Sabtu, Oktober 21, 2017

Tafsir asas quran sesi 60.

Sambungan usul ke16
MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA2 YANG BERSESUAIAN DENGANYA.

CARA2 BERINTERAKSI DENGAN BEBERAPA SEBAB TURUN AYAT DAN APA2 YG BERSESUAIAN DENGANYA-BENTUK KEENAM

Bentuk ke 6 ialah keadaan di mana beberapa peristiwa tidak mungkin di jamak sebagai sebab nuzul bg ayat ttt.Ini kerana jauhnya zaman masing2 drp peristiwa2 itu berlaku .Riwayat2 yg mengemukakannya pula lebih kurang sama taraf kesahihannya.Dalam keadaan ini ayat yg dikaitkan dgn peristiwa2 ttt sebagai sebabnya hendaklah dianggap telah diturunkan beberapa kali.
Antara contohnya ialah hadith  yg diriwayatkan oleh al Musaiyab,kata beliau ."Ketika Abu Talib hampir meninggal dunia ,Rasullah saw masuk menemuinya.Pada ketika itu Abu Jahal dan Abdullah bin Umaiyah ada dekat Abu Talib.
Nabi saw berkata ,Wahai Pak Cik ,ucaplah لا إله إلاالله
supaya dapat aku membela mu denganya dihadapan Allah.Maka Abu Jahal dan Abdullah berkata "Wahai Abi Talib ,apakah engkau tidak suka  kepada agama Abdul Mutalib?"
Mereka berdua terus bercakap2 dengan Abu Talib sehinggalah dia berkata "Aku berada diatas agama Abdul Mutalib.
Pada waktu itu Nabi saw  berkata ,"Aku pasti akan beristighafar untuk mu selagi aku tidak ditegah".
Maka turunlah ayat yg bermaksud :
"Tidaklah dibenarkan bg Nabi dan orang yg beriman ,meminta ampun bg orang2 musyrik ,sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri mn ,sesudah nyata itu adalah ahli neraka (at taubah 113)
(Haditi riwayat bukhari ,muslim,nasai,ahmad,hakim dll)

Didlm riwayat2 lain pula tersebut dua lagi sebab bg turunya ayat 113surah at taubah tadi.

1) hadith yg dikemukakan oleh at tirmizi dll drp ali.
At-tirmizi menghasankannya.
Kata Ali ,Pernah aku mendengar seorang beristighar  untuk ibubapanya yg musyrik.
Terus aku bertanya,"Engkau beristighafar untuk kedua ibubapa mu yg musyrik?"
Orang itu berkata ,"Ibrahim juga  telah beristighafar untuk bapanya yg musyrik"
Maka aku sebutkan hal itu (ayat 113 surah at taubah)
(Hadith riwayat at tirmizi ,an nasai,ahmad,hakim dll)
2)Hadith yg dikemukakan oleh Haakim dll daripada Ibnu Masud .Kata beliau "Pernah pada suatu hari Nabi saw pergi ke perkuburan .Lalu baginda duduk dekat dgn nya,kemudian menangis .Selepas itu Rasullah saw bercerita"Sesungguhnya kubur yg aku duduk dekat dengannya tadi adalah kubur ibuku .Sesungguhnya aku meminta izin kepada Tuhanku  untuk mendoakannya,tetapi Tuhan tidak mengizinkan ku .Lalu Allah menurunkan kepada ku,ayat berikut yg bermaksud,"Tidaklah dibenarkan oleh nabi dan orang2 yg beriman ,meminta ampun bg orang musyrik ,sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri ,sesudah nyata bg mereka bahawa orang2 musyrik  sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri ,sesudah nyata bg mereka  bahawa orang musyrik itu ahli neraka(at taubah :113)
(Hadith riwayat al haakim dan abdur razzaaq didlm mushabnnafnya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan