Sabtu, Oktober 21, 2017

Tafsir asas quran sesi 61.

(Sambungan)USUL KE16-MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA2 YG BERSESUAIAN DGNNYA.

NOTA KULIYAH.

SEBAB RPTURUN AYAT HANYA SATU ,TETAPI AYAT YG TURUN KERANANYA PULA ADA BEBERAPA.

Sebab turun ayat kadang2 ada satu shj ,sedangkan ayat2 yg turun kerananya pula ada beberapa.Keadaan seperti ini juga ada berlaku .Ia merupakan kebalikan bab sebelum ini.Tujuannya boleh jadi untuk memuaskan hati manusia ,boleh jadi juga kerana diperlukan untuk tujuan membimbing mereka,boleh jadi juga untuk menyatakan kebenaran dgn lebih jelas lagi pada ketika2 diperlukan.

Antara contoh bg bab ini ialah hadith yg diriwayatkan oleh Ahmad ,at thabaraani  dll daripada Ibnu Abbas ,kata beliau ,pernah Rasullah saw duduk dibwh naungan rumahnya ,tiba2 Baginda bersabda "nanti akan dtg kepada mu orang yg akan melihat mu dgn dua mata syaitan.Bila dtg,jgn kamu bercakap dgnnya.Tidak lama kemudian dtglah seorang lelaki yg biru warna dua matanya.Rasullah saw terus memanggilnya dan bertanya,"Kenapa engkau dan kawan2mu mencerca aku?".Orang itu pergi lalu membawa datang kawan2nya .Mereka lantas bersumpah dgn nama Allah bhw mereka tidak berkata begitu,sehingga akhirnya Nabi saw memaafkan mereka .Maka Allah menurunkan firmanNya yg bermaksud
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ مَا قَالُوا وَلَقَدْ قَالُوا كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُوا بَعْدَ إِسْلَامِهِمْ وَهَمُّوا بِمَا لَمْ يَنَالُوا ۚ وَمَا نَقَمُوا إِلَّا أَنْ أَغْنَاهُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ مِنْ فَضْلِهِ ۚ فَإِنْ يَتُوبُوا يَكُ خَيْرًا لَهُمْ ۖ وَإِنْ يَتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ عَذَابًا أَلِيمًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَمَا لَهُمْ فِي الْأَرْضِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.
-Sura At-Tawbah, Ayah 74
(Hadith riwayat at thabaraani,Ahmad dan al maqdisi didlm al-Ahaaditsul Mukhtarah)

Ahmad,at thabaraani dan al-haakim juga mengemukakan hadith diatas,tetapi ayat al-quran yg disebut mereka sebagai diturunkan kerananya bukanlah ayat 74 surah at taubah,sebaliknya dua ayat berikut,

يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا فَيَحْلِفُونَ لَهُ كَمَا يَحْلِفُونَ لَكُمْ ۖ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ ۚ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْكَاذِبُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.
-Sura Al-Mujadila, Ayah 18
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
-Sura Al-Mujadila, Ayah 19
(Hadith riwayat Ahmad ,at thabaraani dan al-haakim)

Antara contoh dibawah bab ini yg dikemukakan oleh as-suyuti ialah hadith yg diriwayatkan oleh at-tirmizi dan al-haakim daripada Ummu Salamah bahawa beliau berkata
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ ۖ بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ ۖ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 195

Haakim dll mengemukakan juga riwayat drp Ummi Salamah bahawa beliau berkata,pernah aku bertanya Rasullah saw kataku,"Engkau menyebut (tentang)orang2 lelaki (shj),tidak orang2 perempuan.
Maka diturunkanlah ayat ini,maksudnya:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 35

Dan ayat dibawah ini juga diturunkan,bermaksud "Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dgn firmanNya)
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ ۖ بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ ۖ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 195

Tirmizi ,AbuYa'la,Haakim dll juga mengemukakan lagi riwayat daripada Ummu Salamah bahawa beliau berkata"(Kenapa)orang2 lelaki sahaja (boleh)berperang,orang2 perempuan tidak .Dan kami (orang2 perempuan)hanya mendapat pusaka separuh .

Maka Allah menurunkan firmanNya,yg bermaksud ,
"Dan jangan lah kamu terlalu mengharap (ingin mendapat)limpah kurnia yg Allah telah berikan kepada sebhg dari kamu (untuk menjadikan mereka )melebihi sebhg yg lain(kerana harta benda ,ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran).
(kerana harta benda ,ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran)orang2 lelaki ada bhg dr apa yg mereka usahakan,dan orang2 perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan,dan orang2 perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan.(maka berusahalah kamu)dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap2 sesuatu tiap2 sesuatu.
An nisa 32
(Lihat as suyuti -al Itqaan fi ulumil quran jil1 m/s 45)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan