Sabtu, Disember 29, 2018

Sunan Abu Daud kitab solat sesi 002 4/8.


Kalu tengok syafie shj
Qaul qadim,habis waktu maghrib bila habis waktu syafak
Qaul jadi,habis waktu maghrib sekadar 4rakaat solat.
Kalu tiada pendapat orang lain pun ,kita sekadar nak pakai qaul qaddim ,boleh sebab itu hasil ijtihad .itulah maknanya kuatnya hasil ijtihad.
Biasa pendapat yg jadid ditarjihkan tetapi ini tidak yg qaddim ditarjihkan(cari yg lebih kuat).sebab hujjahnya (dalilnya)lebih kuat.
Kita nak pakai yg jadid pun boleh terutama untuk orang yg sakit .
Nak jamak,bukan sebab habis waktu dan jika nak jamak pun boleh (ambil waktu isyak tak masuk lagi)
Jika pendapat syafie qauk jadid tak jamak tapi dlm waktu dia dah.yakni solat maghrib kemudian berhenti sebentar buat solat sunat ke,kemudian solat isyak yg dikira dlm sudah waktunya.

Waktu isyak.
Waktu solat Isya bersamaku tatkala awan merah telah hilang(hilang syafak ini jumhur) hingga sepertiga malam atau separuh malam.
Waktu akhir dia pun ada khilaf juga.
Yg kata satu pertiga malam itu Umar bin Abdul Aziz.
Juga pendapat syafie dlm satu pendapatnya.
Sauri,Ishak bin Mubarak  ,Arrohawih berpendapat separuh mlm.
Syafie juga berpendapat begini juga ketika dia duduk di Iraq.
Jumhur ulamak ,waktu isyak rapat keSubuh.termasuk imam syafie,ada satu pendapat dia.
Dan pendapat dia hok ni dipakai dlm mazhab syafie...
Tetapi bukan yg afdal.
Ada ulamak yg cuba gabung ,satu pertiga awal yg paling afdal.separuh mlm kurang sikit,sampai kesubuh waktu harus atau waktu darurat atau ihtirod.
Waktu subuh tiada khilaf..terbit fajar sodiq(cerah putih melebar keufuk timur)
Selepas fajar sodiq,Waktu ghalas,gelap sedikit selepas terbit fajar sodiq.
Cerah merah memanjang( fajar kazib)kemufian dia hilang..boleh lagi makan dan minum bg orang puasa.
Habis waktu subuh ada khilaf.ada kata habis waktu isfar iaitu waktu cerah tanah tak tubik lagi matahari.ini pendapat imam syafie.
Pendapat kedua imam syafie seperti orang2 lain,jumhur ulamak dgn naik matahari.habis lah waktu subuh.

Hadis ibnu syihab menyebutkan Umar Abdul Aziz pernah duduk atas mimbar.Pada hari itu dia perlewatkan sedikit solat asar.Urwah bin Azzubair kata kepada dia ketahuilah jibril telah memberitahu kepada muhamad tentang waktu solat.Umar bin Abdul Aziz ,faham betul2 apa yg kamu katakan itu ...ada dua lagi maksud....

Umar bin Abdul Aziz pengasas ilmu usul hadis.
Dia yg suruh susun kaedah.
Ada yg kata bukan,suruh kumpul hadis.kitab yg berlainan..dlm btk jamek,btk musnad,btk masyikha ,dia orang yg mula2 suruh.diantara orang yg dia suruh ibnu syihab atau azzuhri ni.
Urwah bin Azzubir dikira setaraf dgn nya,ni dr segi sama2 tabiin.
Dia tegur apabila Umar bin Abdul Aziz perlewatkan sedikit.Dia kata jibril ajar waktu solat.waktu solatnya diawal waktu lah.Bahkan jumhur ulamak berpendapat begitu.
Kita,boleh pakai kedua2 pendapat syafie.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan