Sambunagn usul ke16
MENGETAHUI SEBAB TURUN AYAT DAN APA2 YG BERSESUIAN DGNNYA.
CARA2 BERINTERAKSI DGN BEBERAPA SEBAB TURUN AYAT .
BENTUK KEEMPAT
Dalam keadaan kedua-dua hadith yg menyatakan sebab turun sesuatu ayat sama sahih ,perlulah dicari sebab yg mentarjihkan salah satu daripada dua sebab tersebut dari luar,seperti
a)mempastikan salah satu daripada dua riwayat itu lebih sahih daripada satu lagi.
(b)perawi salah satu daripada dua riwayat berkenaan terlibat secara langsung dlm peritiwa yg dikatakan sebagai sebab turun ayat.
c)atau lain2 sebab dan alasan yg boleh mentarjihkan salah satu dari dua riwayat.
Contoh ialah hadith yg dikemukakan oleh Ibnu Masud,kata beliau:pernah aku berjalan bersama nabi saw.di Madinah .Baginda bertongkat dgn pelepah kurma (yg tidak berdaun).Ketika kami lalu dihadapan sekumpulan orang2 Yahudi ,sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yg lain,Bagus juga kalau kamu bertanya dia (tentang sesuatu perkara yg agak sulit dan mencabarnya)Lalu mereka bertanya(nabi saw)"Ceritakanlah kepada kami tentang roh "
Nabi saw berdiri sejenak sambil mendongak kepalanya.
Maka fahamlah aku bahawa Baginda sedang mendapat wahyu Baginda membacakan ayat al quran
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
-Sura Al-Isra', Ayah 85
(Hadith riwayat al bukhari,muslim,at tirmizi dan ahmad)
Disana terdapat satu lagi riwayat berhubung dgn ayat yg sama .Ia dinukilkan daripada Ibnu Abbas,kata beliau"Orang2 Quraisy berkata kepada orang2 Yahudi,berilah kepada kami sesuatu yg dapat kami tanya orang ini (nabi muhamad saw)"Kata orang2 Yahudi.
Orang2 Quraisy pun bertanyalah Nabi saw tentangnya .
Lalu Allah menurunkan firmanNya bermaksud
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
-Sura Al-Isra', Ayah 85
(Hadis riwayat tirmizi dan ahmad)
Hadith Ibnu Abbas ini berbeza daripada hadith Ibnu Masud tadi.
Riwayat Ibnu Masud dianggap lebih rajih (kuat)kerana dua alasan
(1)ia lebih sahih daripada Ibnu Abbas,kerana ia terdapat di dlm sahih al bukhari dan Muslim.
(2)Ibnu Masud yg meriwayatkan hadis itu terlibat secara langsung dlm peritiswa yg diriwayatkanya
BENTUK KELIMA:Bentuk kelima ialah kedua-duà hadis sama drp segi kesahihan dan tiada apa2 pula sebab yg mentarjihkan salah satu drpnya.Tetapi kedua2nya boleh dijama' dgn dikatakan tiap2 satu riwayat merupakan sebab bg turunnya ayat ttt secara berasingan.Ini kerana sebab bg turunnya ayat boleh jadi berbilang (tidak satu shj).
Kata Ibnu Taimiyah ,Apabila sesaorang drp mereka (sahabat dan tabiin)menyebutkan sesuatu sebab yg lain bg ayat sama,maka kedua2nya boleh jadi benar sebagai sebab turun,mengambil kira ayat berkenaan turun selepas berlakunya beberapa sebab yg disebut (didlm riwayat yg berbeza2 itu)
(Lihat Ibnu Taimiyah-al fatawa al kubra,j13m/s 340).
Antara contoh yg dpt dikemukakan untuk btk ke5 ini ialah hadis yg diriwayatkan oleh bukhari,ibnu majah dll drp ibnu abbas bahawa Hilal bin Umaiyah telah menuduh isterinya bermukah(berzina)dgn Syarik bin Sahmaa' dihadapan Nabi saw.
Maka nabi saw bersabda"sama ada engkau kemukakan bukti atau belakangmu dipukul kerana menjalani hukuman had".
Kata Hilal ,Wahai Rasullah ,Apabila sesaorang drp kami melihat lelaki bersama isterinya,apakah dia perlu pergi mencari bukti?
Maka Allah swt menurunkan firmannya kepada nabi saw
Surah an nur
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -
-Sura An-Nur, Ayah 6
وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.
-Sura An-Nur, Ayah 7
وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; -
-Sura An-Nur, Ayah 8
وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِنْ كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.
-Sura An-Nur, Ayah 9
(Hadit riwayat bukhari,abu daud,tirmizi,ibnu majah ,ahmad ad daaraqutni,al hakim dll)
Didlm riwayat Sahl bin Saad terdapat satu riwayat lain tentang sebab turunya ayat 6-9 surah annur itu.Katanya,"Umaimir dtg kepada Aashim bin Adi ,katanya tolong tanya Rasullah saw,Apa kata mu tentang seorang laki2 yg mendapati bersama isterinya ada laki2 lain,apakah patut ia membunuhnya ,nanti kamu akan membunuhnya pula,atau apa apa harus dia lakukan".
Maka Aashim bertanya Rasullah saw.Rasullah saw pula mencela yg bertanya.
Aashim memberitahu Umaimir tentang apa yg berlaku.
Lantas Umaimir berkata ,Aku akan terus bertanya
Rasullah saw.
Lalu dia pergi bertemu baginda dan bertanya lagi.
Pada ketika itu Rasullah saw bersabda,"sesungguhnya al quran telah diturunkan tentangmu dan isterimu"
Bacalah hadith seterusnya(hadis riwayat bukhari ,muslim,Abu Daud ,Nasai,Tirmizi,Ibnu Majah,Daarimi dan Malik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan