Sabtu, Mac 28, 2020

Makna surah 002:056-064

Makna surah 002:056-064

Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.[56]"

Dan Kami telah menaungimu dengan awan (dari panas matahari di padangpasir) dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "Salwa", (lalu Kami berfirman) : Makanlah makanan-makanan y ang baik yang Kami telah kurniakan kepadamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan mengkufuri ni'matitu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri sendiri.¹¹² [57]

Dan (kenangilah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke negeri ini(Baitul Maqdis), kemudian makanlah di sana apa sahaja makanan yang kamu suka dengan mewah dan masuklah melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri)¹¹³ dan berdoalah (dengan) berkata: "Ya Allah ampunilah kesalahan kami!", niscaya kami ampunkan kesalahan-kesalahanmu dan Kami akantambah pula (kurnia Kami) kepada orang-orang yang berbuat baik.¹¹⁴ [58]

Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan(perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya;maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bencana dari langit,dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).¹¹⁵ [59]

Dan (kenangilah) ketika (Nabi) Musa memohon air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!", (dia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air (sesuai dengan jumlah qabilah mereka); sesungguhnya setiap suku kaum (di antara mereka)telah mengetahui tempat minumnya masing-masing." (Dan Kami berfirman):"Makanlah dan minumlah rezeki dari Allah itu dan janganlah kamu berselerakan di muka bumi membuat kerosakan.[60]

Dan (kenangilah) ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak tahan lagi makan sejenis makanan sahaja (Manna dan Salwa)¹¹⁶ kerana itu pohonlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia mengeluarkan untuk kami tumbuh-tumbuhan bumi berupa sayur-sayurannya, mentimunnya, gandumnya, kacang dalnya dan bawangnya." Jawab Musa: Adakah kamu mahu menukarkan kehidupan yang hina dengan kehidupan yang lebih baik? Pergilah ke mana-mana negeri, kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu."Mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kemiskinan ¹¹⁷ dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Balasan itu ialah kerana mereka mengingkari ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu'jizat-mu'iizat yang membuktikan kebesaranNya); dan membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Balasan itu ialah kerana mereka menderhaka dan sentiasa melakukan pencerobohan.¹¹⁸ [61]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabi'in, siapa saja di antara mereka itu yang benar benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal shaleh,¹¹⁹ mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tiada lagi sebarang ketakutan kepada mereka, dan mereka juga tidak akan berdukacita.¹²⁰[62].

Dan (kenangilah), ketika Kami mengadakan perjanjian denganmu (supaya berpegang teguh dengan ajaran-ajaran agama) dan Kami angkatkan gunung(Thursina) ke atas mu ¹²¹ (sambil berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepadamu ¹²² dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya, agar kamu bertaqwa.[63].

Kemudian kamu berpaling setelah (adanya perjanjian) itu, kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya atasmu, niscaya kamu berada di dalam golongan orang-orang yang benar-benar rugi ¹²³ [64]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan