Selasa, Oktober 24, 2017

Tafsir asas quran sesi 54.

USUL KE16
MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA2 YG BERSESUIAN DENGANNYA.

Maka usul ini ialah pemahaman yg betul tentang sebab turun ayat.Perbincangan yg menarik dan mendalam berhubung dgn persoalan ini telah dikemukakan oleh Syah Waliyullah didlm kitab Usul Tafsirnya,al-Fauzul Kabir.Hakikatnya al quran itu diturunkan sebagai panduan dan pedoman buat manusia hingga ke hari  kiamat.Oleh itu,apabila anda membaca al quran ,anda perlulah memahami beberapa perkara berikut:

(a)pemgajaran  dan iktibar tidak hanya diperlukan oleh individu ttt shj.Tidak juga ia khusus dan terikat dgn zaman dan masyarakat ttt shj.

(b)Hakikat mengetahui sebab nuzul ialah mengetahui keadaan yg bersesuaian dgnnya.Ia boleh jadi berupa peristiwa yg berlaku dizaman nabi saw,sebelum baginda,selepas baginda,juga peristiwa yg berlaku dizaman moden ini dan seterusnya hingga kehari  kiamat.Mempelajari sebab nuzul bererti berusaha mengetahui apakah lagi  perkara atau peristiwa yg boleh termasuk dibawahnya?
Siapakah lagi orang yg tepat denganya dan apakah pula akibat dan hukumnya menurut al quran?

(c)Pengetahuan tentang sebab turun sesuatu ayat adakalanya diperlukan untuk mengetahui latar belakang yg menyebabkan ayat berkenaan diturunkan?Tanpa mengetahuinya tidak mungkin  itu dapat difahami dgn betul.contohnya firman allah

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ ۖ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا ۚ وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 158

(d)pada kebanyakan tempat,kisah2 lama yg merupakan sebab turun bg ayat tidak disebutkan.Ia sengaja tidak  disebutkan.Ia sengaja tidak disebutkan kerana sememangnya tidak diperlukan untuk mendapat pengajaran dan pedoman daripadanya.

(d)Bukanlah yg dimaksudkan dgn نزلت في كذا(ayat ini telah turun berkenaan dgn sekian2)itu orang ttt atau peristiwa ttt semata2.Malah umum lafaznya yg diambil kira.

(f)Pujian dan celaan yg terletak dicelah2 cerita dan kisah tentang sesaorang atau sesuatu golongan manusia tidak seharusnya difahami khusus dgn mereka  semata2.Ia juga merangkumi semua orang yg mempunyai sifat2 yg sama dgn orang2 yg dipuji atau dikeji allah didlm firmanya yg diturunkan

(g)Apabila sesuatu ayat atau sesuatu surah dikatakan turun dua kali atau beberapa kali,maka ia bererti ayat atau surah itu sesuai diterapkan paa beberapa peristiwa yg berbeda dan ada kaitan dgn kesemuanya.

Ayat2 jihad dan perang tidak akan diturunkan sekiranya tidak ada kezaliman dan kekejaman didunia ini.Jihad dan perang menurut Islam bukan dilancarkan untuk menumpaskan darah dan menjajah,malah maksud sebenarnya ialah untuk membebaskan manusia drp cengkaman kezaliman,penindasan dan pemusnahan yg bermaharajalela dimana2.

Adanya penyelewangan dan eksplotasi ekonomi dlm masyarakat merupakan sebab bg turunya ayat2 berhubungan dgn perekonomian dan tatacara kewangan.Wujud kehidupan tidak bermoral ,kebiadapan dan pelbagai kerosakan dlm masyarakat merupakansebab bg penurunan ayat2 tentang akhlak yg mulia,sivik dan adab2 pergaulan yg luhur,Adanya kerajaan yg zalim dan pemerintahan kuku besi merupakan sebab bg penurunan ayat2 hukum dan ayat2 tentang keadilan.

Jika tidak ada kegelapan,cahaya tentu tidak diperlukan.Rawatan dan ubat-ubatan tentu sekali  tidak diperlukan jika tak aa penyakit an pesakit.
Pembersihan dan penyucian baru diperlukan apabila ada kekotoran dan kecemaran.Memasang lampu diwaktu siang yg terangbenderang ,menghulurakan  ubat untuk dimakan atau diminum oleh orang yg sihat danmengalirkan air ditempat yg memang sudah bersih adalah perbuatan sia2 dan tidak berfaedah.Seorang manusia biasa yg cerdik pun tidak akan melakukan perkara2 yg sia2 seperti itu.
Apatah lagi Tuhan yg Maha Bijaksana,Tuhan yg telah mencipta manusia dan alam semesta dgn teguh ini,jauh sekali untuk diterima ada melakukan sesuatu dgn sia2,tanpa sebab dan tanpa sebarang tujuan!

SEBAB TURUN YG KHUSUS

Peristiwa khusus yg menyebabkan turun sesuatu ayat itu mungkin berupa:
(1)perbalahan atau perselisihan yg berlaku dikalangan orangramai.Sebagai contoh pernah berlaku perselisihan dan ketegangan diantara dua kumpulan orang2 ansar iaitu aus dan khazraj,akibat hasutan orang2 Yahudi.
Maka Allah menurunkan ayat2 berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 100

وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنْتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ ۗ وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 101

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 102

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 103

Tujuan ayat2 itu diturunkan ialah untuk mengingatkan umat islam agar berwaspada terhadap hasutan dan fitnah yg ditimbulkan oleh Ahli Kitab(Yahudi dan Nasara).Ia juga bertujuan mengancam mereka drp perselisihan dan perpecahan,selain mengalakkan mereka supaya bersatu padu dan bersaudara.

(2)Kesilapan yg teruk yg berlaku dlm sesuatu perbuatan atau pekerjaan sesaorang .Lalu Allah menurunkan firmanNya untuk membetulkan kesilapan itu dgn menyatakan hukumnya.
Keadaan seperti itu pernah berlaku kepada salah seoarng sahabat yg tersasul dlm bacaan surah al kafirun ketika seang bersembahyang kerana mabuk .
Maka turunlah ayat berikut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
-Sura An-Nisa', Ayah 43

(3)Kehendak dan harapan sesaorang terhadap sesuatu perkara.Keadaan ini pernah menjadi beberapa kali kepada sayyidina Umar.Kehendak dan harapan beliaulah yg menjadi latar belakang kepada penurunan beberapa firman allah didlm alquran.Beliau sendiri diriwayatkan telah berkata,"Kehendakku telah menepati kehendak Tuhanku pada 3perkara.
Pernah aku berkata:"Wahai Rasullah !Alangkah baiknya kalau kita menjadikan makam Ibrahim sebagai temapt (permulaan untuk solat)"
Maka turunlah  albaqarah:125
Bermaksud ...Dan jadikanlah maqam ibrahim sebagai tempat(permulaan untuk solat)al baqarah :125.

Aku pernah berkata "wahai Rasullah !Sesungguhnya isteri2mu didtgi orang baik dan jahat.
Alangkah baiknya kalau engkau suruh mereka berhijap.Maka turunlah ayat hijab.
Kerana didorong perasaan cemburu,para isteri Rasullah saw beekumpul dihadapan Baginda  saw.Maka aku katakan kepada mereka
عسى ربه ان طلقكن أن يبدله أزوأجاخيرأ
Lalu firman allah turun seperti yg aku katakan itu
(Hadith riwayat al Bukhari dll)

😃

M/s 150
Nota ke10
Usul yg ke16
Sebab turun ayat dan apa2 yg berkaitan dgnnya.
Yg dikemukakan oleh syeikh waliyulllah dlm tafsir fauzulkabir.
Intisari perbincangan sebab2 nuzul.
a.pengajaran dan iktibar
Ada latar belakannya tetapi bukan untuk orang ttt shj.
Yg diambilkira umum lafaz bukan sebab khusus.
b. Hakikat mengetahui sebab nuzul.
Ada peristiwa sebab turun
Contoh lian.nama pun disebut.
Tuduh isteri berzina.tiada saksi sebat 80rotan
Bg suami sumpah lian,tiada sebat.
Putus hubungan dan tidak boleh bernikah sampai bila2.
Dalam hadis ini peristiwa khusus,tapi ini adakah khusus untuk yg terlibat sahaja?
Tak,juga untuk orang lain
Kalu hadis,dipanggil wurud,latarbelakang sebab hadis dikeluarkan ,kenapa atau tiba2 nabi kata demikian?
Kenapa Nak tahu sebab nuzul?
Mengetahui keaapdaan yg bersesuaian dgnnya,ia boleh jadi peristiwa yg berlaku dizaman nabi saw ,sebelum baginda ,selepas baginda juga peristiwa yg berlaku dizaman modnpen ini dan sehingga kehari qiamat.
Mengetahui sebab nuzul bererti mengetahui apakah perkara yg boleh termasuk dibawah ayat itu.ada peritiwa yg berlaku dizamn tabiin tapi berkaitan dgn ayat itu padahal sebab turun yg asal ayat itu peristiwa lain.
Siapakah yg terlibat dan apakah Akibat menurut hukum alquran.
c.Pengetahuan sebab nuzul diperlukan untuk memahami ayat itu .tanpa tahu sebab nuzul tak mungkin dapat difahami contoh albaqarah,158
فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا
maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya.
d.Pada kebanyakan tempat kisah2 lama merupakan sebab turun ayat tidak disebutkan.ia sengaja tidak disebutkan kerana untuk mendapat pengajaran dan pedoman daripadanya.cerita zaman nabi dan sebelumnya.
Contoh ,cerita orang yg kurniakan ayat2 allah tapi tak pakai ,orang ini teruk syaitan ikut,... dia yg gila dunia dimana2 zaman.
Bal am bin bauro,tapi tak kira.
Tak guna harta untuk cari akhirat .
e.jgn ingat untuk orang tertentu shj.
Padahal sifatnya.
Sesiapa sahaja yg bersifat dmkn.
Musuh boleh dilihat orang yg bercakap sentiasa menyakitkan hati.

Apa itu sebab nuzul?
Nuzul=turun ayat
Peristiwa yg menyebabkan turunnya ayat itulah dipanggil nuzul
Sebab nuzul yg umum atau keseluruhan ialah  sebab  kegelapan kesyirikan,kekufuran, kesesatan ,kejahilan yg mengelubungi bumi dizaman nabi
Nak hapuskan itu semua.
Sebab itu quran dipanggil cahaya.
Kenapa ada mlm dan Siang?
Pentingnya cahaya.
Antara 2 yg berbeza itulah.
Sakit&sihat
Jahil&ilmu
Zalim&Adil
Quran boleh bimbing kita dlm perkara2 ini.inilah penyelamat.
Kegelapan:zalim,sakit,jahil
Cahaya:keadilan,sihat,ilmu
Sifat nifaq
Ayat2jihad:kezaliman,kekejaman,penindasan,pemusnahan.......ini juga sebab nuzul .

Ayat2 ekonomi:riba dan penindasan,perjudian...berlaku juga penyelewengan ..jgn makan harta dgn cara tak betul.
Ada quran tapi masih ramai yg sesat,tentu ada yg tak kena.

Sebab2 turun yg khusus.
1.Perbalahan orang ramai,
Contoh aus dan khazraj
Yahudi melaga2kan mereka.
2.Memahami perintah dan larangan.
Haram arak selepas tahun ke2hijrah.
Dah tertukar bacaan,aku sembah apa yg kamu sembah,baru diharam arak.
Junub pun tak boleh solat kecuali mandi atau tayamun jika tiada air
3.kehendak dan harapan sesaorang
Muawafaqat umar.
Maqam ibrahim jadi tempat solat
Hijab untuk isteri nabi sebab yg dtg jumpa berbagai jenis orang.
Isteri nabi boleh diganti jika nabi mahu.
Salah faham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan