Sambungan usul ke 16
Cara berinteraksi dgn beberapa sebab turun ayat.
Para ulama tafsir seringkali menyebutkan beberapa sebab bg turunnya sesuatu ayat .Dalam keadaan ini para pembaca akan mengalami sedikit kesukaran dan kesulitan untuk menentukan mana satu daripadanya sebagai sebab sebenar.Keadaan ini tidak sepatutnya dianggap sebagai suatu pertentangan yg menimbulkan kemusykilan.Apa yg perlu dilakukan oleh seorang pelajar tafsir ialah mengetahui bentuk2nya dan kemudian mengetahui pula cara2 berinteraksi denganya.
Dibawah ini dikemukakan beberapa bentuk sebab turun sesuatu ayat:
Bentuk pertama:Apabila seorang perawi
berkataنز لت في كذا(ayat ini turun berkenaan dengan sekian)dan perawinya lain juga menggunakan ungkapan yg sama(نزلت في كذا)cuma masing2 daripada mereka menyebut daripada mereka menyebut perkara yg berbeza.Dalam keadaan ini,tidak ada pertentangan sbenarnya ,kerana ia adalah suatu istilah yg digunakan oleh salaf untuk mengatakan apa yg tersebut didlam riwayatnya tepat juga dengan ayat berkenaan .
Maksud ayat berkenaan begitu luas sehingga ia boleh merangkumi kedua2 perkara atau mungkin lebih lagi daripada dua perkara yg tersebut didlm riwayat2.
Ungkapan itu tidak semestinya bererti apa yg tersebut didlm riwayat yg dikemukakan oleh sesaorang adalah sebab sebenar bg turunya ayat .Firman allah didlm surah al araaf ini adalah sebaik2 contohnya.
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
-Sura Al-A'raf, Ayah 204
Didlm tafsir at tabari tersebut beberapa riwayat daripada sahabat ab tabin yg mengatakan ayat ini turun berkenaan denagn solat ,dimana para makmum diperintah agar diam dan mendengar betul2 apa yg dibaca oleh imam.Sementara didlm beberapa riwayat yg lain pula,ia juga drp sahabat dan tabiin,tersebut ia berkenaandgn khutbah jumaat dan khutbah dua hari raya.
Ketika mendengar khatib berkhutbah yg tentunya ada mengandungi ayat2 al quran-orangramai diperintah agar diam dan mendengarnya dengan tenang .Tidak dinafikan ada sebahagian drp riwayat yg dikemukakan oleh at tabari itu dhaif sanadnya,tetapi bukan semuanya dhaif.
Orang2 yg mengetahui istilah salaf berhubung dgn perkara ini pula akan menghadapinya dengan tenang sahaja,kerana ia sedar bahawa semua yg tersebut didlm riwayat2 itu merupakan mashadaqaat atau perkara2 yg boleh termasuk dibawah mafhum ayat 204 surah al araaf itu,dengan erti ia juga bertepatan dgn kehendaknya.
Meskipun ia bukan merupakan sebab asal bg turunnya ayat tersebut.
Mafhumnya bahkan boleh juga merangkumi orang2 tidak sedang bersolat atau mendengar khutbah jumaat dan khutbah dua hari raya.
Orang2 yg tidak berada dlm keadaan itu juga tentunya boleh mendapat rahmat jika diam dan mendengar dgn baik apabila al quran dibacakan.
Ada pun sebab sebenar bg turunnya ayat 204 surah al araaf itu,maka dengan mudah sj dapat dikesan apabila anda merenungi siyaq dan sibaqnya.
Ayat 203 sebelumnya itulah sebenarnya sebab turunbg ayat 204.
Anda dapat mengesannya tanpa keluar daripada al quran dan tanpa memerlukan riwayat2 berupa hadith atau atsar,maka itu tidak lebih daripada penjelasan tambahan tentang perkara2 yg boleh juga termasuk dibwh mafhum ayat berkenaan.
Perhatikan ayat 203 yg merupakan sebab sebenar bg turunya ayat 204 selepasnya.
Allah berfirman ,bermaksud
وَإِذَا لَمْ تَأْتِهِمْ بِآيَةٍ قَالُوا لَوْلَا اجْتَبَيْتَهَا ۚ قُلْ إِنَّمَا أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ مِنْ رَبِّي ۚ هَٰذَا بَصَائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".
-Sura Al-A'raf, Ayah 203
Ayat ini menyatakan soalan orang2 kafir Mekah yg penuh dgn ejekan dan kedegilan.Mereka memerli nabi saw dgn berkata ,"bukankah engkau mendakwa diri mu sebagai seorang nabi dan utusan allah?kalau engkau benar2 nabi dan utusan allah,tentu engkau dapat memgemukakan mukjizat yg kami minta supaya ditunjukan.Tentu engkau dapat memilih mana2 satu daripadanya.
Tetapi jelas engkau tidak dapat mengemukakan setiap mukjizat yg kami minta.
Sebagai membalas soalan mereka yg penuh dgn ejekan dan cemuhan itu allah menyuruh nabinya muhamad saw berkata,al quran itulah mukjizat yg terbesar bgmu .Ia mengemukakan bukti2 yg nyata dari tuhan mu,ia juga merupakan petunjuk dan rahmat bg orang2 yg beriman.Jika kamu hendak dpt manfaat drp bukti2 yg terkandung didlmnya dan hendak mendapat petunjuk dan rahmat drpnya,maka kamu hendaklah dengar baik2 dan diam apabila ia dibacakan dihadapanmu,jangan pula kamu tidak mahu mendengar,sebaliknay membuat bising.
Apa yg terkandung dlm ayat ke203 itulah sebab sebenar bg ayat ke204surah al araf.
Bentuk kedua:Apabila seorang perawi dari kalangan sahabat atau tabiin menyebutkan sesuatu perkara sebagai sebab yg jelas bg turunnya sesuatu ayat ,sedangkan ada pula perawi yg menyebutkan
perkara lain sebagai sebabnya dgn
ungkapanنزلت الأية كذا(ayat ini turun berkenaan dgn sekian2) atau انزلت الأية في كذا(ayat ini diturunkan berkenaan dengan sekian2),maka harus dipegang dan diambilkira sebagai sebab sebenarnya ialah riwayat perawi yg pertama.
Riwayat kedua haruslah diterima sebagai kesimpulan yg dibuat perawi drp ayat berkenaan sahaja atau ia hanya merupakan apa yg difahami perawi sebagai perkara yg termasuk dibawah ayat berkenaan shj.
Contohnya ialah riwayat ibnu umar ,kata beliau ,firman allah (نسا ئكم حرث لكم)diturunkan berkenaan dengan menyetubuhi isteri2 pada dubur2 mereka(atsar riwayat bukhari)Sedangkan riwayat Jabir menyebutkan dgn terang bahawa orang2 Yahudi berkata "Anak hasil persetubuhan pada qubul isteri melalui duburnya akan menjadi juling"
Maka Allah menurunkan
firmannya نسا ئكم حرث لكم(hadith riwayat bukhari ,Muslim,Tirmizi ,Abu Daud ,Daarimi dll)
Yang harus diterima sebagai sebab sebenar bg ayat itu ialah apa yg terkandung didlm riwayat Jabir .
Apa yg tersebut didlm atsar Ibnu Umar itu haruslah diterima sebagai kesimpulan yg difahaminya daripada ayat berkenaan sahaja.
BENTUK KETIGA
Beberapa orang perawi menyebut sebab nuzul bg sesuatu ayat atau ayat2 ttt,tetapi masing2 mereka menyebutkan sebab yg berbeza.Isnad salah satu daripadanya sahih,sedang yg lain tidak sahih ,maka yg harus diterima ialah ialah riwayat yg sahih.Contohnya ialah satu riwayat yg dinukilkan daripada Jundup bin Sufyan,kata beliau :"Nabi saw jatuh sakit .Beliau saw tidak dapat bangun (beribadat)selama satu malam atau dua malam.Tiba2 datang seorang wanita,lantas dia berkata ,Wahai Muhamad !aku rasa syaitanmu memang telah meninggalkan mu.Maka Allah swt menurunkan firmanNya:
وَالضُّحَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi waktu dhuha,
-Sura Ad-Dhuhaa, Ayah 1
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
-Sura Ad-Dhuhaa, Ayah 2
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
-Sura Ad-Dhuhaa, Ayah 3
(Atsar riwayat Bukhari ,Muslim dan Ahmad)
Disana terdapat satu lagi riwayat yg menyebut tentang sebab nuzul ayat2 itu.at tabrani ,abu nua'aim dan Ibnu Abi 'Aashim ,menukilkan satu riwayat daripada ibunya ,ibunya pernah berkhidmat kepada Nabi saw,katanya "Seekor anak anjing masuk kedalam rumah nabi saw .Ia kemudiannya mati dibawah katil .Selama empat hari Nabi saw berada dlm keadaan tidak menerima apa2 wahyu .Maka beliau saw bersabda "Wahai Khaulah !Apakah yg berlaku didalam rumah Rasullah saw ?Jibrail tidak datang kepada ku."Jawabnya "Wahai Rasullah ,tidak ada hari sebaik ini ."Lalu beliau saw memakai selimut dan keluar dari rumah .Aku terus terfikir untuk menyapu dan membersihkan rumah.
Apabila aku menghulur penyapundibawah katil ,tiba2 aku berasa semacam ada sesuatu benda berat.Aku pun mengheretnya keluar,rupa2nya ia seekor anak anjing yg mati dibawah katil.Aku membuangnya dibelakang rumah.Apabila nabi saw datang,terus janggut beliau menggeletar.Beliau saw biasanya akan menggeletar bila mendapat wahyu .Pada ketika itu Allah menurunkan wahyu.Pada ketika itu Allah menurunkan firmannya .
وَالضُّحَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi waktu dhuha,
-Sura Ad-Dhuhaa, Ayah 1
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
-Sura Ad-Dhuhaa, Ayah 2
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
-Sura Ad-Dhuhaa, Ayah 3
(hadith riwayat at tabrani didlm mukjam al kabir didlm ma'rifatu as sahabah j.23 m/s 97 ,
Ibnu Abi Aashim-al Aahaad j.6 ms 211)
Didlm sanad hadith ini perawi majhul iaitu Abu Hafsh bin Said al-Quraisy .
Kata al haitsami ,"didlm sanadnya ada orang yg aku tak kenal "
Selain itu ia juga bercanggah dgn hadith sahih.Kata Hafiz Ibnu Hajar ,Ia terdapat didlm at tabrani dgn isnad daripada perawi yg tidak dikenali (majhul),bahawa sebab nuzulnya ialah adanya anak anjing dibawah katil beliau tanpa disedari beliau .Kerana itulah Jibrail tidak datang selama beberapa hari .Kisah lambat datangnya jibrail kepada nabi saw adalah suatu kisah yg masyhur ,tetapi ia yg menjadi sebab kepada turunnya ayat2 itu (3ayat dipermulaan surah ad dhuha),adalah ganjil (غريب)bahkan ia syadz dan tertolak dgn hadith sahih(yg tersebut tadi)
(Lihat fathul baari j8m/s 710)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan