Sabtu, Mac 28, 2020

Makna surah 002:061-064

Makna surah 002:061-064

Tafsir nota baca 5(90-95)

Tafsir nota 5(90)

Al-Baqarah 2:61

وَإِذْ قُلْتُمْ يَٰمُوسَىٰ لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَٰحِدٍ فَٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ مِنۢ بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَاۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ ٱلَّذِى هُوَ أَدْنَىٰ بِٱلَّذِى هُوَ خَيْرٌۚ ٱهْبِطُوا۟ مِصْرًا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلْمَسْكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٍ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقْتُلُونَ ٱلنَّبِيِّۦنَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ

Al-Baqarah 2:62

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Al-Baqarah 2:63

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ ٱلطُّورَ خُذُوا۟ مَآ ءَاتَيْنَٰكُم بِقُوَّةٍ وَٱذْكُرُوا۟ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Al-Baqarah 2:64

ثُمَّ تَوَلَّيْتُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَۖ فَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ لَكُنتُم مِّنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

Dan (kenangilah) ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak tahan lagi makan sejenis makanan sahaja (Manna dan Salwa)¹¹⁶ kerana itu pohonlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia mengeluarkan untuk kami tumbuh-tumbuhan bumi berupa sayur-sayurannya, mentimunnya, gandumnya, kacang dalnya dan bawangnya." Jawab Musa: Adakah kamu mahu menukarkan kehidupan yang hina dengan kehidupan yang lebih baik? Pergilah ke mana-mana negeri, kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu."Mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kemiskinan ¹¹⁷ dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Balasan itu ialah kerana mereka mengingkari ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu'jizat-mu'iizat yang membuktikan kebesaranNya); dan membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Balasan itu ialah kerana mereka menderhaka dan sentiasa melakukan pencerobohan.¹¹⁸ [61]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabi'in, siapa saja di antara mereka itu yang benar benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal shaleh,¹¹⁹ mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tiada lagi sebarang ketakutan kepada mereka, dan mereka juga tidak akan berdukacfta.¹²⁰[62].

Dan (kenangilah), ketika Kami mengadakan perjanjian denganmu (supaya berpegang teguh dengan ajaran-ajaran agama) dan Kami angkatkan gunung(Thursina) ke atas mu ¹²¹ (sambil berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang
Kami berikan kepadamu ¹²² dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya, agar kamu bertaqwa.[63].

Kemudian kamu berpaling setelah (adanya perjanjian) itu, kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya atasmu, niscaya kamu berada di dalam golongan orang-orang yang benar-benar rugi ¹²³ [64]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan