Rabu, Oktober 25, 2017

Tafsir asas quran sesi 39.

{sambungan} usul ke14-mengetahui kesinambungan diantara dalil dan Madlul Pada sumpah2 Allah didlm alquran.

(c)kebenaran Al-Quran dan bahawa ia memang kitab yg diturunkan oleh Allah ,kadang2 menjadi muqsam 'alaihi.

Antara contoh nya ialah firman Allah berikut
Al waqiah
Ayat  75
فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ

Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

Ayat 76
وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ

Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

Ayat 77
إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ

Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

Ayat 78
فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ

Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

Ayat 79
لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

Ayat 80
تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

Ayat 77-80 dlm petikan diatas merupakan muqsam alaihi.Ia menyatakan kebenaran sebuah al Quran dan keterpeliharaannya.Ia juga merupakan sebuah kitab yg benar2 diturunkan oleh Allah ,Tuhan sekalian alam.

(d)hari akhirat yg dijanjikan sebagai hari pembalasan kepada manusia ,samada baik atau buruk juga kadang2 menjadi muqsam alaihi .la antara lainnya dapat dilihat pada firman Allah berikut;

Az zariyat
Ayat 1
وَالذَّارِيَاتِ ذَرْوًا

Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -

Ayat 2
فَالْحَامِلَاتِ وِقْرًا

Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -
Ayat 3
فَالْجَارِيَاتِ يُسْرًا

Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -

Ayat 4
فَالْمُقَسِّمَاتِ أَمْرًا

Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;

Ayat 5
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ

(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;

Ayat 6
وَإِنَّ الدِّينَ لَوَاقِعٌ

Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.

Ayat 5&6dlm petikan diatas merupakan muqsam alaih.Ia membuktikan hari akhirat yg dijanjikan sebagai hari pembalasan kepada amalan manusia itu memang benar.

(e)kadang2 usaha ,pekerjaan dan perihal manusia dijadikan muqsam alaihi .lihat firman Allah dibawah ini sebagai contoh nya:
Al-lail
Ayat 1
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰ

Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),

Ayat 2
وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ

Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;

Ayat 3
وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَىٰ

Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -

Ayat 4
إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ

Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

Ayat 4 dlm petikan diatas adalah muqsam alaihi.Ia menunjukan amal usaha manusia itu berbeda2 dan tidak sama.Kerana itu wajar sekali kalau balasannya juga berbeda2 dan tidak sama.

(2).Menurut Ibnu Qaiyyim lagi,sumpah diangkat untuk menguatkan dan memperteguhkan muqsam alaihi. Kerana itu ,muqsam alaihi seharusnya termasuk dlm perkara2 yg eluk dan  munasabah kalau diangkat sumpah kerananya.
Misalnya perkara2 ghaib atau perkara2 yg diluar jangkaan awal manusia .
Benda2 zahir seperti matahari,bulan,malam,siang,langit,bumi dan sebagainya memang eluk dan sesuai dijadikan muqsam bihi tetapi ia tidak eluk dan sesuai dijadikan muqsam alaihi.

(3)Didlm Al-Quran Allah telah bersumpah untuk membuktikan keesaanNya pada satu tempat.Untuk membuktikan kebenaran al Quran pada lima tempat.
Untuk membuktikan kebenaran RasulNya pada lima tempat juga.U untuk membuktikan kebenaran hari qiamat pada 12tempat.Dan untuk menyatakan perihal dan sifat2 khusus manusia pula pada 5 tempat .Perkaitan antara muqsam bihi dan muqsam alaihi pada sumpah2 yg tersebut itu pula ada terang dan ada pula yg sangat tersembunyi atau seni.

(4)Allah ada bersumpah dgn cara yg terang dan tidak terang dgn ketuhanan ,kerasulan,a l Quran dan permulaan serta kesudahan kehidupan manusia.Tetapi tentang hari qiamat dan fenomenanya ,semua sumpah dibuat dgn cara yg terang .Ini kerana orang2 musyrikin Mekah terlalu kuat menolaknya.Tentang beberapa sifat ahli kitab  dan sikap ahli kitab  terhadap seruan nabi Muhamad saw dgn cara yg tidak terang

(5)Antara perkara yg membezakan sumpah Allah didlm al Quran dgn sumpah2 yg digunakan oleh orang2 Arab dizaman jahiliyah yg dapat dikesan melalui sastera Arab ialah skop muqsam alaihi al Quran jauh lebih luas berbanding skop muqsam alaihi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan