Tafsir asas quran nota 3(026)
berhijrah ke Madinah. Sama ada ia memang diturunkan di Madinah atau di luar Madinah.
Surah yang paling akhir diturunkan dengan lengkap kepada Rasulullah s.a.w ialah surah al-Nashr(سورة النصر). Ia diturunkan kepada Nabi s.a.w di Mina dalam peristiwa haji wadaa’ yang berlaku pada tahun ke sepuluh hijrah.
Satu perkara penting yang perlu sekali diketahui anda sekarang ialah riwayat Ibnu Dhurais yang dikaitkan dengan Ibnu ‘Abbaas tentang tertib surah-surah sama sekali tidak boleh dipegang, kerana ia adalah munqathi’.
Sanad riwayat yang dikemukakan oleh as-Suyuthi tentang tertib surah-surah juga bermasalah. Ia juga tidak harus dijadikan pegangan.
(b) Bilangan Surah-Surah Makiyyah dan Madaniyyah Surah-surah Makiyyah ada 90 kesemuanya dan surah-surah Madaniyyah pula ada 24 kesemuanya. Sesetengah orang berpendapat, surah-surah ar-Ra’ad, ar-Rahman, ad-Dahr dan al-Zilzaal adalah surah-surah Madaniyyah. Sedangkan yang sebetulnya, keempat-empat surah itu adalah Makiyyah. Untuk lebih jelas, surah-surah Makiyyah dan surah-surah Madaniyyah itu dalam tertib nuzulnya perlulah dibahagikan pula kepada beberapa peringkat.Misalnya
(i) peringkat permulaan.
(ii) peringkat pertengahan dan
(iii) peringkat akhir.
Untuk memahami dan menentukan tertib turun surah-surah Makiyyah agak sukar. Anda terpaksa menggunakan bukti–bukti luaran dan juga bukti-bukti dalaman dalam usaha menentukannya. Bukti luaran mungkin berdasarkan sesuatu perkara yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih. Bukti dalaman pula akan diperolehi dengan mengkaji isi kandungan surah berkenaan. Di dalamnya akan ada isyarat-isyarat yang menunjukkan ia termasuk dalam surah yang diturunkan pada peringkat-peringkat tertentu.
PERINGKAT-PERINGKAT KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W SEMASA DI MEKAH
Peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah dapat dibahagikan kepada empat bahagian.
Dalam empat bahagian itulah turun 90 surah kepada Baginda s.a.w.
Di bawah ini dikemukakan carta menyatakan empat peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan