Selasa, Julai 30, 2019

028.Surah Al qasas

028.Surah Al qasas
Allah bg tau kepada kita cerita nabi Musa.
Berkali2 ceritanya tapi setiap cerita berlainan.
Surah ini panjang cerita nabi Musa.
Tapi yg penting, musibah dlm menyampaikan wahyu tetap ada .
Yg ke2 Begitu juga keberanian untuk menyampaikan wahyu mesti ada.
Cerita nabi Musa menunjukan ada musibah tetapi dia tetap tidak berhenti.penuh keberanian sampai kepenghujung
Jadikanlah nabi Musa mentablighkan wahyu sebagai contoh untuk orang yg baca Quran.
Byk ayat2 keberanian  dan memujuk hati meneruskan perjuangan.
Ayat tasjiiyah dan Tasliyah .
Akhir surah adalah gambaran besar kepada nabi Muhamad saw dimana dugaan yg besar untuk nabi sepertimana nabi Musa dan kejayaan akan dicapai.
Ada 5 dalil naqli dan 1aqli dalam surah ini dari ahlil kitab dan sebahagian dalil naqli itu dari nabi Musa.

Surah  Al Qasas
Tertib surah 28
Bilangan ayat 88
Bilangan rukuk 9
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 49
Bilangan paragraf  9
Paragraf 1ayat 1-6 pendahuluan
Paragraf 2 ayat 7-13 zaman kanak2 nabi musa
Paragraf 3 ayat 14-21permulaan zaman muda nabi musa dan pembunuhan yg tanpa sengaja.a
Paragraf 4 ayat 22-38 sepuluh tahun dimadyan,ini kisah nabi musa
Paragraf 5 ayat 29-42 dilantik menjadi nabi,mencabar firaun dan akibatnya
Paragraf 6 ayat 43-60 Bicara dgn Rasullah dan amarannya dgn kaum quraisy
Paragraf 7 ayat 61-75 dalil2 tauhid
Paragraf 8 ayat 76-82 kerjasama diantara kapitalis qarun dan kerajaan taghut
Paragraf 9 ayat 83-88 penutup,akibat mencari pengaruh dibumi.

Mesej utama
Jgn mencari mencari pengaruh dan kedudukan yg tinggi dibumi untuk melakukan kerosakan dibumi kerana kamu akan menerima nasib yg sama seperti yg diterima oleh firaun dan Qarun.

Paragraf 1ayat 1-6 pendahuluan

Ayat 1
طسم
Taa, Siin, Miim.

Ayat 2
تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ
Inilah ayat-ayat Kitab - Al-Quran - yang memberi penjelasan.
👉

Ayat 3
نَتْلُو عَلَيْكَ
مِنْ نَبَإِ مُوسَىٰ وَفِرْعَوْنَ بِالْحَقِّ
لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar
bagi orang-orang yang beriman.
👉

Ayat 4
إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ
وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا
يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ
يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ
وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ ۚ
إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas,
serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak.
Ia menindas sepuak di antaranya
dengan membunuh anak-anak lelaki mereka
dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.
👉ini apa yg berlaku dlm negeri Mesir.

Ayat 5
وَنُرِيدُ
أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ
وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً
وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

Dan Kami hendak berihsan
dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu,
dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).
👉

Ayat 6
وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ
وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ
وَهَامَانَ
وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ
مَا كَانُوا يَحْذَرُونَ

Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu,
serta hendak memperlihatkan kepada Firaun
dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu.
👉

Paragraf 2 ayat 7-13 zaman kanak2 nabi musa

Ayat 7
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّ مُوسَىٰ
أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ
فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ
وَلَا تَخَافِي
وَلَا تَحْزَنِي ۖ
إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ
وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:"
Susukanlah dia;
dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun),
maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut;
dan janganlah engkau merasa bimbang
dan jangan pula berdukacita;
sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu,
dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.
👉

Ayat 8
فَالْتَقَطَهُ آلُ فِرْعَوْنَ
لِيَكُونَ لَهُمْ
عَدُوًّا وَحَزَنًا ۗ
إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ

Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka;
sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.
👉Nabi Musa hanyut ketampat mandi firaun

Ayat 9
وَقَالَتِ امْرَأَتُ فِرْعَوْنَ
قُرَّتُ عَيْنٍ لِي وَلَكَ ۖ
لَا تَقْتُلُوهُ
عَسَىٰ أَنْ يَنْفَعَنَا
أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun:
"(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;
mudah-mudahan ia berguna kepada kita,
atau kita jadikan dia anak".
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
👉Ini Firaun,arah orang lain bunuh bayi,ini arahan isteri seorang bayi pun tidak boleh dibunuh.

Ayat 10
وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَىٰ
فَارِغًا ۖ
إِنْ كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ
لَوْلَا أَنْ رَبَطْنَا عَلَىٰ قَلْبِهَا
لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong;
sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang
jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram),
supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).
👉

Ayat 11
وَقَالَتْ لِأُخْتِهِ
قُصِّيهِ ۖ
فَبَصُرَتْ بِهِ عَنْ جُنُبٍ
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Dan berkatalah ia kepada kakak Musa:
"Pergilah cari khabar beritanya".
(Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang orang ramai tidak menyedarinya.
👉

Ayat 12
وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ الْمَرَاضِعَ
مِنْ قَبْلُ فَقَالَتْ
هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُ لَكُمْ
وَهُمْ لَهُ نَاصِحُونَ

Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu),
kakaknya berkata: "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu,
serta mereka tulus ikhlas kepadanya?"
👉Qudrat taqwini

Ayat 13
فَرَدَدْنَاهُ إِلَىٰ أُمِّهِ
كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا
وَلَا تَحْزَنَ
وَلِتَعْلَمَ
أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya
supaya tenang tenteram hatinya
dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar;
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu).
👉
Paragraf 3 ayat 14-21permulaan zaman muda nabi musa dan pembunuhannyg tanpa sengaja

Ayat 14
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ
وَاسْتَوَىٰ
آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ
وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna,
Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan;
dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
👉

Ayat 15
وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ
عَلَىٰ حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا
فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ
يَقْتَتِلَانِ
هَٰذَا مِنْ شِيعَتِهِ
وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِ ۖ
فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِنْ شِيعَتِهِ
عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ
فَوَكَزَهُ مُوسَىٰ
فَقَضَىٰ عَلَيْهِ ۖ
قَالَ هَٰذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ ۖ
إِنَّهُ عَدُوٌّ مُضِلٌّ مُبِينٌ

Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya,
lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri
dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya.
Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati.
(pada saat itu) Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan,
sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) ".
👉sibti,disuruh buat kerja qibti.
Qibti kerja kutip kayu api di bawa keistana.
Nabi Musa menyesal dan terkejut .

Ayat 16
قَالَ
رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي
فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ia merayu (dengan sesalnya):
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku".
(Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya;
sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉

Ayat 17
قَالَ
رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ
فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًا لِلْمُجْرِمِينَ

Ia merayu lagi:
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku,
(peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".
👉

Ayat 18
فَأَصْبَحَ فِي الْمَدِينَةِ خَائِفًا
يَتَرَقَّبُ
فَإِذَا الَّذِي اسْتَنْصَرَهُ بِالْأَمْسِ
يَسْتَصْرِخُهُ ۚ
قَالَ لَهُ مُوسَىٰ
إِنَّكَ لَغَوِيٌّ مُبِينٌ

Semenjak itu, tinggalah ia di bandar (Mesir) dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya),
maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam,
memanggil meminta pertolongannya lagi.
Musa berkata kepadanya:
"Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!(seorang sangat suka bergaduh atau bertengkar)
👉

Ayat 19
فَلَمَّا أَنْ أَرَادَ أَنْ يَبْطِشَ بِالَّذِي هُوَ عَدُوٌّ لَهُمَا
قَالَ يَا مُوسَىٰ أَتُرِيدُ أَنْ تَقْتُلَنِي
كَمَا قَتَلْتَ نَفْسًا بِالْأَمْسِ ۖ
إِنْ تُرِيدُ إِلَّا أَنْ تَكُونَ جَبَّارًا فِي الْأَرْضِ
وَمَا تُرِيدُ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْمُصْلِحِينَ

Maka ketika ia bersedia hendak menumbuk orang yang menjadi musuh bagi mereka berdua
berkatalah orang itu: "Wahai Musa, adakah engkau hendak membunuhku sebagaimana engkau membunuh satu jiwa semalam?
Sebenarnya engkau hanyalah hendak menjadi seorang yang kejam di bumi,
dan tidaklah engkau hendak menjadi seorang pendamai".
👉Dlm fikir orang jahat semuanya jahat.
Bangsa tidak boleh bagi apa2 tanpa agama.
Perjuangan bangsa dg bangsa tidak menguntungkan.

Ayat 20
وَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ
يَسْعَى
ٰقَالَ يَا مُوسَىٰ إِنَّ الْمَلَأَ يَأْتَمِرُونَ بِكَ
لِيَقْتُلُوكَ
فَاخْرُجْ إِنِّي لَكَ مِنَ النَّاصِحِينَ

Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata:
"Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu,
mereka hendak membunuhmu;
oleh itu pergilah dari sini,
sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu".
👉Qibti yg ada fitrah telah bg tau nabi Musa.

Ayat 21
فَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ ۖ
قَالَ
رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya)
serta berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim ".
👉

Paragraf 4 ayat 22-38 sepuluh tahun dimadyan,ini kisah nabi musa

Ayat 22
وَلَمَّا تَوَجَّهَ تِلْقَاءَ مَدْيَنَ
قَالَ
عَسَىٰ رَبِّي
أَنْ يَهْدِيَنِي
سَوَاءَ السَّبِيلِ

Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan,
berdoalah ia dengan berkata:
"Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,".
👉

Ayat 23
وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ
وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ
وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ ۖ
قَالَ مَا خَطْبُكُمَا ۖ
قَالَتَا
لَا نَسْقِي
حَتَّىٰ يُصْدِرَ الرِّعَاءُ ۖ
وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan,
ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing),
dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya.
dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?"
Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing;
dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya ".
👉2 gadis تَذُودَانِ

Ayat 24
فَسَقَىٰ لَهُمَا
ثُمَّ تَوَلَّىٰ إِلَى الظِّلِّ
فَقَالَ
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ
مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka,
kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
👉Doa makbul doa selepas melakukan khidmat secara suka rela

Ayat 25
فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا
تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ
قَالَتْ
إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ
لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا ۚ
فَلَمَّا جَاءَهُ
وَقَصَّ عَلَيْهِ الْقَصَصَ
قَالَ
لَا تَخَفْ ۖ
نَجَوْتَ مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu
sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami".
Maka ketika Musa datang mendapatkannya
dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya:
"Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu ".
👉Daerah Mesir an kinaah dua daerah berlainan

Ayat 26
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا
يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata:
"Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita),
sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".
👉

Ayat 27
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ
إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَىٰ أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ ۖ
فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا
فَمِنْ عِنْدِكَ ۖ
وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ ۚ
سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini,
dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu,
jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun,
maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya".
👉Yg soleh adalah yg menghargai pekerja.

Ayat 28
قَالَ ذَٰلِكَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ ۖ
أَيَّمَا الْأَجَلَيْنِ قَضَيْتُ
فَلَا عُدْوَانَ عَلَيَّ ۖ
وَاللَّهُ عَلَىٰ مَا نَقُولُ وَكِيلٌ

Musa menjawab: "Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama);
yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan,
maka janganlah hendaknya aku disalahkan.
Dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu".
👉

Paragraf 5 ayat 29-42 dilantik menjadi nabi,mencabar firaun dan akibatnya

Ayat 29
فَلَمَّا قَضَىٰ مُوسَى الْأَجَلَ
وَسَارَ بِأَهْلِهِ
آنَسَ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ نَارًا
قَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا
إِنِّي آنَسْتُ نَارًا
لَعَلِّي آتِيكُمْ مِنْهَا بِخَبَرٍ
أَوْ جَذْوَةٍ مِنَ النَّارِ
لَعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ

Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu
dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir),
ia melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Gunung Tursina.
(Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api,
semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ,
atau sepuntung dari api itu,
supaya kamu dapat memanaskan diri".
👉

Ayat 30
فَلَمَّا أَتَاهَا
نُودِيَ مِنْ شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ
فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ
أَنْ يَا مُوسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu,
(kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan,
di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ):
"Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam.
(Sesungguhnya api itu adalah sebagai satu isyarat yang didatangkan oleh Allah untuk menarik perhatian Musa ke tempat itu dan bukannya zat Allah
👉

Ayat 31
وَأَنْ أَلْقِ عَصَاكَ ۖ
فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ
كَأَنَّهَا جَانٌّ
وَلَّىٰ مُدْبِرًا وَلَمْ يُعَقِّبْ ۚ
يَا مُوسَىٰ أَقْبِلْ
وَلَا تَخَفْ ۖ
إِنَّكَ مِنَ الْآمِنِينَ

"Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu". (Ia pun mencampaknya),
maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas,
seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi.
(Lalu ia diseru): "Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut.
Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman.
👉

Ayat 32
اسْلُكْ يَدَكَ فِي جَيْبِكَ
تَخْرُجْ بَيْضَاءَ
مِنْ غَيْرِ سُوءٍ
وَاضْمُمْ إِلَيْكَ جَنَاحَكَ
مِنَ الرَّهْبِ ۖ
فَذَانِكَ
بُرْهَانَانِ
مِنْ رَبِّكَ
إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ ۚ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ

"Masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada cacat;
dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu ketika merasa takut (nescaya hilanglah takutmu).
Yang demikian adalah dua bukti dari Tuhanmu (untuk engkau menunjukkannya) kepada Firaun
dan kaumnya.
Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka"
👉

Ayat 33
قَالَ رَبِّ إِنِّي قَتَلْتُ مِنْهُمْ نَفْسًا
فَأَخَافُ أَنْ يَقْتُلُونِ

Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, bahawa aku telah membunuh seorang dari kalangan mereka;
oleh itu aku takut mereka akan membunuhku "
👉

Ayat 34
وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا
فَأَرْسِلْهُ مَعِيَ رِدْءًا يُصَدِّقُنِي ۖ
إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُكَذِّبُونِ

"Dan saudaraku - Harun, ia lebih fasih lidahnya daripadaku,
maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku;
sesungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan daku".
👉

Ayat 35
قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ
وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَانًا
فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا ۚ
بِآيَاتِنَا
أَنْتُمَا وَمَنِ اتَّبَعَكُمَا الْغَالِبُونَ

Allah berfirman: "Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun),
dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu,
kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang".
👉

Ayat 36
فَلَمَّا جَاءَهُمْ مُوسَىٰ
بِآيَاتِنَا
بَيِّنَاتٍ
قَالُوا
مَا هَٰذَا
إِلَّا سِحْرٌ مُفْتَرًى
وَمَا سَمِعْنَا بِهَٰذَا فِي آبَائِنَا الْأَوَّلِينَ

Setelah Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya dengan
membawa ayat-ayat keterangan Kami yang terang nyata, mereka berkata: "Apa yang engkau bawa ini hanyalah sihir yang dibuat-buat,
dan kami tidak pernah mendengar tentang perkara ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu".
👉

Ayat 37
وَقَالَ مُوسَىٰ
رَبِّي أَعْلَمُ بِمَنْ جَاءَ بِالْهُدَىٰ
مِنْ عِنْدِهِ وَمَنْ تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ ۖ
إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Dan (bagi menjawabnya) Nabi Musa berkata: "Tuhanku lebih mengetahui siapakah yang membawa hidayah petunjuk
dari sisiNya dan siapa yang akan beroleh kesudahan yang baik di dunia ini.
Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".
👉Zalim sama dengan musyrikin

Ayat 38
وَقَالَ فِرْعَوْنُ
يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ
مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرِي
فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ
فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا
لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ
وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman,
bakarkanlah untukku batu-bata,
serta binalah untukku bangunan yang tinggi,
supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu);
dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".
👉

Ayat 39
وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ
بِغَيْرِ الْحَقِّ
وَظَنُّوا
أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ

Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar,
dan mereka menyangka
bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.
👉

Ayat 40
فَأَخَذْنَاهُ وَجُنُودَهُ
فَنَبَذْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ ۖ
فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الظَّالِمِينَ

Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya
serta Kami humbankan mereka ke dalam laut;
maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim.
👉

Ayat 41
وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ ۖ
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنْصَرُونَ

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya),
dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.
👉

Ayat 42
وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُمْ مِنَ الْمَقْبُوحِينَ

Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini,
dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.
👉

Paragraf 6 ayat 43-60 Bicara dgn Rasullah dan amarannya dgn kaum quraisy

Ayat 43
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ
مِنْ بَعْدِ مَا أَهْلَكْنَا الْقُرُونَ الْأُولَىٰ
بَصَائِرَ لِلنَّاسِ
وَهُدًى وَرَحْمَةً
لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami berikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat sesudah Kami binasakan kaum-kaum yang telah lalu, untuk membuka hati dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat, semoga mereka beringat.
👉Manusia yg Jauh dari wahyu, hati akan gersang dan keras hati
Dekat wahyu ,dengar dan ada keinginan,akan lembut hati dan boleh taat perintah Allah.
Berjauhan bermakna jauh dari dengar wahyu.

Ayat 44
وَمَا كُنْتَ بِجَانِبِ الْغَرْبِيِّ
إِذْ قَضَيْنَا إِلَىٰ مُوسَى الْأَمْرَ
وَمَا كُنْتَ مِنَ الشَّاهِدِينَ

Dan engkau (wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu)
ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya,
dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu.
👉

Ayat 45
وَلَٰكِنَّا أَنْشَأْنَا قُرُونًا
فَتَطَاوَلَ عَلَيْهِمُ الْعُمُرُ ۚ
وَمَا كُنْتَ ثَاوِيًا فِي أَهْلِ مَدْيَنَ
تَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا
وَلَٰكِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu)
sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama yang mereka anuti).
Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan
membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana),
tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu).
👉

Ayat 46
وَمَا كُنْتَ بِجَانِبِ الطُّورِ
إِذْ نَادَيْنَا
وَلَٰكِنْ رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ
لِتُنْذِرَ قَوْمًا
مَا أَتَاهُمْ مِنْ نَذِيرٍ
مِنْ قَبْلِكَ
لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu),
tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).
👉

Ayat 47
وَلَوْلَا أَنْ تُصِيبَهُمْ مُصِيبَةٌ
بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ
فَيَقُولُوا
رَبَّنَا لَوْلَا أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا
فَنَتَّبِعَ آيَاتِكَ
وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan kalau tidaklah orang-orang musyrik itu akan berkata - semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat yang mereka lakukan: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada Kami seorang Rasul
supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu (yang dibawanya),
dan supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman, " (tentulah engkau wahai Muhammad tidak diutuskan kepada mereka, bahkan Kami terus menyeksa mereka).
👉Takhwif duniawi

Ayat 48
فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِنْدِنَا
قَالُوا
لَوْلَا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَىٰ ۚ
أَوَلَمْ يَكْفُرُوا
بِمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ مِنْ قَبْلُ ۖ
قَالُوا
سِحْرَانِ
تَظَاهَرَا
وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ

Maka ketika datang kepada mereka kebenaran (Al-Quran) dari sisi Kami,
mereka berkata pula: "Hendaknya (Muhammad) diberi (Kitab ugama yang diturunkan dengan sekaligus) sebagaimana Kitab Taurat yang diberikan kepada Musa". Bukankah mereka dahulu telah kufur ingkar akan apa yang diberikan kepada Nabi Musa?
Mereka berkata lagi: "Kedua-duanya (Al-Quran dan Taurat) itu ialah sihir
yang saling membantu (yang satu menyokong yang lain).
"Dan mereka berkata pula: "Sesungguhnya kami kufur ingkar terhadap Kitab-kitab itu semuanya!"
👉Syikayah لَوْلَا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَىٰ
Hendaknya (Muhammad) diberi (Kitab ugama yang diturunkan dengan sekaligus) sebagaimana Kitab Taurat yang diberikan kepada Musa".

Ayat 49
قُلْ
فَأْتُوا بِكِتَابٍ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
هُوَ أَهْدَىٰ مِنْهُمَا
أَتَّبِعْهُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikianlah sikap kamu maka bawalah sebuah Kitab dari sisi Allah yang dapat memberi panduan lebih daripada keduanya, supaya aku menurutnya. (Bawalah dia) jika betul kamu orang-orang yang benar ".
👉

Ayat 50
فَإِنْ لَمْ يَسْتَجِيبُوا لَكَ
فَاعْلَمْ
أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهْوَاءَهُمْ ۚ
وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوَاهُ
بِغَيْرِ هُدًى مِنَ اللَّهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad),
maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka;
dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah.
Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).
👉

Ayat 51
وَلَقَدْ وَصَّلْنَا لَهُمُ الْقَوْلَ
لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Dan demi sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami (Al-Quran) dengan berturut-turut kepada mereka,
supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman).
👉

Ayat 52
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِهِ
هُمْ بِهِ يُؤْمِنُونَ

Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran,
mereka beriman kepadanya.
👉

Ayat 53
وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوا
آمَنَّا بِهِ
إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّنَا
إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata:
"Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya ".
👉

Ayat 54
أُولَٰئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ
بِمَا صَبَرُوا
وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka;
dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan,
dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
👉Contoh Waraqoh bin Naufal dan Abdullah bin Salam.

Ayat 55
وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ
أَعْرَضُوا عَنْهُ
وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا
وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ
لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata:
"Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu;
kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".
👉Orang yg minta ilmu tidak akan berminat berkawan dgn orang jahil

Ayat 56
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْت
َوَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam),
tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
👉Abu Talib membantu nabi saw atas sebab anak saudara bukan sebab allah ,jadi tidak boleh menyebabkan dia mendapat hidayah.
Memberi Hidayah bukan kuasa manusia tetapi kuasa Allah.
Jika ada usaha inabah ,Allah akan bg hidayah.

Ayat 57
وَقَالُوا
إِنْ نَتَّبِعِ الْهُدَىٰ
مَعَكَ
نُتَخَطَّفْ مِنْ أَرْضِنَا ۚ
أَوَلَمْ نُمَكِّنْ لَهُمْ حَرَمًا آمِنًا
يُجْبَىٰ إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ
رِزْقًا مِنْ لَدُنَّا
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan mereka (yang kafir) berkata: "Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk
yang engkau bawa itu,
nescaya kami dengan serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang menentang)". Mengapa mereka (berkata demikian)?
Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman,
yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami?
(Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu),
tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur).
👉alasan tidak mahu ikut wahyu

Ayat 58
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ
بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا ۖ
فَتِلْكَ مَسَاكِنُهُمْ
لَمْ تُسْكَنْ
مِنْ بَعْدِهِمْ إِلَّا قَلِيلًا ۖ
وَكُنَّا نَحْنُ الْوَارِثِينَ

Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri
yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang).
Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.
👉Takhwif duniawi

Ayat 59
وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ
حَتَّىٰ يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا
يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۚ
وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَىٰ
إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri
sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami;
dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.
👉adakah Allah akan hukum sebelum datang pemberitahuan tentang hukum hakam kepada penduduknya?

Ayat 60
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ
فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَزِينَتُهَا ۚ
وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ
وَأَبْقَىٰ ۚ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu,
maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya;
dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal;
maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?
👉Tagrib kepada iman.
Yg akhirat lebih baik dari segi kualiti dan kuantiti.

Paragraf 7 ayat 61-75 dalil2 tauhid

Ayat 61
أَفَمَنْ وَعَدْنَاهُ وَعْدًا حَسَنًا
فَهُوَ لَاقِيهِ
كَمَنْ
مَتَّعْنَاهُ
مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
ثُمَّ هُوَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْمُحْضَرِينَ

(Jika sudah diketahui yang demikian) maka adakah orang yang Kami janjikan kepadanya janji yang baik (balasan Syurga) lalu ia mendapatnya,
sama seperti orang yang kami kurniakan menikmati kesenangan hidup di dunia
kemudian ia pada hari kiamat termasuk dalam golongan yang dibawa (untuk menerima azab neraka)?
👉amal manusia tidak akan sama sebagaimana mendapat balasan diakhirat nanti.

Ayat 62
وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ
فَيَقُولُ
أَيْنَ شُرَكَائِيَ
الَّذِينَ كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka
lalu bertanya:"
Mana dia sekutu-sekutuKu,
yang kamu anggap mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?"
👉

Ayat 63
قَالَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ
رَبَّنَا هَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ أَغْوَيْنَا
أَغْوَيْنَاهُمْ كَمَا غَوَيْنَا ۖ
تَبَرَّأْنَا إِلَيْكَ ۖ
مَا كَانُوا إِيَّانَا يَعْبُدُونَ

Mereka yang berhak menerima hukuman (azab neraka) berkata:
"Wahai Tuhan kami, inilah mereka yang kami menyebabkan kesesatannya,
kami menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri) sebagaimana kami telah sesat (dengan pilihan kami sendiri);
(dengan ini) kami mengakui kepadaMu bahawa kami berlepas diri (dari kekufuran mereka).
Bukanlah Kami yang mereka puja dan taati,
(bahkan mereka hanya memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri)".
👉berkata orang telah sabit taqdir mereka azab iaitu jin dan syaitan.

Ayat 64
وَقِيلَ ادْعُوا شُرَكَاءَكُمْ
فَدَعَوْهُمْ
فَلَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُمْ
وَرَأَوُا الْعَذَابَ ۚ
لَوْ أَنَّهُمْ كَانُوا يَهْتَدُونَ

Dan dikatakan (kepada mereka): Panggilah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu)".
lalu mereka memanggilnya,
tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka;
dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk.
👉 melihat azab maksud masuk dlm azab

Ayat 65
وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ
فَيَقُولُ
مَاذَا أَجَبْتُمُ الْمُرْسَلِينَ

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka
lalu bertanya:
"Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu?
👉kami terima atau kamu tolak seruan nabi dahulu

Ayat 66
فَعَمِيَتْ عَلَيْهِمُ الْأَنْبَاءُ
يَوْمَئِذٍ فَهُمْ لَا يَتَسَاءَلُونَ

Maka gelaplah kepada mereka, pada hari itu, segala khabar berita dan peristiwa (yang telah lalu),
serta menjadilah mereka tidak dapat hendak bertanya-tanyaan sesama sendiri.
👉tidak boleh jawab.

Ayat 67
فَأَمَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ
وَعَمِلَ صَالِحًا
فَعَسَىٰ أَنْ يَكُونَ مِنَ الْمُفْلِحِينَ

(Demikianlah akibat orang-orang derhaka),
adapun orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh,
maka semoga akan menjadilah ia dari orang-orang yang berjaya.
👉

Ayat 68
وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ ۗ
مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ ۚ
سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan);
tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah).
Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
👉tiada pilihan atau bebas memilih.jika pilih yg salah akan tetap dihukum diakhirat.

Ayat 69
وَرَبُّكَ يَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ
وَمَا يُعْلِنُونَ

Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.
👉

Ayat 70
وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ ۖ
وَلَهُ الْحُكْمُ
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia.
Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat;
dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum,
serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
👉Allah tanya atas dasar qudrat.

Ayat 71
قُلْ أَرَأَيْتُمْ
إِنْ جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَدًا
إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ
يَأْتِيكُمْ بِضِيَاءٍ ۖ
أَفَلَا تَسْمَعُونَ

Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat;
tuhan yang manakah yang lain dari Allah,
yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu?
Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"
👉

Ayat 72
قُلْ أَرَأَيْتُمْ
إِنْ جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ النَّهَارَ سَرْمَدًا
إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ
يَأْتِيكُمْ بِلَيْلٍ تَسْكُنُونَ فِيهِ ۖ
أَفَلَا تُبْصِرُونَ

katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu
jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat;
tuhan yang manakah yang lain dari Allah,
yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya?
Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 73
وَمِنْ رَحْمَتِهِ
جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
لِتَسْكُنُوا فِيهِ
وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ
وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan di antara rahmat pemberianNya,
Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya
dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya,
dan juga supaya kamu bersyukur.
👉
Ayat 74
وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ
فَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَائِيَ
الَّذِينَ كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ

Dan (ingatlah) pada hari (kiamat), Allah akan menyeru mereka lalu bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu sifatkan mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?"
👉

Ayat 75
وَنَزَعْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا
فَقُلْنَا هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ
فَعَلِمُوا
أَنَّ الْحَقَّ لِلَّهِ وَضَلَّ عَنْهُمْ
مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Dan (pada hari itu) Kami keluarkan dari tiap-tiap umat seorang saksi, lalu Kami katakan (kepada golongan yang kafir):
"Bawalah keterangan dan bukti kebenaran kamu".
Maka (pada saat itu) ketahuilah mereka bahawa kebenaran (hak ketuhanan) itu tertentu bagi Allah,
dan (dengan itu), hilang lenyaplah dari mereka
apa yang mereka ada-adakan secara dusta dahulu.
👉

Paragraf 8 ayat 76-82 kerjasama diantara kapitalis qarun dan kerajaan taghut

Ayat 76
إِنَّ قَارُونَ كَانَ
مِنْ قَوْمِ مُوسَىٰ
فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ
وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ
مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ
لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ
إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ
لَا تَفْرَحْ ۖ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka;
dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa.
(Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya:
"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu),
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
👉Contoh yg terpengaruh dgn dunia.

Ayat 77
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ
وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ
وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat
dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;
dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah);
dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
👉kaum dia yg kata pada dia

Ayat 78
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ
عِلْمٍ عِنْدِي ۚ
أَوَلَمْ يَعْلَمْ
أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ
مِنَ الْقُرُونِ
مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً
وَأَكْثَرُ جَمْعًا ۚ
وَلَا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini
hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku".
(Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami,
bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya,
dari umat-umat yang telah lalu,
orang-orang yang lebih kuat daripadanya
dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ?
Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
👉ilmu dgn makna kepandaian dan kemahiran.

Ayat 79
فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ
قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
يَا لَيْتَ لَنَا
مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ
إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya.
(Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia:
"Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun!
Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik".
👉ini Bani Israel yg inginkan dunia berkata.

Ayat 80
وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ
وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ
لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا
وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka):
"Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik
bagi orang yang beriman dan beramal soleh;
dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar".
👉

Ayat 81
فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ
فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ
مِنْ دُونِ اللَّهِ
وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah,
maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah"
dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.
👉Hukuman
Rumah dan Qarun telah tenggelam.

Ayat 82
وَأَصْبَحَ الَّذِينَ تَمَنَّوْا مَكَانَهُ بِالْأَمْسِ
يَقُولُونَ
وَيْكَأَنَّ اللَّهَ
يَبْسُطُ الرِّزْقَ
لِمَنْ يَشَاءُ
مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ ۖ
لَوْلَا أَنْ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا
لَخَسَفَ بِنَا ۖ
وَيْكَأَنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun -
mulai sedar sambil berkata:
"Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya
kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun).
Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"
👉Allah bg tau.

Paragraf 9 ayat 83-88 penutup,akibat mencari pengaruh dibumi.
Ayat 83
تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ
نَجْعَلُهَا
لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ
عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ
وَلَا فَسَادًا ۚ
وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu,
Kami sediakan
bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi
dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan;
dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
👉Tagrib kepada akhirat.
Orang yg tidak ingin ketinggian iaitu orang yg tidak sombong.

Ayat 84
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ
فَلَهُ خَيْرٌ مِنْهَا ۖ
وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ
فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ
إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat)
maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya;
dan sesiapa yang datang membawa amal jahat,
maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.
👉Takhwif ukhrowi وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ

Ayat 85
إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ
لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ ۚ
قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ مَنْ جَاءَ بِالْهُدَىٰ
وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran
(wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): "Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk
dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata ".
👉Tasliyah kepada nabi saw.
Berbeza dgn Qorun,. Allah kembalikan nabi keakhirat dgn darjat yg tinggi.
Bila Quran diberi makna ia akan selamat diakhirat.

Ayat 86
وَمَا كُنْتَ تَرْجُو أَنْ يُلْقَىٰ إِلَيْكَ الْكِتَابُ
إِلَّا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۖ
فَلَا تَكُونَنَّ ظَهِيرًا لِلْكَافِرِينَ

Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah berharap supaya Kitab Al-Quran ini diturunkan kepadamu,
(tetapi ia diturunkan kepadamu)
hanyalah sebagai rahmat dari Tuhanmu,
oleh itu janganlah engkau menjadi orang-orang kafir.
👉jgn jadi pembantu orang kafir dgn tidak mentablighkan wahyu.

Ayat 87
وَلَا يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللَّهِ
بَعْدَ إِذْ أُنْزِلَتْ إِلَيْكَ ۖ
وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَ ۖ
وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Dan janganlah mereka (yang ingkar) dapat menghalangmu (daripada menyampaikan dan beramal dengan) ayat-ayat Allah
sesudah ia diturunkan kepadamu;
dan serulah manusia kepada (ugama) Tuhanmu;
dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik.
👉terus menerus melakukan tabligh wahyu.

Ayat 88
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ ۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ
كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ
إِلَّا وَجْهَهُ ۚ
لَهُ الْحُكْمُ
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia.
Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum,
dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan