Qawaid tafsir 2018 sesi 13
قاعدة 30
الْأصْلُ فِي صِفَاتِ الْمَدْحِ أَنْ يَنْتَقِلَ فِيْهَا مِنَ الْأدْنَى إِلَى الْأَلَى ، وَصِفَاتِ الذَّمَّ بِعَكْسِ ذلِكَ
Qaedah asal bagi sifat-sifatkepujian ialah ia bergerak(disebutkan) dari bawah ke atas,dan sifat-sifat kecelaan pulabergerak (disebutkan) sebaliknya(dari bawah ke atas).
Antara contoh sifat kepujian dan kelebihan yang dapat dikemukakan daripada al-
42
Qur'an ialah firman Allah berikuri
Al-Baqarah 2:69
قَالُوا۟ ٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا لَوْنُهَاۚ قَالَ إِنَّهُۥ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَآءُ فَاقِعٌ لَّوْنُهَا تَسُرُّ ٱلنَّٰظِرِينَ
Maksudnya: Mereka berkata: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Diamenerangkan kepada kami apa warnanya". Musa menjawab: ..Sesungguhnya Allahberfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang kuning, yang kuning tuawarnanya' lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya.
(al_Baqarah:69).
Mula-mula sekali disebutkan warna kuning secara umum sebagai sifat lembu yangdimaksudkan' Kemudian disebut pula kuning itu kuning tua, bukan kuning biasa. Danakhir sekali disebutkan warna kuningnya itu menyenangkan mata orang_orang yangmemandangnya' Demikianlah kelebihan dan kepujian warna lembu itu disebutberperingkat-peringkat, dari yang cantik kepada yang lebih cantik.Antara contoh sifat kecelaan dan kekurangan yang dapat dikemukakan daripada al-Qur'an pula ialah firman Allah berikut:
At-Taubah 9:29
قَٰتِلُوا۟ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ ٱلْحَقِّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ حَتَّىٰ يُعْطُوا۟ ٱلْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَٰغِرُونَ
Bermaksud: Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar,iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
(at-Taubah:29).
قاعدة 31
الْإِطْلَاقُ يَقْتَضِي الْمُسَاوَاةَ
Ithlaq menyebutkan ssesuatu hukum secara muthlaq)menghendaki persamaan.
Apabila sesuatu hukum disebut secara mutlaq, maka ia kekal dengan kemutlaqannya.Ia tidak harus diqaid atau ditakhsiskan dengan sesuatu.Aplikasi qaedah ini dapat dilihat pada firman Allah berikut:
Al-Ma'idah 5:89
لَا يُؤَاخِذُكُمُ ٱللَّهُ بِٱللَّغْوِ فِىٓ أَيْمَٰنِكُمْ وَلَٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ ٱلْأَيْمَٰنَۖ فَكَفَّٰرَتُهُۥٓ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَٰكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٍۚ ذَٰلِكَ كَفَّٰرَةُ أَيْمَٰنِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْۚ وَٱحْفَظُوٓا۟ أَيْمَٰنَكُمْۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Bermaksud: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yangtidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengansebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayarandendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yangsederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaianuntuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidakdapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari.Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayatNya(hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.
(al-Maa' idah: 89).
Memberi makan kepada sepuluh orang miskin disebut Allah sebagai salah satu bentuk kaffarah sumpah. Ia disebut secara mutlaq. Maka termasuklah di dalam kata orang miskin itu lelaki, perempuan, tua, muda, besar, kecil dan lain-lain. Kedudukan mereka sama saja.Allah juga menyebut memerdekakan seorang hamba sebagai salah satu bentuk kaffarah sumpah. Tidak disebutnya hamba yang bagaimana. Hamba disebut secara mutlaq juga, maka termasuklah dalam kata hamba itu hamba lelaki, hamba perempuan, hamba muslim, hamba kafir dan lain-lain. Kedudukan mereka sebagai kaffarah sumpah sama saja.Demikian juga Allah menyebutkan berpuasa tiga hari secara mutlaq, maka ia tidak disyaratkan berturut-turut. Tidak juga ia disyaratkan pada bulan-bulan tertentu, maka bolehlah berpuasa tiga hari sebagai kaffarah sumpah pada bulan-bulan mana sekalipun. Tidak perlu ia dikerjakan secara berturut-turut. Ia boleh juga dikerjakan secara terpisah-pisah.
44
Tiada ulasan:
Catat Ulasan