Qawaid tafsir 2019 b q018
Fathir 35:43
وَلَا يَحِيقُ ٱلْمَكْرُ ٱلسَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِۦۚ
Qaedah Kelapan Belas:
Firman Allah s.w.t.
Bermaksud: Rencana yang jahat itu
tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(Faathir:43)
Qawaid tafsir 2019 b q018
Fathir 35:43
وَلَا يَحِيقُ ٱلْمَكْرُ ٱلسَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِۦۚ
Qaedah Kelapan Belas:
Firman Allah s.w.t.
Bermaksud: Rencana yang jahat itu
tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(Faathir:43)
https://m.youtube.com/watch?v=W2P3xlLPh_c
Firman Allah s.w.t. Bermaksud:
"Rencana Yang Jahat Itu Tidak Akan Menimpa Selain Orang Yang Merencanakannya Sendiri" (Faatir: 43)
Maulana Asri Yusoff 2018 Video Youtube: https://tinyurl.com/y7xtljwl Saluran Youtube: https://tinyurl.com/ydcx3acp EKSTRAKS DARI VIDEO ===================
1. Jangan kita sangka bahawa bila kita melakukan kejahatan ke atas seseorang, orang yang dianiaya itu akan ditimpa bencana.
2. Sebenarnya, Allah akan kembalikan kejahatan itu kepada orang yang melakukannya.Oleh itu elakkanlah dari merancang untuk melakukan kejahatan terutamanya terhadap orang-orang yang baik dan soleh, yang dikasihi Allah.
3. Kejahatan itu akan me"makan diri" orang yang melakukannya bila dilakukan ke atas orang yang tidak sepatutnya.
4. Sejarah mencatatkan bagaimana orang kafir Quraisy yang melakukan kejahatan kepada nabi telah dihukum oleh Allah dan kedudukan nabi tidak terjejas malah terus mulia. Lihatlah perancangan jahat itu terkena kepada siapa? Ianya akan terkena kepada golongan yang merancang.
5. Fir'aun yang merasa dirinya hebat telah menganiaya bani Israel tetapi akhirnya kecundang. Rancangannya untuk mengekalkan kekuasaannya dengan membunuh semua anak lelaki bani Israel digagalkan oleh nabi Musa yang dibesarkan dalam istananya sendiri.
6. Allah akan balas kejahatan yang kita lakukan. Ada satu kisah benar, seorang pelajar terpilih difitnah sehingga dipenjara. Akhirnya orang yang memfitnah terlibat dalam kemalangan dan lumpuh sehingga akhirnya datang meminta maaf.
7. Sesuatu kejahatan akan dibalas Allah, dan kita tidak akan tertanggung akibatnya.
8. Oleh itu jangan aniayai orang lain kerana kalau tidak di dunia, di akhirat nanti pasti Allah akan balas.. ===========================================================================
Jangan sekali-sekali merancang untuk membuat apa-apa kejahatan terhadap seseorang terutama terhadap orang yang baik-baik kerana akibatnya akan kembali kepada orang yang menganiayai tersebut. =========================================================================== (Team Web Darulkautsar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan