Selasa, Jun 26, 2018

Daurah tafsir darulkausar sesi 11

11.hud(123)
12.yusuf(111)
13.ar rad(43)
14.ibrahim
15.al hijr
16.an nahl
17.al isra
18.al kahf
19.maryam
20.taha

Surah Ar rad.
Dari segi tertibnya surah yg ke13 dlm tertib kitabi atau quran atau mas'uf yg ada pada kita.
Bilangan ayat 43
Bilangan rukok 6
Surah Makkiyah
Tertib turun yg 96
Bilangan paragraf  3
Paragraf 1ayat 1-18 mengandungi seruan islam kepada aqidah dan kepercayaan pada hari akhirat adalah benar atau berkisar disekitar ini.
Paragraf 2 ayat 19-29 orang yg menerima tauhid  bijak cerdik dan berakal dan orang musyrik bodoh.
Paragraf 3 Ayat 30-43 iaitu kesudahan orang yg beriman dan bijaksana lagi berakal dan baik.

Mesej utama didlm surah ini.
1.orang2 yg menerima aqidah tauhid dan hari akhirat yakni aqidah tentang adanya hari akhirat dan menerima alquran dr muhamad adalah ulul albab.
2.Orang2 yg tidak menerima aqidah tauhid dan hari akhirat dan selain jahat mereka juga bodoh.
3.Pertentangan yg berlaku diantara mereka adalah pertentangan diantara hak dan batil.bukan pertentangan diantara salah dan betul shj.tetapi pertentangan antsra benar dan batil.kalu syirik tu batil ,hak itu benar.
4. Kalu sifat mereka berbeza dlm kehidupan ini kesudahannya juga berbeza.Itulah kesimpulan.hasil yg masing2 mereka dapat tak sama.
Itulah mesej utama surah ar rad

Kita tengok pula ,Zaman turun surah ni.
Surah yg ke13 ,Turun kepada rasullah  diperingkat akhir kehidupan baginda dimekah iaitu peringkat ke 4 zaman rasullah saw berada dimekah.kiranya turun sbgmn dlm quran ini no.13selepas yusuf yg ke12,secara keseluruhannya bukan setiap ayat.
Ketika itu perancangan jahat orang2 kafir quraisy terhadap rasullah saw cukup hebat dan berada dikemuncaknya sehingga mereka nak bunuh nabi saw.nanti kita tengok dimana ada isyarat yg begitu.nwk tahu diperingkat ke4@3@ keberapa dapat diketahui drp kata kunci didlm surah2 .
Misalnya ada perkataan makr .cuba kita tengok
Ayat 33
Ayat 42
Dua kali disebut ,ini ore panggil kata kunci didlm surah
Ambil 33 dulu
أَفَمَنْ هُوَ قَائِمٌ عَلَىٰ كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ ۗ وَجَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ قُلْ سَمُّوهُمْ ۚ أَمْ تُنَبِّئُونَهُ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي الْأَرْضِ أَمْ بِظَاهِرٍ مِنَ الْقَوْلِ ۗ بَلْ زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مَكْرُهُمْ وَصُدُّوا عَنِ السَّبِيلِ ۗ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 33
👉perkataan مَكْرُهُمْ
Ini tanda besar peringkat ke 4
Dihiaskan زُيِّنَ

وَقَدْ مَكَرَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلِلَّهِ الْمَكْرُ جَمِيعًا ۖ يَعْلَمُ مَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ ۗ وَسَيَعْلَمُ الْكُفَّارُ لِمَنْ عُقْبَى الدَّارِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap Nabi-nabi mereka): oleh itu, (janganlah engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat. Ia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri; dan orang-orang yang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan yang buruk) pada hari akhirat kelak.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 42
👉Zmn nabi dulu pun sama,tapi tak boleh lawan perancangan allah.tak akan menang jika berlawan dgn allah.
Orang musyrikin mekah bila ditegur kesyirikan mereka ,mereka semakin kuat berpegang dgn aqidah mereka.itu penyakit mereka
Iaitu ayat 33.
Dlm menolak risalah kerasulan pun begitu juga.iaitu ayat 43...kafir quraisy kata kamu bukan rasul
وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَسْتَ مُرْسَلًا ۚ قُلْ كَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِنْدَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang kafir itu berkata: "Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah".
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 43
👉Mereka juga tidak percaya hari akhirat
Tengok ayat 2-4

اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۚ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 2
👉makna ada hari kemudian

وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا ۖ وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 3

وَفِي الْأَرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَىٰ بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الْأُكُلِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 4
👉Kalu orang kata surah ni madaniyah tak berapa tepat sebab ciri2 dia mengambaraka suasana dimekah bukan madaniyah.kalu perancangan jahat nak bunuh nabi ni dimekah bukan dimadinah.
Surah ar rad sangat istimewa dari segi nilai kesusasterannya dan perumpamaan yg luar biasa indahnya.sama seperti itu kalu kita nak tengok dr sudut tu adalah surah qaaf.kalu orang bc surah qaaf ,hujung dia bunyi lebihlurang sama dan comel sangat dr segi perkataan ilmu balaghahnya.kalu dari sudut tu sanagt memberi kesan kepada ahli bahasa khususnya.orang kafir mekah orang yg hebat dari segi kesusateraan jadi bila wat mari  dlm bentuk ini mencabar betul minda dan hati kecil mereka.
Dari segi perkaitan dgn surah sebelum dan selepasnya kita nak tengok dulu.
Surah yusuf berada dipihak yg benar dan penentangnya diatas kebatilan.jadi pertentangan benar dan batil ini bukan shj dihadapi oleh nabi kita tetapj sebelum tu pun sudah ada.contohnya ini nabi yusuf.sudut tu sama.
Surah rad ini membuktikan dgn dalil2 aafaki(akal-selain dari diri kita-dalil anfusi)
Surah yusuf tarikhi.

Misal air hujan,dalil aafaki
Ada yg baik,pekebun suka,boleh manfk
Ada yg tak baik,apabila banjir,boleh menyebabkan kematian 
Angin ,jadi taufan
Api,ada dua sudut
Amalan kita pun begitu ada dua sudut.
Kalu buat baik balasan baik .kalu buat jahat balasanya jahat.
Didunia ni ,orang baik tak dapat balasan baik,tiada pembalasan?tuhan tak adil?dimana keadilan nya kalu tiada akhirat.
Dlm surah yusuf...basiroh iaitu keparcayaan hari akhirat.
Surah ibrahim ditekan sudut hakikat orang beriman adalah bersyukur dan jika  tiada sifag ituaka  terus jadi kafir.
Surah ni juga bg tau orang yg terima surah ni adalah orang cerdik.
Kita nak tengok beberapa kata kunci dlm surah ni.
Dlm surah ni disebutkan bahawa kafir quraisy
Syirik dlm rububiyah ,syirik dlm uluhiyah.dan surah ini menuntut mereka meninggalkan syirik tu.
Yg betul kita terima tauhid uluhiyah,tauhid rububiyah dan kita terima atau percaya hari akhirat.kita kena terima seba ini benar.Buktinya kenapa kita kena terima tauhid uluhiyah misalnya dlm ayat kedua
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۚ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 2
👉Tengok langit,allah taala buat...untuk kebaikan manusia.
Langit seperti bumbung tapi tanpa tiang.kenapa tak jatuh?fikir secara mudah.
...tahi bintang...kalu kena bumi??
Kereta jika tak dikawal?
Bgmn dgn langit ,jika tak dikawal??
Ini tauhid uluhiyah,yg mendorong kita untuk sembah allah. ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَfaedahkan untuk kita,siapa yg buat??
Contoh letrik..dr tnb ..kena bayar.
Tuhe bg matahari,bulan bintang...kita kena bayar?tapi tak berlaku...yg mengatur ...tauhid rububiyah.manusia kalu kenal tuhe..yg begitu baik ..kita terima kasih kat orang lain..tidak kat tuhe...bodohkan?
Tauhid uluhiyah ialah cara nak tk,bgmn?allah ajar cara beribadat.kalu tak belajar tak tahu.
Sapo yg buat bumi yg begitu stabil??
Cara nak seru orang yg kafir agar beriman.
Ayat 3..
Ayat 4....
Semua allah yg buat..sifat rab..
Macam2 yg dinyatakan sifat rububiyah dlm surah ini..
Semua ni nak suruh manusia fikir siapa yg buat.

وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 13
👉Hakikatnya guruh bertasbih..hikmah untuk menyuburkan bumi dsbgnya.

Ayat 14
لَهُ دَعْوَةُ الْحَقِّ ۖ وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ لَا يَسْتَجِيبُونَ لَهُمْ بِشَيْءٍ إِلَّا كَبَاسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى الْمَاءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَالِغِهِ ۚ وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 14
👉Orang kafir ni bodoh.
Minta kepada berhala,malaikat,tok wali,orang yg dah mati dll yg tak boleh kabulkan..
Syiah ,Ada yg minta dgn ali,husin dll.
Ini perbandingan yg allah buat...air tak akan sampai..begitu juga benda lain dia tak boleh bg apa pun kat kita..allah tegur dlm btk kritik bg orang minta kepada selain allah.

Ayat 10
سَوَاءٌ مِنْكُمْ مَنْ أَسَرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍ بِاللَّيْلِ وَسَارِبٌ بِالنَّهَارِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 10
👉Tuhe tahu belako.
Tauhid ilmu.

Kesalahan orang kafir yg disebutkan dlm surah ini adalah tak percaya pada rasul2.padahal percaya pada rasul ni,dah kalu kita terima tuhan tu baik,tak sempurna baik tuhe tapi tak hantar rasul?kenapa nafi benda tu?
Nak dapat bimbingan yg betul macamana?
Keperluan manusia bukan makan minum shj.manusia bukan binatang.
Kalu tuhe tak hantar rasul ,makna tuhe tak sayang
Orang kafir kata..engkau bukan rasul...menafikannya ada juga kebosohan.
Kesalahan  juga menafikan hidup semula.
Orang kafir juga tidak percaya hari akhirat.
Adanya akhirat,baru sempurna arrahmani rahim.
Tuhan boleh bg apa jua tapi sebab Dunia ni cuma tempat ujian.
Rukun agama yg asas ada tiga sekurang2nya:
1.ketuhanan
2.kerasulan
3.hari kemudian.

وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِنْ رَبِّهِ ۗ إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?" Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 7
👉Makna nabi هَادٍ
Juga makna pemimpin.

Ayat sangat penting yg menentukan jatuh bangun ummah,ayat 11

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 11
👉Bergantung kepada kita,ini penting.

Surah ni juga bg tau isyarat  pentingnya kitab ni.
Minit1:03
وَكَذَٰلِكَ أَنْزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَمَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا وَاقٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 37
Sebagaimana dipermulaan  surah yusuf
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
-Sura Yusuf, Ayah 2
👉Ada pertalian dgn surah yusuf iaitu sebut benda yg sama.

Sekarang pergi ke
Surah ibrahim
Dari segi tertibnya surah yg ke14 dlm tertib kitabi atau quran atau mas'uf yg ada pada kita.
Bilangan ayat 52
Bilangan rukok 7
Surah Makkiyah
Tertib turun yg 72
Bilangan paragraf 8
Paragraf 1ayat1-4 Pengenalan tentang alquran dan maksud penurunanya.
Paragraf 2 ayat5-8 dalil untuk syukur dan kufur dan pembalasan baik dan buruk  dari sejarah nabi musa khususnya
Paragraf 3 ayat9-17keterangan tentang sejarah pertentangan antara syukur dan kufur
Paragraf 4 ayat18-23 perbandingan amalan orang2 kafir dan dialog diakhirat.
Paragraf 5 ayat 24-27perbandingan kalimah toyibah dan kalimah khobisah.
Paragraf 6 ayat28-34 bersyukurlah atas nikmat allah, jika tidak ,kamu akan ditimpa azab.
Paragraf 7 ayat 35-42 dalil syukur dan tauhid dari sejarah hidup nabi ibrahim.
Paragraf 8 ayat 43-52 ancaman kepada ulul albab dgn pemandangan hari kiamat dan alquran.
Ini lah secara kasarnya.

Mesej utama
Dengan mengambil pengajaran  drp ancaman alquran ,manusia hendaklah meninggalkan sifat kekufuran dan sifat tak mengenang budi,mereka hendaklah memilih jalan tauhid dan syukur.(Ini pengajaran disebalik surah ibrahim ini.
Dan nabi ibrahim sendiri adalah contoh orang yg  bersyukur yg paling jelas)

Zaman turun surah ibrahim iaitu turunnya selepas surah ar rad tadi,ketika rasullah saw berada diperingkat ke 4 dimekah antara tahun ke11-13,sekitar tu.
Dlm surah ini ada sebut ciri tadi iaitu al makr.iaitu perancangan jahat orang2 kafir terhadap nabi saw.Ini menunjukan ketika berada dizaman akhir mekah.
Ketika itu macam2 dibuat untuk menghalang nabi saw atau usir nabi saw daripada mekah bahkan keperingkat nak bunuh.
Surah ibrahim dari segi kaitan dgn surah sebelum dan surah selepasnya.
Didlm surah ar rad dinyatakan falsafah dan dalil2 aqli dan afaki tentang perbezaan antara kebenaran dan kebatilan apa beza.Dlm surah ibrahim ini pila dikatakan syukur akan menyebabjan sesaorang itu menerima ajaran tauhid dan syukur apabila ada dlm diri sesaprang manusia dia akan terima ajaran tauhid.
Didlm surah ar rad tadi ada disebutkan..hukman arobiya..
Didlm surah ibrahim ini disebutkan setiap rasul itu dihantar mengikut bahasa kaum dia.dia bw agama menggunakan bahasa kaum dia.

Dlm surah tu disebut ulul albab.
Ulul albab itu adalah ahli tauhid.
Orang yg cerdik akan terima tauhid.
Bg mn allah menetapkan hati  atas kaimah toyibah.
Selepas ini disebut kebinasaan kaum aad,tsamud dan..

Kata kunci atau tema surah ni.
Dlm surah ni tauhid dan syirik perumpamaannya , tauhid cahaya dan syirik adalah kegelapan.

Zulumat ertinya kesyirikan.
Nur ertinya tauhid.

A'ya millah..
inafiza..
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.
-Sura Ibrahim, Ayah 5
👉Hari badar ,hari uhud..
Hari asyura dll.

Dlm surah ibrahim ini sangat penting perkataan nikmatullah.kena beri perhatian pada perkataan ini.
Bani israel dulu dia tidak syukur atas nikmat allah.Bani israel yg bersyukur allah selamatkan mereka dr kekejaman firaun.
Apa yg  firaun tak buat,ayat 6
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ وَفِي ذَٰلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu".
-Sura Ibrahim, Ayah 6
👉Allah bg peringatan kepada quraisy.
Tema utama surah ni syukur dan kufur(nikmat)boleh membawa kufur yg sebenar.

Ayat 28
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَتَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?
-Sura Ibrahim, Ayah 28
👉Kata kunci نِعْمَتَ
Di mana Negeri kebinasaan?
Neraka jahanam.

  وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
-Sura Ibrahim, Ayah 34
👉Apa yg kita minta atau allah bg keperluan(seolah2 kita minta.. نِعْمَتَ.
Syukur ertinya terima kasih.
Fesyen manusia,letak sesuatu bukan pada tempatnya.
Orang tidak bersyukur tidak akan kenal allah.
Syukur,kufur,sobar,syakur(siroh mubalaghah yg menu jukan byk kali bersyukur)

Ayat 7
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
-Sura Ibrahim, Ayah 7
👉Bila bersyukur ,allah akan tambah.itu syarat.
Satu,Syukur,sebut .dua, guna nikmat pada tempat yg akan suka.

وَقَالَ مُوسَىٰ إِنْ تَكْفُرُوا أَنْتُمْ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
-Sura Ibrahim, Ayah 8
👉Allah tidak perlu kepada sanjungan orang.

Kata kunci.
Apa itu syukur.?
Bc quran akan tahu .
Ibrahim contoh manusia bersyukur

Habis.

Surah al hijr
كَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى الْمُقْتَسِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. -
-Sura Al-Hijr, Ayah 90
الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
-Sura Al-Hijr, Ayah 91

Surah alhijr
Dari segi tertibnya surah yg ke.15. dlm tertib kitabi atau quran atau mas'uf yg ada pada kita.
Bilangan ayat 99
Bilangan rukok
Surah Makkiyah
Tertib turun yg
Bilangan paragraf 5
Paragraf 1ayat 1-15 kebinasaan orang jahat
Paragraf 2 ayat 16-25 dalil alam semesta ,membuktikan adanya hari akhirat
Paragraf 3 ayat 26-50 dalil2 pada diri manusia,dalil amfusi,kisah adam dan iblis.pertentangan antara baik balasan buruk
Paragraf 4 ayat 51-56dalil2 sejarah balasan baik dan buruk
Paragraf 5 ayat57-77kisah nabi lut.
Ayat 78-79kisah bulaikah dan seterusnya
ayat 80-84kisah ashabulhijri iaitu kaum tsamud
Ayat 85-99menghibur dan menenangkan hati rasullah saw dlm kesulitan disamping panduan2 dakwah yg diberikan kepada nabi saw.

Mesej utamanya
1.membuktikan kebenaran  hukum balasan  baik dan buruk diakhirat berdasarkan dalil2 amfusi dan aafaki.
Dan tarikhi(3dalil)hati kita kata,dalil amfusi.
Dalil aafaki,dalil sekeliling.

Masa turun,antara tahun ke11&12hijrah.
Ketika itu tuduh2an macam2 dilemparkan kepada rasullah.antarnya ,nabi gila,nabi kena sihir dan macam.dan dlm ni alquran disebut al zikr.dlm surah sebelum ni disebut alabizikrillah ala tatmainnulqulub.
Dgn zikir hati menjadi tenang.zikir ini bukan subhanallah,lailahhaillallah shj ,tetapi zikir ini quran itu sendiri...
وَقَالُوا يَا أَيُّهَا الَّذِي نُزِّلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".
-Sura Al-Hijr, Ayah 6
👉nabi sebut kepada mereka الذِّكْرُ
Memperolokkan nabi dan quran.

Disebutkan cerita2 bila nabi menghadapi kafir quraisy.
Depa menyesal.bahkan didunia lagi.
Alangkah menyesalnya anak nabi nuh...bukit pun tenggelam.

Turunnya surah alhijri ini pada peringkat ke4 nabi ada dimekah sekitar tahun 11-13.dan ada isi kandunganya menunjukan turun lebih awal lagi.
Allah memerintahkan nabi menyampaikan islam secara terbuka,makna islam ini diperingkat awal.mula2 secara sulit
Antara ayatnya yg turun adalah ayat..fasdakbimma,ayat 94,ini peringkat kedua bukan peringkat ke4
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
-Sura Al-Hijr, Ayah 94

👉Perintah kepada nabi.
Dlm surah ibrahim disebut ,biayamillah..ingatkan mereka tentang sejarah.
Contoh bangsa yg telah dihancurkan allah iaitu kaum tsamud kaum nabi soleh.mukjizat Unta yg keluar dr batu di kawasan berbatu,kawasan jordan sekarang ini..
Mula2 sanggup lamatak sanggup.kafir quraisy pun begitu juga..minta tunjuk mukjizat.kalu tunjuk pun tak beriman juga.
Kata kunci atau tema surah ni 4 perkara.
1.kebinasaan kaum atau bangsa.dia ada ajal seperti orang persaorangan ada ajal
Maka bangsa pun ada ajal juga.
Bila sampai masa dah sampaitak boleh nak undur dah.boleh lihat dlm ayat 4&5

وَمَا أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا وَلَهَا كِتَابٌ مَعْلُومٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.
-Sura Al-Hijr, Ayah 4
👉

مَا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.
-Sura Al-Hijr, Ayah 5
👉sejarah kejatuhan kepimpinan quraisy tahun ke8.selepas tu dah tiada.

Kalu tengok sejarah dulu 2500th sebelum masihi,sebelum kelahiran nabi .
Ayat 83&84

فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُصْبِحِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi.
-Sura Al-Hijr, Ayah 83
👉mendusta rasul2?sebab sekrang sama dgn ramai.

فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.
-Sura Al-Hijr, Ayah 84
👉
Ini contoh ashabul hijri.

disebut cerita2 untuk meringankan perasaan nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan