Selasa, Mei 26, 2020

Tafsir asas quran nota 3(025)

Tafsir asas quran nota 3(025)

USUL KE 8 Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah
 فهم القرآن على ضوء  الترتيب النزولي


Perkara ini boleh difahami dengan dua cara:

(i) Memahaminya berdasarkan tertib turun ayat-ayat dan surah-surah Al-Qur’an 
(ii) Memahaminya berdasarkan tertib yang terdapat di dalam mushaf (al-Qur’an) yang ada di hadapan kita sekarang ini. 

Memahami al-Quran berdasarkan tertib turun ayat-ayatnya merupakan usul kelapan bagi tafsir al-Qur’an yang baik. 
Untuk mengetahui tertib turun ayat-ayat al-Qur’an dan surah-surahnya, anda tidak dapat tidak mestilah mengetahui sebab-sebab turunnya terlebih dahulu. Dan ia dapat dipastikan apabila anda betul-betul mahir tentang sirah Nabi s.a.w. Semua peristiwa yang berlaku kepada Nabi s.a.w semasa baginda berada di Mekah perlu diketahui dan dipastikan kesahihannya. Demikian juga dengan peristiwa yang berlaku kepada Baginda s.a.w semasa di Madinah. Anda perlu sedar bahawa al-Qur’an baru turun ke dunia setelah nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun. Al-Qur’an turun kepada baginda secara beransur-ansur. Ia turun sejajar dengan perjalanan hidup baginda. Oleh itu, orang yang cuba memahami al-Qur’an tanpa pengetahuan tentang sirah (perjalanan hidup) Nabi s.a.w , bukan sahaja akan kecundang, malah akan tersasul jauh dari kebenaran. 
Bukan dia sahaja akan tersesat jalan, malah akan menyesatkan pula orang-orang lain. Dengan berpandukan riwayat-riwayat sahih berhubung dengan sebab-sebab turun ayat-ayat atau surah-surah, akan mudahlah kepada anda memahami al-Qur’an. 
(a)Surah-surah Makiyyah dan Madaniyyah Para pelajar mestilah terlebih dahulu mengetahui dan memahami tentang tertib surah-surah Makiyyah, kemudian tertib surah-surah Madaniyyah. Apa yang dimaksudkan dengan surah-surah Makiyyah ialah surah-surah yang diturunkan kepada Nabi s.a.w sebelum baginda berhijrah ke Madinah. Samada ia diturunkan di Mekah atau tempat-tempat lain. 
Dan yang dimaksudkan dengan surah-surah Madaniyyah pula ialah surah-surah yang diturunkan kepada baginda selepas

25

Tiada ulasan:

Catat Ulasan