Jumaat, Oktober 27, 2017

Tafsir asas quran sesi 41.

Sambungan usul ke14
Tujuan sumpah dalam al quran.

Tujuan sumpah(غرض القسم)didlm al quran.
Jika dilihat kepada keluasan ilmu allah dan kecetekan ilmu manusia,tentulah sukar untuk menguasai dan mempastikan setiap maksud sumpahNya didlm al quran.
Bagaimanapun setelah diteliti,dapatlah juga dikatakan bahawa maksud Allah disini-berpandukan beberapa petunjuk yg ada-ialah untuk membuktikan kebenaran al quran misalnya.

Dibawah ini dikemukakan sebahagian drp maksud dan tujuan sumpah yg terpenting shj.

(1)Menarik perhatian manusia dan jin kepada alam semesta kejadian Tuhan yg penuh dgn rahsia dan keajaiban,disamping menyatakan keteguhan dan kehebatannya .Dalam menjaga dan mentadbirnya,sifat rububiyah Allah jua yg akan kelihatan dimana2 pun.Keadaan itu membuat setiap yg berfikir dan insaf pasti menerima sifat uluhiyyahNya.
(2)Membuktikan kebenaran RasulNya Muhamad saw.Orang2 arab percaya sumpah dusta boleh membuatkan sesaorang yg bersumpah binasa atau musnah kehidupannya.Rasullah saw pula dgn perintah Allah seringkali bersumpah,namun sumpah beliau  langsung tidak memudharatkan.Kehidupan beliau sebaliknya terbukti menjadi semakin baik dan sempurna.Nama beliau menjadi semakin masyhur.Segala usaha beliau pula semakin dihargai.Ini semua menunjukkan restu Allah ada bersamanya dan kebenaran berada dipihaknya.
(3)Mengumpamakan ,membandingkan dan memisalkan perkara2 ghaib dan abstrak dgn perkara2 yg dapat disaksikan dgn mata kepala .Tujuannya ialah supaya perkara ghaib dan abstrak itu dapat difahami oleh aqal dgn mudah dan dapat diterima oleh jiwa dgn senang.
Rahsia itulah yg terdapat disebalik sumpah Allah dgn waktu subuh,siang,waktu dhuha,matahari,malam dsbnya.Dengan mengamati sumpah2 Allah yg sebegitu,terserlahlah cahaya petunjuk dan keimanan didlm jiwa.Selain itu akan timbul juga perasaan gerun terhadap Allah dan harap kepadaNya.
(4)Untuk menolak kepercayaan2 karut  dan memperbetulkan aqidah2 yg terpesong.
Allah bersumpah dgn bintang apabila ia menjunam dsg.Ia mengetuk fikiran penyembah bintang2 atau planet2 ttt yg dipercayai turut mempunyai kuasa terhadap alam bawah.Maksud yg sama juga terdapat didlm satu hadits Rasullha saw,meskipun ia tidak menggunakn bahasa sumpah.
Lihat hadits dibawah ini:
Maksudnya:Mughirah dan Syu'bah meriwayatkan,kata beliau,gerhana matahari berlaku pada hari kematian Ibrahim(anaknda Rasullah saw).
Maka ada yg berkata ,ia gerhana kerana kematian Ibrahim.Mendengar kata2 itu Rasullah saw bersabda"Sesungguhnya matahari dan bulan ada 2 tanda sekian banyak tanda2  Allah.
Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan sesiapapun.Apabila berlaku gempa,berdoalah kepada Allah dan bersolatlah sehingga ia hilang.(hadits riwayat bukhari)

(5)Selalu juga Allah bersumpah untuk menguat dan meneguhkan muqsam alaih,khususnya apabila ia berkaitan dgn perkara2 ghaib seperti hari kebangkitan ,perhitungan dan pembalasan.

(6)Menarik perhatian kepada perkara2  penting dan peristiwa2 bersejarah yg berlaku disesuatu tempat.Apabila Allah bersumpah dgn at-thur misalnya ,maka ia bererti menarik perhatian manusia kepada tanda2 kebesaran Allah berupa mukjizat yg dikurniaknaNya kepada nabi musa as ditempat(bukit)tersebut.
Allah bersumpah dgn al baladil amin pula menarik perhatian kita kepada kemunculan Islam diMekah,selain menyatakan keistimewaan kerana disitulah terletak al kaabatul mukarramah dll benda yg penuh bersejarah dan keberkatan.

(7)Menghibur dan menenangkan hati nabi saw yg sentiasa dicemuh dan dituduh oleh orang2 kafir dizaman baginda.Disamping menyatakan baginda adalah kekasih Allah dan manusia pilihanNya.Sumpah ttt juga bermaksud menolak cemuhan dan tuduhan mereka itu.Inilah yg nyata daripada sumpah Allah dipeemulaan surah ad dhuha.

(8)Menyatakan muqsam bihi mempunyai kesinambungan dan perkaitan yg rapat dgn muqsam alaih.Ia merupakan wadah bg muqsam alaihi untuk sama ada meraih keuntungan atau mendapat kerugian semasa  hidupnya didunia yg  fana ini.

(9)Menunjukan kehebatan dan keistimewaan kedudukan muqsam bini disisi Allah.
Muqsam bini juga bersifat dgn sifat2 mulia,bertanggungjawab ,sentiasa melaksanakan perintah2 Allah yg diberikan kepada mereka dgn penuh taat setia.

(10)Membuktikan kepentingan,khasiat atau keistimewaan muqam bi hi.
Muqsam bihi merupakan sesuatu yg perlu sekali direnungi untuk mendapat sebanyak mungkin faedah drpnya.Ia merupakan penanda aras tamaddun kemanusiaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan