Ahad, Julai 29, 2018

Daurah tafsir darulkausar sesi 17


1.al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
4.an nisa(176)madaniyah
5.al maidah(120)madaniyah
6.al anam(165)makkiyah
7.al a'raf(206)makkiyah
8.al anfal(75)madaniyah
9.at taubah(129)madaniyah
10.yunus(109)makkiyah

11.hud(123)makkiyah
12.yusuf(111)makkiyah
13.ar rad(43)madaniyah
14.ibrahim(52)makkiyah
15.al hijr(99)makkiyah
16.an nahl (128)makkiyah
17.al isra(111)makkiyah
18.al kahf(110)makkiyah
19.maryam(98)makkiyah
20.taha(135)makkiyah

21.al anbiya(112)makkiyah
22.al haj(78) madaniyah
23.almukminun(118)makkiyah
24.an nur(64) madaniyah
25.alfurqan(77)makkiyah
26. Asy syuara(227)makkiyah
27.An naml(93) makkiyah
28.Al Qasas(88) makkiyah
29.Al ankabut(69)makkiyah
30.Ar rum(60)makkiyah

31.Luqman(34)makkiyah
32.As Sajadah(30)makkiyah
33.Al Ahzab(73)madaniyah
34.Saba(54)makkiyah
35.Fatir(45)Makkiyah
36.Yasin(83)makkiyah
37.As saffat(182)makkiyah
38.As sad(88)makkiyah
39.Az zumar(75)makkiyah
40.Al mukminun/ghafir(85)makkiyah

32.As Sajadah(30)makkiyah
Surah As Sajadah
Bilangan ayatnya 30
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 75
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1
ayat 1-3 Pengenalan tentang alquran.Quran bukan rekaan manusia ,maksudnya ialah untuk mengingatkan mereka.
ayat 4-8 Pengenalan tentang Allah.Allah sebagai
(Pencipta)خالق
(Pelindung)ولي،
(Penolong)شافع،
(Pengatur atau Pengurus alam ini)مدبر
Paragraf 2 Dalil2 akhirat
ayat 4-6 Dalil2 أنفسي(diri kita sendiri)
ayat 7-9 Dalil2 dari kekuasaan Allah
Paragraf 3 Kepercayaan kepada Al quran dan menolak Alquran
ayat 15-19 sifat2 orang mukmin dan balasan baik untuk mereka
ayat 20-22 sifat2 orang fasik dan balasan2 buruk untuk mereka
Paragraf 4
ayat 23-26 Dalil2 sejarah (tarikhi)
Ayat 27 Dalil2 rububiyah
Paragraf 5 ayat 28-30 Pesanan supaya bersabar kepada orang islam yg tertindas.

Mesej utama.
1.Berimanlah kepada Allah dan hari akhirat setelah merenungi  dalil2 alquran
2.balasan kepada orang mukmin dan orang fasiq adalah berbeza.
3.Wahai orang2 Islam! Bersabar dan beristiqamahlah dlm menghadapi ujian2 nescaya kamu akan mendapat kemenangan.

Zaman turun iaitu tahun ke4/5 kenabian ,peringkat awal.
Setelah nabi memulakan dakwah peringkat terbuka.
Iaitu peringkat awal lagi.

Kelebihan surah ini nabi selalu bc surah ini dipagi hari jumaat pada rakaat pertama solat subuh.
Kaitan ,surah luqman disebut jenayah dan kesalahan kafir quraisy melekakan menggunakan hiburan dr dengar alquran.mereka juga sombong dan tak mahu dengar orang yg nak nasihat apa yg diturunkan oleh allah.mereka nak apa y nenek moyang mereka ikut dan mereka terlibat dgn kesyirikan yg merupakan kezaliman yg besar.
Dlm surah ini selain dr disebut orang jahat dan fasik dan disebut sifat orang mukmin.memuji allah,bertasbih dan bertahajud kepada allah.
Nabi dan pengikutnya begitulah
Juga dikemuka perbandingan orang mukmin dan orang fasik.
Surah ahzah pula ,dibuat perbandingan orang mukmin dan orang munafik.

Kata kunci dlm surah assajadah.
Tempat tinggal mereka dineraka dlm ayat 20

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ ۖ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".
-Sura As-Sajdah, Ayah 20
👉Fasik ini adalah orang kafir
Fasik sifat orang kafir.

Tema pertemuan dgn allah sangat penting
Ayat 14
فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا إِنَّا نَسِينَاكُمْ ۖ وَذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
-Sura As-Sajdah, Ayah 14
Ayat 10
وَقَالُوا أَإِذَا ضَلَلْنَا فِي الْأَرْضِ أَإِنَّا لَفِي خَلْقٍ جَدِيدٍ ۚ بَلْ هُمْ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ كَافِرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.
-Sura As-Sajdah, Ayah 10

Ayat 23
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَلَا تَكُنْ فِي مِرْيَةٍ مِنْ لِقَائِهِ ۖ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.
-Sura As-Sajdah, Ayah 23

Orang musyirik tak percaya hari akhirat.
Ayat 14 tadi.
Orang yg berdosa atau orang kafir.
Ini kata kunci ata tema utama dlm surah ini.

Paragraf 4
ayat 23-26 Dalil2 sejarah (tarikhi)
Ayat 27 Dalil2 rububiyah
👉Kitab taurat kata jgn ragu...bila mereka sabar
Ayat 24
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
-Sura As-Sajdah, Ayah 24
👉Pemimpin أَئِمَّةًmengikut hukum tuhan.

33.Al Ahzab(73)madaniyah
Tertib yg ke33
Surah Al Ahzab(parti2/golongan2/puak2/pasukan2)
Bilangan ayatnya 73
Bilangan rukuk 9
Surah madaniyah
Tertib turunnya yg ke 90
Bilangan paragrafnya ada 12
Paragraf 1ayat 1-3 Perintah supaya jgn mentaati orang kafir dan orang2 munafik.
Paragraf 2 ayat 4-6 Hukum zihar dan anak angkat demi keadilan masyarakat
Paragraf 3 ayat 7-8 Tujuan ميثاق,(peejanjian yg teguh drp allah) ialah untuk pembalasan baik dan buruk
Paragraf 4 ayat 9-21Tentang perang Ahzab peranan orang2 munafik dan contoh tauladan yg baik
Paragraf 5 ayat 22-25 Perang Ahzab dan peranan sahabat yg ikhlas
Paragraf 6 ayat 26-27 Ghazwah Bani Quraizah,sejurus selepas perang khandak
Paragraf 7 ayat 28-40 Hukum2 kekeluargaan dan kemasyarakatan
Paragraf 8 ayat 41-48 Nasihat kepada sahabat2 yg ikhlas
Paragraf 9 ayat 49-59 Hukum2 kemasyarakatan dan kekeluargaan lagi
Paragraf 10 ayat 60-68 Peringatan kepada orang2 munafik dan ancaman hari kiamat.
Paragraf 11 ayat 69-71 Ucapan yg benar dan tawaran bersyarat
Paragraf 12 ayat 72-73 Tujuan amanah ,kenapa allah serahkan amanah kepada kita?

Mesej utama .
1.Tinggalkan kekufuran dan kemunafikan dlm keadaan menyedari tanggungjawab dan amanah.
2.Laksanakanlah hukum2 Islam  dgn ikhlas baik yg berkaitan dgn kekeluargaan,kemasyarakatan,ketenteraan,
pemerintahan dll.

Zaman turun surah ini sekitar tahun 4/5/6hijrah sebab ini dimadinah.
Setahun kmdn tahun 6h turun pula surah an nur.

Didlm ayat mula2 lagi ghazwah ahzab dipanggil juga ghazwah khandak.
Disebelah dlm madinah ,orang munafik menyusahkan.
Pada masa ni allah kata ..jgn taat kepada orang munafik..
Ayat 48,kata kunci.
وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).
-Sura Al-Ahzab, Ayah 48
Kata kunci.

Kaitan dgn surah sebelum
Disebut secara umum orang mukmin dan orang fasik.
Didlm surah ini pula disebut sahabat nabi yg ikhlas dan munafik.
Orang islam menghadapi orang kafir dan orang munafik.
Dlm surah ini diberitahu tuduhan orang munafik terhadap rasullah saw.dlm surah selepas ni dikemukakan pula macam2 tuduhan musyrikin mekah terhadap nabi.itu yg semasa.
Nak cerita orang Islam akan sentiasa ada musuh.Jadi kena kenal musuh2 orang Islam.
Masa perang ahzab benar2 menghadapi cabaran.
Tema yg sana diulang bermakna kata kunci..suruh tawakkal.
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 3

Ayat 48
وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).
-Sura Al-Ahzab, Ayah 48

Dipermulaan dan diakhir surah, jgn ada apa2 hub dgn orang kafir dan munafik.

Yg ke3,kepimpinan orang kafir dan munafik atau pembesar yg menghalang
وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 67
👉Diakhirat manusi yg memilih jln yg salah akan menyesal.

Ayat 1
Ayat 48sebut benda yg sama

Li,lam illat ...berkait dgn amanah..
Ayat 8
لِيَسْأَلَ الصَّادِقِينَ عَنْ صِدْقِهِمْ ۚ وَأَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا أَلِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka); dan (sebaliknya) Ia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 8

لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 24
👉Nabi telah berjaya menghadapi orang munafik.hanya berbelas shj yg munafik إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ

Ayat 72
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 72

لِيُعَذِّبَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوبَ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 73
Minit 44
Kuat gagah seperti gunung pun tak sanggup
Tuhan hanya mengamanahkan bumi untuk tumbuhkan tanam2an.
Allah tidak taklif agama kepada bumi .
Amanah memikul agama.
Manusia sanggup terima dan laksana ugama.
Zoluman =sangat zalim ظَلُومًا جَهُولًا bukan dulu, tapi loni
Sangat jahil= جَهُولًا
Mana tak terima tu dan tak tahu َ ظَلُومًا جَهُولًا
Ada li لِيُعَذِّبَ,balas baik atau buruk.
Perkatan
Juga disebutkan kata kunci atau tema
Azan, izan  آذَوْا susahati serabut,siapa yg serabut?nabi,modal atau sifat puak2 munafik menyakiti nabi.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَىٰ فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا ۚ وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya(membebaskan) dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 69
👉terpilih disisi tuhe وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَىٰ طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَٰكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ ۖ وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ ۚ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ۚ ذَٰلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ ۚ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا ۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 53
👉Pecahan dari perkataan iza يُؤْذَنَ
Menyakiti nabi saw dosa besar.
Sebab nabi membawa kebahagiaan.
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 57
👉ganggu يُؤْذُونَ
Untuk elak gangguan ,perempuan disuruh pakai hijab.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 59
👉
يُدْنِينَ
Ayat 31-36
Hukum2 kekeluargaan.
Ayat 51,58
Utamakan kehidupan dunia.
Hukum perempuan pakai jilbab ayat 59.
Hijab=langsir ,ayat 53
Jgn tabaruj,jangok bila keluar rumah ayat 53
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَىٰ طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَٰكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ ۖ وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ ۚ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ۚ ذَٰلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ ۚ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا ۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 53
👉Bercakaplah secara munasabah.
Keluar hanya untuk keperluan.
Perkawinan rasullah dgn zainab(bekas isteri anak angkat)
Cerai yg belum sempat digauli,tiada edah..dlm surah ni.
Hukum2 kemasyarakatan seperti zihar...mu kepada ku seperti ibu ku..bayar kafarah..
Anak angkat ayat 4
Jaga keturunan ayat 5
Hapuskan usaha kesan jahat dgn byk ingat allah.
Baca bersama dgn surah nur,kekeluargaan dan masyarakat.

Minit1:16

Minit 1:16
Lelaki dibunuh =600orang
Saad bin Muaz kena anak panah,sekutu dgn yahudi.dibw kawasan bani quraizah buat keputusan..pergi sambut ketua kamu mari dah...kata nabi...
Yg terlibat lelaki dibunuh ...akibat khianat dlm perang.
...kejam?!..yahudi dan kristian kritik..padahal flm kitab taurat dia..hukum mengkhianati negara....diterbangkan angin..akhirnya balik ...selamat, tidak boleh masuk dgn segera...hikmah buat parit.

🔕🔕

34.Saba(54)makkiyah
Surah Saba
Tertib surah 34
Bilangan ayatnya 54
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 58
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-9
Ayat 1-2 Sifat tuhan dan tauhud sifat.
Ayat 3-9 Kritikan terhadap akidah akhirat.
Paragraf 2 ayat 10-14
Ayat 10-11Syukur Daud
Ayat 12-14Syukur sulaiman
Paragraf 3 ayat 15-21 Kekufuran kaum Saba' dan tidak percaya mereka kepada akhirat
Paragraf 4 ayat 22-28
Ayat 22-27 Dalil2 membuktikan kebenaran tauhid dan kepalsuan syirik
Ayat 28 Dalil kerasulan  Muhamad.
Paragraf 5 ayat Sebab2 kesyirikan dan tidak percaya kepada hari akhirat
Ayat 29-30 Tidak percayakan akhirat
Ayat 31-38 Pimpinan orang kafir yg sombong dan mewah dan pengikut2 mereka.
Ayat 39-42 Menolak kesyirikan.
Paragraf 6 ayat 43-46 Kritikan2 terhadap Rasul
Paragraf 7 ayat 47-54 Dalil2 kerasulan Muhamad dan ancaman hari kiamat.

Mesej utama
Terimalah Islam dan elakan diri daripada keraguan akibat mengkritik aqidah tauhid,kerasulan Muhamaf dan hari akhirat dgn kritikan2 yg lemah dan jgnlah mengikut pemimpin yg tidak bersyukur ,mewah dan sombong.

Zaman turun surah ini

35.Fatir(45)Makkiyah.
Surah Fatir
Tertib surah 35
Bilangan ayatnya 45
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 43
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-18 seruan kepada tauhid dan kepercayaan hari akhirat.
Ayat 1-4 jgn dustakan seruan rasullah saw
Ayat 5-8 seruan percaya kepada hari akhirat.
Ayat  9-13 dalil2 tauhid
Ayat 14-17 dalil2 akhirat
Ayat 18 seruan supaya menyucikan diri
Paragraf 2 ayat 19-23perbezaan antara mukmin dan kafir
Paragraf 3 ayat 24-26dalil daripada sejarah kebinasaan kaum
Paragraf 4 ayat 27-28tauhid rububiyah
Paragraf 5 ayat 29-39
Ayat 29--35hukum balasan baik
Ayat 36-39hukum balasan buruk
Paragraf 6 ayat 40-41penolakan terhadap syirik dan dalil2 tauhid
Paragraf 7 ayat 42-45ancaman kebinasaan terhadap kepimpinan yg sombong.

Mesej utama
Percayalah akan seruan al Quran kepada ajaran tauhid dan ajaran adanya hari akhirat dgn menyedari  adanya hukum pembalasan baik dan buruk Allah.Jika tidak kamu akan dibinasakan.

Zaman turunnya surah ini

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
-Sura Fatir, Ayah 27

Orang yg dapat pengajaran adalah ulamak iaitu orang yg ada pengetahuan yg betul.

Dalil2 anfusi(pada diri kita)
Ayat 15
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
-Sura Fatir, Ayah 15

Bumi tak bergoyang.
Menolak selain allah
Allah cabar manusia.apa yg manusia buat?..
Dilangit?
Tanda surah peringkat ke3@4,perkataan markr.
Dinafikan syafaat tanpa izin allah.
Dalil akhirat...bumi ni yg allah nak diberi kekuasaan dibumi..
Orang2 yg beriman.32
ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).
-Sura Fatir, Ayah 32

Ayat 39
هُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ فِي الْأَرْضِ ۚ فَمَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ ۖ وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِلَّا مَقْتًا ۖ وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ إِلَّا خَسَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dia lah yang menjadikan kamu orang-orang yang berkuasa di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kufur ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri; dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan; dan juga orang-orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua.
-Sura Fatir, Ayah 39

Syaitan adalah musuh

Tasliyah(penghiburan-menenangkan hati)
..kalau mereka mendustakan engkau,rasul2 sebelum mu telah didustakn dah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan