Rabu, Mei 22, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 20(52)

Daurah tafsir 2019 sesi 20(52)

51.Az zaariyat(60)makkiyah.
👉52.At tur(49)makkiyah.
53.Surah An najm(62)makkiyah
54.Al Qamar(55)makkiyah
55.Ar rahman(78)madani.
56.Al Waqiah(96)makkiyah
57.Al hadid (29)madani
58.Al mujadilah(22)madani
59.Al hashr(24)madani
60.Al mumtahanah(13)madani.

052.Surah At tur
Nak sabitkan qiamat,allah bersumpah dgn dalil naqli

Surah At tur
Tertib surah 52
Bilangan ayatnya 49
Bilangan rukuk 2
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 76
Bilangan paragrafnya ada 3
Paragraf 1 ayat 1-28
Ayat 1-3 Dalil نقلي tentang adanya azab
Ayat 4-8 Dalil ٱفاقيtentang adanya azab
Ayat 9-16 Balasan buruk kepada orang2 yg mendustakan azab Allah
Ayat 17-28 Balasan baik kepada orang2 yg takutkan azab Allah.
Paragraf 2 ayat 29-43
Ayat 29 Perintah membersihkan diri ,penghiburan.
Ayat 30-34 Pelbagai tuduhan kepada Rasullah .
Ayat 35-36 Beberapa pencapaian tentang خالقdan مخلوق
Ayat 37 Persoalan tentang harta dan kuasa.
Ayat 38 Persoalan tentang ilmu
Ayat 39 Persoalan untuk membatalkan kesyirikan.
Ayat 40 Persoalan untuk keikhlasan Rasul.
Ayat 41 Persoalan tentang ilmu ghaib.
Ayat 42 Persoalan tentang perancangan jahat.
Ayat 43 Persoalan tentang pengakuan tauhid
Paragraf 3 ayat 44-49
Ayat 44 Sangkaan baik terhadap azab yg akan menimpa.
Ayat 45-49 Arahan kepada pendakwah  supaya bersembahyang,bersabar dan bertenang

Mesej utama.
    إِنَّ عَذَابِ رَبِكَ لَوَاقِع
Azab pasti akan menimpa orang2 yg tidak percayakan hari kiamat.

Zaman turunnya
Iaitu selepas rasulllah saw mulai berdakwah secara terbuka.
Iaitu pada peringkat ke2 kehidupan baginda di mekah antara tahun ke4-th ke6.
Peringkat ini orang panggil daudtazkir yakni peringkat nabi diarahkan memberi peringatan dan daud tuduhan yg dilemparkan kepada rasullah saw.
Antaranya gila ,penyair,tukang tenun ,mutaqowil(orang yg mengada2kan dusta)
Lepas itu ,Allah swt suruh nabi saw menyampaikan dakwah dgn mengatakan
ayat 29&30
Ayat 29
فَذَكِّرْ فَمَا أَنْتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ
Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar),
kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang
dan bukan pula seorang gila.
Ayat 30
أَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ نَتَرَبَّصُ بِهِ رَيْبَ الْمَنُونِ
(Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair
yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya".

Ayat 33
Ayat 33
أَمْ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُ ۚ بَلْ لَا يُؤْمِنُونَ
(Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu".
(Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!
Minit 4

Minit 4
Bermacam2 tuduhan terhadap nabi saw.tapi tetap bg peringatan.
Dlm surah haqqah pun ada tuduhan terhadap nabi saw yakni  mengada2kan .
Kaitan dgn surah sebelum dan selepas.
Dlm surah ini temanya tentang adanya hari akhirat.
Dlm surah azzariyat sebelum ini disebutkan ...wainnadinalakid..ayat 6
Ayat 6
وَإِنَّ الدِّينَ لَوَاقِعٌ
Dan bahawa sesungguhnya hari pembalasan itu  amal, tetap berlaku.
Setelah allah bersumpah dgn macam2 ..angin...membangkitkan debu ,bunga2,awan2
Angin yg lembut pun ada.
Angin juga membahagikan apa2.
Angin jadi saksi ada balasan baik dan buruk.
Bersama dgn baik ada buruk.
Begitulah surah azzariyat  setiap benda ada baik dan buruk.
Ayat 6,addin dgn makna macam2 boleh dgn makna agama,dgn makna taat dan disini dgn makna hari kiamat.
Dlm surah attur ayat 7
Ayat 7إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ
Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -
Sama2 menceritakan hari akhirat akan berlaku.cuma disini lebih ditumpukan kepada azab tuhan.
Hok sana azab dan nikmat ,ada balasan baik dan buruk.disini lebih dikhususkan kepada balasan yg buruk.
Kesamaannya cantik.
Dan tiada siapa pun boleh menolaknya.
Ayat 8مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ
Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya.
Itu kita boleh tengok sendiri dlm terjemahan.
Lepas pada itu,dr segi uslubnya surah attur ini menimbulkan kesedaran dlm jiwa manusia supaya dia menerima akhirat.macam2 cara allah buat ,tujuannya supaya manusia itu insaf  ,fikir dan boleh terima bhw akhirat itu ada.bila akhirat itu ada dia jadi berhati2 atau beringat2.
Didlm surah az zariyat ayat 53 ketua2 kafir quraisy disebut torun
Ayat 53
أَتَوَاصَوْا بِهِ ۚ
بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ

Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu?
(Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).
👉Dlm surah at tur ini juga ada perkataan yg sama iaitu kaum torun ayat 32
Ayat 32
أَمْ تَأْمُرُهُمْ أَحْلَامُهُمْ بِهَٰذَا ۚ أَمْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ
Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)?
Minit 12
👉Cuba tengok surah yg dekat ada perkataan2 yg sama.
Baik kita tengok.
Antara kata kunci dan tema utama dlm surah ini
Ialah
1.ayat 12
Ayat 12الَّذِينَ هُمْ فِي خَوْضٍ يَلْعَبُونَ
Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.
Gambaran tentang orang kafir mekah.mereka membiarkan begitu sahja dgn sombong.
2.ayat 21
Ayat 21
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Dan orang-orang yang beriman
yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman,
Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga);
dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka;
tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
👉Ini tema penting
3.ayat 29
Ayat 29
فَذَكِّرْ فَمَا أَنْتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ
Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar),
kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang
dan bukan pula seorang gila.
👉Pejuang2 islam tidak pelik menghadapi seperti ini sebab nabi kita pun telah menghadapinya.
Rasul2 yg dulu pun begitu.
4.Uslub dia atau gaya bahasa ialah dlm bentuk soalan2 .
Tujuan soalan adalah  nak mengetuk fikiran atau minda.supaya terima dua tiga perkara asas dlm agama iaitu aqidah tauhid ,kerasulan dan  hari kemudian.
Contoh soalan:ada mereka mempunyai tuhan2 lain selain Allah?yg ada dlm surah attur ini.
Sebagaimana kita tengok tadi ,
Paragraf 1 ayat 1-28
Ayat 1-3 Dalil نقلي tentang adanya azab
Ayat 4-8 Dalil ٱفاقيtentang adanya azab
Ayat 9-16 Balasan buruk kepada orang2 yg mendustakan azab Allah
Ayat 17-28 Balasan baik kepada orang2 yg takutkan azab Allah.
Minit 16
Ini isyarat kepada dalil naqli.
Tursina ,bukit tempat nabi musa nendapat wahyu taurat.
Taurat menjadi saksi.
Ahli tafsir kata kitab tu quran.

Ayat 1وَالطُّورِ
Demi Gunung Tursina;
Ayat 2وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ
Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi -
Ayat 3فِي رَقٍّ مَنْشُورٍ
Pada lembaran surat yang terbuka;

Ada yg kata baitilmakmur itu dunia ini.
Sebab bumbung yg diangkat tinggi yg bermaksud langit.
Ada juga yg kata rumah suci yg membetuli kaabah itu dilangit,tempat malaikat pergi tawaf yg hanya sekali shj.kita pun ada koata,sana pun begitu.
Makna tuhan bersumpah dgn hok  tu.

Ayat 4وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ
Dan demi "Al-Baitul Makmur";
Ayat 5وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِ
Dan demi bumbung yang tinggi;

Cerita hari kiamat?
Dari langit,benda eluk shj kah kita terima?
Makna bukti langit itu ada baik dan buruk.
Dlm laut ada api?
Macam mana nabi boleh ceritakan ini?
Maka terbuktilah ini diberitahu oleh allah kepada nabi saw.
Dlm bumi,ada gas dan minyak.?
allah jaga semuanya.eluk .allah swt jaga.
Apa bila meledak,jadi tsunami.
Bc sendiri.
Ini mukjizat al quran.

Ini balasan dr syurga dan neraka.dlm btk soalan dan pertanyaan,supaya manusia sedar adanya allah dan hari pembalasan.
Minit 25

Ayat 1
وَالطُّورِ
Demi Gunung Tursina;
👉Lambang nabi musa.
Tempat nabi musa bermunajat  dapat kitab taurat.
Kaedah dia ,
Zikrul makani Yuridubihi makiin.
sebut tempat yg dikehendaki dgn tempat itu adalah orang yg ada di tempat tu
Sebut gunung tur,orang yg duduk situ adalah nabi musa.

Ayat 2
وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ
Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi -

Ayat 3
فِي رَقٍّ مَنْشُورٍ
Pada lembaran surat yang terbuka;

Ayat 4
وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ
Dan demi "Al-Baitul Makmur";
👉Tempat tawaf malaikat.

Ayat 5
وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِ
Dan demi bumbung yang tinggi;
👉Dalil aqli.

Ayat 6
وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ

Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan);
👉Pada hari qiamat

Ayat 7
إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ

Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -
👉5sumpah,balasan azab pasti berlaku.

Ayat 8
مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ
Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -

Ayat 9
يَوْمَ تَمُورُ السَّمَاءُ مَوْرًا
Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 10
وَتَسِيرُ الْجِبَالُ سَيْرًا

Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.
👉Juga takhwif ikhrowi.

Ayat 11
فَوَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ
(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;
👉Celaka bg yg mendustakan wahyu allah.

Ayat 12
الَّذِينَ هُمْ فِي خَوْضٍ يَلْعَبُونَ
Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.
👉Bila Tidak bercakap perkara benar maka dikira bermain2.

Ayat 13
يَوْمَ يُدَعُّونَ إِلَىٰ نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّا

Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,
👉

Ayat 14
هَٰذِهِ النَّارُ الَّتِي كُنْتُمْ بِهَا تُكَذِّبُونَ

(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.
👉

Ayat 15
أَفَسِحْرٌ هَٰذَا أَمْ أَنْتُمْ لَا تُبْصِرُونَ

"Maka adakah ini sihir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan Rasul Kami dahulu?), atau kamu tidak nampak (kenyataannya sebagaimana kamu tidak nampak di dunia dahulu akan kebenaran Rasul Kami)?
👉

Ayat 16
اصْلَوْهَا فَاصْبِرُوا أَوْ لَا تَصْبِرُوا سَوَاءٌ عَلَيْكُمْ ۖ
إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

"Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu,
kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".
👉ini tidak zalim tapi balasan yg setimpal.

Ayat 17
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).
👉

Ayat 18
فَاكِهِينَ بِمَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ
وَوَقَاهُمْ رَبُّهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka,
dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.

Ayat 19
كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا
بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

(Dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya,
dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
👉Sebab zahiri masuk syurga.
Sebab hakikik taqdir allah.

Ayat 20
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ سُرُرٍ مَصْفُوفَةٍ ۖ
وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ

Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet;
dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

Ayat 21
وَالَّذِينَ آمَنُوا
وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَان
ٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ
وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ
كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Dan orang-orang yang beriman
yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman,
Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga);
dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka;
tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
👉Darjat tinggi didarjat yg tinggi walaupun duduk dlm kawasan yg  sama.

Ayat 22
وَأَمْدَدْنَاهُمْ بِفَاكِهَةٍ
وَلَحْمٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ

Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan
dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
👉Buah yg dimakan untuk seronok بِفَاكِهَةٍ

Ayat 23
يَتَنَازَعُونَ فِيهَا كَأْسًا
لَا لَغْوٌ فِيهَا وَلَا تَأْثِيمٌ

Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak
yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.
👉berebut2 secara seronok.

Ayat 24
وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَهُمْ
كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَكْنُونٌ

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka,
(yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
👉

Ayat 25
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ

Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.
👉keadaan disyurga.

Ayat 26
قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ

Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),
👉

Ayat 27
فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ

"Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka
👉angin yg panas السَّمُومِ

Ayat 28
إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ ۖ
إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ

"Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya).
Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani
👉

Ayat 29
فَذَكِّرْ
فَمَا أَنْتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ
وَلَا مَجْنُونٍ

Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar),
kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang
dan bukan pula seorang gila.
👉

Ayat 30
أَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ
نَتَرَبَّصُ بِهِ رَيْبَ الْمَنُونِ

(Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair
yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya".
👉Syikayah lagi

Ayat 31
قُلْ تَرَبَّصُوا فَإِنِّي مَعَكُمْ مِنَ الْمُتَرَبِّصِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu tuduh itu), maka sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang menunggu bersama-sama kamu (akan apa yang dijanjikan oleh Allah Taala)".
👉Jawab syikayah.

Ayat 32
أَمْ تَأْمُرُهُمْ أَحْلَامُهُمْ بِهَٰذَا ۚ
أَمْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ

Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)?
👉syikayah ,sifat degil orang mekah.
Tuduh nabi kahin ,bomoh ,pawang ,gila dan ahli sihir
Bahkan أَمْ

Ayat 33
أَمْ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُ ۚ
بَلْ لَا يُؤْمِنُونَ

(Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu".
(Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!
👉Syikayah lagi.

Ayat 34
فَلْيَأْتُوا بِحَدِيثٍ
مِثْلِهِ إِنْ كَانُوا صَادِقِينَ

(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah)
seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.
👉juga ayat syikayah,Jika benar dakwaan mereka bawakan satu perkataan

Ayat 35
أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ
أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ

(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya,
atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?
👉Zajrun.
2terjemahan.
Dicipta dr tiada langsung?
Adakah mereka dicipta tanpa sebarang maksud?
Sekurang2nya tahu maksud kenapa manusia diciptakan dan buatlah sesuatu mengikut petunjuk allah.

Ayat 36
أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۚ
بَلْ لَا يُوقِنُونَ

Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!)
Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).
👉mereka tak peduli.

Ayat 37
أَمْ عِنْدَهُمْ خَزَائِنُ رَبِّكَ
أَمْ هُمُ الْمُصَيْطِرُونَ

Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat),
atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?
👉Zajrun lagi.
Arahan yg ada pada nabi adalah dari allah

Ayat 38
أَمْ لَهُمْ سُلَّمٌ يَسْتَمِعُونَ فِيهِ ۖ
فَلْيَأْتِ مُسْتَمِعُهُمْ بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ

Adakah mereka mempunyai tangga (untuk naik ke langit), yang dengannya mereka dapat mendengar (apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah?
Jika ada)
maka biarlah orang mereka yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang menyatakan kebenarannya.
👉Zajrun lagi,mereka tiada apa modal(tiada wahyu) tapi nak menentang wahyu.

Ayat 39
أَمْ لَهُ الْبَنَاتُ وَلَكُمُ الْبَنُونَ

Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah - anak-anak perempuan (yang kamu benci),
dan untuk kamu - anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?
👉Zajrun lagi,malaikat anak perempuan allah,pemahaman orang mekah sangat teruk ,dia ada anak lelaki allah ada anak perempuan

Ayat 40
أَمْ تَسْأَلُهُمْ أَجْرًا
فَهُمْ مِنْ مَغْرَمٍ مُثْقَلُونَ

Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan),
lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
👉Zajrun lagi

Ayat 41
أَمْ عِنْدَهُمُ الْغَيْبُ
فَهُمْ يَكْتُبُونَ

Adakah pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib,
lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
👉zajrun lagi tentang akhirat

Ayat 42
أَمْ يُرِيدُونَ كَيْدًا ۖ
فَالَّذِينَ كَفَرُوا هُمُ الْمَكِيدُونَ

(Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya)
kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.
👉Allah bg tahu mereka yg tertipu.

Ayat 43
أَمْ لَهُمْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ ۚ
سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

(Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah?
Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.
👉Zajrun tentang tauhid.

Ayat 44
وَإِنْ يَرَوْا كِسْفًا مِنَ السَّمَاءِ سَاقِطًا
يَقُولُوا سَحَابٌ مَرْكُومٌ

Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka),
mereka akan berkata: "(Itu adalah) awan yang bertompok - berlapis-lapis!"
👉Zajrun

Ayat 45
فَذَرْهُمْ
حَتَّىٰ
يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي فِيهِ يُصْعَقُونَ

(Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad,
dan janganlah dihiraukan) sehingga
mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa -
👉Tasliyah

Ayat 46
يَوْمَ لَا يُغْنِي عَنْهُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا
وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

(Iaitu) hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah kepada mereka,
dan mereka pula tidak diberikan pertolongan.
👉Semasa didunia.

Ayat 47
وَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا عَذَابًا
دُونَ ذَٰلِكَ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa
selain dari azab yang tersebut,
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
👉

Ayat 48
وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا ۖ
وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ
حِينَ تَقُومُ

Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami;
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu
semasa engkau bangun.
👉Tasliyah kepada nabi .

Ayat 49
وَمِنَ اللَّيْلِ
فَسَبِّحْهُ وَإِدْبَارَ النُّجُومِ

Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam,
dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).
👉Waktu2 nabi kita disurun allah untuk sibuk memuji dan memuja allah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan