Rabu, Jun 27, 2018

Daurah tafsir darulkausar sesi 16

21.al anbiya(112)makkiyah
22.al haj(78) madaniyah
23.almukminun(118)makkiyah
24.an nur(64) madaniyah
25.alfurqan(77)makkiyah
26. Asy syuara(227)makkiyah
27.An naml(93) makkiyah
28.Al Qasas(88) makkiyah
29.Al ankabut(69)makkiyah
30.Ar rum(60)makkiyah

31.Luqman(34)makkiyah
32.As Sajadah(30)makkiyah
33.Al Ahzab(73)madaniyah
34.Saba(54)makkiyah
35.Fatir(45)fatir
36.Yasin(83)makkiyah
37.As saffat(182)makkiyah
38.As sad(88)makkiyah
39.Az zumar(75)makkiyah
40.Al mukminun/ghafir(85)makkiyah

Surah al ankabut
Tertib surah 29
Bilangan ayatnya 69
Bilangan rukuk 7
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 85
Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1
ayat 1- 7 ujian pasti akan dtg.apabila kita beriman maka adalah ujian drp allah swt .
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
-Sura Al-Ankabut, Ayah 2
👉Tidak begitu,bahkan sunatullah berlaku bahawa setiap beriman akan diuji oleh allah swt sebagaimana orang2 sebelum kita.untuk membuktikan siapa yg benar dan siapa yg berdusta dlm mengucapkan aamanna itu.
Ini termasuk peringkat awal iaitu sekitar peringkat ke tiga kenabian semasa banginda berada dimekah lagi.

Paragraf 2
ayat 8-9.
Jgn menerima tekanan kedua ibubapa dlm menjaga aqidah tauhid (ujian ibubapa .itu  pun salah satu ujian juga.kita yg duduk dlm keluarga ini dah ni tak dak la ujian tu.tapi kalu orang yg baru masuk islam adalah ujian ini seperti sahabat2 keluarganya masih tidak islam.bila dia masuk islam disitulah cabarannya.ibubapa mendesak atau paksa anak dia kembali keagama asal.dan macam2 lagi ujian).
Ayat 10-13
Jgn terpedaya dan mengikut dgn membabi buta pemimpin2 musyrik(ini satu ujian juga,sebab bila kita tak ikut pemimpin2 ini rasa mengancam dia.dan disitu akan ada tindakan2.boleh jadi kita akan dizalimi.jadi surah ni sekitar peringkat ke 3 atau permulaan peringkat ke 4nabi saw berada dimekah)

Paragraf 3
ayat 14-40 ini sejarah ujian tuhan terhadap manusia.makna kita tak terlepas drp ujian.bila2 masa , duduk zaman mn pun akan ada ujian.
Ayat 14-15,nabi nuh diuji dgn dakwah selama 950 tahun
Ayat 16-27 setelah diuji,nabi ibrahim terpaksa berhijrah.
Ayat 28-35 nabi lut juga pernah diuji.
Ayat 36-37 ujian terhadap nabi syuib
Ayat 38-40 ujian beberapa lain serta permasalahan cara2 umat dahulu dibinasakan atau dimusnahkan.

Paragraf 4
ayat 41-43 pembatalan aqidah syirik menerusi perbandingan labah2.
Al ankabut maknanya labah2

Paragraf 5
ayat 44-47 adab dakwah kepada ahlilkitab di Habsyah.ini termasuk peringkat kedua kenabian semasa nabi berada di Mekah sebab tahun ke5 mereka berhijrah ke Habsyah.
ayat 48-55 Dalil2  tauhid dan jawapan kritikan terhadapnya(orang kafir kritik tauhid ini,kita kan pembela tauhid dan berpegang dgn aqidah tauhid atau mungkin akan ada orang yg mencabar kita atau mengugat kita,jadi kita kena ada hujjah,iaitu kita diajar ,dilatih mempunyai hujjah atau bukti ,bukan ikut buta begitu)

Paragraf 6
ayat 56-60 perintah berhijrah dan janji akan memberi rezeki.hijrah ni ke Habsyah pun boleh ,ke Madinah pun boleh.

Paragraf 7
ayat 61-65,dalil allah sebagai pencipta.tuhan yg layak disembah .tuhan sebagai hakim.
Walaupun byk mendapat nikmat ditanah haram,orang quraisy tetap tidak bersyukur.
Ayat 66-68 walaupun mendapat banyak nikmat ditanah haram,orang Quraisy tetap tidak bersyukur

Paragraf 8
Ayat 69 janji memberi perlindungan selepas berhijrah.

Mesej utama .
Ahli tauhid semestinya mengalami pelbagai ujian,mereka juga mungkin terpaksa berhijrah.

Quran hakim atau quran majid disebut dlm quran.
Hakim juga sifat tuhan.
Ini peringkat ke4
ada isyarat,adat dakwah akan bertemu ahlil kitab.

Perkaitan ini surah sebelumnya iaitu surah al qasas.
Surah al ankabut yg  umat islam dizalimi  oleh quraisy,dulu umat islam dizalimi oleh firaun .
Tauhid wilayah,selain dr allah
Orang kafir seperti sarang labah2 shj.
Nak cerita undang2 manusia  hanya boleh tangkap yg kecil2.
Yg besar2 lepas tak dapat ditangkap.
Adakah Kita sudah memerintah dgn cara yg tuhan nak?ini ujian
Ujian bukan mesti tak bagus.
Tujuan ujian,mana yg benar2 beriman atau berdusta.
Itu dlm ayat 3
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 3

Kata kunci ialah لِقَاءَ اللَّهِPertemuan dgn allah.maksudnyanpertemuan diakhirat nanti.dan dlm surah ini disebutkan sebanyak 3kali.
Yg pertama Ayat 5
مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 5
👉Tempuh =masa
Bertemu dgn allah.
Ini orang beriman akan bertemu dgn allah ,tentunya diberi sebaik2 ganjaran bila bertemu allah.

Orang kafir juga akan bertemu allah.
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَلِقَائِهِ أُولَٰئِكَ يَئِسُوا مِنْ رَحْمَتِي وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan pertemuan denganNya, mereka tetaplah akan menjadi orang-orang yang putus asa dari rahmatKu; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 23

Orang beriman pula akan takut buat perkara yg dilarang oleh allah .Contoh  nabi syuaib.
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَارْجُوا الْيَوْمَ الْآخِرَ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka: Nabi Syuaib; lalu ia berkata: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi".
-Sura Al-Ankabut, Ayah 36
👉Ini kesannya orang takut nak buat jahat
Perkataan yg kedua adalah mujahadah dan pecah2annya.
Mujahadah maknanya sifat bertungkus lumus atau bersungguh2 atau berkerja keras.
Mujahadah ,faedahnya kembali kepada kita juga.
Ayat 6
وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 6.
Apabila kita buat kerja dgn bersungguh2 allah swt akan buka banyak lagi jln kepada kita.buka pintu2 yg kita usahakan atau tuhan akan permudah2kan dlm kerja2 kita.
Ayat 69
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 69

Yg ke4 dlm surah al ankabut ini juga ada disebutkan tentang hijrah dua kali.ini isyarat nabi juga berhijrah .
Anak saudara ibrahim sahaja yg terima dan dia sanggup berhijrah mengikut nabi ibrahim
Yg ke2 tak sebut perkataan hijrah tapi ada isyarat.
Ini dlm Ayat 56
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ أَرْضِي وَاسِعَةٌ فَإِيَّايَ فَاعْبُدُونِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 56
Lagi perkataan kata kunci adalah sabil.
Dlm hidup ini Kita yg pilih jalan ,boleh jadi jalan itu menuju kesyurga atau jln menuju keneraka.umpamanya orang kafir yg kata kepada orang islam...biar kami pikul..mereka tak boleh pikul..sebenarnya mereka berdusta..ayat 12.
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا اتَّبِعُوا سَبِيلَنَا وَلْنَحْمِلْ خَطَايَاكُمْ وَمَا هُمْ بِحَامِلِينَ مِنْ خَطَايَاهُمْ مِنْ شَيْءٍ ۖ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan berkata pula orang-orang yang kufur ingkar kepada orang-orang yang beriman: "Ikutlah jalan ugama kami, dan kami sedia menanggung kesalahan-kesalahan kamu (kalau kamu mengira perbuatan itu salah)". Padahal mereka tidak akan dapat menanggung kesalahan orang-orang yang bersalah itu sedikitpun, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 12.
Ayat 69
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 69
Allah pesan agar berbuat baik kepada ibubapa.tetapi jika jika suruh buat syirik jgn turut .ini ayat 8
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا ۖ وَإِنْ جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۚ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 8

Dan wahyu diberi pada rasulllah saw agar jaga sembahyang.
Ayat 45
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 45
👉Selalu orang dok baca ayat ini.
Perkara kedua adalah rohnya adalah zikir kepada allah.

Disebut juga tentang hijrah dan akan berhadapan dgn ahlilkitab.berdebat dgn cara yg terbaik.jadi
Ayat 46
وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ ۖ وَقُولُوا آمَنَّا بِالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَأُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمْ وَاحِدٌ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."
-Sura Al-Ankabut, Ayah 46
👉Inilah kata kunci secara ringkas surah ini dan perkataan yg ada kaitan dgn surah ini adalah perkataan al ankabut buyut labaitul ankabut.
Undang2 yg dibuat oleh manusia sangat lemah berbanding dgn undang2 allah.

Kami berikan hikmah kepada lokman.
Gapo dia kebijaksanaan?
Syukurlah kepada Allah.
Allah bg byk sangat kepada kita.
Jika tak tk kepada yg memberi byk nikmat nampak sangat tak bijak.
Allah sendiri tidak perlu kepada syukur kita.allah dah tetap terpuji ,maknanya syukur tu balik kepada kita

Surah ar rum
Surah 30
Bilangan rukuk 6
Surah makkiyah
Tertib turunnya  ke 84
Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1-7berita gembira tentang kemenangan orang2 rom dan orang islam.orang islam dan orang rom tu dah ada isyarat,menang pada tahun yg sama.mula2 tu nampak dia teruk kena pukul oleh tentera parsi.orang parsi menang selama mana sehingga orang2 dok kata tak boleh bangun dah puak rom ni.tetapi quran sudah sebut.
فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -
-Sura Ar-Rum, Ayah 4
👉Ini disebutkan disini.
Menang tak sampai 10 tahun tapi tak kurang dari 3.
Ini kita boleh tahu zaman mn surah ni turun.
Paragraf 2ayat 8-27
Paragraf 3 ayat 28-29dalil tauhid
Hok akhirat dan tauhid dlm surah mn2 ada sokmo.
Paragraf 4 ayat 30-39beberapa panduan untuk umat islam
Paragraf 5 ayat 40-42 cabaran terhadap orang2 musyrikin.kejadian rezeki ,kematian dan kehidupan.ini cabaran
Paragraf 6 43-45perintah menerima aqidah tauhid dan percaya hari kemudian
Paragraf 7 ayat46-53dalil2 tauhid dan akhirat
Paragraf 8 ayat 54-60berita gembira dan dalil2 tentang balasan baik dah buruk.balasan2 perlu dibuktikan.kalu orang tak percaya ,orang melakukan sewenang2nya.balasan baikburuk ini drp dunia lagi tuhe dah buat.
Mesej utamanya adalah berita gembira akan mendapat kemenangan  didunia dan diakhirat.
Dalil2 akhirat.
Surah ni turun pada tahun ke5 kenabian atau sebelum tu sikit dan sebahagian tahun ke6 kenabian.
Diawal surah ini telah disebutkan.lebih kurang sama dgn kemenangan orang islam menang dlm perang badar.
Dlm Surah ini disebutkan 7kali waminayatihi. وَمِنْ آيَاتِهِ .antara tanda2nya kebesaran allah, tanda2 allah maha besar.
Perkaitan surah ar rum dgn surah al ankabut ialah
Surah al ankabut disebut ujian yg akan dihadapi oleh orang2 islam.
Dalam surah ar rum ini diceritakan natijah atau hasil dari ujian itu.hasilnya adalah kemenangan dan pertolongan daripada allah swt.
Itu yg pertama.
Dlm surah arrum disebutkan orang kafir tidak percaya hari akhirat.la yuqinun ..
Kemudian dlm surah lokman ada disebut iaitu tentang orang2 yg percaya tentang  sebaliknya...kalu kita tengok surah al ankabut
Surah ar rum ayat 60

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.
-Sura Ar-Rum, Ayah 60
👉Keadaan2 manusia ,ini yg tidak percaya.

Surah lokman ayat 4
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
-Sura Luqman, Ayah 4
👉Ini pula keadaan orang yakin,orang mukmin.

Surah ar rum ,adanya sekian dalil2 tauhid yg masuk akal.
Surah lokman,mengisbatkan/membuktikan aqidah tauhid menolak syirik.
Antara kata kunci dlm surah ar rum ini ianya ada perkataan pertemuan/liqat.yakni pertemuan dgn allah.yakni pertemuan diakhirat.
Ayat 8
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ ۗ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
-Sura Ar-Rum, Ayah 8

Ayat 16
وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ فَأُولَٰئِكَ فِي الْعَذَابِ مُحْضَرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.
-Sura Ar-Rum, Ayah 16

Orang2 yg tak percaya hari akhirat ini satu kesalahan besar disisi allah dan kerananya manusia boleh dihukum dan disiksa

فَانْظُرْ إِلَىٰ آثَارِ رَحْمَتِ اللَّهِ كَيْفَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan (ingatlah) Ia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Ar-Rum, Ayah 50
👉Ini dalil atau hujjah.
Menghidupkan semula akan dapat rahmat allah lagi isitu syurga.

Ayat 19
يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
-Sura Ar-Rum, Ayah 19
👉Tiada yg  pelik bg allah

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
-Sura Ar-Rum, Ayah 7
👉Manusia lalai tentang akhirat.

Kata kunci juga mujrimin.untuk ketua2 kafir quraisy.
Allah  akan bg pertolongan kepada orang mukmin

Ayat 47
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ رُسُلًا إِلَىٰ قَوْمِهِمْ فَجَاءُوهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَانْتَقَمْنَا مِنَ الَّذِينَ أَجْرَمُوا ۖ وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.
-Sura Ar-Rum, Ayah 47

Tuhe cerita hok akan dtg.dunia yg sangat sekejap sehingga orang kafir yg dihidupkan semula berkata mereka hidup didunia hanya sekejap
Ayat 55
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ ۚ كَذَٰلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja; demikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar).
-Sura Ar-Rum, Ayah 55

Dlm Surah ini disebutkan 7kali waminayatihi. وَمِنْ آيَاتِهِ .antara tanda2nya kebesaran allah, tanda2 allah maha besar.
Misalnya ayat 20
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
-Sura Ar-Rum, Ayah 20?
Minit 51

Ayat 22
Ayat 44
Dalil afaqi
Dalil anfusi
Ayat 82?
Ayat6

Surah luqman.
Tertib Surah ke 29
Bilangan ayatnya 34
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 57
Bilangan paragrafnya ada 4
Paragraf 1ayat 1-9 Kalam tuhan yg  hakim(maha bijak sana) penuh hikmah
Paragraf 2 ayat 10-13
Ayat 10-11 Tidak percaya tuhan sbg pencipta danrabb sebagai Tuhan adalah kezaliman
Ayat 12-13 syukur dan tauhid adalah keadilan dan syirik adalah kezaliman.
Paragraf 3 ayat 14-19 Kata2 hikmah luqman al hakim
Ayat 14-15 Hak2 ibubapa yg tidak mutlaq.
Ayat 16 sifat ilmu dan qudrat Allah
Ayat 17 solat ,amar maaruf dan sabar termasuk
dlmعزم الأعور
Ayat 18-19 hak2 manusia
Paragraf 4 ayat 20-34 Dalil2 itsbat (yg membuktikan tuhan itu esa) tauhid dan penolakan syirik
Ayat 20-24 Asas syirik ialah ikut nenek moyang tanpa dalil
Ayat 25-27 orang yg percaya Allah sebagai pencipta hendaklah menerima Allah juga sebagai Ilah.
Ayat 28-29 Kekuasaan Allah adalah dalil adanya alam akhirat.
Ayat 30-31Menolak kesyirikan tauhid doa ,hak dan batil
Ayat 32 seruan kepada tauhid bersesuaian dgn fitrah manusia.
Ayat 33 Iblis pendorong kepada mengikut nenek moyang.
Ayat 34Tauhid ilmu.

Surah ni dia sebut
Allah pun  dgn sifat hakim
Quran pun disebut dgn hakim juga
Seorang tokoh yg disebut disini juga hakim(bijaksana) iaitu lokman(sebut syirik itu kezaliman).inilah kesesuaian

Siapa Luqman ini?
Kami berikan hikmah kepada lokman.
Gapo dia kebijaksanaan?
Syukurlah kepada Allah.
Allah bg byk sangat kepada kita.
Jika tak tk kepada yg memberi byk nikmat nampak sangat tak bijak.
Allah sendiri tidak perlu kepada syukur kita.allah dah tetap terpuji ,maknanya syukur tu balik kepada kita

Cerita yg sama juga,syirik adalah kezaliman.

Zaman turun lebihkurang sama dgn surah al ankabut dipermulaan ke5 tahun kenabian.
Dlm surah ini dan surah sebelum ni diberi bimbingan bgmn nak layan ibubapa dia yg tidak islam.jika sampai jadi syirik tidak wajib taat.
Dlm surah rum disebut ..dpat kemenangan dan pertolongan.

Mesej utama
1.hikmat yg paling besar ialah kesedaran untuk bersyukur.
2.Dengan bersyukurlah manusia menemui jln tauhid.
3.Tauhid adalah keadilan dan syirik adalah kezaliman.
4.Dalil2 tauhid.

Minit 102

Dlm surah ar rum disebut dalil2 tauhid dan akhirat dan disebutkan juga bgmn orang yg menerimanya penuh yakin akan kemenangan dan pertolongan drp Allah.
Dlm surah luqman ini pula disebutkan tentang kesyirikan.
Kesyirikan adalah kezaliman yg sangat besar.Tuhan tolong bg tau kat kita.Naknterima tuhan kena ada sifat syukur.
Luqman suruh anaknya bersyukur.
Surah kemudian assajadah diceritakan perbezaan orang mukmin  dgn orang kafir.

Antara kata kunci yg disebutkan dlm surah ini
1.kitab yg diturunkan yakni alquran ini sifatnya adalah hakim.sebab tu tak salah kita quran hakim,quran majid dsbgnya .
2.allah taala buat dunia ini penuh dgn ujian kemudian selepas dunia ni ada akhiratmkmdn ada pula balasan baik dan balasan buruk.itu pun asasnya hikmah iaitu kebijaksanaan tuhan.sebab dia tuhan yg hakim sebab tu dia buat begitu.
Ayat 2
تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
-Sura Luqman, Ayah 2

3.Hikmat ini adalah kata kunci bg surah ini.dan ini juga merupakan tema yg ditekan dlm surah ini.
Misalnya ayat ke9
خَالِدِينَ فِيهَا ۖ وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Sura Luqman, Ayah 9
Sini Sifat tuhan pula الْحَكِيمُ

Ayat 12
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
-Sura Luqman, Ayah 12
👉Luqman ada sifat hikmah لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ
Asas kebijaksaan,syukurlah kepada allah..orang yg tidak percaya pada tuhan,cuba cari jln biar dia rasa syukur ,dia akan terima allah.
Faedah syukur balik kepad dia juga.
Allah kaya terpuji,dia tak perlu غَنِيٌّ حَمِيدٌ
4.syukur akan membawa bertemu tuhan yg esa.kata2 yg berulang dlm surah ini.
Kenapa syirik kekal dlm neraka?
Pemberontak kerajaan allah.
Pemberontak kerajaan manusia pun dah kena jel seumur hidup!
Kita boleh ketandas,makan,dll..siapa yg bg?
Syukur adalah tema dan kata kunci surah ni.
Tak boleh taat ibubapa sampai menderhakai allah.
Ayat 21
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَىٰ عَذَابِ السَّعِيرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?
-Sura Luqman, Ayah 21.

Tauhid ilmu.
Sifat ilmu tuhan satu shj.

Ayat 16
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
-Sura Luqman, Ayah 16

Luqman pesan untuk bersabar ...
Jgn sombong.
Jgn sederhana.
Cakap jgn kuat
Orang islam yg baik2 boleh dibuat contoh...seperti zulkarnain.

🔕

Tiada ulasan:

Catat Ulasan