Selasa, Oktober 09, 2018

057.Surah Al hadid

1.Surah al hadid(57)
2.Surah al Mujadalah(58)
3.Surah al Hasr(59)
4.Surah Al mumtahah(60)
5.Surah as saf(61)
6.Surah al jumaah(62)
7.Surah al munafikun(63)
8.Surah at taghabun(64)
9.Surah at talaq(65)
10.Surah at tahrim(66)
10 surah serangkai iaitu Surah2 ada berkait antara satu sama lain.
Kebanyakan surah ini bermula dgn tasbih tauhid.
Kandungan surah ini dan surah ke10(surah tahrim) ada 2perkara penting iaitu infaq dan jihad
8 surah lagi dibahagi 2.
4mengenai jihad
4lagi mengenai infaq
Berselangi dgn tasbih.
Infaq dan jihad untuk tauhid.
Jihad menyebarkan tauhid
Bg keperluan jihad kena infaq.
Surah hadid terbahagi 2.
Bhg pertama ayat 1-24infaq
Ada 5sebab kenapa perlunya infaq.
Bhg ke2ayat 25-29jihad

Surah Al hadid
Tertib surah 57
Bilangan ayatnya 29
Bilangan rukuk
Surah madani
Tertib turunnya yg ke
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1ayat 1-15seruan supaya bertauhid,beriman dan berinfaq.
Ayat 1-6 sifat2 tuhan
Ayat 7-9 seruan supaya beriman dan berinfaq
Ayat 10-11kelebihan terlebih dahulu menyertai jihad
Ayat 12-15perihal orang munafik di hari kiamat
Paragraf 2 ayat 16-17jangan jadi keras hati macam ahlil kitab
Ayat 16 ahli kitab
Ayat 17 hukum risalah dan hidayah
Paragraf 3 ayat 18-20 pahala infaq
Ayat 18-19 pahala iman dan infaq
Ayat 20 hakikat dunia dan akhirat
Paragraf 4 ayat 21-24 seruan supaya bersegera melakukan kebajikan
Ayat 21seruan bersegera memohon keampunan dan syurga.
Ayat 22-23arahan bersabar atas kerugian harta benda dan nyawa
Ayat 24 peliharalah diri daripada sifat bakhil
Paragraf 5 ayat 25-29 tujuan diutuskan rasul ialah untuk menegakan keadailan
Ayat 25-26 Keadilan dan kesaksamaan
Ayat 27 Elak diri drp rahbaniyah(cara hidup kepaderian)
Ayat 28 Seruan  kepada ahli kitab supaya beriman,berinfaq,berjihad dan berlaku adil
Ayat 29 kerasulan bukan monopoli keturunan tertentu

Mesej utama
لِيَقُومَ النَّاسُ بِالقِسطِ
Hendaklah kamu berjihad dgn harta benda dan jiwa raga dlm keadaan beraqidah tauhid  yg betul disamping mengelak diri  drp nifaq,cintakan dunia,kebakhilan dan rahbaniyah supaya  dgn itu akhirnya tertegak kerajaan Islam  yg menegakkan keadilan dan kesaksamaan sesuai dgn ajaran sekelian nabi dan rasul.

Ayat 1
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah;
dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Mentasbihkan allah bererti mentauhidkan allah.

Ayat 2
لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi;
Ia menghidupkan dan mematikan;
dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉

Ayat 3
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ
وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ
وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir;
dan Yang Zahir serta Yang Batin;
dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉Ayat yg lebih afdal dari ayat lain sebanyak 1000ayat.
Yg zahir itu qudratnya meliputi segala2.
Yg batin itu ilmunya meliputi segala2.

Ayat 4
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ
يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ
وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا
وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy;
Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi
serta apa yang keluar daripadanya;
dan apa yang diturunkan dari langit
serta apa yang naik padanya.
Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada,
dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
👉Ilmu allah dimana sj.

Ayat 5
لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi;
dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

Ayat 6
يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ
وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۚ
وَهُوَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang,
dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti);
dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Ayat 7
آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ ۖ
فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ
وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya,
dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil.
Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah);
mereka tetap beroleh pahala yang besar.
👉Sebab pertama infaq
Tuntutan keimanan.
Jadi infaq adalah alamat keimanan.

Ayat 8
وَمَا لَكُمْ لَا تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۙ
وَالرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ لِتُؤْمِنُوا بِرَبِّكُمْ
وَقَدْ أَخَذَ مِيثَاقَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah?
Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu,
dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).

Ayat 9
هُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ عَلَىٰ عَبْدِهِ
آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ
لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ
وَإِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ

Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata,
kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.
👉

Ayat 10
وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
لَا يَسْتَوِي مِنْكُمْ
مَنْ أَنْفَقَ مِنْ قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ ۚ
أُولَٰئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً
مِنَ الَّذِينَ أَنْفَقُوا مِنْ بَعْدُ وَقَاتَلُوا ۚ
وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? -
Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya).
Tidaklah sama di antara kamu,
orang-orang yang membelanjakan hartanya
serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah).
Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu.
Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
👉Sebab infaq yg ke2

Ayat 11
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
فَيُضَاعِفَهُ لَهُ
وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah,
sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya?
Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!
👉Sebab infaq yg ke3.
Infaq seperti memberi pinjam.
Diduniapun sudah dapat gandaanya.
Begitu juga diakhirat.
100rupiah dah jadi euro contoh.

Ayat 12
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
يَسْعَىٰ نُورُهُمْ
بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ
جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka):
"Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
kekal kamu di dalamnya;
yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".
👉

Ayat 13
يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ
لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا
نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ
قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ
فَالْتَمِسُوا نُورًا
فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ
لَهُ بَابٌ
بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ
وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat),
berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami,
biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu".
(Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)",
serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

Ayat 14
يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ ۖ
قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ
وَتَرَبَّصْتُمْ
وَارْتَبْتُمْ
وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ
حَتَّىٰ جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ
وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata):
"Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?"
Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar!
Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik)
dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam),
dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu).
Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
👉Sifat syaitan الْغَرُورُ

Ayat 15
فَالْيَوْمَ لَا يُؤْخَذُ مِنْكُمْ فِدْيَةٌ
وَلَا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
مَأْوَاكُمُ النَّارُ ۖ
هِيَ مَوْلَاكُمْ ۖ
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

"Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu,
dan tidak juga dari orang-orang kafir.
Tempat tinggal kamu ialah neraka,
nerakalah sahaja penolong kamu,
dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!"

Ayat 16
أَلَمْ يَأْنِ
لِلَّذِينَ آمَنُوا
أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ
وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ
وَلَا يَكُونُوا
كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ
مِنْ قَبْلُ
فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ
فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ
وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belum sampaikah lagi masanya
bagi orang-orang yang beriman,
untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah
serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?
Dan janganlah pula mereka menjadi
seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab
sebelum mereka,
setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras,
dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
👉Zajrun

Ayat 17
اعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ
قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَات
ِلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya;
sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti,
supaya kamu memahaminya.
👉Ada hubungan dgn qudrat allah.

Ayat 18
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
يُضَاعَفُ لَهُمْ
وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah,
serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas),
akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya),
dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
👉Tagrib kepada infaq

Ayat 19
وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُولَٰئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ ۖ
وَالشُّهَدَاءُ عِنْدَ رَبِّهِمْ
لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ ۖ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid;
mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu;
dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.
👉Orang yg infaq harta dan nyawa وَالشُّهَدَاءُ dapat jaminan dari allah.

Ayat 20
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
لَعِبٌ وَلَهْوٌ
وَزِينَةٌ
وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ
وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ
كَمَثَلِ غَيْثٍ
أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ
ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا
ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ
وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ
وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata)
permainan dan hiburan (yang melalaikan)
serta perhiasan (yang mengurang),
juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan)
serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya,
kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu),
selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai;
dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu),
dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat).
Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
👉Sebab yg ke4 infaq harta.untuk jadikan sebenarnya2 harta kita
Bila infaq jadi mulia.
Bila dlm keadaan akhirat baru jadi mulia.
Perhiasan وَزِينَةٌ
Pengikut وَالْأَوْلَادِ
Menipu الْغُرُورِ
3 zaman Dunia;kanak2,remaja dan tua.

Ayat 21
سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ
وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ
ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu,
dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya;
yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
👉untuk elak ditipu oleh dunia,perlu berlumba2  dgn cara infaq.

Ayat 22
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ
إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا ۚ
إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi,
dan tidak juga yang menimpa diri kamu,
melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;
sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
👉Sebab infaq harta yg ke5,
Harta akan lepas dr tangan kita dgn apa cara sekali pun.
Jadi infaqlah semasa harta dlm kekuasaan kita.

Ayat 23
لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ
وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ
وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu.
Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
👉 Sesuatu itu adalah ketetapan allah.
Bangga dgn luaran فَخُورٍ

Ayat 24
الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ ۗ
وَمَنْ يَتَوَلَّ
فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri),
kerana sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
👉Bakhil kerana cinta dunia.
Himpun dgn tidak infaq.

Ayat 25
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ
وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ
وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ
وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ
وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ
وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata,
dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan
dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari)
dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya,
padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
👉Bhg ke2 surah hadid tentang jihad.

Ayat 26
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا وَإِبْرَاهِيمَ
وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ ۖ
فَمِنْهُمْ مُهْتَدٍ ۖ
وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim,
dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; maka sebahagian di antara mereka: orang yang beroleh hidayah petunjuk,
dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik - derhaka
👉Tafsir ayat yg sebelumnya,ayat 25

Ayat 27
ثُمَّ قَفَّيْنَا
عَلَىٰ آثَارِهِمْ
بِرُسُلِنَا
وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ
وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ
وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ
رَأْفَةً وَرَحْمَةً
وَرَهْبَانِيَّةً
ابْتَدَعُوهَا
مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ
إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ
فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا ۖ
فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ ۖ
وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Kemudian Kami iringi sesudah - mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti,
dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam,
serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil;
dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri).
Dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" - merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah;
dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya.
Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik - derhaka.
👉orang ikut nabi isa menjadi penyayang.

Ayat 28
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ
يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِنْ رَحْمَتِهِ
وَيَجْعَلْ لَكُمْ نُورًا
تَمْشُونَ بِهِ
وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad),
supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya,
dan menjadikan bagi kamu cahaya
untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu;
dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Tagrib kepada kitab.

Ayat 29
لِئَلَّا يَعْلَمَ أَهْلُ الْكِتَابِ
أَلَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ
مِنْ فَضْلِ اللَّهِ ۙ
وَأَنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

(Ditetapkan pemberian yang demikian kepada kamu) supaya golongan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani - yang menentang Islam) mengetahui,
bahawa sesungguhnya mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendapat (atau menyekat) sesuatu
dari limpah kurnia Allah,
dan bahawa sesungguhnya limpah kurnia itu terletak dalam kekuasaan Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Dan (ingatlah), Allah jualah yang mempunyai limpah kurnia yang besar.
👉allah pilih nabi akhir zaman adalah pilihan allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan