangan sahabat sendiri yg terkeliru apabila membaca ayat ini.
Mereka menjadikan ayat ini sebagai dalil apabila menyatakan pendapat bahawa peminum arak juga masa lalu jika seorang yg baik,tidaklah dikenakan hukuman had diatasnya.
Setelah ibnu abbas menyatakan sebab nuzul ayat ini kepada mereka barulah hilang kekeliruan mereka .
Sebenarnya latarbelakang ayat ini ialah apabila telah turun ayat yg mengharamkan arak dan judi maka sebhgian sahabt bertanya"bagaimana keadaan sahabat yg telah meninggal dunia sebelum turunnya hukum haramnay arak ran judi itu,sedangkan ia meminum arak dan berjudi sepanjang hayatnya?"
Maka turun ayat ini yg bermaksud "mana2 orang mukmin yg minum arak atau makan hartz hasil perjuadian sebelum turunnya ayat tentang haram keduaduanya,tidaklah ia berdosa dan akan diseksa dgn syarat dia adalah seorang mukmin dan patuh dgn hukum allah swt pada masa lalu.
👉Ini jika solat sunat atas kenderaan ketika musafir
Kenapa tidak utara dan selatan?
Bukan kelebihan arah semata2 tetapi arah yg allah perintahkan iaitu kearah kiblat.
Jika dikurung atau tempat kita tak dapat tentukan arah kiblat.
Sunnah solat atas kenderaan(sunat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan