Qawaid tafsir 2019 sesi 16
Qawaid tafsir 2019 sesi 15
Kaedah 59
(Isim) Nakirah di halaman itsbat
tidak memberi ma'na umum,
kecuali apabila diidhafatkan
kepadanya lafaz كل atau ia berada
dalam ayat yar,g menyatakan
ni'mat (maka pada ketika itu ia
memberi erti umum).
قاعدة 59
اَلنَّكِرَةِ فِي سِيَاقِ الْإِثْبَاتِ لَا تَعُمُّ إِلَّا إِذَا أُضِيْفَ إِلَيْهَا كُلٌّ أَوْ كَانَتْ فِي سِيَاقِ الاِمْتِنَانِ
Keterangan: Isim nakirah yang terletak selepas f il mutsbat tidak memberi ma'na
umum kecuali dalam dua keadaan:
(1) Apabila diidhafatkan kepadanya perkata كُلُّ
(2) Apabila ia terletak dalam ayat yang berbicara tentang ni'mat atau ehsan oleh seseorang. Dalam dua keadaan ini isim nakirah akan memberi ma'na umum.
. 115
(Peringatan)
Kadang-kadang isim nakirah yang terletak di halaman itsbat juga memberi erti umum,
apabila ia berada dalam siyaq ayat yang menghendaki ma'na umum. Walaupun ayat
itu tidak menyatakan ni'mat atau perkataan كُلْ tidak diidhafatkan kepada isim nakirah
berkenaan.
Di bawah ini dikemukakan contoh isim nakirah yang terletak selepas f il mutsbat:
(1)
وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّاۤ أَیَّامًا مَّعۡدُودَةًۚ قُلۡ أَتَّخَذۡتُمۡ عِندَ ٱللَّهِ عَهۡدًا فَلَن یُخۡلِفَ ٱللَّهُ عَهۡدَهُۥۤۖ أَمۡ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
80. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka,
kecuali selama beberapa hari saja." Katakanlah: "Sudahkah kamu menerima janj dari
Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya ataukah kamu hanya
mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?"(Baqarah: 80).
Janji yang tersebut di dalam ayat ini adalah janji tertentu, iaitu janji Allah tidak akan
mengekalkan mereka (orang-orang Yahudi) di dalam neraka. Janji yang tersebut di
dalam ayat ini tidak boleh dipakai umum, semata-mata melihat kepada nakirahnya
perkataan عهدا itu. Sebabnya ialah nakirah itu berada selepas fiil mutsbat
أَتَّخَذۡتُم ۡ
Asalnya ada hamzah wasal,jadi buang satu hamzah.
Dalam keadaan ini ia tidak memberi ma'na umum.
(2)
وَلَمَّا جَاۤءَهُمۡ رَسُولٌ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمۡ نَبَذَ فَرِیقٌ مِّنَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَرَاۤءَ ظُهُورِهِمۡ كَأَنَّهُمۡ لَا یَعۡلَمُونَ
101. Dan setelah datans kepada mereka seorane Rasul dari sisi Allah yar'g
membenarkan apa (kitab) yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yarng
diberi Kitab (Taurat) melemparkan Kitab Allah ke belakang (punggung) nya seolah-
olah mereka tidak mengetahui (bahwa itu adalah Kitab Allah). (al-Baqarah:101).
116
Seorang Rasul yang tersebut di dalam ayat ini tidak memberi erti umum, walauppun
ia digunakan dalam bentuk nakirah. Sebabnya ialah ia terletak selepas f il mutsbat.
Dalam keadaan ini nakirah tidak memberi erti umum. Ia sebaliknya mernberi erti
khusus. Rasul yang dimaksudkan di situ ialah rasulullah s.a.w.
Contoh nakirah yang diidhafatkan kepadanya perkataan كلadalah seperti di
bawah ini:
وَجَاۤءَتۡ كُلُّ نَفۡسٍ مَّعَهَا سَاۤىِٕقٌ وَشَهِیدٌ
21. Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua
malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
(Qaaf:2l).
Sambung disini.
👉👉👉Perkataan نفسadalah satu isim nakirah, ia sekarang terletak selepas f iil mutsbat.
Pada asalnya mengikut qaedah 59, ia tidak memberi erti umum. Ia semestinya
memberi erti khusus dalam keadaan ini, tetapi disebabkan perkataan كلdiidhafatkan
kepadanya, maka ia memberi erti umum. Kerana lafaz كل adalah lafaz yang memberi
erti umum.
Contoh nakirah yang terletak di dalam ayat yang menyatakan ni'mat ialah:
(1)
وَهُوَ ٱلَّذِیۤ أَرۡسَلَ ٱلرِّیَـٰحَ بُشۡرَۢا بَیۡنَ یَدَیۡ رَحۡمَتِهِۦۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءً طَهُورًا
48. Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum
kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit air yang bersih suci,
(al-
Furqaan:48).
Di dalam ayat ini ada dua isim nakirah yang terletak selepas f il mutsbat. Kedua-
duanya sepatutnya memberi erti khusus kalau mengikut qaedah 59 yang sedang kita
bincangkan sekarang. Sebabnya ialah ia terletak selepas f il mutsbat. Tetapi kedua-
duanya di sini tidak memberi erti khusus kerana ia terletak di dalam ayat yang
menyatakan ni'mat Allah.
Allah, Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira, ini adalah
117
. satu bentuk pernyataan ni'mat kurniaanNya kepada manusia. Maka بشرا(berita
gembira) tidak lagi memberi erti khusus, sebaliknya ia memberi erti umum.
Maksudnya ialah bukan angin khusus di zaman dan di tempat tertentu sahaja di hantar
Allah sebagai berita ganbira kepada penduduknya, bahkan kepada penduduk-penduduk di termpat-tempat dan di masa-masa lain juga angin yang dihantar Allah
merupakan berita gernbira.
Dernikian juga dengan perkataan ماة selepas itu, ia sepatutnya tidak memberi erti
umum, kerana ia terletak selepas f il mutsbat. Tetapi di sini ia memberi erti umum.
Sebabnya ialah ia terletak dalam ayat yang menyatakan ni'mat. Allah menyebutkan
Dia menurunkan air dari langit itu sebagai mengungkit ni'matNya.
Maksudnya ialah
semua air yang diturunkan olehNya dari langit adalah bersih lagi suci dan
menyucikan
Contoh isim nakirah yang terletak selepas f il mutsbat tetapi
menghendaki ma'na umum ialah:
(l)
عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّاۤ أَحۡضَرَتۡ
14. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal
yang telah dibawanya.
(at-Takwir:l 4).
.2 عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ
5. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah
dikerja akan dan ditinggalkannya. (al-Infi thar: 5 ).
Di dalam kedua ayat di atas terdapat perkataan نفسyang merupakan isim nakirah.
Isim nakirah itu pula berada di halaman itsbat atau dengan kata lain ia terletak selepas
f il mutsbat.
Maka sepatutnya kalau mengikut qaedah 59 ia memberi erti khusus.Tetapi di sini ia memberi erti umum kerana siyaq ayatnya menghendaki begitu.
Memandangkan ayat-ayat sebelumnya yang bercerita tentang hari kiamat,
" 118
pemandangan padang Mahsyar dan juga keadaan manusia yang dihisab, suasana itu
memang melibatkan semua manusia. Maka ia tidak khusus lagi dengan orang tertentu
sahaja. Apalagi terdapat ayat lain yang juga bercerita tentang keadaan yang sama, ia
juga menunjukkan suasana itu memang umum untuk sekalian manusia kerana
sebelum perkataan نفس ada tersebut perkataan كل yang memang merupakan perkataan
yang menunjukkan umum. Di bawah ini dikemukakan ayat berkenaan:
هُنَالِكَ تَبۡلُوا۟ كُلُّ نَفۡسٍ مَّاۤ أَسۡلَفَتۡۚ وَرُدُّوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِ مَوۡلَىٰهُمُ ٱلۡحَقِّۖ وَضَلَّ عَنۡهُم مَّا كَانُوا۟ یَفۡتَرُونَ
30. Pada masa itu tiap-tiap diri dapatlah mengetahui (dan merasai) akan apa yang
telah dikerjakan dan mereka dikembalikan kepada Allah Tuhan mereka yang sebenar-
benarnya (yang akan membalas dengan adilnya) dan (dengan itu) hilang lenyaplah
dari merek a apa yang mereka ada-adakan.
(Yunus :3 0).
119
Kaedah 60
Kaedah b
القاعدة السادسة عشر قولة تعا لى
قُل لَّا یَسۡتَوِی ٱلۡخَبِیثُ وَٱلطَّیِّبُ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu.
Tidak sama yg buruk dgn yg baik
Al maidah 100
القاعدة السابعة عشر قولة تعا لى
إِنَّ خَیۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِیُّ ٱلۡأَمِینُ
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".
Qaedah Ketujuh Belas:
Firman Allah s.w.t. Bermaksud:
Sesungguhnya sebaik-baikorang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.
(al-Qashash:26).
القاعدة السابعة عشر قولة تعا لى
وَلَا یَحِیقُ ٱلۡمَكۡرُ ٱلسَّیِّئُ إِلَّا بِأَهۡلِهِۦۚ
Sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya.
Qaedah Kelapan Belas:
Firman Allah s.w.t. Bermaksud:
Rencana yang jahat itutidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(Faathir:43).
القاعدة التاسعة عشر قولة تعا لى
وَلَكُمۡ فِی ٱلۡقِصَاصِ حَیَوٰةٌ
Qaedah Kesembilan Belas:
Firman Allah s.w.t. Bermaksud:
Dan dalam qishash ituada ( jaminan kelangsungan) hidup bagimu (al-Baqarah :179).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan