Jumaat, Oktober 27, 2017

Tafsir asas quran sesi 40.

{sambungan} usul ke14-mengetahui kesinambungan diantara dalil dan Madlul Pada sumpah2 Allah didlm alquran.

Perbezaan pendapat ulama tentang ada dibuang atau tidak muqsam alaihi.

Menurut segolongan ulama ,muqsam alaihi atau jawab qasam didlm Al-Quran ada yg dibuang.
Kedudukannya sama seperti  "muqsam bihi"daripada segi adakalanya disebutkan dan adakalanya dibuang.Bagaimanapun mereka hanya menerima pembuangan "muqsam alaihi pada 7tempat sahaja.Menurut segolongan yg lain pula "muqsam alaihi "tidak ada yg dibuang sama sekali didlm Al-Quran .cuma ia mungkin tidak ketara dan perlu direnung sedikit.

Pada pandangan golongan ulama yg mengatakan "muqsam alaihi "ada dibuang didalam Quran ,mereka mengatakan pembuangannya berlaku pada beberapa tempat berikut:
(1).Apabila "muqsam alaihi atau jawab qasam tidak diperlukan ,sumpah Allah ditempat itu semata2 untuk menarik perhatian manusia kepada "muqsam bihi"yg jelas menunjukan kekuasaan dan keajaibanNya."Muqsam bihi "sendiri sebenarnya sudah menunjukan kepada "muqsam alaihi".Dalam keadaan ini membuang"muqsam alaihi "lebih meringkaskan ayat dan lebih memberi makna  yg mendalam.contoh firman Allah dibawah ini:

Shaad ,1
ص ۚ وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ

Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.

"Muqsam bihi" dgn sifatnya didlm Ayat ini jelas menunjukan kepada "muqsam alaihi"nya.
Oleh kerana itu "muqsam alaihi "atau jawab qasamnya tidak perlu lagi disebutkan.
Sememangnya al Quran itu mulia dan mengandungi peringatan.Maka tidak diperlukan lagi kepada "muqsam alaihi".Tidak perlu lagi dikatakan
misalnya انه لذكرلهم ونصح (sesungguhnya ia merupakan peringatan dan pengajaran kepada mereka )
atau شهد القرآن انه لذكرلهم ونصح
(Sesungguh alquran adalah peringatan dan nasihat)
sebagai "muqsam alaihinya".

(2).Apabila ada dalil yg menunjukanya.
Keadaan seperti itu boleh berlaku apabila "muqsam alaihi" atau jawab qasam diandaikan sepatutnya dimulai dengan لن(huruf nafi)
Lihat contohnya pada firman Allah berikut:
Taha,72
قَالُوا لَنْ نُؤْثِرَكَ عَلَىٰ مَا جَاءَنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالَّذِي فَطَرَنَا ۖ فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ ۖ إِنَّمَا تَقْضِي هَٰذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.

Sesetengah ahli nahu mengandaikan
firman Allah
sebagai qasam.
Muqsam alaihi atau jawab qasamnya mahzuf.
Firman Allah
yg tersebut sebelumnya merupakan dalilnya .
Taqdir ibarat sepenuhnya
ialah لَنْ نُؤْثِرَك ِ وَالَّذِي فَطَرَنَا
(demi Tuhan yg telah menciptakan kami,sekali2 tidak akan mengutamakan kamu)

(3)Apabila muqsam'alaih atau jawab qasam diandaikan sepatutnya dimulai dgn haraf(ف).
Lihat contohnya pada firman Allah berikut
قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَانًا فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا ۚ بِآيَاتِنَا أَنْتُمَا وَمَنِ اتَّبَعَكُمَا الْغَالِبُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah berfirman: "Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang".
-Sura Al-Qasas, Ayah 35

Sesetengah ahli nahu mengandaikan haraf(ب)pada بِآيَاتِنَاdidlm firman Allah diatas sebagai haraf qasam.Muqsam'alaih atau jawab qasamnya mahfuz.
Firman Allah فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَاmerupakan dalilnya.

Taqdir ibarat sepenuhnya ialah بِآيَاتِنَالا
Demi mukjizat Kami,mereka tidak akan dapat
mengapa2kan kamu يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا

(4) Dimana muqsam alaih atau jawab qasam kelihatan dimulakan dgn perkataanهل
Contoh firman Allah berikut:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ وَالْفَجْرِ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi waktu fajar;
-Sura Al-Fajr, Ayah 1

وَلَيَالٍ عَشْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
-Sura Al-Fajr, Ayah 2

وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
-Sura Al-Fajr, Ayah 3

وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam, apabila ia berlalu; -
-Sura Al-Fajr, Ayah 4

هَلْ فِي ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِذِي حِجْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
-Sura Al-Fajr, Ayah 5

Menurut az-Zamakhsyari,jawab qasam bg jumlah qasam ini mahzuf.Taqdirnyaلتعذبن(kamu pasti akan dihukum)

(5) Dimana kelihatan semacam (ل)qasam dibuang drp muqsam'alaih atau jawab qasam.Sementara bhg2 jawab qasam yg lain masih ada,padahal jawab qasam semua sekali dibuang(محذوف).Keadaan seperti ini dikatakan terdapat pada firman Allah dibawah ini:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
-Sura Al-Buruj, Ayah 1
وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
-Sura Al-Buruj, Ayah 2
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
-Sura Al-Buruj, Ayah 3
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Celakalah kaum yang menggali parit,
-Sura Al-Buruj, Ayah 4
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Celakalah kaum yang menggali parit,
-Sura Al-Buruj, Ayah 4
Jawab qasam sebenar bg 3 jumlah qasam,drp ayat 1-3 ialah لتبعثن(sesungguhnya kamu akan dibangkitkan).
Yg dibuang محذوف.

Firman Allah kelihatan seperti menjadi jawab qasam kepada 3 jumlah qasam yg tersebut sebelumnya.Dan haraf(ل) yg sepatutnya terletak dipermulaannya dibuang.Padahal semuanya bukan jawab qasam.

(6)Muqsam alaih atau jawab qasam biasanya disebutkan,tetapi kadang2  ia dibuang juga.
Antara contoh yg  dapat dikemukakan ialah firman Allah berikut:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ وَالْفَجْرِ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi waktu fajar;
-Sura Al-Fajr, Ayah 1
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
-Sura Al-Fajr, Ayah 2
وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
-Sura Al-Fajr, Ayah 3
وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam, apabila ia berlalu; -
-Sura Al-Fajr, Ayah 4

هَلْ فِي ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِذِي حِجْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
-Sura Al-Fajr, Ayah 5

Menurut sesetengah ulamak, jawab qasam yg dibuang disini ialahلتعذبن ياكفارمكة
(Kamu pasti akan dihukum wahai orang2 kafir Mekah)

Beberapa Perkataan penambah dipermulaan  
Muqsam alaih

Muqsam alaih atau jawab qasam menurut Imam al-Baghawi(al-Husain bin Mas'ud al-Baghawi) semestinya dimulakan dgn beberapa perkataan.Kesemuanya merupakan haraf2 .Kalau pada zahirnya ia tidak tersebut,maka salah satu drpnya mestilah ditaqdirkan mengikut kesesuaian keadaan dan kedudukan ayat.

Dibawah ini dikemukakan haraf2  berkenaan bersama contoh2nya:
Antara contohnya ialah pada firman
(1)أن
Allah berikut
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ وَالْفَجْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi waktu fajar;
-Sura Al-Fajr, Ayah 1
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
-Sura Al-Fajr, Ayah 2
وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
-Sura Al-Fajr, Ayah 3
وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam, apabila ia berlalu; -
-Sura Al-Fajr, Ayah 4
هَلْ فِي ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِذِي حِجْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
-Sura Al-Fajr, Ayah 5
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
-Sura Al-Fajr, Ayah 6
إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
-Sura Al-Fajr, Ayah 7
الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?
-Sura Al-Fajr, Ayah 8
وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
-Sura Al-Fajr, Ayah 9
وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
-Sura Al-Fajr, Ayah 10
الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
-Sura Al-Fajr, Ayah 11
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
-Sura Al-Fajr, Ayah 12
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
-Sura Al-Fajr, Ayah 13
إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
-Sura Al-Fajr, Ayah 14
1-14memberi erti tidak  ما atau bukan    
(2)ما للنفي

Antara contohnya ialah pada firman Allah berikut

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ وَالضُّحَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi waktu dhuha,
-Sura Ad-Dhuhaa, Ayah 1
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
-Sura Ad-Dhuhaa, Ayah 2
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
-Sura Ad-Dhuhaa, Ayah 3
(Ad dhuha 1-3)
Berbaris diatas(ل)

(3)الام المفتوحة
Firman Allah berikut adalah antara contoh nya

فَوَرَبِّكَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), -
-Sura Al-Hijr, Ayah 92
عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mengenai apa yang mereka telah lakukan.
-Sura Al-Hijr, Ayah 93

Firman Allah berikut adalah
(4)أن الخفيفة
antara contohnya.
تَاللَّهِ إِنْ كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
" ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 97

Firman Allah berikut adalah antara
(5)لا.
Contohnya

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ ۙ لَا يَبْعَثُ اللَّهُ مَنْ يَمُوتُ ۚ بَلَىٰ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): "Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati". (Itu tidak benar), bahkan janji Allah membangkitkan orang-orang yang telah mati) tetap benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
-Sura An-Nahl, Ayah 38

(5)قد 
Antara contohnya ialah firman Allah Berikut:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
-Sura Ash-Shams, Ayah 1
وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
-Sura Ash-Shams, Ayah 2
وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
-Sura Ash-Shams, Ayah 3
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
-Sura Ash-Shams, Ayah 4
وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
-Sura Ash-Shams, Ayah 5
وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
-Sura Ash-Shams, Ayah 6
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
-Sura Ash-Shams, Ayah 7
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
-Sura Ash-Shams, Ayah 8
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
-Sura Ash-Shams, Ayah 9

(7)بل:
Antara contohnya ialah pada firman, Allah berikut.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ق ۚ وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).
-Sura Qaf, Ayah 1
بَلْ عَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ فَقَالَ الْكَافِرُونَ هَٰذَا شَيْءٌ عَجِيبٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!
-Sura Qaf, Ayah 2

Menurut ar-Raazi ,Qasam(sumpah) dlm semua surah yg Allah bersumpah dipermulaannya dgn menggunakan perkataan2 bukan haraf,bertujuan membuktikan kebenaran 3 prinsip keimanan,iaitu Tauhid(keesaan Tuhan) ,Risalah(kerasulan)dan hari kemudian(kehidupan sesudah kematian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan