Daurah tafsir 2017 sesi 4(4:88-176)
004.Surah An nisa (088-176)
Ayat 88
فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا ۚ
أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا
مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ ۖ
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا
Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan?
Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah?
Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah,
maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
👉Jihad Dgn orang munafikin,nasihat.
Jgn halang orang lain dari islam.
Sebab yg zahir nampak Islam hanya boleh tahu dr lidah dia yg halang jihad dan halang infaq.
Ayat 89
وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً ۖ
فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ
حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
فَإِنْ تَوَلَّوْا
فَخُذُوهُمْ
وَاقْتُلُوهُمْ
حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ ۖ
وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,
maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka.
Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam).
Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar,
maka tawanlah mereka
dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya;
dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;
👉Orang dtg jumpa itu sangat kuat kekufurannya
Ayat 90
إِلَّا الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ
أَوْ جَاءُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ أَنْ يُقَاتِلُوكُمْ أَوْ يُقَاتِلُوا قَوْمَهُمْ ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ
فَلَقَاتَلُوكُمْ ۚ
فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ
فَلَمْ يُقَاتِلُوكُم
ْوَأَلْقَوْا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ
فَمَا جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيلًا
Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka,
atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu
atau memerangi kaumnya.
Dan jika Allah menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu,
kemudian tentulah mereka memerangi kamu.
Dalam pada itu, jika mereka.
membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu),
serta mereka tidak memerangi kamu
dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu,
maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.
👉Undang2 ke 5,masuk dlm perjanjian
Ayat 91
سَتَجِدُونَ آخَرِينَ يُرِيدُونَ أَنْ يَأْمَنُوكُمْ
وَيَأْمَنُوا قَوْمَهُمْ
كُلَّ مَا رُدُّوا إِلَى الْفِتْنَةِ
أُرْكِسُوا فِيهَا ۚ
فَإِنْ لَمْ يَعْتَزِلُوكُمْ
وَيُلْقُوا إِلَيْكُمُ السَّلَم
َ وَيَكُفُّوا أَيْدِيَهُم
ْ فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ
حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ ۚ
وَأُولَٰئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا مُبِينًا
Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu,
dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir).
Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan),
mereka segera terjerumus ke dalamnya.
Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh),
dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu),
maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka
dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya;
kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.
👉Hukum yg ke 6.
Jika belot.i ni orang munafik
Ayat 92
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا
إِلَّا خَطَأً ۚ
وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً
فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ
مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ
إِلَّا أَنْ يَصَّدَّقُوا ۚ
فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ ۖ
وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ
فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ
وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ ۖ
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ
فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ
تَوْبَةً مِنَ اللَّهِ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain,
kecuali dengan tidak sengaja.
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja,
maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati),
kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya).
Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman,
maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka,
maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman.
Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya),
maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu).
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Hukum yg ke7
Pembunuh untuk kafir dan syirik.
Undang2 yg sengaja bunuh.
Ayat 93
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا
فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا
وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ
وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya
serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.
👉Ini yg bunuh dgn sengaja.
Kekal dgn makna lama,t tetapi tidak kekal.
Ayat 94
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّه
ِ فَتَبَيَّنُوا
وَلَا تَقُولُوا
لِمَنْ أَلْقَىٰ إِلَيْكُمُ السَّلَام
َ لَسْتَ مُؤْمِنًا
تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
فَعِنْدَ اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ ۚ
كَذَٰلِكَ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلُ
فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُوا ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya),
dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "
Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal).
(Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.
Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat),
lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu.
Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.
👉Hukum yg ke8
Tidak boleh bermudah2 dlm membunuh.
Kena teliti dlm membunuh.
Sekiranya ada alamat Islam kena berhenti.
Menyebabkan orang takut keluar berjihad
Ayat 95
لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ
وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ
فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ
عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ
وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ
وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman
- selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat.
Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga),
dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;
👉kelebihan jihad sebagai galakan.ferdu kifayah.
Ayat 96
دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Huraian Azima.
Cerita mufti tok guru haji Noor.
Bc Ayat 95.
Dia kata kamu lebih lagi lah.
Ayat 97
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ
قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ ۖ
قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ
قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ
فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ
وَسَاءَتْ مَصِيرًا
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam
dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:
"Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?"
Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi".
Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?"
Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam,
dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
👉Undang2 ke9
Ayat 98
إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَان
ِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً
وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا
Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak,
yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri)
dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah).
👉kecuali yg tidak mampu
Ayat 99
فَأُولَٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا
Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
👉allah memaafkan.
Ayat 100
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا
وَسَعَةً ۚ
وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِه
ِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِه
ِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam),
nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak
dan rezeki yang makmur;
dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan),
maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Targhib kepada hijrah.
Supaya halangan dapat diatasi.
Kampung harbi wajib hijrah.
Hijrah kerana agama memang lebih baik.
Ayat 101
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْض
ِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ
أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ
إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا
Dan apabila kamu musafir di muka bumi,
maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir.
Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.
👉Undang2 ke 10
Solat dlm keadaan perang.
Solat 2 lebih baik dari buat 4.
Ayat 102
وَإِذَا كُنْتَ فِيهِم
ْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ
فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ
وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُم
ْ فَإِذَا سَجَدُوا
فَلْيَكُونُوا مِنْ وَرَائِكُمْ
وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَىٰ
لَمْ يُصَلُّوا
فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ
وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ
وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُم
ْ وَأَمْتِعَتِكُمْ
فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ مَيْلَةً وَاحِدَةً ۚ
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ كَانَ بِكُمْ أَذًى مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ
أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ
وَخُذُوا حِذْرَكُمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka,
maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu,
dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud,
maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh);
dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh),
maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu,
dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.
Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak.
Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit.
Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.
👉Solat jemaah semasa perang.
Azab untuk sikafir menyebabkan terganggunsolat
Ayat 103
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ
فَاذْكُرُوا اللَّهَ
قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ
فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk,
dan semasa kamu berbaring.
Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
👉Latihan ingat Allah.
Ayat 104
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ
إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ
فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ
كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ
وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu;
kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu;
sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak).
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Tahgrib kepada qital lagi.
Sama letih ,tapi untuk orang Islam ada pahala berbeza dgn musuh islam
Ayat 105
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَق
ِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاس
ِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ
وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran,
supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya);
dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
👉Cerita orang munafik yg mencuri barang dan diletak di rumah orang beriman yg lain dan tuduh orang beriman yg lain itu pencuri.
Nabi telah panggil dan bertanya kenapa dia menuduh orang beriman mencuri.
Nabi pada mulanya menegur sipencuri sebenar tapi Allah telah menegur nabi.
Munafik lahirnya nampak islam
Keputusan mesti berdasarkan dalil dan bukti.
Ayat 106
وَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ ۖ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉
Ayat 107
وَلَا تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنْفُسَهُمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا
Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.
👉Membuat keputusan tanpa dalil adalah khianat.
Keputusan Qadi hanya mengikut dalil.
Kadang2 dalil palsu.
Walau pun nabi mesti berdasar dalil
Jika nabi ditipu,kamu akan ambil api neraka.
Ayat 108
يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ
وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ
إِذْ يُبَيِّتُون
َ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا
Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia,
dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah.
Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah.
Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
👉
Ayat 109
هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاء
ِ جَادَلْتُمْ
عَنْهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
فَمَنْ يُجَادِلُ اللَّهَ عَنْهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَة
ِ أَمْ مَنْ يَكُونُ عَلَيْهِمْ وَكِيلًا
Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran),
kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini,
maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak?
Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?
👉Semua mesti memastikan bela yg benar.
Ayat 110
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا
أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ
ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ
يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah,
nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Tahgrib kepada taubat
Ayat 111
وَمَنْ يَكْسِبْ إِثْمًا فَإِنَّمَا يَكْسِبُهُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Nak ajar,bhw dosa akan ditanggung sendiri
Ayat 112
وَمَنْ يَكْسِبْ خَطِيئَةً
أَوْ إِثْمًا
ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا
فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا
وَإِثْمًا مُبِينًا
Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa,
kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah,
maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta,
dan melakukan dosa yang amat nyata.
👉Dosa besar
Ayat 113
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ وَرَحْمَتُهُ
لَهَمَّتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ أَنْ يُضِلُّوكَ
وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ ۖ
وَمَا يَضُرُّونَكَ مِنْ شَيْءٍ ۚ
وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ ۚ
وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا
Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad),
nescaya berhasilah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu,
padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri;
dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun;
dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya.
Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.
👉
Ayat 114
لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ
إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَة
ٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ
وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka,
kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan,
atau mendamaikan di antara manusia.
Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
👉Adakah semua bisikan bersalah ?
Cuma biasanya bisikan jahat tersembunyi.
Seterusnya tabsyir.
Ayat 115
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ
مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ
وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ
نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ
وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ
وَسَاءَتْ مَصِيرًا
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya),
dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman,
Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya,
dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
👉Takhwif ukhrowi.
Jenis dosa yg diampunkan dan ada tidak
Ayat 116
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ
وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua),
dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya);
dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
👉
Ayat 117
إِنْ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ إِلَّا إِنَاثًا
وَإِنْ يَدْعُونَ إِلَّا شَيْطَانًا مَرِيدًا
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah),
dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
👉 Cara syirik
Adalah seru selain dr allah.
Seperti seru malaikat atau roh.
Juga seru perempuan.
Ada yg kata syaitan masuk dlm patung dan boleh bersuara bg menguatkan orang sesat.
Ayat 118
لَعَنَهُ اللَّهُ ۘ
وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا
Yang telah dilaknat oleh Allah,
dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku)
👉kata2 syaitan.
Ayat 119
وَلَأُضِلَّنَّهُمْ
وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ
وَلَآمُرَنَّهُمْ
فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ
وَلَآمُرَنَّهُمْ
فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ
وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّه
ِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran),
dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong,
dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak),
lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu;
dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah".
Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
👉Cara2 syaitan menyesatkan manusia.
Menurut ibnu Abbas ,mengubah termasuk syariat Allah.
Ini alamat dirasuk atau ikut syaitan.
Ayat 120
يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ
وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong;
dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
👉Huraian yg lebih lagi.
Syaitan bg ganjaran pahala dgn angan2.
Ayat 121
أُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ
وَلَا يَجِدُونَ عَنْهَا مَحِيصًا
Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam,
dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.
👉
Ayat 122
وَالَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
سَنُدْخِلُهُمْ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ
وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ
وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلًا
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar.
Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
👉Tabsyir
Ayat 123
لَيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ
وَلَا أَمَانِيِّ أَهْلِ الْكِتَابِ ۗ
مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ
وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata,
dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani).
Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu,
dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun yang akan melindunginya,
dan tidak ada juga yang dapat menolongnya.
👉Zajrun
Riwayat jika dr sahabat,hadis marfuk,sanad2 itu sahih.
Manusia tidak boleh reka kelebihan2.
Kelebihan ada, amal tak tsabit,tidak boleh amal
Cerita kelebihan yg direka2.israiliat.
Ayat 124
وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَات
ِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّة
َ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا
Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman,
maka mereka itu akan masuk Syurga,
dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
👉Tabsyir
Ayat 125
وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا
مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّه
ِ وَهُوَ مُحْسِنٌ
وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۗ
وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا
Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya
daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas),
sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid);
dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.
👉Tabligh kepada maksud quran
Ayat 126
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُحِيطًا
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi;
dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.
👉Kholasah ajaran nabi ibrahim
Ayat 127
وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ ۖ
قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ
وَمَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ
فِي يَتَامَى النِّسَاءِ
اللَّاتِي لَا تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُن
َّ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُن
َّ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْوِلْدَان
ِ وَأَنْ تَقُومُوا لِلْيَتَامَىٰ بِالْقِسْطِ ۚ
وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ
فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِهِ عَلِيمًا
Dan mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hak dan kewajipan) kaum perempuan.
Katakanlah olehmu: "Allah akan memberi keterangan (fatwa) kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan dalam) apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini mengenai perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa yang telah ditetapkan menjadi hak mereka,
dan yang kamu suka berkahwin dengan mereka;
dan juga mengenai anak-anak yang lemah (yang masih kecil lagi).
Dan (kamu juga diwajibkan) supaya menguruskan (hak dan keperluan) anak-anak yatim dengan adil.
Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu lakukan (kepada mereka), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya."
👉Ada hubungan 103.
Nak kahwin dgn anak yatim tapi mahu beri mas kahwin
Ayat 128
وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا
أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ
وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ
وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ ۚ
وَإِنْ تُحْسِنُوا
وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya),
kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia.
Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan),
dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
👉Ada hubungan Dgn ayat 35.
Melantik pendamai bila ada keretakan dlm rumah tangga.
Suami nusyuz,pergaulan yg kasar dan hak tidak ditunaikan serta tidak peduli langsung.
Kedekut untuk buat baik الشُّحَّ
Buat baik dgn memaafkan dan mengurangkan tuntutan.
Ayat 129
وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاء
ِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ
فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ
وَإِنْ تُصْلِحُوا
وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya);
oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan);
dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉 Hak yg wajib ditunaikan adalah hukum zahir kecuali kasihsayang hukum batin.
Agar penceraian dielakan.
Ayat 130
وَإِنْ يَتَفَرَّقَا
يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِنْ سَعَتِهِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا
Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya.
Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.
👉bercerai pun kena jaga syariat.
Ayat 131
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُم
ْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ ۚ
وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi;
dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu,
dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah;
dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi;
dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 132
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi;
dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya).
👉
Ayat 133
إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ وَيَأْتِ بِآخَرِينَ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ ذَٰلِكَ قَدِيرًا
Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain.
Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.
👉Bertaqwa adalah faedahnya untuk manusia juga
Ayat 134
مَنْ كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا
فَعِنْدَ اللَّهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat.
Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
👉Akalnya lemah ,sebab tu nak dunia shj.
Ayat 135
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْط
ِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ
وَلَوْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ
أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ
إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ
فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَنْ تَعْدِلُوا ۚ
وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا
فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan,
lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah,
sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.
Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa),
kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan.
Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi),
maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
👉Penjelasan Ayat 105,tadwir
Ada yg sebab kemiskinan beluk dlm saksi.
Ayat 136
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
آمِنُوا
بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ ۚ
وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا
Wahai orang-orang yang beriman!
Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya,
dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu.
Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat,
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
👉Teguran untuk munafikin atau golongan iman yg sangat lemah.
Iman ala kadar,berimanlah sungguh.
Beriman dgn hati jgn lidah shj
Ayat 137
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا
ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ آمَنُوا
ثُمَّ كَفَرُوا
ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا
لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ
وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلًا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.
👉Iman ala kadar boleh murtad bila nak mati.
57.
Iman atas pagar
Tau sedikit sahaja tentang agama.
Sebab syaitan tetap kuat,kita semakin tua semakin lemah.
Ayat 138
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ
بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik:
bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
👉
Ayat 139
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ
أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ
فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
👉
Ayat 140
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ
أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ
آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا
وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا
فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ
حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ
إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar
ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik),
maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain;
kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian),
tentulah kamu sama seperti mereka.
Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.
👉
Ayat 141
الَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ
فَإِنْ كَانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِنَ اللَّهِ
قَالُوا أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ
وَإِنْ كَانَ لِلْكَافِرِينَ نَصِيبٌ
قَالُوا أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ
وَنَمْنَعْكُمْ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ۚ
فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu;
maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan),
berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu?
(Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)".
Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu):
"Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?"
Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat;
dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.
Ayat 142
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّه
َ وَهُوَ خَادِعُهُمْ
وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ
قَامُوا كُسَالَىٰ
يُرَاءُونَ النَّاسَ
وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ
إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya),
dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas.
Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman),
dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
👉Sifat tipu daya munafikin.
Allah yg memperdayakan mereka.
Ayat 143
مُذَبْذَبِين
َ بَيْنَ ذَٰلِكَ
لَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ
وَلَا إِلَىٰ هَٰؤُلَاءِ ۚ
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّه
ُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا
Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu;
mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir)
dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman).
Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
👉Simunafik tergantung2
Ayat 144
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
👉Garis panduan agar tidak jadi munafik.
Ayat 145
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ
وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka.
Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
👉Yg zahir patut azab pun tidak teruk .tapi tidak lebih teruk.
Ayat 146
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّه
ِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ ۖ
وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah),
dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah,
maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga);
dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
👉
Ayat 147.
مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَآمَنْتُمْ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)?
Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
👉
Ayat 148
لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ
مِنَ الْقَوْلِ
إِلَّا مَنْ ظُلِمَ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
Allah tidak suka kepada
perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan.
Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Ada hubungan dgn Ayat 136,
(. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَاب
ِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ ۚ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا
Wahai orang-orang yang beriman!
(Secara ala kadar)Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu(secara sempurna).
Ayat ini seruan Untuk orang iman secara ala kadar.
Iman sempurna,seluruh anggota badan boleh taat pada Allah.
Allah mencerita sifat2 munafik.
Bila tahu sifat munafik,boleh hilangkan sifat2 munafik .
Kita juga tidak terlepas dr sifat2 munafik.
Lantang menyebut الْجَهْرَ
Jgn lidah kita menyebabkan dosa,kecuali jika dia dizalimi.
Allah membantu orang yg dizalimi dan mengadu kepadanya.
Ayat 149
إِنْ تُبْدُوا خَيْرًا
أَوْ تُخْفُوهُ
أَوْ تَعْفُوا عَنْ سُوء
ٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan,
atau menyembunyikannya,
atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu),
maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
👉kebaikan akan bertambah jika menyebarkannya
Ayat 150
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ
وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ
وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْض
ٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya,
dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya,
dan (orang-orang yang) berkata:
"Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain",
serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu.
👉zajrun kepada munafik Yahudi.
Nasaro tiada dikawasan Madinah.
Yahudi nak ambil jalan tengah dlm beragama.
Ayat 151
أُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا ۚ
وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا
Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya.
Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina.
👉memilih akan menyebabkan kufur terus.
Ayat 152
وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِه
ِ وَلَمْ يُفَرِّقُوا
بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُم
ْ أُولَٰئِكَ سَوْفَ يُؤْتِيهِمْ
أُجُورَهُمْ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya
dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka.
Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Ayat Tabsyir
Ayat 153
يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَاب
ِ أَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِنَ السَّمَاءِ ۚ
فَقَدْ سَأَلُوا مُوسَىٰ أَكْبَرَ مِنْ ذَٰلِك
َ فَقَالُوا أَرِنَا اللَّهَ جَهْرَة
ً فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ۚ
ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ
مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ
فَعَفَوْنَا عَنْ ذَٰلِكَ ۚ
وَآتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَانًا مُبِينًا
Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit.
(Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu.
Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)".
Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah);
kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat),
lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat).
Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).
👉Lagi tentang orang Yahudi.byk soal tapi tak beramal.
Tanya untuk menunjukan kesombongan.
Sifat2 yg tak sepatutnya ada ahli kitab.
Permintaan yahudi dlm btk arahan .
Minta tu dah zalim.
Ayat 154
وَرَفَعْنَا فَوْقَهُمُ الطُّورَ
بِمِيثَاقِهِمْ وَقُلْنَا لَهُمُ ادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا
وَقُلْنَا لَهُمْ لَا تَعْدُوا فِي السَّبْت
ِ وَأَخَذْنَا مِنْهُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا
Dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat), dan Kami perintahkan mereka:
"Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan merendah diri"
dan Kami juga perintahkan mereka: "Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu",
dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya).
👉Kedegilan2 yahudi
Ayat 155
فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ
وَكُفْرِهِمْ بِآيَاتِ اللَّه
ِ وَقَتْلِهِمُ الْأَنْبِيَاءَ
بِغَيْرِ حَقٍّ
وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ ۚ
بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ
فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا
Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,
dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar,
dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (
Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka.
Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).
👉Akibat belot.
Sedikit makna tidak berlaku.
Ayat 156
وَبِكُفْرِهِمْ
وَقَوْلِهِمْ عَلَىٰ مَرْيَمَ بُهْتَانًا عَظِيمًا
Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan yang amat dustanya.
👉tuduhan yg menyebab kufur
Ayat 157
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ
عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ
وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ
وَلَٰكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ ۚ
وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ
لَفِي شَكٍّ مِنْهُ ۚ
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ
إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ ۚ
وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah".
Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib),
tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa).
Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa,
sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya).
Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata;
dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
👉dakwaan Yahudi yg nasaro terima.
Penafian Allah terhadap pembunuhan nabi Isa.
Serupa شُبِّهَ
Pendapat pertama,Uzair yg dimatikan 100tahun dan hidup semula atau seperti tidur Ashabul Kahfi
Pendapat ke2,angkat dgn hidup2.
Ayat 158
بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya;
dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Dimana nabi Isa??
Satu tafsiran kelangit.
Hadis dia akan turun dr langit.
Perselisihan,mati atau hidup2 naik ke langit.
Ayat 159
وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
👉Nabi Isa akan jadi saksi.
Ayat 160
فَبِظُلْمٍ
مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَات
ٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ
وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا
Maka disebabkan kezaliman yang amat besar
dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka,
dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.
👉iyadah
Ayat 161
وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا
وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ
وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ ۚ
وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya,
dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).
Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉kitab Taurat sendiri mengharamkan riba.
Ayat 162
لَٰكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ
مِنْهُمْ
وَالْمُؤْمِنُونَ
يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ
وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ
وَالْمُقِيمِينَ الصَّلَاةَ ۚ
وَالْمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ
وَالْمُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
أُولَٰئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْرًا عَظِيمًا
Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya
di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran),
dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang,
dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat;
mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.
👉Tabsyir
Seolah2 tiada ahli kitab yg tak beriman.
Golongan yg teguh الرَّاسِخُونَ
Ayat 163
إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْك
َ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَىٰ نُوحٍ
وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ ۚ
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ
وَإِسْمَاعِيلَ
وَإِسْحَاقَ
وَيَعْقُوبَ
وَالْأَسْبَاطِ
وَعِيسَىٰ
وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ ۚ
وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا
Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh,
dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya;
dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim,
dan Nabi Ismail,
dan Nabi Ishak,
dan Nabi Yaakub,
serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.
👉Jawapan kepada ahli kitab ,kenapa Al-Quran tidak turun sekali gus,turun sedikit atau beransur adalah cara yg Allah yg nak buat.
Apa yg penting wahyu itu juga adalah dr Allah.
Wahyu ini adalah wahyu Allah.
Ayat 164
وَرُسُلًا
قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ
وَرُسُلًا
لَمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ ۚ
وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا
Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu.
Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
👉
Ayat 165
رُسُلًا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ
لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat),
supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉
Ayat 166
لَٰكِنِ اللَّهُ يَشْهَد
ُ بِمَا أَنْزَلَ إِلَيْكَ ۖ
أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ ۖ
وَالْمَلَائِكَةُ يَشْهَدُونَ ۚ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا
(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu.
Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi.
Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).
👉
Ayat 167
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّه
ِ قَدْ ضَلُّوا ضَلَالًا بَعِيدًا
Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (ugama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 168
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
وَظَلَمُوا لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ
وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ طَرِيقًا
Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim,
Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka
dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka:
👉Keadaan diakhirat
Ayat 169
إِلَّا طَرِيقَ جَهَنَّمَ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ
وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
Selain dari jalan neraka jahanam, yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
👉
Ayat 170
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
قَدْ جَاءَكُمُ الرَّسُولُ بِالْحَقِّ
مِنْ رَبِّكُمْ
فَآمِنُوا خَيْرًا لَكُمْ ۚ
وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu,
maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu.
Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi;
dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
👉Taghrib.
Ayat 171
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ
وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ
إِنَّمَا الْمَسِيحُ
عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّه
ِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ ۖ
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ
وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ
انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ ۚ
إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ
سُبْحَانَهُ
أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu,
dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar;
sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam,
dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya.
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya,
dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu.
Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak.
Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
👉kepada Yahudi dan nasora
Ada yg berselisih Yahudi shj atau nasora sahj
Jgn jadikan nabi sebagai Tuhan.
Masih adalah Isa,anak Mariam,rasul Allah.
Jadinya dgn iradah allah.
Kejadian pelik bukannya tuhan.
Ayat 172
لَنْ يَسْتَنْكِفَ الْمَسِيحُ
أَنْ يَكُونَ عَبْدًا لِلَّهِ وَلَا الْمَلَائِكَةُ الْمُقَرَّبُونَ ۚ
وَمَنْ يَسْتَنْكِف
ْ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيَسْتَكْبِر
ْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيْهِ جَمِيعًا
(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan(tidak setuju)dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah,
demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah).
Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah,
serta ia berlaku sombong takbur,
maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.
👉Kamu seru al masih,almasih sendiri seru allah.
Takhwif ukhrowi.
Ayat 173
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَات
ِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ
وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۖ
وَأَمَّا الَّذِينَ اسْتَنْكَفُوا وَاسْتَكْبَرُوا
فَيُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ
وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka.
Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur,
maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya,
dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.
👉Tabsyir
Ayat 174
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ
مِنْ رَبِّكُمْ
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكُم
ْ نُورًا مُبِينًا
Wahai sekalian umat manusia!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu:
Bukti dari Tuhan kamu,
dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
👉Tabsyir dan Taghrib
Nabi بُرْهَانٌkata jalan
Ayat 175
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ
وَاعْتَصَمُوا بِهِ
فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِنْهُ
وَفَضْلٍ
وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ
صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini,
maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga)
dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira melihat wajah allah),
dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya.
👉
Ayat 176
يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ ۚ
إِنِ امْرُؤٌ هَلَكَ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أُخْتٌ فَلَهَا نِصْفُ مَا تَرَكَ ۚ
وَهُوَ يَرِثُهَا إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهَا وَلَدٌ ۚ
فَإِنْ كَانَتَا اثْنَتَيْنِ فَلَهُمَا الثُّلُثَانِ مِمَّا تَرَكَ ۚ
وَإِنْ كَانُوا إِخْوَةً رِجَالًا وَنِسَاءً فَلِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۗ
يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ أَنْ تَضِلُّوا ۗ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah).
Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu,
iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan,
maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati;
dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya,
jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak.
Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang,
maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati.
Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan".
Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉Penutup ,fatwa,pertanyaan sahabat.sudah disebut
ini tambahan sebab sebelum ini telah ditanya.tentang kalaulah.tiada pewaris,ibubapa dan anak hanya ada adik-beradik!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan