Sabtu, Oktober 28, 2017

Usul dirayat 2(sesi 3).

Usul dirayah hadits yg kedua
Usul 2
Riwayat2 yg tidak sesuai dgn kedudukan nabi kita Muhamad saw dan menga'ibkan baginda saw.Antara contoh yg dapat dikemukakan untuk usul ini ialah:

Contoh pertama:
Nabi saw dikatakan telah bermalam di rumahUmmu Hani' pada malam sebelum Isra Mikraj sebelum Baginda dibawa mengembara ke Baitul Maqdis dan seterusnya kelangit.
"Ibnu Ishak berkata,"Antara kisah yg sampai  kepada saya drpmUmmu Hani bt Ali Talib berhubung dgn Israa' Rasullah saw ialah beliau menceritakan,"Rasullah saw tidak diisra'kan melainkan ketika baginda saw berada dirumahku.Bàginda saw tidur disampingku pada malam itu dirumah ku.Mula2 Baginda saw bersolat Isya' kemudisn tidur.Kami pun turut tidur.Sebelum fajar Rasullah saw telahpun mengejutkan kami lalu bersolat subuh.Kami pun bersolat bersamanya"
Setelah itu Rasullah saw bersaba ,"Wahaia Ummu Hani,Malam tadi saya telah bersolat bersama kamu seperti yg kamu tahu di wadi ini.Selepas itu saya pergi ke Baitul Maqdis dan bersolat disana dan sekarang saya bersolat Subuh bersama kamu seperti yg kamu saksikan."
Setelah itu Rasullah saw bangkit untuk keluar.
Aku pun memegang hujung selimut Baginda saw maka tersingkap perut nabi saw bagaikan kain qibti yg berlipat lalu aku pun berkata kepada baginda saw,"Wahai nabi allah!Janganlah engkau ceritakan perkara ini kepada orangramai,nanti mereka akan mendustakan engkau dan menyakitimu"Baginda sa berkata ,"Demi Allah Aku tetap akan menceritakannya kepada mereka"Ummu Hani berkata"Aku pun memerintahakan seorang sahaya perempuanku keturunan Habsyi,"Eh Ikutilah Rasullah saw supaya engkau dapat mendengar apa yg disampaikanya kepada orangramai dan apa pula reaksi mereka terhadap keterangan Baginda"
Dan seterusnya...
Bila Rasullah saw keluat kepada orangramai,Baginfa saw terus menceritakan kepada mereka.
Mendengar cerita Baginda saw itu ,mereka kehairanan lalu bertanya,"Apakah bukti kepada keteranganmu wahai Muhamad? Sesungguhnya kami tidak pernaj mendengar cerita seumpama ini"

Komentar:
a)Kisah yg dikemukakan oleh Ibnu Ishak di dlm riwayat diatas memuatkan banyak perkara yg menunjukan kepalsuannya.Disamping ia menepati beberapa usul dirayah lain yg menunjukan dgn jelas tentang kepalsuannya,ia juga memuatkan usul yg sedang kita bicarakan ini.Riwayat ini benar2 tidak sesuai dgn kedudukan nabi muhamad saw dan mengaibkan Baginda,kerana Rasullah saw dikatakan telah brpermalam dirumah musuh ketatnya Hubairah dan telah berlsku adengan2 romantis diantara Baginda dgn isteri Hubairah,Ummu Hani binti Abi Talib(untuk lebih terperinci sila lihat pengarang buku bertajuk "Ibnu Ishak-Peranannya dlm penyebaran fahaman syiah di kalangan ummah" m/s 45-47

Contoh kedua.
Nabi saw dikatakan telah menamakan anak sulungnya dgn khadijah abdil uzza.
Alasan ialah hadits berikut:
Maksudnya:Hisyam bin Urwah berkata,
"Rasullah saw telah mendapat dua orang anak lelaki dgn khadijah semasa di mekah iaitu Abdul Uzza dan Al-Qasim.Kedua2nya meninggal dunia sebelum Islam(sebelum nabi kita muhamad saw dilantik mrnjadi Rasul)
Komentar
a)Berdasarkan riwayat ini nabi saw telah melakukan syirik dlm penamaan anak lelakinya.Ini kerana Uzza adalah nama satu berhala yg disembah oleh orang2 kafir quraisy ,Abdul Uzza bererti hamba uzza.

Contoh ketiga
Rasullah saw dikatakan pernah hendak  membunuh diri dgn cara mencampakkan diri(terjun)dari atas puncak bukit.
Dibawah kitab at-ta'bir didlm sahihnya,imam bukhari mengadakan satu bab bertajuk...
kemudian beliau bawakan riwayat dgn sanadnya drp Aaishah tentang bgmn wahyu pertama kali turun kepada Rasullah saw.Di bhg akhir hadits berkenaan tersebut:
Bermaksud :Wahyu tidak turun lagi untuk untuk beberapa lama hingga nabi saw menurut berita yg sampai kepada kami-dirundung kesedihan yg membuat beliau berulang kali  ingin terjun dr puncak bukit .Setiap kali  beliau berada dipuncak bukit untuk mencampakan  diri,Jibrail menampakan diri kepada beliau lalu berkata,
"Wahai Muhamad,Sesungguhnya engkau benar2 seorang  utusan Allah,"
Mendengar itu,hati dan jiwa beliau tenang dan beliau pun pulang.
Lantas bila wahyu kembali berhenti lama,beliau melakukannya lagi.Dan ketika beliau telah berada dipuncak bukit,jibrail menampakan diri lalu berkata seperti diatas.

Komentar
a)perbuatan membunuh diri adalah dosa besar menurut islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan