Selasa, Oktober 24, 2017

Tafsir asas quran sesi 63.

Sambungan usul ke16
MENGETAHUI SEBAB TURUN AYAT DAN APA2 YG BERSESUAIN DENGANYA.

BEBERAPA PERINGATAN BERHUBUNG DENGAN SEBAB NUZUL.

(2)Adakah umum lafaz  yg diambil kira atau khusus sebabnya?Pandangan ulamak usul berbeza2 dlm masalah ini.Mereka terbahagi kepada 3golongan.
1.Golongan Jumhur .Mereka berpendapat yg diambil kira umum lafaz.
2.Yg diambil kira ialah khusus sebabnya.
3.Perlukan perincian.

Secara ringkasnya dapatlah dikatakan ayat2 yg diturunkan berhubung dgn sesuatu peristiwa dan ada sebabnya terbahagi drp segi  umum dan khususnya kepada 4 bhg berikut:
(1)Ayat2 yg turun khusus berkenaan dgn orang ttt.Namanay bahkan disebutkan.Ayat2 seperti ini berdasarkan ijmak memang khusus dgn orang berkenaan.Ia tidak melarat(diperluaskan)kepada orang lain.Contohnya ialah firman Allah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
-Sura Al-Masad, Ayah 1
Ayat ini sememangnya turun khusus berkenaan Abu Lahab.Didlmnya tersebut ancaman yg dasyat kepadanya.Namanya juga disebut dgn jelas.Oleh itu orang2 lain tidak termasuk dibawah ayat2 ini.
(2)Ayat2 yg tersebut didlmnya ciri2 dan sifat2 khusus bg sesaorang,satu kumpulan atau perkara ttt tanpa disebut namanya dgn terang .Bagaimanapun ada tanda2 dan petunjuk2 yg mengisyaratkan kepada orang,kumpulan atau perkara ttt,maka ayat2 seperti ini juga dikira khusus  dgn orang,kumpulan atau perkara berkenaan sahaja menurut ijmak ulamak.Ia tidak merangkumi orang2 lain,meskipun mereka juga mempunyai ciri2 dan sifat2 khusus yg sama dgn orang,kumpulan atau perkara yg sememangnya dimaksudkan.Antara contohnya ialah firman allah berikut:
وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
-Sura Al-Layl, Ayah 17

الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
-Sura Al-Layl, Ayah 18

Al -imam as-Sayuti berkata,"Dua ayat diatas diturunkan berkenaan dgn Abu Bakar menurut ijmak ulamak.
Imam ar-Razi  bahkan berdalil dgnnya,disamping firman Allah swt berikut:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
-Sura Al-Hujurat, Ayah 13
Bahawa Abu Bakar adalah manusia yg paling afdal selepas Rasullah saw.Adalah keliru orang yg memakai ayat diatas untuk orang2 lain juga,meskipun ia mendermakan juga hartanya seperti Abu Bakar dgn tujuan membersihkan diri dan harta bendanya.Ini kerana perkataan yg digunakan didlm ayat diatas tidak memberi erti  umum.Ia menurut kaedahnya hanya memberi erti khusus.(lihat al-itqaan fi ulumil quran j.1 m/s 40)

(3)Ayat2 yg sememangnya turun berkenaan dgn suatu peristiwa ttt,tetapi lafaznya memberi erti umum.Selain itu ada pula dalil lain yg menunjukan ia memang memberi erti umum.Tidak khusus dgn peristiwa yg merupakan sebab asal turunya.Berhubung dgn ayat2 seperti ini,para ulama berijmak tentang ia melarat kepada yg selain sebab asalnya.Antara contohnya ialah ayat zihar yg pada asalnya diturunkan berhubung dgn peristiwa Salamah bin Shakhr.
Ayat lian yg pada asalnya turun berkenaan dgn Hilal Bin Umaiyyah dll lagi.Semua ahli ilmu mengatakan,ayat2 itu meskipun ada sebab khususnya,namun ia tidak khusus dgn orang2 yg terlibat dlm peristiwa asal yg merupakan sebab bg turunnya ayat2 berkenaan.Hukum yg tersebut didlmnya umum untuk semua orang yg mempunyai kriteria yg sama.

(4)Ayat2 yg ada sebab turunnya yg khusus,atau ia turun bersempena peristiwa2 ttt,tetapi lafaznya memberi erti umum.Tidak ada pula perkara yg memalingkan daripada  erti umumnya ,maka berhubung dgn ayat2 seperti ini terdapat perbezaan pendapat dikalangan ahli ilmu.Ada yg menyatakan yg diambil kira ialah sebabnya khusus,bukan lafaznya yg umum.Maksudnya ialah lafaz ayat diikat mereka dgn peristiwa yg menyebabkan ia turun.Adapun perkara2 lain seumpamanya,maka hukumnya tidaklah diketahui daripada  ayat berkenaan,sebaliknya ia diketahui melalui dalil2 yg lain.
Jumhur ulamak pula mengatakan ,yg diambil kira ialah lafaznya yg umum.
Hukum yg terdapat didlmnya merangkumi semua oarng yg mempunyai kriteria yg sama dgn orang yg terlibat dlm peristiwa asal yg merupakan sebab bg turunya ayat berkenaan.Ringkasnya bg mereka,ayat yg sama juga merupakan sumber hukum untuk orang2 lain.Hukum untuk mereka tidak perlu dicari dari sumber yg lain lagi.Kalau ada pun dalil lain,maka ia tidak lebih drp penguat dan penyokong kepada dalil yg sudah sedia ada didlm al quran
Surah mujadalah ,ayat tentang zihar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan