Isnin, Oktober 16, 2017

Tafsir asas quran sesi 57.

Usul 16
MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA-APA YG BERSESUAIAN DENGANYA.

CARA2 MENGETAHUI SEBAB2 NUZUL(TURUN)AYAT

Para ulamak mengatakan ,tidak ada jalan untuk mengetahui sebab-sebab  turun ayat melainkan  melalui nukilan riwayat yg sahih.
Tidak harus sesaorang memperkatakan melainkan ia mengetahui tentangnya  melalui riwayat2 yg boleh dipercayai.
Kata al waahidi ,"tidak halal berbicara tentang sebab2  turun ayat2 al quran melainkan berasaskan riwayat dan apa yg didengari daripada orang2 yg menyaksikan penurunannya secara langsung dan mereka sememangnya mengetahui tentang sebab2nya(lihat asbabu an nuzul m/s8)
Riwayat ada yg sahih dan ada yg tidak sahih.
Yg boleh dibuat pegangan hanyalah yg sahih.

Perlulah diketahui bahawa adakalanya perawi menyebutkan dgn jelas ,ayat ini turun dgn sebab peristiwa sekian2.Adakalanya pula ia berkata,ayat ini turun berhubung dgn sekian2 perkara.

Apabila sebab nuzul diriwayatkan
dgn terang daripada seorang sahabat,maka ia dikira seperti riwayat marfu' dan musnad menurut jumhur muhadditsin.
Walau sahabat sebut dikira serupa yg nabi sebut iaitu marfuk atau yg nabi sebut.dan musnad iaitu sampai kepada nabi.

Adapun apabila ia berkata sekadarنزلت في كذا(ia turun berhubung/berkaitan sekian2),maka para riwayat musnad,sementara orang2 lain tidak memasukannya dlm riwayat musnad yg marfu'.sebabnya ialah kata2 seperti ini berkemungkinan menyatakan sebab.Ia juga berkemungkinan termasuk dlm bab beristidlal dgn ayat ttt.
Kerana sudah kebiasaan mereka menyatakan hukum2 yg boleh termasuk dibawah ayat2 berkenaan.
Tidak mesti ia jadi betul2 sebab turun bila sebut sebab turun kerana ia mungkin hanya sekadar sesuai dgn ayat yg turun.sekadar itu shj.
Ianya hanya kesimpulan yg dibuat oleh ulamak.boleh masuk bawah tu.
Kadang2 ada 4@5 sebab turun,jadi yg mana satu sebenarnya.
Boleh juga guna ayat(ini sebab turun)seang ia hanya kaitan sahaj dgn sebab turun.dlm kitab asbabulnuzul byk guna ayat seperti itu.
Jika sahabat kata sebab turun hanyalah kesimpulan aahabat sahaja .jadi kita kena tahu penggunaan ayat2 seperti itu.

Al Imam Ibnu Taimiyah(cucu -iaitu ahmad bin abdul halim bin abdul salam) didlm muqaddimah tafsirnya berkata "Kata mereka ,نزلت,(ia turun berhubung/berkaitan)هذه الأية في كذا(dgn sekian2),kadang2  dimaksudkan dgnnya sebab turun ayat itu.
Kadang2 pula dimaksudkan bahawa perkara ttt juga termasuk dlm kehendak ayat ,walaupun ia sebenarnya bukanlah merupakan sebab turunnya.
Menulis byk kitab,cucu lebih hebat dari datuk .
300lebih kitab.sebuah2 ada 40jilid.
Setaro tu pun, orang boleh kata macam2.
Tafsir Alwasit,terima semace tauhid tiga,ulamak pun azhar terima.
Seupo je dlm mana2 kitab.
Tafsir jamal pun ada tauhid tiga.
Wakko tak ngaji,babat kosir.
Jatuh kitab atas kepala kita boleh mati .

Contoh ayat  ada beberapa sebab nuzul,yg mana yg sebab sebenar.
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
-Sura Al-A'raf, Ayah 204
Ayat ini ,tuhan perintahkan dengar mmolek dan diam,mudah2an kamu mendapat rahmat.
Ada beberapa sebab nuzul.
Sebab dlm solat-tok ime baca makmun mesti kena dengar.makmun tak payah baca fatihah.
Kalu kita baca nak dengar lagu mana.
Pertembungan imam bc quran ,makmun pun nak bc?
Bg peluang bc ada dalil?
3 mazhab ,tok ime tak payah tunggu tiada dalil.
Sapa ikut sapa?
Imam untuk diikuti.
Nabi pernah tanya,kenapa aku dilawan baca quran?
Imam malik kata,makmun tak payah baca.
Hadis mesti bc fatihah untuk orang yg solat seorang.
Hadis tok imam adalah penjamin atau tanggung kita tak payah bc fatihah.
Ditanya,jika  masa imam   rukuk ,kenapa makmun pun terus rukuk?o sebab kes itu shj pula .
Ada yg kata berkenaan khutbah jumaat atau hari raya.
Tergugat sudah.
Yg sebenarnya ,abdulsalam bc ayat 203 yg merupakan sebab turun ayat 204.

وَإِذَا لَمْ تَأْتِهِمْ بِآيَةٍ قَالُوا لَوْلَا اجْتَبَيْتَهَا ۚ قُلْ إِنَّمَا أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ مِنْ رَبِّي ۚ هَٰذَا بَصَائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".
-Sura Al-A'raf, Ayah 203.
Kena ambil kira siyad dan sibak.

Inilah perkaitannya,sebab turun ayat 204 adalah ayat 203(ada dalam quran itu sendiri)
Kalu tidak dlm solat,boleh ke menjerit,tak. eluk juga ,jadi sesuai belaka untuk semua keadaan.
Sebab itulah pentingnya tafsir quran dgn quran.
Tak perlu tengok benda ajaib dari nabi,quran sudah cukup.

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
-Sura Al-A'raf, Ayah 175

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
-Sura Al-A'raf, Ayah 176

Balam bin Ba u ro..zaman nabi musa.
Mal am
Umaiyah bin Abi Sol..zaman nabi saw.
Orang2 yahudi

Ulamak besar dan mustajab doa.
Kerana nak dunia atau harta dan kehendak isteri yg berhujjah sekali,sanggup melawan kebenaran.mati pecah perut.
Orang alim yg jual agama..sesuai dgn ayat ini.siapa pun.
Sampai bila2 ada yg seperti ini.
Quran untuk kita.
Ada byk lagi contoh

Para ulamak berbeza pendapat tentang kata2
sahabat,نزلت في كذا(ia turun berhubung/berkait sekian2)adakah ia dikira sebagai riwayat musnad? sebagaimana kalau ia menyebut sebab  sebenarnya atau ia dikira  sebagai tafsiran semata2(istidlal) ,bukan sebagai musnad? Musnad sampai ke nabi .maukuf berhenti setakat sahabat.
Bg yg tak biasa
Marfuk(yg sampai kepada nabi) lawan maukuf(berhenti setakat sahabat)
Bila dikata maukuf ,kena tengok apa perkara itu adakah ia berkenaan akhirat  atau perkara yg tidak boleh difikir dgn aqal maka sahabat tak mungkin sahabat berani mengatakan apa yg nabi tak kata.jika boleh difikir dgn aqal ia boleh jadi kefahamannya shj.

Musnad ada byk makna.
Musnad dgn makna marfuk(sampai kepada nabi)
Musnad dgn riwayat sahabat yg ttt.
Musnad dgn makna kitab.
Imam bukhari menganggap termasuk dlm riwayat musnad.
Kebanyakan kitab2 musnad seperti Musnad Ahmad dll mengikut kaedah kedua.Keadaan berbeza jika sesaorang sahabat menyebut sebab sebenar  bagi turunnya  ayat berkenaan.
Semua ulama bersepakat tentang cerita sahabat yg seperti itu dikira sebagai musnad(lihat fatwa ibnu taimiyah j ms 339-340).
Ada khilaf tentang makna musnad

Ada Musnad abu bakar

Al Iman az zarkasyi pula berkata "sudah menjadi adat para sahabat  dan at tabiin apabila sesaorang daripada mereka berkata,نزلت هذهالأية في كذا(ayat ini turun berhubung/berkait dgn sekian2)maka ertinya ialah ayat berkenaan juga mengandungi atau menunjukan hukum yg disebut mereka.Ia  tidak bererti perkara yg disebut mereka itu merupakan sebab bg turunnya ayat berkenaan .
Sekumpulan muhadditsin menganggap kata2seperti itu sebagai riwayat marfuk dan musnad.
Tetapi Iman Ahmad tidak menganggap kata2 seperti itu sebagai musnad.Demikian juga Iman Muslim dll.
Mereka juga menganggap kata2 sahabat dan tabiin yg seperti itu tidak lebih daripada ta'wilan dan tafsiran mereka sahaja.Ia bg mereka  termasuk dlm bab nukilan tentang apa yg telah berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan