Sabtu, Oktober 28, 2017

Usul dirayat 1 (sesi 2).

Usul dirayah hadits (mengenal hadits palsu dan dhaif)
Usul 1
Hadits2 yg bercanggah dgn kebesaran allah swt dan menyerupakanNya dgn makhluk seperti berjisim,berkaifiyat dansebagainya,kecuali apa yg tersebut didlm al-quran dan tsabit didlm hadits sahih.Setelah diisbatkan,ia sama ada ditafwidhkan(diserahkan hakikat maknanya kepada allah)atau ditakwilkan,jika ada ruang dan alasan2 yg kukuh membolehkannya ditakwil,disamping diyakini bahwa allah tidak menyerupai sesuatu apapun daripada makhlukNya.

Antara contoh yg sesuai dikemukakan untuk usul(1) ini ialah riwayat2 berikut:

Contoh 1
Maksudnya:Sesungguhnya Ibnu Umar telah menghantar sesaorang kepada Ibnu Abbas untuk bertanya beliau begini:"Adakah (nabi Muhamad saw telah melihat Tuhannya?"
Ibnu Abbas menjawab ,"Ya"Baginda telah melihatNya (duduk)diatas kerusi emas yg dipikul ole 4 malaikat.Yg pertama dlm rupa seorang lelaki ,yg kedua dlm rupa singa,yg ketiga dlm rupa lembu jantan dan yg keempat dlm rupa burung nasar dlm sebuah bilik hijau berhamparkan emas.
Komentar
(a)riwayat ini termasuk didlm senarai "tafarrudaat Ibnu Ishak",iaitu riwayat yg hanya  dikemukakan oleh Ibnu Ishak shj.Berdasarkan riwayat2 seperti inilah para ulamak telah menganggap Ibnu Ishak sebagi pendusta dan seorang Mujassimah.Sedia dimaklumi bahawa tafarudaat Ibnu Ishak tertolak tidak boleh dipakai dan dipertanggungjawabkan.
(b)Ia munqathi(setiap hadis yg sanadnya terdapat satu perawi yg terputus atau mubhan-rawi yg tidak disebut namanya)kerana tidak diketahui,siapakah yg dihantar Ibnu Umar untuk pergi bertanya Ibnu Abbas.
(c)Riwayat ini jelas menyerupakan Allah dgn makhluk.Pada hal Allah telah berfirman tentang  dirinya didlm al quran bermaksud:
Tiada suatupun yg serupa dgnNya(as syura:11)
Dan tidak ada sesiapapun yg serupa dgnnya(al khlas:4).
Maka jelaslah palsunya riwayat2 ini kerana bercanggah dgn keterangan al quran.
(d)riwayat2 seperti ini tentunya hasil rekaan golongan Mujassimah dan Musyabbihah yg mempercayai Allah berjisim dan menyerupai makhlukNya.

Contoh 2
Maksudnya:Ibnu Abbas meriwayatkan,katanya:Rasulllah saw bersabda:"Sesungguhnya Allah turun pada tiap2 malam Jumaat ke dunia bersama 600,000malaikat.Dia duduk diatas kerusi drp cahaya.Dihadapannya ada sekeping lauh drp yakut(permata delima)merah.Didlmnya tercatat nama2 orangyg mengisbatkan ru'yah(dapat melihat Allah),kaifiyat(Allah) dan shurah(rupa bentuk Allah)dari kalangan umat Muhamad saw.Maka Allah berbangga dgn mereka kepada para malaikat seraya berkata:"Mereka inilah hamba2ku yg tidak mengingkari sifat2 Ku dan menegakkan  sunnah Nabiku.
Mereka tidak takut kerana Ku celaan yg mencela.Aku jadikan kamu wahai para malaikatKu sebagai saksi:"Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu,pasti Aku akan memasukan mereka kedlm syurga tanpa hisab"
Komentar
(a)Setelah mengemukakan riwayat diatas bersama2 sanadnya Imam Ibnu al-Jauzi mengulas begini"Hadis ini maudhu"Semoga Allah melaknat perekanya dan tidak mengasihaninya,kerana dia adalah seorang yg paling hina dari kalangan golongan Musyabbihah dan paling jelik keparcayaannya.Saya percaya perkara seumpama ini  tidak akan dinyatakan kecuali oleh pelampau2 musyabbihah yg tidak pernah duduk bersama2 mana2 orang alim.Hadits ini adalah hasil rekaan Abias-Sa'adaat.
Sesungguhnya dia dikatakan berfahaman sesat ,suka bergaul dgn orang2 yg tak dikenali sebagai tokoh dlm beragama dan tidak mengambil berat tentang agama.Dia telah mereka satu peribadi al-Karukhi dan mengemukakan namanya.Pada hal al-Karuki sseorang yg langsung  tidak dikenali tokoh2 hadits.Allah sesungguhnya telah memelihara orang2 seperti at-thabarani dan juga perawi2 diatasnya drp mengemukakan hadits2 seperti ini.

Contoh 3:
Maksud:Aku telah melihat Tuhan ku diMina menaiki unta kelabu.Dia memakai jubah drpbulu bebiri dihadapan orang ramai
Komentar
(a)Mulla'Ali  al-Qari berkata,"Hadits ini maudhu,tiada asalnya".Iman adz-Dzahabi menceritakan,"Kata Abu al-Qasim Ibnu Asaakir,orang yg  dituduh mereka hadits ini ialah al-Ahwaazi.Abu al-Fadlh Ibnu Khairuun menganggapnya sebagai seorang yg lemah.Hafiz Abu Bakar al-Khatib mengatakan dia seorang pendusta besar dlm hadits dan qira'at kedua3 sekali.Ibnu Asaakir di dlm Tabyiin Kazibi al- Muftari"menulis :"Tidak hairanlah jika orang jahil pun mendustakan apa sj cerita yg dikemukakan olehnal-Ahwaazi ini,kerana dia adalah antara yg paling pembohong dlm mengemukakan qira'aatnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan