Khamis, Jun 28, 2018

Daurah tafsir darulkausar sesi 12

IniSurah An nahl(lebah)

11.hud(123)
12.yusuf(111)
13.ar rad(43)
14.ibrahim(52)
15.al hijr(99)
16.an nahl (128)
17.al isra(111)
18.al kahf
19.maryam
20.taha

Surah An nahl
Dari segi tertibnya surah yg ke16 dlm tertib kitabi atau quran atau mas'uf yg ada pada kita.
Bilangan ayat 128
Bilangan rukok 16
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 70
Bilangan paragraf  6
Paragraf 1ayat 1-21
Pecah kepada dua iaitu
1.ayat 1-2 alquran diturunkan kepada manusia untuk menyeru manusia kepada tauhid dan memberi peringatan.
2.ayat 3-21 dalil2 aqli menggunakan akal tentang tauhid khaliqiyah(tauhid allah sebagai tuhan pencipta hanya ada satu shj).kholaqoha menjadikan atau menciptakan..menjadikan atau menciptakan.
Paragraf 2 drp ayat 22-34 pendedahan  kesalahan jenayah yg dilakukan oleh orang kafir quraisy.
Ada 3 Pecahan :
1.ayat 23-29 olok2an orang2 yg tidak terima hari pembalasan yg sombong...jadi penbuatan nganyin terhadap kepercayaan hari akhirat.
2.ayat 30-32pahala untuk orang2 yg bertaqwa.
3.ayat 33-34 akibat buruk orang yg sombong dan  tidak percaya kepada hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 35-89 dibhg kepada beberapa bhg pula
Ayat 35-40 jawapan kpd kritikan orang tidak menerima kerasulan dan akhirat.
ayat 41-42 ini bendanya  isi quran,berita gembira utk berhijrah.jelas balasan yg baik ,kehidupan yg mulia didunia dan pahala yg besar diakhirat.
Ayat 43-47 peringatan kpd orang tdk menerima kerasulan dan keterangan jawatan kerasulan.
Ayat 48-60 dalil kebenaran tauhid dan menolak syirik
Ayat 61-65 menolak kekeliruan orang yg tidak menerima afanya hari akhirat dan hikmat penurunan alquran.
Ayat 66-83 dalil2 tauhid rububiyah dan benarnya hari akhirat itu
Ayat 84-89menakutkan orang2 yg tidak percaya kepada hari  akhirat dan pemandangan yg dahsyat.
Paragraf 4 ayat 90-119 hak2 allah dan hak2 hamba.
Ayat 90-97berbicara hak2 allah dan hak2 hamba.khususnya berkenaan dgn sumpah dan arahan  berkenaan sumpah.
Ayat 98-105 panduan menyelamatkan diri dari kejahatan iblis
Ayat 106-113 menghiburkan hati orang2 mukmin yg teraniaya & Berita gembira untuk orang2 yg berhijrah.
Ayat 114-119 hukum2 halal haram.
Paragraf 5 ayat 120-124 ,kenapa hukum hari sabtu kepada orang yahudi diberikan iaitu larangan mereka itu kenapa?
Ayat 120-123 Dalil siraturahim dan aqidah tauhid.sebelum ni surah ibrahim dan ini masih ada  kaitan dgn surah ibrahim.surah sebelumnya pun cerita nabi ibrahim yg  beraqidah tauhid dan sifat syukurnya.
Paragraf 6 ayat 125-128.arahan berdakwah dgn penuh sabar, cekal ,taqwa ,hikmah dan ihsan.ihsan yg dituntut.cara yg terbaik.menjinakkan mereka bukan meliarkan dgn agama.
Itulah secara kasar struktur makronya surah an nahl

Mesej utama
1.perdebatan dengan orang2 yg tidak mempercayai tauhid ,risalah dan hari akhirat.
2.Tuntutan menerima tuhan penciptadan rabb juga sebagai hanya layak disembah.
3.Arahan kepada orang2 Islam supaya terus menyampaikan dakwah dengan penuh sabar,taqwa,hikmah dan ihsan.

Dari segi nama lebah.kenapa ia lebah dibuat satu surah?kumpulan dia tu buat kerja macam mana?penuh displin.sepatutnya manusia lebih2  lagi sebab ada aqal. binatang yg tiada akal pun ,dia buat kerja dgn berdisplin betul ,ikut atau patuh kepada ketua dia dan dia buat benda yg baik..penawar kpd manusia.manusia patut lebih baik sebab dia boleh berbincang dan bermesyuarat.atur itu dan ini.sepatutnya manusia lebih lagi berdisplin dlm jemaah atau kumpulan umat islam supaya hasil kerja kita bermanfaat bukan menjadi racun kepada masyarakat tetapi menjadi penawar bukan racun.kira surah ini untuk simbolik .
Zaman turun surah ini.
Minit 19.
Turun diperingkat akhir sebelum hijrah sekitar tahun 11-13.Byk surah2, turun pada masa tu.tetapi setengah ayat pada ketika lain iaitu pada tahun 7 kenabian.
Setengah ayat betul2 diperingkat akhir.
Bahkan ada yat yg mengisyaratkan kezaliman kafir quraisy.allah bg rukhsah.Amar bin yassir dipaksa kafir.
Tuhan bg rukhsah,bila ujian tidak tertanggung,orang islam kena siksa.kebanyakan diperingkat akhir.

Antara khususiyah surah ini.ialah ia dimulakan dgn sifat khaliqiyah.Satu2nya pencipta adalah allah.boleh dikatakan sembah allah dan hindari taghut.daoat dilihat pada ayat 36
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
-Sura An-Nahl, Ayah 36
👉 Surah ini juga tolak uluhiyah malaikat.Kafir quraisy sembah malaikat,anak allah.sebab itu nabi saw diutuskan.jadi kena ada nabi untuk baiki.
Dgn ada nabi saw manusia boleh pilih.
Zaman fatrah iaitu zaman senggang.
malaikat disembah jadi syirik misalnya dlm ayat 57
وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ الْبَنَاتِ سُبْحَانَهُ ۙ وَلَهُمْ مَا يَشْتَهُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan. Maha Suci Ia. Sedang bagi mereka pula mereka sediakan apa yang mereka sukai (anak-anak lelaki).
-Sura An-Nahl, Ayah 57
👉Bg mereka nak anak lelaki lebih an malu jika anak perempuan...sangat tidak kena pertimbangannya...sepatutnya allah lah yg  lebih..
Byk dalil2 aqli.

Dlm surah ini juga disebutkan kesalahan2 dan  jenayah orang kafir quraisy.mereka sudah tidak layak jadi pemimpin.
Surah annahl sama dgn al anam diceritakan halal dan haram,surah ini suruh berlaku ihsan iaitu buat yg terbaik.
Bila bunuh dgn cara terbaik.
Nak sembelih pun yg terbaik .yg nabi ajar.
Dimana2 pun kena ada ihsan.
Ketika qisas pun ihsan.
Perang kecuali la.
Minit 30
Begitu juga hukuman mati mesti dgn ihsan iaitu dgn pancung ..yg hidup takut yg mati tidak tersiksa .

Dr segi Perkaitan surah ini dgn surah selepasnya.
Dlm surah alhijr disebut orang yg derhaka bgmn mereka dibinasakan.
Dlm surah ini orang2 yg sombong iaitu kafir quraisy.

Perangai orang Lebih kurang sama walau berlainan zaman.melawan orang membawa kebenaran.
Yg sebut dlm surah ini.
Minit 33
Surah isra isyarat kearah hijrah.
Seperti dlm Ayat 41-110.
Dlm surah bani israel(surah isra) lebih jelas lagi.
..mukrojasiqkin....isyarat tentang hijrah.seba sbhg surah isra ditutun sebelum hijrah.
10wasiat nabi musa seperti jgn sembah selain dari allah ,buat baik kepada ibubapa...dlm surah ni pun ada sebut juga.

Kata kunci dan tema yg utama dan ditumpu secara khusus.
1.Dalil tauhid khaliqiyah.
a.Allah jadikan langit dan bumi.
b.Dalil tuhan pencipta
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
-Sura An-Nahl, Ayah 4
وَالْأَنْعَامَ خَلَقَهَا ۗ لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَافِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.
-Sura An-Nahl, Ayah 5
👉Ini tauhid khaliqiyah.
Suasana yg sungguh cantik
Sedang yg lain Yg disembah puak musyrikin,tidak boleh menciptakan bahkan mereka diciptakan.

Yg ke2.Dalil2 tauhid rububiyah,uluhiyah dan hakimiah.
Orang yg belajar assyairah dah rasa paling baik.tetapi masih banyak yg tidak dipelajari mengikut sistem assyairah tui
Misalnya   tauhid hakimiyah atau tauhid uluhiyah,assyairah  tak sentuh langsung.
Salaf telah ada belum assyairah.

Parlimen tidak boleh buat hukum yg telah allah tetapkan contoh riba haram .sebab allah yg putuskan riba haram.siapa pun tidak ada hak jadikannya halal.
Aqidah salaf sangat kemas.
Inilah tauhid hakimiyah sangat byk dlm quran.
Dldlm ni ada juga .
Tauhid bukan tiga shj .
Syirik pun luas maknanya bukan sembah berhala shj.
Orang yg beriman tiada langsung syirik kot mana2 pun.
Allah menumbuhkan tanaman2..
Kenapa tak sebut buah rambutan?
Sebab dia sebut buah yg disekitar mereka,sebab akan timbul perkara lain yg menghabiskan masa untuk itu.
Semua buah itu pun sudah termasuk.
Siapa yg menumbuhkan?inilah rububiyah.
Siapa yg menghidupkan bumi yg mati.
Sifat annahl binatang ..
..kullii...tuhe suruh lebah p hisap madu dan keluar madu..
Inilah tauhid rububiyah.
Kita dibuat untuk dia.
Tuhan buat bulan bintang yg memenuhi keperluan manusia.
Semua jadu tanda.Tanda adanya kuasa tuhan kepada orang berfikir.dan byk lagi .ini bukti rububiyah tuhe.
Tauhid uluhiyah tak boleh sembah selain allah

Yg ke4 Untuk kesempurnaan tauhid kita kena tolak taghut dan selain allah.
Jika terima bermakna syirik dan tiada tauhid uluhiyah.
Tak boleh takut kepada selain dari allah.
Ketika nak sembelih sebut selain allah,tauhid doa atau tauhid seru

Yg ke 6 yg merupakan
Kata kunci surah ini,kafir sebab tolak akhirat.
Dakwaan orang kafir..

Yg ke7kesombongan dari kalangan kafir quraisy.
Macam mana mereka itu sombong dgn syiriknya dan termasuk dlm golongan orang tidak percaya hari akhirat.
Hati mereka tak percaya dan mereka sombong ayat 22
إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ فَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ قُلُوبُهُمْ مُنْكِرَةٌ وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
-Sura An-Nahl, Ayah 22
👉Beberapa kali disebut sifat sombong ketua2 kafir quraisy ini..membesarkan diri dia.dgn sifat ni tak layak jadi pemimpin kerana dia akan memimpin keneraka.
Ini salah atu kata kunci sifat sombong,
Campur pula Penyakit aqidah syirik .

Yg ke8
Disebut bgmn sifat ketaqwaan para sahabat
Apa akibat hasil dari sifat taqwa?
Sifat taqwa juga kata kunci dan byk disebut dlm ni.allah taala nak tekan benda ni supaya ada sifat taqwa itu pada kita seperti nabi dulu ada sifat ni.
Muttaqin ialah orang yg buat baik....byk tempat disebut..
Tadi sebut orang yg buruk.
Berita gembira hijrah dan Fadilat hijrah...isyarat akan ada hijrah. Itu dlm Ayat 41
Minit 1 jam
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.
-Sura An-Nahl, Ayah 41

Ayat 110
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ هَاجَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا فُتِنُوا ثُمَّ جَاهَدُوا وَصَبَرُوا إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan - adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura An-Nahl, Ayah 110.
👉Ini dah diberitahu sebelum hijrah kemadinah.ini isyarat hijrah.

Yg ke10 Disebutkan yg kita perlu bersyukur dan nabi ibrahim salah seorang manusia yg patut dijadikan contoh dlm bab bersyukur ni.
شَاكِرًا لِأَنْعُمِهِ ۚ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.
-Sura An-Nahl, Ayah 121

Minit 103
Setelah kita mengucap jgn kita batalkan janji.
Ayat 91

وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ وَلَا تَنْقُضُوا الْأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا ۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
-Sura An-Nahl, Ayah 91

وَلَا تَكُونُوا كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ أَنْكَاثًا تَتَّخِذُونَ أَيْمَانَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ أَنْ تَكُونَ أُمَّةٌ هِيَ أَرْبَىٰ مِنْ أُمَّةٍ ۚ إِنَّمَا يَبْلُوكُمُ اللَّهُ بِهِ ۚ وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.
-Sura An-Nahl, Ayah 92
👉setelah berjanji  dgn allah macam jalin benang..

Kesimpulan orang kafir dgn sahabat2.
Kenapa mereka perlu disingkirkan
73
84
Tauhid doa hanya ada pada orang islam.
Ore islam taat pada allah

Mengutamakan dunia dan akhirat..utamakan akhirat..
Jika nak berjaya kena ada sifat2 ni

Mesej utama surah ini
1.Satu perbahasaan dgn orang2 yg tidak mempercayai tauhid,risalah dan hari akhirat.apa hujjah2 yg sepatutnya yg kita jena pakai ,sebab orang kafir ni ada sokmo bukan kafir quraisy shjhujjah yg telah allah swt berikandlm quran nidlm surah annahl ini khususnya memang itu lah yg terbaik.untuk menghadapi puak2 ni. Jadi diajar kita bgmn nak berdakwah kepada puak2 ni.ikut semacm nabi.
2.tuntutan  menerima  tuhan pencipta  rab dan pencipta  juga hanya layak disembah itu satu shj.surah ni menuntut kita menerima tuhan pencipta itu satu shj dan hanya layak disembah satu shj juga.
3.arahan kepada orang islam  supaya terus menyampaikan dakwah dgn penuh sabar, taqwa dan hikmah

Minit 109
Surah al isra
Dari segi tertibnya surah yg ke17 dlm tertib kitabi atau quran atau mas'uf yg ada pada kita.
Bilangan ayat 111
Bilangan rukok
Surah Makkiyah(ada beberapa ayat yg turun di madinah)
Tertib turun yg ke 50
Bilangan paragraf  10 (untuk struktur makro yg kita buat ini ada)
Paragraf 1 ayat 1-10 Berita gembira kepada umat Islam akan berjaya menguasai mekah dan baitulmaqdis dan disitu juga disebut sejarah jatuh bangun bani israel.
Paragraf 2 ayat 11-22 Maksud ujian didunia.Tujuan risalah (maknanya kerasulan) dan akhirat(apa tujuannya)
Paragraf 3 ayat 23-49 Prinsip2 asas negara Islam(sudah disebut disini sebelum hijrah kemadinah sudah dibagi asas2 sebuah negara Islam.dia yg kecil.nak ceritanya asal dari yg kecil jika kuat boleh jadi merebak jadi besar kerana kekuatan dlman)
Paragraf 4 ayat 50-60 Jawapan kepada kritikan musyrikin Mekah terhadap aqidah tauhid,kerasulan dan quran
Paragraf 5 ayat 61-70 tipu daya iblis,kemuliaan dan penghormatan yg diberikan kepada anak Adam
Paragraf 6 ayat 71-77 berita gembira tentang kegagalan perancangan mengusir nabi saw(al aliftibzas minal ardi.dari bumi mekah.Iftibzas maksud cabut hingga keakar umbi.cabut semua sekali.bukan potong dahan.guna perkataan ini hanya dlm surah ni.satu digunakan untuk iblis.satu lagi digunakan untuk firaun.satu lagi digunakan untuk kafir quraisy.tapi hasilnya tidak berjaya kerana akhirnya nabi saw yg menguasai mekah)
Paragraf 7 ayat 78-82 berita gembira tentang terhapus kebatilan hasil hubungan dgn allah(hubungan kita dgn allah akan membantu kita menentang musuh)
Paragraf 8 ayat 83-100 menuntut mukjizat hissy (mukjizat  zahir setelah ada  mukjizat quran yg hidup adalah salah tak sepatutnya kita nak minta mukjizat lain setelah ada mukjizat quran .mukjizat quran adalah yg terpilih.tak perlu dah kepada yg lain)
Paragraf 9 ayat 101-104 sikap pemimpinan kafir quraisy dan firaun sama dari segi berusaha mengusir pihak lawannya (sikap firaun dulu lagu tu juga sikap kafir quraisy pun ikut jejak langkah firaun dan pengikut2 setianya.dr segi apa?tak boleh nak bendung atau lawan ,halau.buang negeri.begitu caranya)
Paragraf 10 ayat 105-111.arahan supaya menjaga hak2 quran dan  aqidah tauhid yg bersih disamping berdoa bertahmid dan bertahlil.

Mesej utama ni
1.Setelah seruan beriman kepada alquran disampaikan,pemimpin quraisy berusaha mengusir nabi saw dr bumi mekah tak ubah seperti firaun mengusir nabi musa dahulu tetapi allah yg membinasakan mereka.
Yg
ke2 berita gembira akan menguasai mekah dan baitulmaqdis.

Kita tengok dari segi turunnya surah ini.
Surah isra atau bani israel atau perjalan pada waktu malam iaitu bermula perjalanan diwaktu malam dari kaabah kepada baitul maqdis.
Berlaku  isra dan pada ketika itu juga berlaku  mikraj kelangit dari baitul maqdis bukan dr mekah.drp mekah tu pergi ke baitul maqdis.dan ini berlaku pada tahun ke12 kenabian sebelum hijrah iaitu setahun atau dua tahun pada peristiwa hijrah.ketika mana permusuhan dan perancangan jahat puak2 kafir quraisy berada dikemuncaknya ketika itu.
Semasa malam tu dr mekah buat lalu ke mafinah dah.
Madinah dok sebelah utara mekah.orang yg nak pergi kesyam akan bw lalu ikut tu juga.jibril bw nabi  ikut tu juga dan jibril kata ini tempat kamu akan hijrah akan dtg.lepas tu baru pergi kebaitul maqdis.orang zaman dulu ,baitulmaqdis panggil syam juga.wilayah syam tu luas satu ketika dahulu dan disini sudah ada hijrah kesitu iaitu pada ayat 80,nanti kita akan sebutkan pada masa akan dtg.mengikut setengah2 riwayatnya ,peristiwa ini berlaku pada   12rejab tahun ke12  kenabian.

Kelebihan surah ini.
Aisyah ada menyebutkan nabi saw  tidak akan tidur atas tilamnya tanpa baca surah ini dan surah azzumar. .itu ada sebut dlm tirmizi.dan dia kata hadis tu hasan gharib.

Perkaitan surah ni dgn surah sebelum ni.
Didlm surah annahl sebelum sudah ada isyarat kepada hijrah kemadinah tu dan kelebihannya pada ayat 41-110
Disini dlm surah isra ni secara lebih jelas diajarkan doa hijrah iaitu pada ayat 80-81

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",
-Sura Al-Isra', Ayah 80
👉Ini doa hijrah ,kita pun boleh bc doa ni jika nak hijrah

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
-Sura Al-Isra', Ayah 81
1:20

Diberi berita gembira kemenangan
Dikemukakan 10 pesanan nabi musa as.
Ni cerita perkaitan.
Surah alkahfi  selepas itu ,disebutkan bhw salah satu amaran kepada ahlil kitab yg menyekutukan allah.disini ada juga benda tu ayat 4
Juga ada disebut sejarah jatuh bangun  secara ringkas

Kata kunci dan tema utama dlm surah ini ialah ia mengemuka sikap dan gelagat kaum musyrikin.
Ayat 9
Ayat 41,nasihat kpd kafir quraisy.
Tasriful ayah..untuk menyampaikan maksud yg sama..
Tuhan buat macam2 perbandingan.
Perkara tasrif beberapa kali digunakan..
Disebut juga khasiat quran.
Kepada kafir tambah kerugian kepada orang mukmin.
Sikap orang yg tak percaya .macam tertutup tak masuk dlm fikiran dia.
Al quran turu sikit2..
Sikap orang kafir..cabut lari..

Dlm surah ini juga disebut tentang  pokok zaqum yg jadi bhn ketawa,kata api tapi ada pokok. diejek oleh kafir quraisy.surah qaaf sebut zaqum

Allah cabar manusia agar buat quran.
Ada Dlm ayat 88

Kata kunci yg sangat penting iaitu dan pecahan dia. istafzis,di3tempat
1.Ayat 64
وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
-Sura Al-Isra', Ayah 64
👉Istafzis  َاسْتَفْزِزْ
Anak cucu adam yg lemah boleh digoda boleh iblis.

فَأَرَادَ أَنْ يَسْتَفِزَّهُمْ مِنَ الْأَرْضِ فَأَغْرَقْنَاهُ وَمَنْ مَعَهُ جَمِيعًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka Firaun pun berkira hendak mengusir mereka dari bumi (Mesir) lalu Kami tenggelamkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya seluruhnya.
-Sura Al-Isra', Ayah 103
👉Istifzas hapus keakar umbi tapi allah tenggelamkan mereka.
2.Firaun diktator
Setiap pemimpin hok jahat dan tidak boleh bertahan.
Firaun perbodohkan rakyatnya.
Sikap firaun ,nak cabut keakar umbi(istifzas) tiada bani israel.sangat zalim firaun ini...hamba abdi..nabi musa penyelamat.
Nabi musa terpaksa didik jadi bangsa yg merdeka.

3.siapa yg ada sifat ni,kafir quraisy juga ada sifat istifzas
8th baru jatuh kerajaan kafir quraisy.
Israel zaman loni ia lah amerika.
Amalkan riba.
Ayat 76
وَإِنْ كَادُوا لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنَ الْأَرْضِ لِيُخْرِجُوكَ مِنْهَا ۖ وَإِذًا لَا يَلْبَثُونَ خِلَافَكَ إِلَّا قَلِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi (Makkah) dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja.
-Sura Al-Isra', Ayah 76
👉Kata kunci surah ni ,kafir quraisy..bangsa yg dimurkai allah.tidak belajar dr sejarah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan